I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Melancholy. Show all posts
Showing posts with label Melancholy. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

REST IN PEACE...AL-FATIHAH

Assalamualaikum w.b.t....

Lately, i suka sangat blogwalking....kira membalas balik sebab few months ago memang i've no time for blogging and blog-walking mahupon blog-jogging....extremely busy with my business and daily routine.sampaikan i've no time for myself *sighs*

sekarang ni memang mem-free kan diri for a while. badan pon nak kena kasi rehat. tapi still i have work to do everyday and it is a YES, i need to do my work!tapi tak sebanyak, seteruk, sepenat sebelum nie. so, banyak juga masa untuk blogging and blog-walking at this moment. ntah sejak beberapa hari lepas asyik blog-walking and will blogging bila tiba tiba idea datang mencurah ke ladang gandum.oh! thank you to my facebookers yang banyak share new blog yang ohsem untuk i blog-walking.so takde la i asyik blog-walking kat blog yang sama....orang cakap rezeki tuhan bagi sama rata.so nak bagi sama rata kena blog-walking and bagi nuffnang earning kat tuan tanah yang lain jugak!hiks! takde la tuan tanah yang sama je yang dapat hasil...yer tak?

ok, back to the track. just now i read a blog yang i memang selalu jengah juga la...terbaca an entry dalam blog tue stated that one of the blogger had passed away....kebetulan malam ni genap 100 hari pemergian arwah. terus i jengah blog arwah nie.hurmmm...arwah ni comel. godek godek blog arwah, oh...dia lagi muda dari i.

arwah Yasmin J Hunwick

mungkin i tak kenal pon blogger nie. tapi lepas baca blog dia, memang tersentuh hati sangat. nak lagi, sejak ketiadaan arwah, mama arwah ambil alih blog dia.mama dia yang duk update kat blog tue. sedih baca luahan hati mama arwah. luahan papa arwah. ibu bapa mana yang boleh gembira riang ria kan bila anak yang dibesarkan depan mata, hilang sekelip mata :'( semoga keluarga arwah sentiasa tabah. 

ntah dah berapa lama i duk belek blog dia. mata tak lepas dari baca celoteh dia kat blog tue. happy go lucky juga arwah nie. tapi apakan daya. Allah lebih menyayangi arwah. arwah ni comel sebab mix inggeris and malay.pemergian arwah ni bagi impak juga pada readers blog dia sampai ada yang mimpi pasal arwah sedangkan realiti nya tak pernah pon bersua muka dengan arwah. tapi siap boleh mimpi pasal arwah. yasmin memang terbaik dik....akak doakan semoga adik yasmin tenang di sana....al-fatihah....

x    o    x    o
salam takziah buat keluarga arwah....

Thursday, April 12, 2012

BIKIN GUGUR JANTUNG :(

Assalamualaikum w.b.t....



yesss!!!! hari ni kita dikejutkan lagi dengan berita tentang bakal berlakunya Tsunami untuk kali kedua di Malaysia! sumpah airmata nak gugur je bila dapat tau berlaku gegaran di Acheh dan gegaran tu turut dirasai oleh rakyat Malaysia especially yang tinggal di Perlis, Kedah, Penang, Kl, Selangor dan juga Perak! :(

actually i tau pon from FB....news feed kat Fb sebook orang update pasal gegaran yang dirasai....Allahuakbar!!!!sebok pi sana sini sampai newspaper tak baca, FB pun tak sempat nak check. balik dari library tadi petang, terus iron baju, angkat kain kat ampaian, lipat kain, lepas tu lelapkan mata jap sebab lately me and hubby memang waktu tidur tunggang langgang! sabo je lah...2 days to go....esok hubby dah start VIVA untuk his master....pray for him...semoga dipermudahkan segalanya...amin.....

ok, pendekkan cite! lelapkan mata dalam 30 minutes je sebab belum solat asar...so lepas mandi and solat, terus amek laptop and facebook-ing la...tup tup je terbaca pasal gegaran dan ramalan berlaku tsunnami! member plak ramai duk update terasa gegaran la, siap upload pictures orang ramai bertempiaran lari keluar dari bangunan etc.....

