I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 30, 2011

BERCUTI SAMBIL BERCINTA BEST TAK? ;P

Eh! tajuk entry apakah ini?
tibeeee aje kan...
memang kau cari nahas! ;p
kuikuikui.....

takde la..by the way layan movie jiwang sikit hari nie..
asyik dengan cite hantu je kan...
tukar angin sikit...
tengok cite CUTI CUTI CINTA.....

sekali lagi menyampah!
takde gang tengok movie...
so layan movie sorang sorang!
sumpah tak best! :(

tiba tiba rasa macam 'eh bestnye kalau aku gantikan tempat nora danish!' ;p
ok..i need to admit it...
itu hanya angan angan kosong....
ahhh!!!! bosan la!
alangkah best kalau hidup seindah yang kita harapkan! -_-
ok la...sekian saja...
babai.....

x     o     x     o
nak cari gang kaki wayang la! :(
sape tak tengok lagi paranormal activity?
angkat hidung!
jum teman saya esok!
huhuhuhuhuhu


DAMPING MALAM


Finally, dapat juga tengok movie nie.....ngeh ngeh ngeh..... :D
thank you so much to my lil bro yang tolong download movie nie....
mencik tau kat sini susah nak tengok wayang.....
wayang paling dekat took 1 hour from here at least...
jauh sikit pegi Penang!
sedih betul!
:(

tapi takpe la.....
at least takde la alasan saya nak mengular aje.... ;p
*padahal dalam hati menyumpah je bila tak dapat tengok movie!*
baik tak saya?hahahaha...
puji diri sendiri kejap! :D
ok..enough enough!
takyah puji diri sendiri lagi


tengok cite hantu di waktu siang adalah sangat tidak mencabar!
tapi sebab saya takde geng nak tengok waktu malam...
so terpaksa la tengok siang!
benci sekali lagik! :(

overall untuk movie nie saya kasik 3/5 stars la...
takut memang takut...
*ke sebab saya yang penakut?*
tapi tak la takut sangat sampai memaksa saya menonton disebalik shawl!
masih boleh tengok direct kat screen...
sebab takde kuar hantu hantu hodoh yang menakutkan dan mengerikan... :D

x     o     x     o
nak tengok KHURAFAT...
ramai cakap best...ye ke?


Saturday, January 29, 2011

REGISTER UNTUK DAPAT DUIT! INI BUKAN AUTA!

HYE korang!!!!!! hari nie nak ajak korang buat duit bila korang online! ini bukan MLM ke ape.....ini cuma orang cakap sambil korang surf internet korang dapat duit! 


ok! kalau bloggers mesti da familiar dengan Nuffnang kan? today i nak perkenalkan kepada anda semau yang bukan bloggers sekali pon boleh join, introduce to all of you CHURP CHURP! 


apa tue churp churp? senang cakap churp churp nie adik kepada nuffnang! macam mana nak dapat duit? senang aje! kerja rilex! tak payah susah susah nak buat kerja.


first of all, korang kena register dulu as a churper! ape pulak churper???? bila korang da register dengan churp churp, automatically korang akan dipanggil churper! senang kan? klik aje kat link kat bawah tue!







lepas register korang tunggu la dalam seminggu. then churp churp akan asign korang dengan assignment! ceh! dengar assignment terus macam malas kan? ok, tak susah! assignment die sangat sangat la senang! korang cuma perlu share je every advertisement yang korang dapat! klik je share! bole share kat Facebook, twitter and blog! itu je.....lepas tu bila ada orang klik korang akan dapat duit.... senang kan? :)

sebahagian assignment yang i dapat

macam mana korang akan dibayar? ok, camnie setiap iklan yang korang share dekat FB ke Twitter ke Blog ke, dia akan bayar korang per unique click yang korang dapat. ada juga iklan yang akan bayar korang base on per deal....ade yang beringgit ringgit untuk 1 deal and 1 click!

