HAAAAAAA..... serious mood nak google aje pasal kolesterol! da kenapa pulak kan? sebab kau jangan ingat kau kurus kering macam skeleton kau sehat! kau takde masalah! kau takde penyakit! penyakit kolesterol nie serang tak kira sape! kau gemok ke kau kurus kering ke! so ape lagi???? baek pegi check sebab penyakit kolesterol tinggi dalam darah nie boleh menyebabkan kau kena serangan jantung dan juga strok! ingat lagi bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusuf? muda muda lagi da mati sebab kena serangan jantung kan? kau ade nampak dia gemok? tak kan?maintain je kan? kau nak tetiba aje kau mati kena serangan jantung ke strok ke padahal kau asik ingat kau nie sihat walafiat? haaaa....kan aku da bebel panjang!
penyakit nie orang muda pon kena serang! pendek kata tak kira la kau muda ke kau tua ke kau kurus ke kau gemok ke! semua dia bantai semacam aje...kalau dia nak hinggap kat kau, kenalah kau! puncanya ape?dari apa yang kita makan! so mari sama sama muali hari nie jaga pemakanan kalau nak hidup lama walaupon ajal maut itu di tangan tuhan!
meh tengok ape makanan yang dapat menurunkan kolesterol.....
1. ikan
ikan laut adalah sangat dianjurkan! *aku lupa perkataan yang sesuai...tetiba macam terspeaking indon!* -_- terutama sekali ikan sardin, tuna albacore, salmon dan makarel.
mackerel
2. bubur gandum/oatmeal
seperti yang diketahui oatmeal mampu menyerap kolesterol dalam darah! bila da kena serap cepat la turun dan cepatla disingkirkan kolesterol dalam badan kita nie!
3. walnuts, almonds dan kekacang
sumber kekacang merupakan sumber serat larut yang sangat tinggi.so tendency untuk absorbed kolesterol adalah juga tinggi! so banyakkan makan sumber dari kekacang especially walnuts kerana kandungan polyunsaturated fatty acids di dalamnya mampu menurunkan kolesterol dalam darah dengan begitu efisien!
4. minyak zaitun dan canola
minyak zaitun nie kalau digunakan dalam makanan dan diambil setiap hari mampu menjaga jantung kita dengan baik! lagipon kandungan antioksidan di dalam minyak zaitun tidak mengganggu HDL ataupon kolesterol baik dalam darah! dia musnahkan kolesterol jahat aje yerr....
canola
5. bawang putih
ianya bukan sahaja baik untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah malah baik juga untuk menghindar dari jangkitan H1N1...da kau baca bawang putih baik untuk turunkan kolesterol, jangan putih over dose! jangan pulak kau makan bawang putih hari hari macam makan apple! sebab kalau da over dose lain pulak jadinya nanti!
6. teh
tak kisah la nak minum sejuk atau panas..ikut suka hati! yang penting kandungan antioksidan dalam teh nie mampu menghalang kolesterol jahat 'membiak' dengan cepat dalam darah!malah dengan meminum teh ianya mampu menghalang pembekuan darah berlaku dan seterusnya dapat mengelakkan kau terkena strok! ape lagi? rajin rajin la minum teh! tapi gula jangan lebih pulak!kang dapat kencing manis pulok!
7. avocado
avocado mengandungi lemak tak tepu yang baik untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah!
avocado
8. apple
apple kaya dengan serat, antioksidan dan vitamin C yang mampu menurunkan kadar kolesterol.sebaiknya apple dimakan bersama dengan kulit sebab kat kulit apple tue ada kandungan pektin iaitu serat larut yang bagus sekali untuk turunkan kolesterol! jangan dibunag kulit apple yer...
9. blueberry
makanlah blueberry! ia pon membantu menurunkan kolesterol!
10. anggur
anggur pon ada serat dan catechin yang baik untuk turunkan kadar kolesterol.
11. bayam
bayam mengandungi lutein dimana lutein nie zat yang penting untuk menjaga kesihatan serta ketajaman mata. lutein juga boleh mencegah lemak dari menempel di pembuluh darah!untuk hasil maksimum, disarankan memakan sebanyak setengah mangkuk bayam setiap hari!
12. coklat!
favorite! yeaayyy!!!! sape cakap makan coklat tak baik???? tak baik kalau banyak makan coklat yang mengandungi susu....untuk turunkan kolesterol disarankan anda untuk makan coklathitam/dark chocolate dan coklat pahit!ini kerana coklat hitam/pahit mengandungi antioksidan dan flavanoid yang banyak! :) tetapi kandungan ini tidak terdapat di dalam coklat putih/white chocolate!
x o x o
makanlah untuk kesihatan!
pesanan penaja! yeaaayyy!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment