I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 17, 2011

HUKUM CABUT BULU KENING

Assalamualaikum.....

hari nie tetiba terfikir pasal hukum cabut bulu kening....so google..memang banyak article...but then nak share this article because it is from Ustaz Farid Ravi....and i know him well...dia memang pandai dalam agama....yang lain tak kenal...so tak confident sape dorang tue...yerla...nak share article pon kena tau sape orang yang bagi hujah tue..nak sebar ilmu biar dari sumber yang betol...kalau tak free free je kau dapat dosa kering! :)

conclusion dari ape Ustaz Farid cakap, cabut bulu kening tue boleh dengan tujuan nak kemaskan  bulu kening tue....sebab ada certain orang bulu kening tumbuh da di luar batasan bulu kening tu sendiri kan? tetiba ade bulu tumbuh kat kelopak mata la kan?itu nak panggil ape? bulu kelopak mata ke? mana ade kan? so sebab tue dibolehkan... :) 

ade certain people yang bulu kening bercantum kat tengah sedangkan sifat bulu kening tu tidak bercamtum.jadi dibolehkan untuk cabut juga.... :) tapi di ingatkan cabut tue jangan melampau! kalau cabut da tinggal 1 line tue memang da jatuh hukum haram! 

me? cabut bulu kening? tak yah la...bulu kening yang ade pon tak seberapa...kang dicabut, ntah rupa ape je nanti kan? sudah la bulu kening pon jenis halus...kalau cabut lagi botak la kening aku! ;p hehehehe.....untung orang yang kening tak berapa nak ade nie..sebab tak susah nak jaga... :D cuma kadang kadang bile belek belek muka kat cermin nampak gak bulu kening yang terbabas tumbuh di luar batasan kening tue aku cabut la...yerla....mata aku kan sepet!bile sepet, kelopak mata dengan kening tue jarak da dekat sangat....sebab tue kadang kadang ade 2-3 helai bulu kening terbabas tumbuh kat situ =.=' so aku cabut je la...

dulu penah jugak 2-3 kali aku pergi salun trim bulu kening sebab bulu kening panjang macam ape je kan?kang aku dendan kan bulu kening aku korang gelak pulak! so trim kasi pendek and kemas sikit....tapi sekarang da takyah trim! :) legaaaaa.....da bertahun tahun da biar je...cuma jaga bagi kemas....

tapi bile kening da kurang nie aku hitamkan pakai pensel kening....washable la...bukan yang pegi buat kat kedai yang permanent melekat kat kening kau sampai mati tue kan?so kat sini a bit curious, lukis pakai pensel bole ke tak ek?sape sape yang tau?sebab kalau aku tak hitamkan, ade orang tanya aku 'kau leukimia ke?kening kau gugur ek?' =.='




SOALAN: 

Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.

Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.

Jawapan:

Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.

Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.

Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.

Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.
Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.

Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.
Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.
Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.

Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.(riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.
Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.
Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.


Bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah

Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...