I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 30, 2010

|| Movie Maniac ||


movie...movie...movie....adehhh....bile agaknya dapat tengok movie lagi nie?the last movie that i watched is Shrek Forever After...memang best...time ni tengok movie nie kat Suria Sabah, Kota Kinabalu. tengok movie with my dear and his sista...sis amone....memang have fun tengok movie nie.... =) rate dia 4 star....hehheehhe



still kat kota kinabalu....before tengok Shrek Forever After, saya tengok Prince of Persia oso kat Suria sabah.Tapi time nie tengok midnite movie...huhuhuhhu....saya tak pernah tido tau time tengok movie...tak kisah la walaupon midnite movie tu sampai pukul3 pagi sekali pon....hebat tak saya? ^_^

ok...saya tak hebat...time tengok prince of persia..saya bersama my dear ngan sis amone juga...tengok midnite movie.movie start pukul 1135 malam...huhuuhu....tapi tak sampai 5 minit movie start, saya sudah di awang2an...huhhuhu.....asyik on off je time tengok cite nie....akhirnya diketawakan oleh my dear ngn sis amone... =( saya mengaku kalah untuk kali ini.bukannya ape...nie sebab penat banyak berjalan disiang hari....so kesimpulannya saya tak tau ape kesah prince of persia nie....wuwuwuwuwuwu...



tak dapat bagi rate sebab tak tau cerita sebenar...ngeh3..


sekarang ni teringin pulak nak tengok cerita yang tengah hangat kat panggung wayang sekakrang nie...aritu time kat sabah da tak cukup masa nak tengok wayang...teringin nak tengok cerita nie...



lagenda budak setan...ade yang cakap best..ade yang cakap cite nie x best...best ke tak ek?tapi saya penah baca novel lagenda budak setan nie..cuma da lupa ape kesahnye....huhuhhu...tapi yang saya pasti cerita dia best...sebab saya minat sangat dengan hasil tulisan ahadiat akasyah!dulu suka sangat beli novel ahadiat akasyah...he neva make me regret!

ada la satu movie yang saya nak sangat tengok sekarang nie which is sex and the city 2..saya da tengok yang part 1.serius saya suka cerita dia...tapi yang part 2 ni tak tau la pulak apa kesahnya....tu yg teringin sangat nk tengok....



tapi ntah bila saya nak dapat tengok movie nie...ntah la..jarang sebenarnya saya tengok movie dengan kawan2...selalunya saya tengok movie hanya dengan my dear...dulu time studi bole cakap saya jadi kaki wayang juga la..sebab every weekend mesti nak tengok wayang....selalu saya dan my dear tengok wayang dekat the mines dan times square...kadang2 tu tengok kat pavillion dan juga midvalley....huhuhhu


waaaaa...saya sangat teringin nak pegi tengok movie2 ini...tapi bila nak dapat tengok nie...alangkah bestnya kalaw kat tempat saya ni ada panggung wayang....tak la saya kena pergi jauh semata2 nak tengok wayang... =( sob sob sob...

ok!saya taw...mesti ade yang pk ape teruk la tempat dia nie takde panggung wayang kan?huhuhuhu....saya tinggal kat kawasan kampung je...pekan saya pon kecik je...tapi time saya kecik2 ade panggung wayang besar tau kat sini...tapi bila saya da besar and pandai tengok wayang,panggung tu pulak da tutup....huhuuhuh..ape pon saya sayang kampung halaman saya walaupon tempat ni tak semaju mcam kl yang ada segala2 nya.... \(^_^)/



x o x o

rindu pulak bila terkenang sweet moment tengok wayang bersama my dear...hekhekhek...
alamak!terkeluar tajuk suda...ok...chow dulu~~~~



|| Ku Ada Kamu ||


Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Monday, June 28, 2010

Jum Tangani Stress

1. Cari sedikit privacy moment in every your single day! Sebab kamu berhak untuk mendapatkannya….Kalau rasa terbeban dengan mana-mana keje @ insan..leave them for a while..