i dengan hubby tak tau cite lagi...kami dengan dunia kami je lately...haish!naseb baik ade FB, tau gak cite.then one of my buddy yang tinggal kat alor star pun cakap dia rasa gegaran. lama juga gegaran tu...i pun ape lagi, siap call mak terus tanya ok ke tak kat rumah. then my mum cakap time tu dia tengah mandi, so dia tak perasan pun kalau ada gegaran. then one of my junior bagitau kat my hometown memang rasa juga gegaran. penghuni kat kuarters IPD Baling semua berterabur lari keluar dari bangunan dan rumah masing-masing termasuk sekali dengan OCPD sekali....kira dahsyat juga la tu kan.....

terus i pesan pesan dengan my mum supaya cakap dengan abah, adik dan yang lain -lain 'sila jauhi pantai'....eventhough rumah kitaorang memang jauh pun dari pantai.....risaunya... :(

setakat malam ni amaran tsunami dah ditarik balik. tapi awas! jangan kita leka...walaupun amaran dah ditarik balik, kuasa Allah tu lagi besar...anytime je Dia boleh turunkan bencana kalau Dia nak....huhuhu....Ya allah ya tuhanku, peliharalah setiap ahli keluargaku dari sebarang bencana dan perkara yang tidak baik.....aminnnn....

x    o     x     o
bila ingat balik kejadian tsunami yang lepas, berdiri tegak bulu roma....
tak sanggup nak diselubungi kesedihan walaupun hanya melihat keadaan orang lain :'(



Wednesday, February 29, 2012

TINGGAL KENANGAN

Assalamualaikum w.b.t....

Setiap yang hidup pasti akan menemui mati.....tak kira lah yang tua atau muda.mati itu bukan hanya untuk yang tua, malah yang muda tetap mati jika itu yang sudah tertulis sejak azali!cuma kita jer yang belom tau bila masa dan ketika roh akan terpisah dari jasad kita yang hanya bersifat sementara nie.. :(

minggu lepas, 21 February 2012, kami kehilangan Nenek Aji *arwah*, nenek lelaki kepada husband i.kehilangannya mengejutkan kami sekeluarga sebab dalam seminggu dua sebelum tue nenek demam. lepas di bawa ke hospital, makan ubat yang doktor bagi, 3-4 hari selepas tu nenek da sihat. sempat juga i dengan husband 2-3 kali melawat dia.since kami tinggal kat Sandakan, and nenek pon tinggal kat Sandakan. tak jauh la sangat dari rumah kitaorang ke rumah nenek.so anytime je boleh pegi lawat sebab dalam 10km++ je nak gi rumah nenek.

husband and arwah....
hanya tinggal kenangan....
gambar time majlis persandingan kami di KK :'(

arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya sendiri pada hari isnin petang, 20 February 2012 dan dikebumikan pada keesokkan harinya di tanah perkuburan islam Jalan Aman, Sandakan. alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar....dan pada hari Selasa malam tu juga bermulalah bacaan tahlil untuk arwah. majlis bacaan tahlil di adakan di Masjid Al Falah, Kg. Karamunting. dan alhamdulillah sekali lagi kehadiran para jemaah setiap malam bertambah dari malam sebelumnya.

bukan tue aje sebenarnya..dari segi makanan pon setiap malam ada saja orang yang bersedekah, menjadikan mula mula menu utama katakan nasi berlauk dengan puding serta minuman. tapi nanti menu mesti akan bertambah.kuih sampai 4-5 jenis, bubur la..agar agar la....alhamdulillah...setiap malam kami mesti dapat menu tambahan dari orang orang yang bersedekah.so boleh cakap setiap malam menghadiri bacaan tahlil di masjid, dapur kat rumah i nie tak berasap la!sebab tiap tiap malam mesti bawa balik makanan yang ditapau!kadang kadang tu auntie auntie nie tapaukan kami makanan macam 10 orang makan.padahal di rumah just me and my husband! :P alhamdulillah....murah juga rezeki kami.....hehehehe...

yang pergi tetap pergi...kita yang masih hidup ni la yang akan meneruskan hidup.bagus juga ada majlis tahlil macam nie.why?sebab actually ramai family sebelah my mum in law yang tinggal kat Sandakan nie, tapi i jarang jarang jumpa dan ada juga yang i tak kenal pon. kalau  aunties and uncles sebelah father in law memang kenal la kebanyakkannya sebab dulu dulu selalu turun KK mesti jumpa punya!