yang penting tak susah, korang boleh dapat duit dan ianya tak memerlukan korang untuk keluarkan modal.tapi sebaliknya korang yang akan dapat duit! :) cuba dulu baru tau! korang kenal jutawan blog Red Mummy? korang percaya tak through churp churp dia boleh dapat sampai RM9k???? RM9K ok....bukan RM90 tau! banyak kan?so kalau korang memang ramai kawan dekat facebook, kat twitter inilah masanya korang nak jana pendapatan! 

kemudian register dulu! :) sape sape nak tau info lanjut bole PM i, tanya kat blog, twitter ataupon FB i ok? :)

x    o    x    o
selamat buat duit dan selamat menjadi churper! :)


EAT RIGHT FOR YOUR TYPE

Did you ever asked yourself 'i keep on dieting, but i never loose weight...why?'......actually, each individual have different reactions towards the foods that we consume because we have the different blood types. so, here is some information on what you should eat based on your blood types! check this out for the very best result in your diet! :)


DARAH A


Pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DARAH B


golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DARAH AB
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DARAH O


Pemilik darah jenis O disarankan lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba


x    o    x    o


MAMEE MONSTERS EQUALS TO GEMMIES HGC04

tengah mengunyah mamee monsters bbq flavor makes me remembered of my previous moments being part of Gemmies' family in Harvard Suasana Hotel for 2.5 months. such a memorable moments that i can't forget! bila sebut atau makan mamee monsters, da synonyms sangat dengan gemmies! :) stock mamee monsters da wajib ada kat dalam room! setiap kali outing pegi Tesco, wajib beli mamee monsters!



i missed Gemmies, i missed RTTian....huhuhuhhu.....nak flash back sambil show off RTTian with the trainers....

RTTian look so smart with the corporate shirt
me as the COO Project :)






part of RTTian's pictures with the trainers




bersukan setiap petang itu wajib! :)

seragam sukan RTTian but we are not the Chelsea big fans...heeeee~~~

trademark RTTian...
' WHO IS THE BEST???????'
" RENDEZVOUS!!!!!!! "

X    O    X    O
i miss all of you!
being there for 2.5 months let me learnt a lot of things!
the best part is being so busy with a lot of activities!
















Friday, January 28, 2011

MAD - RM40 FOR ANY WORLD'S FAVOURITE + (NON ALCO)FREE FLOW DRINKS, FRIENDSCINO CAFE

Learn the art of chillin' at #friendscino ! Only RM19.90 for World's Fav+(non alco)Free Flow drinks. This awesome deal can be caught on #milkadeal .

MAD deal of the day: RM19.90 instead of RM40 for any world's favourite + (non alco) free flow drinks at FRIENDSCINO CAFE, Damansara Perdana. With live bands, over Western, Mexican, fusion & local delights, be sure to bring a bunch of company along! Enjoy this MAD deal today!

USHER IN YOUR CHINESE NEW YEAR WITH HOT TICKETS AND ENJOY DOUBLE PROSPERITY!

Get double the value with Chinese New Year Hot Tickets exclusive from Hotlink! Enjoy more talktime and SMS to reach out more to your family and friends in this festive season! #CNYhotticket


Usher in your Chinese New Year with Hot Tickets and enjoy Double Prosperity! On top of talktime minutes and SMS, you'll also enjoy free credit bonus with every Hot Ticket purchased! Get double the value with Chinese New Year Hot Tickets exclusive from Hotlink! Enjoy more talktime and SMS to reach out more to your family and friends in this festive season!

