I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 4, 2011

HUKUM .................................

tengah bosan bosan camnie, tak tau nak buat ape...so mula la nak belek belek folder pictures yang bersarang dalam lappy nie....belek punye belek, jumpe pictures nie...


sebahagian dari anak muridku....
ecececehhhh!!!!



kakakku...kak Azie....
i missed you sis....

cikgu cikgu poyo yang gila berpoco poco...
muka happy baru lepas poco poco :D
dari belakang: another sista of mine, kak ana...i missed you too sista! and me...*peace*
kat depan tue sir hanif yang sekarang da jadi policeman!


sila cari saya! 
kompem kompem da nampak!
yang comel itu la saya :DDDD
muntah jom!


hie!
i'm TEACHER IRNA...
hihihihihihihi...
muntah lagi!
see, kat sekolah pon ada mamarazi...
saya tengah syok berpoco poco, mamarazi amek gambar!
popularnya saya.....
perasan! muntah lagi sekali!

ok....minutes untuk puji sendiri da abeh!back to the track!sebenarnya semalam terbaca satu article..ade kaitan juga dengan gambar budak budak sekolah....by the way, dulu ajar sekolah rendah. its was an awesome experience that i have...the most important thing i'm facing with the most experts pupils....and i feel like WOW!!!! pada tahap umur antara 10-12 tahun mereka lebih maju dari saya! hahahahaha...maju dari segi apa?

ok...when i flashed back, tanya balik pada diri sendiri, when i was 10-12 years old, apa yang saya tau tentang word SEX? for me sex itu adalah MALE or FEMALE...naif tak??? naif kan kan? and pada zaman tue juga saya tak tau apa itu internet, apa itu computer...jauh sekali nak tau apa itu laptop dan netbook! sila kesian kat diri sendiri! -_-

tapi budak budak sekarang mereka lebih arif tentang apa itu internet, apa itu komputer, laptop dan netbook. dan mereka lebih arif menggunakan internet untuk melayari R** Tube dimana saya sendiri tak pernah tau apakah menda alah itu! as a teacher, mesti nak investigated juga kan apakah itu??? biasalah, kalau kita pandai amek hati anak murid, once ade je kaki report yang da ngam dengan sorang sorang cikgu tue, nak korek rahsia dihujung jari anda sahaja! hehehehehe....

investigation bermula...on lappy, type R** Tube....1 second..2 seconds..3 seconds... OMG!!!!! its a porn website yang korang bole tengok from A to Z! mau aku rasa nak lempang aje budak budak nie! kau datang sekolah, ini yang kau dapat! mat salleh nie jugak yang jadi cikgu kau!tak sempat nak lempang sebab saya da tak jadi cikgu lagi sekarang! padahal berani ke kau nak lempang anak orang! gelak kat diri sendiri! kahkahkahkahkahkahkah!!!! ok! cukup!

tiba tiba terfikir nak google akan satu kemusykilan...so cari pakcik google semalam. apa hukum menonton filem porno???tapi jumpa satu soal jawab antara seorang ustaz nie dengan seorang suami....


Hukum suami isteri menonton video lucah


SOALAN :

ASSALAMUALAIKUM USTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI 
MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA 
MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN 
SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN 
HUBUNGAN KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?




JAWAPAN :

Wa'alaikumussalam,

Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-

Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW 
bersabda :

Ertinya : "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat 
aurat wanita yang lain"

Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan 
yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua : Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga
 sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a 
berkenaan 
hubungannya dengan baginda SAW. ( Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia 

dikira sebagai 
adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka 

sudah tentu 
melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi 

ditegah oleh Islam.

Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks 
dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu
menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. 

Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik 

yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.

Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang
bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-

إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين

Ertinya : "Apa seorang kamu 'bersama' isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel 
( bermakna perlu berselimut)" ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 )

Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi
isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi
dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu.

 ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)


Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem 
lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Keenam : Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di 
dalam video seperti ini.
Nabi SAW bersabda :

لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها

Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada 
suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat 
suami isteri mahupun sebagai pengajian.

sekian
ust zaharuddin


p/s: terpaksa copy paste sebab tak dapat nak print screen.....


tiba tiba rasa rugi plak sebab sekarang da tak jadi cikgu! kalau tak boleh kasi hujah hujah nie kat dorang!hikhikhik....maklumlah, saya pon jahil juga bab bab nie! baru tergerak hati nak google semalam bila memikirkan akan hal budak budak sekarang yang sangat maju dari segala benda! =.=' patotlah kau sekolah rendah da pandai pregnant! cikgu kau yang umur da lanjut *lanjut ke?saya muda lagik!* nie pon tak pernah pregnant lagik! kau da berapa kali pregnant??? maju betol budak budak sekarang!

walaupon konteks ini untuk suami isteri, tapi dari segi hukumnya boleh diguna pakai untuk semua lapisan masyarakat...so buat adik adik, abang abang, pakcik pakcik, kakak kakak, makcik makcik dan sesape juga yang suka tengok filem porno, fikir fikirkan la kalau nak tengok lagi lepas nie...sebab HUKUMNYA HARAM walaupon dengan niat nak belajar!

x    o    x    o
source tak boleh publish kat sini....
sebab dikhuatiri ade under age yang baca entry nie....
' sampaikanlah oleh mu walaupon sepotong ayat'



2 comments:

  1. i like tis info~

    even sesapa yg da kawen pon blom tentu tau sal neh...

    ReplyDelete
  2. yup...btol2...kdg2 tgk part nawaitu nak belajar...especiallly utk spouse la kan..nawaitu tu cam bunyinye baik je kan....utk keharmonian rumah tangga..padahal benda tu sbnrnya haram....btw, byk lg mnda yg kita kna bljar

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...