so bila tiap tiap malam pegi majlis tahlil nie, biasanya kami kami kaum hawa nie memang akan sebuk sediakan makanan untuk jemaah masjid makan lepas tahlil.so di sini la silaturrahim kami dieratkan sebab sementara tangan bekerja, mulut berborak cerita itu ini. dari yang tak rapat, da jadi rapat =) dari yang mula mula muka nampak garang, tapi rupanya friendly giler! dari yang tak pernah bertegur, da bertegur...siap boleh jadi best friend!hikhikhik....kongsi kongsi cerita bagai...best sangat! ^_^

tapi malam nie da takde majlis tahlil..kena tunggu malam 20 pulak!hurrrrmmm....rindu la dengan semua aunties yang sporting giler tue!tiap tiap malam ada saja cerita kami!thank you la kepada semua aunties yang memang superb!yang membuatkan i rasa betul betul i ada family yang besar kat sini!love you all ketat ketat la!

x    o    x    o
al fatihah buat arwah nenek aji...
semoga rohnya di cucuri rahmat...aminnnn
al fatihah juga buat semua orang orang yang i sayang yang telah pergi meniggalkan kita yang masih hidup nie... :'(

Friday, December 30, 2011

ITS NOT THAT EASY LIKE ABC :'(

Assalamualaikum w.b.t....

Hurmmmmm.....semalam register balik kat job street since email kena hacked dulu, blom lagi i renew the registration...hari nie settle renew registration kat SPA plak! huhuhuhu...i'm back as an active job seekers! buhsan doe duk rumah hari hari....tapi naseb baik gak la dapat husband jenis kuat makan....pagi pagi before he goes to work, kena siapkan breakfast, then lepas dia gi keje, kemas rumah, laundry, mandi...tengah hari cook for lunch sebab dia akan balik makan kat rumah....then after lunch, when he goes to work back, i akan surf internet atau tengok tv je...then petang sebelum my hubby balik rumah,  siapkan minum petang....dinner kadang kadang masak, kadang kadang makan buah je...kunun nak diet! :P so kalau hubby cakap nak makan, kena masak, kalau tak, tak yah la masak....sonang koje den! ^__^'

tapi bila da petang petang cenggini, takde keje nak buat, rindu plak kat family yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati.... :'(

miss them like crazy! :'(
gambar raya tahun nie....huhuhuhu

me with my lil bro and lil sisters...
heart you sweety pies!
muahhh!!!!

my happy family...
love them so much! :')
mak, abah and adik....i miss u guys,damn so much! :'(

before kawen, i confident jer cakap dengan hubby 'i'll follow you after we get married...kan tempat isteri di sisi suaminya'....then he asked me 'tak risau ke nak tinggalkan family?nak tinggal jauh ni dari family?nanti mak abah sedih macam mana?'....

masa tue nak kata tak fikir panjang, tak juga...rasanya da berjela jela punya panjang i pikir....maybe my mistake, tak fikir kepedihan yang akan di alami bila nak berpisah dengan family...walaupon bukan berpisah buat selama lamanya.....sob sob sob :'(

time wedding kat KK, family i ramai yang ikut datang KK...masa tue happy je tengok dorang enjoy kat sini walaupon i takde masa yang banyak untuk join dorang jenjalan sebab masa tue memang busy dengan persiapan malam berinai, majlis persandingan dan outdoor session dengan photographer....pheewww!!!!memang macam tak cukup anggota badan la time tu nak bergerak...naseb baik family pon memahami.....