CHILD GOT KIDNAPPED... AND THE STORY CONTINUES

rentetan kisah tadi pagi berkenaan seorang kanak kanak perempuan berusia 1 tahun yang diculik ketika di nursery di sekitar saujana impian, kajang saya telah menerima satu lagi message susulan di inbox Facebook saya....from the same person...tujuan lebih kepada nak membetulkan keadaan....meh tengok message yang saya dapat.


message dari Abang Hafeez



zoom lebih dekat

case sebenar adalah case perebutan anak.bole baca la apa yang terkandung di dalam message tue. apa pon, kidnapping is something yang biasa berlaku nowadays..so apa pon kena hati hati. even ada masalah family sekali pon solve it dengan cara yang baik. bukan main kidnapped gini..kan da heboh semalaya....

apa pon rakyat malaysia sangat prihatin...saya bangga menjadi rakyat malaysia. 1 malaysia!!!!!


x    o    x    o

DRAMA QUEEN?????

at this moment i'm too fragile! lately ade je mende yang buat saya nanges! benci! macam nak frust menonggeng wa cakap lu! sekarang pon nanges lagik! semalam nanges! kelmarin nanges! 2 malam lepas nanges! conclusionnya is this week my crying day? damn! benci benci benci! ini tak tipu! T__T

ati saya sekarang begitu fragile! T__T nangis lagik! banyak betol masalah tetiba nak appears in my life right now! eh! bodoh tau! ikutkan hati macam nak lari masuk hutan sorang sorang! lepas tue 4-5 hari saya tak balik rumah, tak contact sape sape, lepas tue baru semua orang menggelabah nak carik kan! *tue pon kalau mereka rasa nak cari saya*



hidup rasa macam sedang menjunjung batu yang maha berat di atas kepala sorang diri..lepas tue orang sekeliling yang nampak macam tolong lagi amek batu batu berat letak lagi atas kepala saya! haaaa...punya la semangat saya nak bagitau yang hidup saya betul betul tertekan! T___T  saya da dewasa..tolong la faham itu! saya bosan bila saya masih lagi dilayan seperti budak berumur 1 tahun! T___T

sepatutnya bila sudah melepasi umur 21 tahun, saya patutnya memiliki hak untuk membuat keputusan dalam hidup! ini tak! semua benda saya tetap kena ikut telunjuk orang! itu saya boleh buat, ini saya dilarang buat! OMG!!!!!! sumpah saya penat menangis! sumpah saya penat ikut telunjuk orang! dan sumpah saya benci semua nie! bila tak ikut, saya lah jahat! saya lah tak baik! ya tuhanku, apa patut saya buat untuk fahamkan orang orang di sekeliling yang saya nie MANUSIA dan bukannya LEMBU yang boleh dicucuk hidung ditarik ke sana ke mari! T___T

sudah penat dengan kerenah seorang manusia yang ntah kenapa tak boleh tengok saya bahagia, tak boleh tengok saya menjalani hidup saya dengan aman. tak dapat serang dekat handphone, serang kat facebook! akhirnya da kena blocked, baru pandai diam! itu pon sebab da tak tau nak serang kat mana! habes segala keturunan dia saya blocked! hambek kau! ape punye jenis manusia la nie! sedih bila kau punya hati nie busuk sangat! kau dengki bila tengok orang lebih dari kau! astagfirullah....insaflah manusia! hidup manusia itu ada naik turunnya.....zaman kita tak sama! ingat tue! tapi tuhan tue tetap Maha Adil! susah senang hidup saya, saya tak pernah ganggu hidup kau! jadi kenapa luar dalam hidup saya kau nak ganggu???? dulu saya diam...apa kau buat saya diam...kau pijak kepala saya, saya diam.tapi bear in mind, tahap kesabaran saya ada tingkat maksimumnya! kau memang stalker jadian yang paling berjaya dalam dunia stalkers! kau memang hebat lah! baju jenama apa saya pakai, make up apa saya guna, apa saya buat sampaikan brand lingerie saya pon kau nak stalk! memang maha hebat lah! tak puas dengan tue, kau kacau keluarga saya! kau nak buruk burukkan partner saya! get lost la makcik! sebab kau da gagal! kami tak bodoh nak termakan cerita cerita kau! manusia manusia......


