I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 4, 2011

TEKANAN

DEFINISI TEKANAN
satu keadaan  gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang yang menggariskan ciri ciri:

a. tindak balas fizikal, mental dan emosi seseorang terhadap sebaran gkeadaan yang boleh mengganggu kestabilan dan keselesaan yang lazimnya dialami.

b. tindak balas tubuh badan terhadap sebarang gangguan atau arahan yang diterima tetapi tidak dapat ditangani oleh seseorang.

c. tindak baals fisiologi dan psikologi yang tidak spesifik disebabkan oleh gangguan kepada keseimbangan atau homeostasis iaitu proses perubahan dalam badan seseorang untuk mengekalkan keseimbangan dalaman bagi proses biokimia yang teratur untuk kestabilan fisiologi.

d. tindak balas individu terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dan memerlukan tindakan membuat penyesuaian diri.

e. manifestasi sistem minda tubuh yang boleh diramalkan akibat tekanan dalaman dan luaran yang sekiranya berterusan boleh memudaratkan diri dan menyebabkan penyakit.



JENIS TEKANAN

a. Tekanan Akut
tindak balas kepada keadaan atau peristiwa yang berlaku secara tiba tiba atau mengejut. tindak balas ini dikenali juga sebagai lawan atau lari (fight or flight), iaitu apabila organisma dalaman dapat mengenal pasti ancaman, maka anggota badan akan terangsnag dengan pantas dan mengarahkan sistem saraf untuk bertindak.

Punca Tekanan Akut
a. kematian pasangan
b. perceraian
c. perpisahan
d. kematian ahli keluarga terdekat
e. penyakit dan kemalangan
f.dipecat atau diberhentikan kerja
g. bersara
h. mengandung dan bersalin
i. masalah seksual
j. menerima ahli baru dalam keluarga
k. masalah kewangan
l. berubah kerja
m. bertengkar dengan pasangan


b. Tekanan Kronik
diujuk kepada tekanan yang berlaku berpanjangan atau berterusan dalam kehidupan seseorang yang boleh mengakibatkan trauma. keadaaan ini boleh berpunca daripada pengalaman kesakitan yang berpanjangan atau kehidupan yang sentiasa dirundung malang dan boleh menyebabkan gangguan kepada kesejahteraan fizikal, mental dan psikologikal seseorang.

Punca Tekanan Kronik
a. sakit berpanjangan
b. takut sepanjang masa
c. kemiskinan berterusan
d. tinggal di kota
e. keadaan seitar yang teruk (kotor, busuk dan sebagainya)
f. ketagihan dadah dan arak
g. hidup bersendirian dan kesepian
h. dipenjara dalam tempoh yang panjang
i. masalah keluarga dan rumahtangga
j. peraturan yang terlalu ketat
k. takut tua atau mati
l. masalah hutang dan ekonomi
m. pekerjaan dan beban kerja





Tanda Tanda Tekanan

a. Emosi atau Perasaan
- cepat marah
- sentiasa cemas, bimbang dan ragu ragu
- cepat berasa letih dan tidak bersemangat
- cepat bosan dan hilang minat
- cepat putus asa dan kecewa
- risau dan murung

b. Fikiran atau Minda
- fikiran bercelaru
- hilang tumpuan
- takut gagal
- menjadi pelupa
- sukar membuat keputusan
- fikiran menjadi buntu

c. Fizikal
- sakit kepala yang kerap dan migrain
- sakit ulu hati dan dada berdebar debar
- sukar bernafas
- rasa loya atau hendak muntah
- sakit otot dan sendi
- kering mulut dan kerongkong
- kerap buang air kecil
- menggigil dan seram sejuk
- sakit jantung
- pengsan

d. Tingkah Laku
- agresif
- hilang selera makan atau makan berlebihan
- mengambil ubat ubatan, dadah, arak atau rokok berlebihan
- insomnia
- suka mengasingkan diri


x    o    x    o
macam banyak pulak tanda tanda tekanan kat diri sendiri...
paling kerap sekarang sukar bernafas dan seram sejuk serta menggigil...
-_-









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...