but when it's come to the last day they were here....masa tu kecelaruan perasaan da mula menyerang otak...da tak boleh nak beza yang diri sendiri nie tengah sedih ke, takde perasaan ke, happy ke.... =.=' sampai kat Terminal 2, KK, da mula bertambah kronik kecelaruan perasaan....sampai la saat dorang nak boarding, time tu la berjurai airmata turun macam empangan pecah!demmit!!!!hilang keayuan!wth! T__T

yang di circle itu my family's member yang sempat i snapped their picture!
guna henpon je....tak boleh da nak bergambar dengan dorang since airmata duk berjejeh kat pipi nie! T__T

mak yang buat buat happy....
padahal dalam hati da nangis! :'(
Mira yang duk tahan nangis sebab tengok i nangis! :'(

that is my lil bro yang tak berperasaan!
cilakak ini budak!pura pura la nangis, at least! LOL! :D

apa pon, sedih tetap sedih... :'( apa yang terjadi da pon berlalu....sekarang duk counting the days bila nak balik kampung.... :\ one thing yang i happy, they really enjoy while they were here!sampai ada ahli rombongan yang baru sehari dua balik semenanjung, da sms i bagitau nak datang! :') selagi i di bumi  Sabah nie, datang la kesayanganku..anytime je...let me know awal awal so boleh suruh hubby minta cuti sekali...boleh bawa you all round Sabah lagi.... :')

Kepada yang datang hari tue, i really appreciate it! :') terima kasih sebab datang ke KK...sampai ada yang da tangkap lentok dengan sumandak Sabah! nahhhhh laaaaa...siap sedia sape yang jadi warganegeri Sabah jugak!hikhikhik..welcome to my club la! :P

x    o    x    o
saya rindu keluarga saya! :'(





Saturday, April 9, 2011

E.M.O.T.I.O.N.A.L. BREAKDOWN

*big sighs* malam malam cenggini aku nak layan emo aku sat!hurrmmm....selalu kalau pompuan emo mesti nak cakap 'dia nak datang bulan la tue'....tue je kan yang hampa semua tau?hellloooo...pompuan pon manusia taw?sometime mood swing tu tak tentu hala juga! bulan tak mengambang pon mood boleh swing! swing sampai ke negara China pon boleh tau!see...aku da mula emo! :\

so aku sekarang nie tengah duk swing swing jugak la nie! bukan sebab bulan mengambang okeh!mula mula mood kacau bilau bila aku rasa penat....sumpah penat boleh buat aku bad mood...and bila aku cakap penat, its really true...i'm exhausted!bila da penat memang la kan rasa macam nak marah orang, nak tempeleng muka orang...segala benda rasa nak buat! so bila da macam tu sila jangan tambah burukkan mood aku lagi! bak kata pepatah melayu 'sarang tebuan jangan dijolok!' nak sakit kau jolok la!

normally keadaan macam nie akan beransur pulih bila letih tu hilang.....tapi ianya akan jadi parah bila dimangkinkan dengan hal hal yang buat aku sakit hati dan berkecil hati! contohnya bila aku mood tak baik, masa tue la korang cuba nak buat benda benda yang aku tak suka! so hasil yang akan diperolehi ialah mood aku akan lebih bergelora macam laut yang dilanda ombak besar!

lepas tue mood tak baik yang disebabkan oleh penat tue akan lebih bertambah buruk terus bertukar menjadi hulk yang hijau bila korang buat aku macam toys! bila nak korang amik aku and bila tanak korang biarkan aku!atau bila ada orang lain time tue la korang nak campak aku kat sebelah......bila korang rasa perlu je korang akan cari aku! owh!itu sangat menyakitkan hati aku sebenarnya!

atau lebih buat aku rasa macam nak tukar jadi huricane pastu gulung gulung korang kat tengah tengah tue bila korang lonely korang cari la aku.....luah itu ini...pastu aku nie plak jadi la pendengar setia korang! tapi bila korang happy atau ada orang lain disisi korang, korang buang je aku....biar je aku terkontang kanting sensorang! owh!damn!common la...aku pon manusia...ada masa mood aku pon terganggu....jangan la pikir diri sendiri je....lain la kalau aku dapat switch jadi robot...masa tu da jadi robot kompem da takde perasaan...so takkan ada masalah mood nak swing sana sini.....so jangan pikir yang mood korang je yang boleh nak swing!get it? 

hormone manusia anytime je boleh berubah....so pepandai la adapt!jangan bila nampak orang lain mood swing korang nak marah plak dia! sebab dia pon sebenarnya tanak mood dia jadi kacau bilau!sebab i'm sure semua orang pon kalau boleh nak hidup dia tenang je...senyum memanjang!tanak la moody moody nie! jiwa kacau babe!tapi masalah hormone dan tekanan nie adalah sesuatu yang kadang kala sukar nak di handle! melainkan korang happy kan orang yang moody tue..then it will be ok.... :)


x    o    x    o
sila jangan amik serious sebab mood aku memang tak stabil...
terkecik hati sikit! :\
ok..bai!