after i have erased that people from my life, timbul pulak masalah manusia yang tidak faham keadaan diri saya! T__T adooiii....saya tak mampu betol la nak teruskan hidup macam nie! perasaan orang saya kena jaga, tapi perasaan saya macam mana? dipaksa mengikut kehendak hati mereka sedangkan saya tak punya kemampuan nak ikut telunjuk jari mereka! tolonglah faham....fahami saya yang masih banyak kekurangan! saya bukan anak jutawan ada duit melimpah ruah! saya buat sesuatu berdasarkan kemampuan diri saya je.....setakat mana saya mampu, setakat itu aje la saya buat! i do understand, semua orang nak buat something, nak kan benda tue jadi perfect! yes, same goes to me! tapi perfectionism tue ada tahapnya! senang cakap, kalau kau miskin, kau tetap boleh buat something tu menjadi perfect tapi mengikut taraf kemiskinan kau la! jangan la pulak kau miskin tapi kau nak jadikan sesuatu tue perfect lagak orang kaya! memang kau takkan mampu! bagi saya senang je. saya buat ikut kemampuan diri saya. apa yang saya ada, apa yang mampu saya usahakan! that's it! tak susahkan??? yang menjadi susah bila kau terlalu ikutkan hati, sebab tue ikut hati kau mati! tapi dalam situasi nie, bukan kau yang mati, tapi saya!  T___T sebab kalau saya tak buat ikut apa yang kau nak, saya dilabel derhaka, tak mendengar kata! T___T 

saya harus pandang ke depan...tolong faham...sebab tue apa yang saya bakal buat, apa yang nak saya buat, mesti saya fikirkan untuk masa hadapan!contohnya senang aje! kalau sekarang saya ada RM100, saya hanya akan belanjakan sekitar RM10 untuk 1 bulan sebab saya kena simpan untuk bekalan di masa hadapan memandangkan saya tak punya sumber duit masuk pada masa sekarang. melainkan saya punya income tetap yang masyuk, saya tak kisah nak belanjakan duit RM1k ke RM2k ke sebulan! sebab saya da mampu. tapi bila saya cakap saya tak mampu, itu benar dan betul.memang saya tak mampu!saya tak nak ada RM100 saya belanjakan semuanya sekali sampai habes atau ada RM100 tapi saya belanja RM1k!itu suda lebih!akhirnya bebanan hutang saya yang kena tanggung! semuanya demi nak puaskan hati orang sekeliling! itu bukan prinsip saya. biar papa asal bergaya bukan prinsip hidup saya*saje bagi contoh duit sebab main dengan duit manusia senang faham*

kenapa drama queen? sebab asyik nanges! okeh! ini bukan drama queen! ini tandanya terlalu banyak bebanan saya kena tanggung! dan saya tak tau kat mana nak bergantung harap! i don't have any shoulders to cry on! ini blog saya. saya da bagitau ini blog picisan!its ups and downs in my life! selagi saya rasa ianya sesuai untuk ditulis, saya akan tulis! bukan nak menagih simpati ke ape....tapi this is how i express my feel! sekurang kurangnya saya da muntahkan apa yang patut! sebab serious i'm burst! da tak mampu nak tanggung nak pendam! T___T harap harap tak kena serangan jantung di usia muda! sudahlah tanda tanda AF (atrium fibrilasi) da mula singgah!

tak dapat bayangkan, ini belum lagi saya membina rumah dan tangga! kalau da ada family, ntah macam mana lagi masalahnya. masalah rumah tangga, masalah suami, anak anak, kerja, itu ini....wow!!!! agak agak jantung saya akan tiba tiba pop out from my chest tak? sedar sedar je jantung da tergolek depan kaki! ngeriiiiii!!!!! but its ok! bab family, i always think positive! family saya nanti adalah sebuah family yang harmoni, suami yang understanding dan tak banyak kerenah,anak anak comel yang menyejukkan hati dan seterusnya kurang la masalah! live life happily la katakan! walaupon in the real life, there's no such thing! mana ada laut tak dilanda badai!

ok...da terasa sedikit lapang dada bila mencoret dekat blog kesayangan! maaf la kepada readers, kalau lately saya macam agak emo!huhuhuhhu...ntah kenapa sekarang nie rasa masalah bergolek golek datang dalam hidup nie! maybe nak latih saya supaya lebih kuat kot! takpe la..saya terima! selagi mampu, saya akan hormatkan anda anda yang terlibat dan insyaallah akan tetap hormatkan anda semua walaupon anda tidak tau hati saya da cukup terluka dan banyak berparut! demi menjaga hati anda, saya korbankan hati dan perasaan saya.

x    o    x    o
its the time to burn the calories!
jum tido!
kepala da macam kena letak timing bomb!
tunggu masa nak meletop!




