Hye! morning peeps! morning senorita! yeaayyy!!!! dearest Bakal Suami dan Suami Suami! yaaiii!!!! banyaknye suami kau! hahahahaha....giler playgirl! and by the way, bile kau kawin????? hikhikhik.... saya masih SINGLE yer....
ok! actually terbaca 1 article nie...khas untuk bakal bakal suami dan yang da jadi suami pon! masih belom terlambat untuk anda take note benda nie! semalam da buat entri khas untuk bakal isteri dan isteri isteri...so make it fair and square! kalau da ade untuk isteri mesti ada untuk sang suami jugak kan! isteri ke suami ke semua kena belajar! jangan harap sebelah pihak je main peranan!
ok! wahai lelaki, kalau part sunnah rasulullah yang korang nak ikut sangat part kawin lebih dari sorang! kan???? like i don't know la! hari nie saya nak bagi sunnah rasulullah yang lain dari kawin lebih dari 1 tue! agak agak korang nak buat dan boleh buat tak????? contohi rasulullah dalam melayari bahtera rumahtangga. meh baca apa yang rasulullah buat!
a) tidur dalam satu selimut bersama isteri
dari Atha' bin Yasar:
"sesungguhnya Rasulullah dan Aisyah biasa mandi bersama dalam satu bejana. ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, 'mengapa engkau bangkit?'. Jawab Aisyah, 'kerana saya haid wahai Rasulullah'. sabda Rasulullah, 'kalau begitu pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku'. 'Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda'.
(Hadis Riwayat Sa'id bin Manshur)
yang nie i know! mesti ada yang cakap, kacang aje la..bukan susah pon! kan? ok, takpe...next point!
b) memberi wangi wangian pada aurat
Aisyah berkata, 'sesungguhnya Nabi s.a.w apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isterinya baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w'.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
ok...yang nie i'm pretty sure tak ramai pon lelaki yang buat! kan kan kan??? jangan tipu! tipu dosa! korang pakai perfume korang main sembur je sebilik! tak pon calit calit kat tengkuk ke pergelangan tangan je kan! lagi teruk tue ade yang langsung tak pakai perfume! nah!!!!!! tolak 10 markah dah!
c) membelai isteri
"adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama, sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya".
(Hadis Riwayat Ahmad)
kau jangan pandang part 'isteri isteri' la...kau fikir je isteri kau yang sorang je tue..ade kau buat camtue?ke awal awal kawin je kau bermanja mesra, lepas dapat anak dua orang, kau da tak pernah belai belai lagi isteri kau???? tepuk dada, tanya isteri kau! kau buat ke tak???
d) mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a beliau berkata, 'Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w menggunakan 1 bejana. kami biasa bersama sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut)'.
(Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
yang belum kawin boleh la cakap senang aje nie nak buat! cuba tanya yang da kawin paling kurang 5 tahun la, dalam 5 tahun korang kawin berapa kali mandi bersama sama? ntah ntah sekali pon tak pernah! -_- tak kawin lagi semua cakap senang je kan!
e) disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, 'saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid'.
(Hadis Riwayat Ahmad)
yang nie saya no comment..sebab lelaki sekarang rasanya da tak berapa nak guna sikat kot! nak lagi yang suka buat rambut pacak pacak tue! pakai jari aje! so kau pandai pandailah! kalau kau dapat laki jenis camtu, i think kau belajar la nak pacak pacakkan rambut dia! kira ganti sikat lah!muahahahhaaha
gambar ini adalah hiasan semata mata
f) meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, 'Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pada hari raya aidil adha setelah beliau melakukan jumrah aqabah'.
(Hadis riwayat Ibnu 'Asakir)
erk!meminyaki apakah? yang nie tak berapa nak faham....sape sape yang faham tolong la jelaskan....huhhhuhu
g) minum bergantian pada tempat yang sama
Daripada Aisyah r.a berkata, 'Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya. kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu baginda pun menghirupnya'.
(Hadis riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)
sekarang ni korang order minum pon da lain lain kan? cuba nanti order minuman, segelas, pakai satu straw aje! baru bole amalkan sunnah Rasulullah! :D sape yang tak pernah buat lagi, sekarang la masanya korang nak amalkan! kan sharing is caring! :))
h) mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahawa 'Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya'.
(Hadis Riwayat Abdurrazaq)
ok! pasal hadis saya tanak ulas panjang. sebab saya pun macam sikit keliru! kena tanya pada yang pakar! cuma nak ulas part cium isteri... satu hari berapa kali korang wahai sang suami mencium isteri???? tanya diri anda!
i) berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a beliau berkata, 'Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca al-quran'.
(Hadis riwayat Abdurrazaq)
ade kau penat balik keje pastu kau minta baring kat pangkuan isteri kau? ke kau penat sangat kau terus humban badan kau kat katil! bini kau kat sebelah pon kau da tak pedulik???? nampak senang je nak buat kan? padahal yang senang tu la ramai yang tak pernah pon nak buat!
j) memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira (pipi merah delima)
masa bercinta, macam macam la kau panggil girlfriend kau kan? baby la, muchuk la, sayang la, laling la, sweetheart la, apa lagi? bila kawin semua pon melayang! patutnya time kawin tue lagi la kena buat benda benda camnie...ish ish ish...
k) menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan baginda berkata, 'Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.
(Hadis riwayat Ibnu Sunni)
part ni paling i loike la! sejukkan kemarahan isteri dengan mesra bukannya marakkan kemarahan isteri lagik! yang duk marakkan kemarahan tue la yang jadi gaduh lagi besar! so wahai lelaki yang dikurniakan dengan 9 akal! gunakan akal kurniaan Tuhan tue! :D
l) membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a berkata, 'aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid. apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.."
(Hadis riwayat Nasai)
see...Rasulullah bersihkan titisan darah haid isterinya! korang ade buat? ke kalaw nampak darah haid isteri korang, korang kutuk lagi cakap isteri korang pengotor! tak jaga kebersihan diri la ape la... -_- pastu suruh dia bersihkan sendiri????
m) segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan...apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu".
(Hadis riwayat Tirmmizi)
yang nie fikir sendiri! sebab korang lagi hebat!
n) memberikan hadiah
yang ni tak yah nak ulas panjang...bagi hadiah..takkan tak leh faham kot kan? bila anniversary ke birthday isteri ke, tak pon bile isteri baru lepas bersalin ke...ade korang bagi hadiah sebagai tanda terima kasih ke penghargaan ke kat isteri korang? fikir fikirkan lah....sunnah rasulullah nie nampak simple and easy, tapi ramai yang tak bole nak buat! :)
x o x o
menjadi suami memang senang...
tapi nak jadi suami yang soleh, bole ke????
noted. hehehe
ReplyDeletetp bejana 2 ape?
huhuhuh
jangan noted aje...
ReplyDeletekena buat juga...kena amalkan....huhuhhu
bejana=bekas