Wednesday, March 23, 2011

PRAY FOR HIM

haish!!!!lamanya tak dapat nak bermanja manja dengan blog kesayangan! :( sekarang nie my life is really hectic! rasa macam nak pegi bercuti! penat otak dan badan! banyak betol cerita tak terupdate hingga kini! :( sedih lagi! sorry yer readers! i'm extremely busy!

sekarang mencuri masa untuk update news buat keluarga yang jauh tentang perkembangan our uncle, Cik Din yang accident 2 minggu lepas. pagi kelmarin mencuri curi masa juga untuk melawat Cik Din after almost 2 weeks tak melawat beliau hospital. sebab hari tue busy dengan persiapan majlis tunang dan hal hal lain lagi. so kelmarin da batalkan kelas tuisyen the whole day. pukul 11 pagi ikut mak, abah pegi hospital seberang jaya. wad dibuka pukul 12.30 tengah hari. terus kitaorang masuk wad pukul 12.30 tue.

headed to wad 7. selak selak langsir sekali da tukar orang!aik? terus pegi tanya nurse. nurse cakap da kena pindah pegi wad 3, wad patah! so bergegas ke wad 3. cik din ada kat situ atas katil tengah rehat. no more wires yang berselirat kat tubuh badan dia. cuma luka operation kat perut masih berbalut dan tangan kiri juga disimen dan dibalut. tapi alhamdulillah, cik din da bole cakap walaupon suara dia agak perlahan.

lepak dalam wad sampai pukul 2 petang. masa melawat tamat! kena keluar. pukul 5 petang baru dibuka semula.so lepak kat kantin hospital with mak and tok som. lunch kat kantin sambil tunggu abah.3 jam menunggu itu sesuatu yang menyeksakan. damn sleepy time tue! asyik makan minum makan minum sebab nak hilangkan ngantok! lepas tu tukar tempat pegi lepak kat pondok menunggu depan hospital sambil baca magazine.


first day cik din dihantar ke hospital seberang jaya nie, terus dia kena tolak masuk dewan bedah immediately! lepas selesai operation terus masuk ICU. lepas tue masuk wad 7. sekarang kat wad 3 pulak!


discussion among them!

pukul 5 naik ke wad balik. cik mah, his wife and their daughter, Aishah is waiting for us! bad news from doctor! cik din kena masuk dewan bedah lagi esok untuk masukkan besi dalam lengan kiri dia yang patah. bad news nya ialah doctor akan try bius bahagian lengan kiri sahaja time operation. tapi kalau tak boleh, dorang kena bius 1 badan cik din.apa yang tak baiknya ialah doctor cakap kalau dibius 1 badan, ada risiko yang tinggi terhadap cik din sebab paru paru dan jantung dia yang lemah. dan wad ICU pulak sekarang memang da penuh! oh my! kesiannya cik din!

so, cik mah, mak, abah berdiskusi bersama.finally they decided kalau doctor terpaksa bius 1 badan, dorang nak minta hold dulu operation tue sampai wad ICU ada kekosongan.

wajah cik din yang the latest. muka dia seriously cekung!
takde selera nak makan sebab usus kena potong!
tapi sempat cik din jeling jeling tengok camera! ;p

jari yang kena potong aritu is getting better.luka pembedahan masa potong jari tue pon da macam nak ok.perhaps takde la any infection kat luka kat jari dan perut! kesian tengok cik din! gigi pon hilang sebatang!

berita terbaru semalam ialah accident tue berlaku disebabkan lori yang kat depan tue masuk parking secara tiba tiba menyebabkan cik din tak dapat nak kawal moto dia lalu melanggar belakang lori! hurrmmm...apa pon sama sama la kita doakan agar semuanya baik baik saja.....

x    o    x    o
update yang tergesa gesa! sangat tak best! :(
ok!apa apa news akan di update lagi nanti!
bye!

Wednesday, March 9, 2011

NOW I BELIEVE YOU, BUDDY!

hari tue ada chat dengan member matrik..cerita pasal something.and we shared some experiences. she already undergone a phase in her life which is normally people will undergo this phase too...same goes to me!cuma dia lagi awal. saya lewat sikit dari dia! tapi birthday kami sama!tibeeeee je kan?

dia ada cerita pasal something.tapi saya buat tak endah!sebab masa tue i was like 'itu kau...aku tak!'. macam saya tak yakin la dengan apa dia bagitau. bagi saya, itu apa yang dia alami. saya takkan la! dengan confident nya la masa tue fikir saya takkan hadapi atau alami apa yang dia alami dan tempuhi.

nah!!!!! sekali sekarang i need to say, 'hey buddy!i'm totally agree with you!'. saya juga alami apa yang awak alami dulu! owh! damn! i swear this is really hard for me! T____T OMG! ya tuhanku, bantulah hamba-Mu ini.. :'( tuhan aje yang tau ape yang bergelodak sekarang nie!huhhuuhu

Thursday, March 3, 2011

SOMETHING IS KILLING ME DAMN SOFTLY

blogwalking in the evening....i feel the emptiness! i feel like what the hell is this???? you are shattering my serenity! T___T ohemgee!!!! i hate this! sucks! 


suddenly terbaca post from Brother Razzi stated that 'Cinta seharusnya buat kita hidup BUKAN mati!'...this is due to a case where a teenager commit suicide sebab gagal dalam bercinta....hurmmmm...so very kid style! is it? but the truth is love is blind! people do everything because of love! love could be the sweetest thing ever...love could be the very strong poison for you!


and now love is killing me damn softly...i feel like dying... T___T


oh! comelnya mereka! damn!


Friday, February 25, 2011

AL-FATIHAH

Assalamualaikum w.b.t.....

ajal maut di tangan tuhan......innalillah hi wainna ilaihirrajiun.....baru minggu lepas arwah Pakngah pergi meninggalkan kami semua....malam nie saya mendapat lagi berita sedih dari nun jauh di negeri bawah bayu....nenda Hajjah Aminah binti Hj. Abdul Jalil telah menghembuskan nafasnya pada lebih kurang jam 8.15p.m tadi....

takziah dari saya sekeluarga buat semua keluarga di Kota Kinabalu...tabahkan hati dan banyakkan bersabar....Allah lebih menyayangi nenda....kali terakhir berjumpa dengan nenda kalau tak silap pertengahan tahun lepas, sekitar bulan June time engagement Kak Chum :(

lepas nie kalau pegi KK tak lagi dapat jumpa nenda....walaupon baru 3-4 kali jumpa, tapi nenda sangat baik.....sakit sakit dia pon sempat dia suruh saya minum kopi la makan biskut la...kalau pegi rumah nenda ade je la yang dia tanya atau suruh makan minum.....ape pon semoga nenda tenang di sana.....

semoga roh nenda ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.....amin.....al-fatihah



x    o    x    o

Monday, February 21, 2011

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA

Assakamualaikum w.b.t.......

syukur ke hadrat Illahi kerana masih dipanjangkan usia saya sehingga saya masih lagi dapat berblogging pada tika dan saat ini....sesungguhnya kehidupan di dunia ini penuh dengan paca robanya..... aisehhhh!!!! apa pulak saya merapek nie????

sebenarnya nak ucapkan takziah kepada keluarga Mak Ngah saya yang berada di Gombak, Selangor atas pemergian arwah Pak Ngah saya yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Jumaat lepas....*al-fatihah*...semoga Mak Ngah anak beranak tabah dalam menempuh dugaan ini.....

dikesempatan ini juga saya nak mohon maaf sebab tak pergi menjenguk sebab pada hari kejadian saya berada di Penang. time abah call bagitau Pak Ngah meninggal saya masih di Penang. and abah pulak time tue da on the way balik rumah nak packing barang dan terus berangkat ke Gombak petang tue jugak. abah cakap tak payah ikut la sebab abah dah nak bertolak pergi KL. nanti kalau tunggu saya balik lambat lagi nak gerak. so saya kena tinggal T__T sob sob sob....