2. Ceriakan hari kamu ! Kamu kena tahu how to take yourself lightly and your work seriously k.. Haihh, kenapa perlu bebankan fikiran dengan SEMUA PERKARA yang jadi di sekeliling kamu…? Ermm..sebab..Matahari tetap akan bersinar hari esok walaupun kamu sudah tiada kan… :) ..Jadi, nikmatilah hari ini seadanya..

3. Berhenti….Fikir…Kira 1 sampai 10 bila kamu rasa macam nak ‘meletoppp’…Kira perlahan-lahan tau… ;)

4. Bertenang.. Jangan rushing…Elakkan buat apa-apa keputusan ketika kamu stress… Sbb keputusan tu mungkin hanya berlandaskan emosi kamu semata-mata ..bukan aqal… Hmm, takut plak nanti kalau2 decision tu akan memudaratkan kamu plak..huhu

smile030

5. Senyum sokmo.. Bila kita senyum, susah nak rasa stress kan..Tak percaya..? Cuba lah…

6. Berbuat baiklah pada insan lain… Kurangkan perbuatan menyakitkan hati orang lain k.. klu tgk seseorang buat kamu stress, jgn tgk dia… Klu dengar kata-katanya buat kamu stress, pekakkan telinga.. Kalau membaca tulisan dia buat kamu stress, tak perlu la baca..huhu

7. Maafkan lah dia… Kadang-kadang orang tu tak sedar sikap dia menyebabkan kamu stress… Even, kalau still tak puas hati pun, tunggu masa yang sesuai untuk tegur dia k… Lapangkan dada untuk memafkan dia..Pasti stress kamu akan berkurang..

8. Hug more… Kamu pasti akan rasa lebih tenang dan damai di hati kalau dapat peluk makhluk lain i.e your pet like kucing OR seseorang i.e teman baik .. In fact, we all need hug..

9. Take a chance of loveTerapi yang selalu dekat dengan kita tapi kita selalu terlupa.. Erkkk, janganlah kecilkan scope kasih sayang ni… Definisi sayang itu luas .. Parent, kawan-kawan, anak-anak @ pasangan kamu (kepada yang dah kahwin).. Their caring and our commitment to them adalah sumber kekuatan yang paling utama dalam hidup kita.. Haihhh, kamu tidak keseorangan lah di dunia ini.. Share your problems with them .. Kalau perlu, menangis je la..huhu..

10. Baca dan hayatilah ayat-ayatNYAPasti kamu akan rasa tenang… Sangat tenang.. DIA sentiasa ada…Kita yang selalu lupakan DIA.. Yakinlah dengan janjiNYA … DIA takkan pernah uji hambaNYA dengan segala sesuatu yang berada di luar kemampuan hambaNYA La Tahzan.. Ujian setiap orang berbeza kan.. Appreciate your self and every single challenges in your life..! Kamu insan terpilih untuk dugaan itu :)

Mari Mengawal Stress

  1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.

  1. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.

  1. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.

  1. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.

  1. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.

  1. Membentuk pengurusan masa yang baik.

  1. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

  1. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

  1. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

  1. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.

  1. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.

  1. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.

  1. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.

  1. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.

Ini habit Perempuan? betol ke?

FINE

Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan
pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena
diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran
rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai -
hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT

Ini
sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang
perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke
luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA

Ini
bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini
melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat
dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang
akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)

Ini
adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan
'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening
biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab
saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam
beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan
bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah
sejuk.

MENGELUH YANG KUAT

Ini sebenarnya bukanlah
perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum
lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang
yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia
menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE
APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN

Lagi sekali, ini
bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia
berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat
sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH

Ini
adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat
kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum
dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya.
'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang
Terangkat'.

BUAT LAH

Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH

Ini
bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi
anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa
yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan
kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Ini
banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan
ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang
anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH
YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas
'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE
APA-APA'.

Is it true?

AWAS Bila Perempuan Cakap KALAU::

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau
perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi
satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku
adil.
Makna tersembunyi: siapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil,
aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Ini
cuma contoh jerk. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya,
cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak
sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam
meluahkan isi hati mereka tapi, maklum la, kaum perempuan ni kan pemalu.

_________________
Breath in.
Breath out.
Walk Forward.
Head high.
Say what needs to be said.
Have no regrets!

GF PMS...Apa BF patut buat?

1. Hadiah coklat kepadanya. pasti si gadis gembira menerimanya.
sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu

2.
Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. peranan lelaki
perlu lebih meahami pasangannya. ikut rentak si dia dan layanlah dia
sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu

3. Lelaki sering
terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah
hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan
jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinta atau kata-kata yang menenangkan hatinya

4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak
mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan
perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.

5. kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengunkit dia makan kek brownies semalam.

6.sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar
mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai
ketidakselesaannya.

7. jangan bangkang jika dia mengutarakan
masalah kami masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau
baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia
meninggikan suara

8. Adakah lebih baik kamu pelajri kehadiran
period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal
isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.

9. bagi suami,
belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih
tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di
telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

10.
Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal
meringankan lagi tekanan wanita.

~ Cinta ~ Cinta ~ Cinta ~

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.

|| Long Distance Love ~ Dugaan...Dugaan... ||








PERNAHKAH anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula jauh nun di kepulauan Borneo. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.

- Percaya pada pasangan

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

- Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

- Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di kepulauan Borneo misalnya manakala si gadis tinggal jauh di utara, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

- Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

- Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.


~long distance love~

Friday, June 25, 2010

emptiness side of my life

ntah kenapa....apa sebabnya...saya sendiri xtaw...2-3 days back...serba x lengkap rasanya hidup.saya sentiasa rasa ada kekosongan di dalam hidup saya...saya bencikan perasaan ini!really hate diz...ada orang tak yang faham apa yang saya rasa?

kenapa sekarang ni saya selalu sangat diganggu dek 'kekosongan' yang saya sentiasa rasa...its hunting me all the time...OMG!perhaps dat i cud chase it away from my life....hidup saya selama 24 tahun ini mulanya saya rasakan cukup lengkap sudah.nak lagi saya tinggal bersama famili saya.sepatutnya saya tidak lagi merasa apa2 kekosongan dalam hidup.tapi ketika ni saya terlalu merasai kosongnya hidup saya.sampaikan saya sendiri tidak tau ke mana harus saya pergi..ke mana harus saya tuju... :'(

i realize...i neva feel da emptiness of my life when i get along with my dear..yes!im really sure bout that.i dunno why...but diz is true...he owez fulfill da emptiness of my life.i neva feel alone..neva feel empty when with him.

saya sangat terseksa dengan keadaan ini...saya bencikan perasaan ini.perasaan ini sangat menyeksa perasaan dan jiwa saya....huhuuhu....

owh...saya sedar...saya sedang emo....dan ini adalah entri org yang sedang emo...dan org emo itu selalunya nampak mcm org x waras...betul ke?ntahla....entri ni kelihatan seperti essay budak tahun 1...adehh....apa yang saya merepek nie?saya betol2 x dpaat nk berfikir...tp itulah yg saya sedang rasa sekarang ni....

x o x o



xtually nak hepikan diri sendiri

kesian kan saya?

xpela...let me do sumthing dat can comfort myself

Wednesday, June 23, 2010

|| Trouble is a Friend ||

Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you’re fast, no matter if you’re slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You’re fine for a while but you start to lose control

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don’t forget as you ease on down the road

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don’t be alarmed if he takes you by the arm
I won’t let him win, but I’m a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don’t be alarmed if he takes you by the arm
I won’t let him win, but I’m a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh

Tuesday, June 22, 2010

loneliness is killing me rite now

adeehhh..entri apakah kali ini?serius bosan gila sekarang nie...im dying!!!!!sebab over bored...haaaiisssss.....selalu berangan kan best kalaw my life at least macam time saya menjadi seorang cikgu??yer...terima hakikat..dulu saya adalah seorang cikgu oke!seorang cikgu sains,english,pjk,seni..dan apa lagi?owh..matematik..tapi saya hanya seorang cikgu kontrak yang mengajar di sekolah rendah...oke!sayn tak mengaharap untuk mengajar di sekolah menengah...sebab saya takut dengan student2 sekarang yang sangat advance!

life jadi seorang cikgu...bangun awal pagi dan bersiap ke sekolah....sekurang2nya pukul3 petang saya sudah leisure2 di rumah..waaa....heaven nya....i miss those moment.tapi agak bosan bila saya terpaksa bergaul dengan cikgu2 yang sudah berumah tangga sementelah saya masih bujang.saya pasti akan mati akal kalau nak berborak dengan cikgu2 puan ini.maklumlah...saya masih cik...jadi topik saya untuk ke arah topik yang puan2 bincangkan saya agak ketandusan idea....huhuhuhuh

hurmmmm....musim cuti sekolah...ape lagi...kad2 kawin mesti bertimbun2 kat umah nie...sampai saya rasa saya boleh buat perniagaan mencetak kad2 undangan perkahwinan dengan menjadikan kad2 kahwin yang diterima sebagai kad2 sample....saja je tu nak tunjukkan betapa banyak kad yang diterima mengundang seisi keluarga ke majlis perkahwinan..tapi seperti biasa saya pasti takkan menghadirkan diri ke majlis2 tersebut.yer..saya tau..memenuhi jemputan adalah wajib!saya wakilkan mak dan abah saja lah ke majlis berkenaan.kira adilkan?

sebenarnya malas nak tayang muka.sebab da maklum sangat.bila tayang muka je kat majlis2 macam tue,mesti tak dapat elak dari terkena soalan2 yang impaknya sama seperti bom atom, tak pon macam M16!ish!bole x nak jawab jangan sebok hal orang???owh...maksudnya jangan sebok hal saya?saya nak kawin ataw tidak itu urusan saya....saya ta perlukan kamu semua mencari jodoh untuk saya...ufff...alangkah bagusnya kalaw hati saya begitu kebal untuk cakap mcm tu pada mereka.....

teringat pula bila tengah panas dengan majlis2 pertunangan, tetba saya diusulkan dengan soalan yang menghiris hati.. "aiii...yang ni x laku2 lagi ker??' laku?ingat saya ni barang jualan kat supermarket ke?nak main jual2?mak abah saya tak menjalankan perniagaan jual anak oke!pengajaran..jangan terlalu membangga diri....pertunangan tu belum menentukan apa2 ikatan yang sah...bak kata ustaz di sekolah...pertunangan tu cuma tanda calit kapur kat dahi..kira nak tunjukkan si dara tu da kena booking...alaaa...booking jer pon....akhirnya apa yang berlaku???tak nak cerita aib orang yang mengguris perasaan saya...itu biar la antara dia dan tuhan.hati saya da terluka...tak mengapa...saya bukan puteri kayangan yang menjadi rebutan ramai....tapi sekurang2nya saya ada 'si dia' selama lebih 4 tahun ini...


si dia?yer.saya memang rindukan si dia...masa bercinta tak pulak saya terfikir akan terjebak dengan long distance relationship.maklumlah..time study hari2 muka dia juga la yang saya akan mengadap...sekurang2nya waktu makan malam.itu sekurang2nya..selebih2nya....mesti la lebih.hujung minggu sudah pasti berdating!aktiviti wajib!tapi sekarang...nahhh!!!merasalah saya..berada jauh dari si dia...seksa jiwa dan raga..tu belom kira seksa bakul, tong dan seangkatan dengannya lagi....huhhuhu...

bila da berjauhan..mula lah saya dan dia nak ikat perjanjian...perjanjian apa?cukuplah kiranya saya bagitau satu darinya saja...sebab kalaw nak bagitau semua...3 ari 3 mlm x abes saya menaip disini.oke!berbalik pada cerita asal.saya dan si dia berjanji akan bertemu sekurang2nya 3 bulan sekali.yes!perjanjian menjadi bila mana dalam setahun saya dan si dia berjaya melaksanakannya.

tapi sekarang perjanjian tinggal perjanjian.saya dan si dia terpaksa letak tepi kuis masuk longkang perjanjian tue!sedih!tapi saya pasrah!demi masa depan si dia.si dia sekarang sudah mula bz dengan pengajian sarjana nya.jadi kami memang x punya banyak waktu.huhuhuhu....oke!saya memang pasrah!

saya selalu mengharapkan hidup saya bersama si dia sama macam ketika waktu belajar dulu.saya tak perlu berenggang jah dari si dia macam sekarang!aaahhh!!!!saya benci LDR ni sebenarnya....

oh!baru saya tersedar yang saya sudah banyak membebel di entri kali ini...ini lah saya...when loneliness is killing me....otak saya akan mula ligat berfikir sampai saya sendiri terkadang x tau apa yang saya fikir...terlalu banyak yang saya fikir...so ini lah hasilnya...





eh!kenapa tiba2 letak pic orang kawin?owh!itu adalah photo kawin kazen saya.....tiada kaitan dengan entri kali ini....cuma nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada semua pengantin2 baru...

baru saya sedar..untuk musim cuti sekolah kali ini sahaja ada beberapa pasang kawan2 sekolah saya yang telah diijab kabulkan..termasuk la yang seorang ini...hilang ntah berapa tahun lepas...tetba muncul dan add saya di FB dan seterusnya mengundang saya ke majlis perkahwinan dia....huhuhuhu...so once again SELAMAT PENGANTIN BARU kepasa Azrul Yusuf dan pasangannya Zunaida


xoxo

Monday, June 21, 2010

|| Tips Untuk Kuruskan Badan ||

ehem....ehem...kurus?sape x nak kurus kan?kurus dan sihat..itu yg penting...i pon nak kurus...and sentiasa dalam usaha nak kuruskan badan walaupon sentiasa terasa diri ni ade menyimpan lemak berlebihan di sana sini.....huhuhuhu....jum jenguk2 sikit apa yang i cuba amalkan..sebab kalaw bole i nak penurunan berat badan i biarlah konsisten....tidak mendadak..sebab kalaw mendadak tu mesti ada sumthing wrong...bila da turun mendadak kebarangkalian berat badan akan naik mendadak pon agak tinggi....so lets check it out!

  • amalkan makan malam sebelum jam 8 mlm...tapi sebaik2 nya sebelom jam 7 mlm...elakkan mengambil makanan berat sebab kadar metabolisme pada waktu malam adalah rendah..so makanan tu akan ditukar dan disimpan dalam bentuk lemak.

  • jangan mudah terpedaya dengan iklan2 merampingkan badan atau pil2 kurus.kebanyakkannya indah khabar dari rupa...lebih parah bila terlalu bergantung kepada pil2 ni ada yang menerima kesan buruk seperti effect kepada buah pinggang.so, diet secara sihat.xperlu pil2 kurus tu semua.

  • turun 1kg 1 bulan secara tetap adalah baik dari turun berat badan secara mendadak dan drastik.ini boleh mengganggu kesihatan dan kemungkinan berat badan anda akan naik secara mendadak juga.

  • rajinkan diri melakukan senaman seperti sit-up.tapi i tau x ramai suka buat sit-up sebab nanti anda akan rasa kejang di bahagian perut.i dulu mula2 buat pon memang rasa sakit.tp bila da selalu jadi amalan,skrng nie i buat pon xkan rasa sakit lg.sebolehnya setiap kali senaman buat dalam 30min.kalaw dapat buat lebih pon ok.tp nowadays ramai yg selalu cakap bz keje byk..xde masa nak exercise..so try la peruntukkan around 30min.semnggu 3 kali...tp kalaw dapat buat tiap2 ari lagi bagus..

  • positifkan diri.buat target berat badan yang nak dicapai.jangan paksa diri untuk mencapai sesuatu yang tidak logik dalam masa yang singkat.i mean cuba buat target 1 bln mesti turun sekurang2nya 1kg....so xkan membebankan badan sendiri kan?

  • jangan asyik timbang berat badan setiap hari sebab nnt anda sendiri yang akan kecewa jika tiada perubahan.seelok2nya timbang berat badan seminggu sekali.