PLEASE HELP THIS PEOPLE! HE IS IN TROUBLE!

HYE!!!! morning peeps! permulaan hari yang kurang bagus for certain people...ok, this morning when i'm surfing the internet of course Facebook is not forgotten...i just received a message in my inbox. a message from a staff worked at KLCC and i know him well. so this is not hoax! this is true story.....a kid has been kidnapped by a suspect drove white Myvi plat number WUS 948...PLEASE TAKE NOTE! if u guys see this white myvi with that plat number, please call Mr. Rashid 019- 6267 828... suspect telah melarikan anak perempuan beliau yang berusia 1 tahun dari nursery pagi tadi....so please...sama sama kita tolong Mr. Rashid...especially for those yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor....


message that i received from Abang Hafeez


zoom in sikit.....



x    o    x    o

kepada anda di luar sana yang terjumpa myvi putih bernomor pendaftaran seperti yang dinyatakan tolong call Mr. Rashid ok!
hari nie dia susah, mana tau hari esok anda pulak yang susah....

Thursday, January 27, 2011

APA ITU?

Perasaan...apa itu perasaan??? tetiba rasa nak membebel pasal perasaan.... hurrmmmm...itu tandanya diri dilanda ketidakstabilan emosi tahap akut!huhuhhuhu.....serious rasa macam nak jadi mulut puaka jer! tapi tak boleh! sebab orang bermulut puaka adalah orang yang mempunyai mentality tahap 'low class'! jadi adalah lebih baik bersabar dan beristighfar! ya tuhan! apa jer la saya mengarut nie? :(

serious saya sedang mencari pakar perasan! eh salah! pakar perasaan! makin hari makin saya rasa susahnya nak orang fahami perasaan saya sendiri! benci tau bila kau macam nak mati fikir dan risaukan pasal seseorang sampai badan kau da shaking sebab terlampau takut something bad is happening to the person, lepas tue kau menangis bagai orang mati laki (walaupon sebenarnya belom berlaki), akhirnya apa yang kau buat tue dipandang enteng! serious saya rasa macam nak je bagi orang yang berkenaan rasa macam mana bila jantung macam nak pop out from your chest! satu perasaan yang sukar nak digambarkan! 

adeh! ntah la...kadang kadang saya rasa apa yang saya buat macam tak berbaloi! sebab akhirnya saya sendiri yang sakit! bodohnya saya! :( kadang kadang saya fikir juga, berbaloi ke apa yang saya buat? what is the benefits that i get? it's nothing at all! bazir air mata, risaukan diri sendiri, tingkatkan denyutan jantung dan seterusnya meletakkan diri sendiri pada kelompok yang mempunyai tendency untuk terkena serangan jantung ataupon strok! sebab setiap kali kau mendapat kejutan yang tak berhenti henti! jangan kau mati terkejut sudahlah! minta simpang malaikat 44!

untuk membuatkan orang lain faham apa yang kita alami adalah tersangat susah! sebab finally orang akan cakap kau asyik nak menuding jari menyalahkan orang lain!OMG! betullah kata orang berbuat baik itu sangat lah susah!sebab orang akan nampak apa yang negative instead of positive!

adakah menyembunyikan perasaan itu lebih baik dari meluahkannya? sebab bila kau meluahkan, orang takkan faham, akhirnya kau makan ati sendiri! inilah yang dikatakan makan hati berulam jantung....hari hari kau makan! tapi berat kau susut! eh! itu kan bagus untuk diet seharian! at least lemak yang bertakung kat dalam body boleh dibakar hangus! kan boleh kuros! dari kau nak berhempas pulas tanak makan itu ini atau dari kau penat berlari 10 round keliling padang ragbi!

kenapa manusia nie susah nak faham ek? kenapa? kenapa dan kenapa? sumpah saya geram tahap cipan! bila saya cakap saya tak suka, itu maknanya saya memang tak suka! tapi kenapa nak juga buat benda yang saya tak suka? adakah dengan buat apa yang saya tak suka itu boleh memuaskan hati anda???? terus terang saya cakapkan apa yang anda buat tue sebenarnya lebih melukakan hati saya! yer! saya memang terluka! bila saya amek peduli, ada ke kena kesah? bila saya da malas nak peduli, saya la yang teruk! adoooooiiiiii!!!!!! apa yang patot saya buat nie? 

saya da malas nak fikir pasal perasaan orang la! sebab adeke orang nak amik tau hati dan perasaan saya? ade ke yang nak kesah bila saya menangis sebab diri anda? ade ke yang peduli bila saya shaking satu badan risau perkara buruk menimpa diri anda? life is unfair at all! why? sebab saya je kena rasa perasaan yang sumpah tak best langsung tue! kalau best, boleh la consider nak rasa berulang kali! 

ini secara jujur tidak ditujukan kepada pihak pihak yang tertentu tetapi secara roughly nak meluah perasaan je kat sini! kalau ade yang terasa harap maaf! eh! sudah lah! saya makin rasa makin banyak saya merapu merepek meraban kat sini! macam da tak faham pulak apa yang dibebel! sekian aje la..........tido lebih baik! gud night anda semua....i heart all of you! hugs and kisses! saya sentiasa sayangkan anda semua!


x    o    x    o
saya sayangkan orang orang yang istimewa dalam hidup saya....
terima kasih kerana menghadirkan diri anda dalam hidup saya...

Wednesday, January 26, 2011

I GET IT BACK! :P

FACEBOOK yang menggila hari nie da kembali pulih!
yeeaaayyyyyyyyy!!!!!!!!!! :DDDD

see....da dapat access my FB again!
kekekekeke......
sekian....nak cakap tue aje! ;p




x    o    x    o
terima kasih sebab sudi baca......
kakakakaakakakaka....
kin panas ini anak! :DDDD

TEA TIME!

TEA TIME! Get your MAD deal of the day! RM 8.00 instead of RM 14.50 for tropicalitea and a large cookie at the #tearepublic! #milkadeal

MAD deal of the day: RM8.00 instead of RM 14.50 for Tropicalitea & a large cookie at the Tea Republic, Bangsar Shopping Centre! Get the MAD deal today!

PLEASE HELP ME!!!!!

what the fish!!!!
i'm in trouble!!!!! :(
somebody please help me.............


i got problem with my FACEBOOK account...
i can't even open the facebook website....
anyone knows what happen exactly?
am i being hacked by some one or what?
please please please.....

this is what appears at my screen when i type
www.facebook.com

i cant't even open the facebook website :(
anybody knows?????
help me pleaseeeeeee...........



x    o    x    o
is it hacking activities occurred here?????

Monday, January 24, 2011

MAKANAN PENURUN KOLESTEROL

HAAAAAAA..... serious mood nak google aje pasal kolesterol! da kenapa pulak kan? sebab kau jangan ingat kau kurus kering macam skeleton kau sehat! kau takde masalah! kau takde penyakit! penyakit kolesterol nie serang tak kira sape! kau gemok ke kau kurus kering ke! so ape lagi???? baek pegi check sebab penyakit kolesterol tinggi dalam darah nie boleh menyebabkan kau kena serangan jantung dan juga strok! ingat lagi bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusuf? muda muda lagi da mati sebab kena serangan jantung kan? kau ade nampak dia gemok? tak kan?maintain je kan? kau nak tetiba aje kau mati kena serangan jantung ke strok ke padahal kau asik ingat kau nie sihat walafiat? haaaa....kan aku da bebel panjang!

penyakit nie orang muda pon kena serang! pendek kata tak kira la kau muda ke kau tua ke kau kurus ke kau gemok ke! semua dia bantai semacam aje...kalau dia nak hinggap kat kau, kenalah kau! puncanya ape?dari apa yang kita makan! so mari sama sama muali hari nie jaga pemakanan kalau nak hidup lama walaupon ajal maut itu di tangan tuhan!

meh tengok ape makanan yang dapat menurunkan kolesterol.....

1. ikan
ikan laut adalah sangat dianjurkan! *aku lupa perkataan yang sesuai...tetiba macam terspeaking indon!* -_- terutama sekali ikan sardin, tuna albacore, salmon dan makarel.

mackerel

2. bubur gandum/oatmeal
seperti yang diketahui oatmeal mampu menyerap kolesterol dalam darah! bila da kena serap cepat la turun dan cepatla disingkirkan kolesterol dalam badan kita nie!

3. walnuts, almonds dan kekacang
sumber kekacang merupakan sumber serat larut yang sangat tinggi.so tendency untuk absorbed kolesterol adalah juga tinggi! so banyakkan makan sumber dari kekacang especially walnuts kerana kandungan polyunsaturated fatty acids di dalamnya mampu menurunkan kolesterol dalam darah dengan begitu efisien!

4. minyak zaitun dan canola
minyak zaitun nie kalau digunakan dalam makanan dan diambil setiap hari mampu menjaga jantung kita dengan baik! lagipon kandungan antioksidan di dalam minyak zaitun tidak mengganggu HDL ataupon kolesterol baik dalam darah! dia musnahkan kolesterol jahat aje yerr....

canola


5. bawang putih
ianya bukan sahaja baik untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah malah baik juga untuk menghindar dari jangkitan H1N1...da kau baca bawang putih baik untuk turunkan kolesterol, jangan putih over dose! jangan pulak kau makan bawang putih hari hari macam makan apple! sebab kalau da over dose lain pulak jadinya nanti!

6. teh
tak kisah la nak minum sejuk atau panas..ikut suka hati! yang penting kandungan antioksidan dalam teh nie mampu menghalang kolesterol jahat 'membiak' dengan cepat dalam darah!malah dengan meminum teh ianya mampu menghalang pembekuan darah berlaku dan seterusnya dapat mengelakkan kau terkena strok! ape lagi? rajin rajin la minum teh! tapi gula jangan lebih pulak!kang dapat kencing manis pulok!

7. avocado
avocado mengandungi lemak tak tepu yang baik untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah! 

avocado


8. apple
apple kaya dengan serat, antioksidan dan vitamin C yang mampu menurunkan kadar kolesterol.sebaiknya apple dimakan bersama dengan kulit sebab kat kulit apple tue ada kandungan pektin iaitu serat larut yang bagus sekali untuk turunkan kolesterol! jangan dibunag kulit apple yer...

9. blueberry
makanlah blueberry! ia pon membantu menurunkan kolesterol!

10. anggur
anggur pon ada serat dan catechin  yang baik untuk turunkan kadar kolesterol.

11. bayam
bayam mengandungi lutein dimana lutein nie zat yang penting untuk menjaga kesihatan serta ketajaman mata. lutein juga boleh mencegah lemak dari menempel di pembuluh darah!untuk hasil maksimum, disarankan memakan sebanyak setengah mangkuk bayam setiap hari!


12. coklat!
favorite! yeaayyy!!!! sape cakap makan coklat tak baik???? tak baik kalau banyak makan coklat yang mengandungi susu....untuk turunkan kolesterol disarankan anda untuk makan coklathitam/dark chocolate dan coklat pahit!ini kerana coklat hitam/pahit mengandungi antioksidan dan flavanoid yang banyak! :) tetapi kandungan ini tidak terdapat di dalam coklat putih/white chocolate!



x     o     x      o
makanlah untuk kesihatan!
pesanan penaja! yeaaayyy!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...