  • setiap kali makan, cuba elakkan makan makanan yang terlalu berminyak, berlemak dsbgnya.dan makan dalam kuantiti yang sedikit jangan berlebih2an....cuba gantikan nasi dengan mee,pasta,makaroni dll..atau kalaw x ble sangat nak tinggal nasi...beli basmati...nasi tanpa kanji...so bole makan sebanyak yang anda nak...heheheheh

  • banyakkan minum air...air putih yer..kurangkan air manis.bila banyak minum air...nnt perut da penuh.so selera makan pon kurang la....

  • waktu malam kalaw lapar,jangan amik makanan berat.cuba gantikan dengan makan buah2an...sebaiknya apple hijau yang dipotong nipis dan digaul dengan garam.bole potong lemak.tp i kadang2 tu asal namanya buah i makan jer,,tp kalaw pisang tu i kurang sikit.sbb pisang ni kandungan karbohidratnya tinggi.

rasanya tu jer la...i bukan jenis yang amik pil kurus ke ape...dulu penah try.tp mcm biasa.indah khabar dari rupa.duit habis...badan x kurus...so buat diet sihat.jangan bergantung dengan ubat2an ataw pil2 kurus.sbb pil2 ni semua nnt kesannya akan kita dapat di masa hadapan.segala bahan kimia yang diserap oleh badan akan bagi kesan dalam jangka masa yang panjang.huhuhuh...

bagi i yang penting kawal nafsu makan.makan jangan ikot sedap mulut.dan amalkan kehidupan yang sihat... =)
adik ngn mak and kazen i cakap, dulu time sekolah i nie badan type yg plum juga la...hahhahaah.....mcm x percaya..rupanya i ni budak gemok! ^_^ sekarang da kurus ke?kurus dari dulu kot? :PPP


sekarang i masih x give up nak kuruskan badan.kurus pon x nak la sampai hilang shape.ade sesetengah org kurus melampau sampai shape badan x cantik.sampai aset2 penting as a women da hilang.badan mmg kuros, tp cutting x cantik....

so wish u gud luck and selamat mencuba la..diet i x perlukan duit..cuma perlukan usaha....gambateh!chaiyok2!!!!

|| Bukit Tinggi ||

Cuba tengok picture nie...cantikkan??
.
.
.
.
.


Tengok yang ni plak...mcm kt overseas kan?
.
.
.
.
.

Yang ni pon cantik juga kan?
.
.
.
.
.
.



actually ni semua picture view kat Bukit Tinggi, Pahang....kepingin sangat nak g Bukit Tinggi nie.....asyik nak g bukit tinggi xpenah jadi..alih2 naik pegi genting highlands...huhuhhu =(
ntah bile la nk sampai gi bukit tinggi nie?i really attracted dengan tanah tinggi nie....setakat ni i suka sangat kundasang which is kat sabah....tempat tu sejuk..nyaman dan tenang sbb i like suasana kekampungan kat situ..tenang sangat...nak lg bile tgk kehijuan yg ada kat situ....

Best lagi kalaw jalan2 kt mesilau...dekat2 dengan starting point nk panjat gunung kinabalu.cameron highlands pon i suka juga....kalaw genting tu nak have fun ok la..sbb kat situ xde suasana tenang yg i idam2kan mcm kt kundasang n cameron....huhuhuu

I wish i akan samapi kat bukit tinggi nie..sebab da lama sangat nak gi bukit tinggi nie...asyik tengok kat tv ngn tgk pictures jer...huhuhuhuhu

Sunday, June 20, 2010

|| cukup indah || alif satar ||

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Korus
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Ulang Korus

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai




Get Your Own Free Hypster.com Playlist.

Saturday, June 19, 2010

PMS is suck!

PMS symptoms

  • mood swings
  • irritability
  • depression
  • anxiety
  • angry outbursts
  • confusion or fuzzy thinking
  • tearfulness
  • fatigue
  • insomnia
  • changes in libido
  • overeating
  • cravings, especially for salty or sweet foods
  • alcohol intolerance
  • acne
  • hives
  • abdominal and pelvic cramps
  • bloating
  • weight gain
  • headaches
  • menstrual migraines
  • breast swelling and pain
  • edema (visible swelling, particularly in the hands, feet and legs)
  • asthma
  • sinus problems
  • sore throat
  • worsening of chronic conditions like arthritis and ulcers
  • difficulty with coordination, being more prone to accidents
  • dizziness, decreased balance
  • heart pounding (palpitation)
  • nausea
  • fainting
  • urinary problems

PMS often worsens over time. As symptoms become more prolonged, the symptom-free portion of the cycle shrinks. Some women experience PMS symptoms virtually all month. Fortunately, women with mild to severe PMS can find relief naturally by giving their bodies the support they need to regulate hormonal balance.


Emotional stress and PMS

When you feel stressed out, your levels of cortisol and adrenaline — those “fight or flight” hormones — surge. Chronic stress leads to chronically high levels of these hormones, which result in depleted adrenal glands and fatigue. Most of the time, our bodies compensate for this depletion by relying on stimulants that trigger the central nervous system (like caffeine and nicotine), or on other hormones (like insulin) to maintain blood sugar and neurotransmitter levels. This explains why women often have strong PMS cravings for sugary treats — and why so many over-the-counter preparations for PMS contain caffeine.

When our reproductive hormones begin to shift, either in PMS or in perimenopause, the body’s ability to compensate is temporarily compromised. How you feel premenstrually shows you how well your body and mind are coping with stress. If you have symptoms, one of the best things you can do is begin to honestly address your emotional health — and this includes unresolved issues from the past — your “story.”


Friday, June 18, 2010

|| Tercipta Untukku ||

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu



^^^ i luv u my dear ^^^

|| My New Baby Lappy ||

Ok! berita sedih....walaupon da sikit lapuk! lambat nak update...my hp pavillion kesayangan yang lebih kurang 5@6 tahun berkhidmat untuk aku oredi gone! !_____! aku sayang my baby hp tue...tak pernah terpikir akan beli lappy baru untuk menggantikan baby hp ku... =( out of my mind la nak beli lappy baru.....bagi aku itu lah lappy ku sampai bila2....

Hp ku x pernah buat hal selama dia berkhidmat untuk aku...paling2 kena serangan virus,trojan or wuuteva worms.itu jer..dan paling2 aku hanya perlu formatkan balik baby lappy ku itu.

jum mulakan kisah sedih! T________T

kejadian berlaku ketika aku masih dalam GEMS..time tu aku still kat harvard.ok!yang sebenarnya harvard suasana hotel!bukan harvard university!itu hanya angan2...huhuhuhuu

pendekkan cerita lappy ku gone bcoz of adapter yg ade masalah.bile aku nak hntar pegi repair, orang kat kedai ckp hard disk aku pon gone sekali.disebabkan lappy ku model lama, so hard disk dia agak susah nak cari ganti and kalaw ade pon ianya adalah mahal.setelah membuat perkiraan, kos untuk baiki lappy ku nak jjuga cecah RM800++...

my baby hp yang menjadi kesayangan

so minta pandangan my dear..my dear cakap x berbaloi nak baiki lappy tue...sebab kos nak baiki pon da bole beli sebijik netbook baru..ok!netbook je not notebook!setelah buat perkiraan dan perbincangan, dengan berat ati aku pon terpaksa akui kena beli lappy baru.


disebabkan aku da terbiasa dengan produk hp..so plan nak beli hp juga..tapi memandangkan design netbook hp yang x berapa nak berkenan kat hati, akhirnya memilih netbook acer aspire one yang dikira bole tahan sikit la..sebab design and pattern pon agak berkenan di hati..akhirnya memilih acer aspire one blue + black sebab nampak smart sikit....

dan ini la rupa my new baby lappy blue ^___^ ape pon hp tetap di hatiku...nak beli sony x mampu..huhuhuhu....



|| tenkiu to my dear for everything, for da help, for da opinion and for everything ||

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...