harapnya takde la sesape yang bermulut puaka nak buat cerita saya nie tak reti reti nak menjenguk sedara sendiri meninggal! saya memang nak pegi tapi dek abah da rushing sangat tanak tunggu saya balik dulu, apakan daya saya la....apa pon, saya tetap mengirimkan doa dari kejauhan.semoga roh Pak Ngah dicucuri rahmat. semoga Pak Ngah tenang bersemadi di sana dan semoga Pak Ngah diletakkan dalam golongan orang orang yang beriman....amin....

x    o    x    o
jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan
hidup jangan nak dengki dengan kehidupan orang lain! :)

Friday, January 28, 2011

DRAMA QUEEN?????

at this moment i'm too fragile! lately ade je mende yang buat saya nanges! benci! macam nak frust menonggeng wa cakap lu! sekarang pon nanges lagik! semalam nanges! kelmarin nanges! 2 malam lepas nanges! conclusionnya is this week my crying day? damn! benci benci benci! ini tak tipu! T__T

ati saya sekarang begitu fragile! T__T nangis lagik! banyak betol masalah tetiba nak appears in my life right now! eh! bodoh tau! ikutkan hati macam nak lari masuk hutan sorang sorang! lepas tue 4-5 hari saya tak balik rumah, tak contact sape sape, lepas tue baru semua orang menggelabah nak carik kan! *tue pon kalau mereka rasa nak cari saya*



hidup rasa macam sedang menjunjung batu yang maha berat di atas kepala sorang diri..lepas tue orang sekeliling yang nampak macam tolong lagi amek batu batu berat letak lagi atas kepala saya! haaaa...punya la semangat saya nak bagitau yang hidup saya betul betul tertekan! T___T  saya da dewasa..tolong la faham itu! saya bosan bila saya masih lagi dilayan seperti budak berumur 1 tahun! T___T

sepatutnya bila sudah melepasi umur 21 tahun, saya patutnya memiliki hak untuk membuat keputusan dalam hidup! ini tak! semua benda saya tetap kena ikut telunjuk orang! itu saya boleh buat, ini saya dilarang buat! OMG!!!!!! sumpah saya penat menangis! sumpah saya penat ikut telunjuk orang! dan sumpah saya benci semua nie! bila tak ikut, saya lah jahat! saya lah tak baik! ya tuhanku, apa patut saya buat untuk fahamkan orang orang di sekeliling yang saya nie MANUSIA dan bukannya LEMBU yang boleh dicucuk hidung ditarik ke sana ke mari! T___T

sudah penat dengan kerenah seorang manusia yang ntah kenapa tak boleh tengok saya bahagia, tak boleh tengok saya menjalani hidup saya dengan aman. tak dapat serang dekat handphone, serang kat facebook! akhirnya da kena blocked, baru pandai diam! itu pon sebab da tak tau nak serang kat mana! habes segala keturunan dia saya blocked! hambek kau! ape punye jenis manusia la nie! sedih bila kau punya hati nie busuk sangat! kau dengki bila tengok orang lebih dari kau! astagfirullah....insaflah manusia! hidup manusia itu ada naik turunnya.....zaman kita tak sama! ingat tue! tapi tuhan tue tetap Maha Adil! susah senang hidup saya, saya tak pernah ganggu hidup kau! jadi kenapa luar dalam hidup saya kau nak ganggu???? dulu saya diam...apa kau buat saya diam...kau pijak kepala saya, saya diam.tapi bear in mind, tahap kesabaran saya ada tingkat maksimumnya! kau memang stalker jadian yang paling berjaya dalam dunia stalkers! kau memang hebat lah! baju jenama apa saya pakai, make up apa saya guna, apa saya buat sampaikan brand lingerie saya pon kau nak stalk! memang maha hebat lah! tak puas dengan tue, kau kacau keluarga saya! kau nak buruk burukkan partner saya! get lost la makcik! sebab kau da gagal! kami tak bodoh nak termakan cerita cerita kau! manusia manusia......


after i have erased that people from my life, timbul pulak masalah manusia yang tidak faham keadaan diri saya! T__T adooiii....saya tak mampu betol la nak teruskan hidup macam nie! perasaan orang saya kena jaga, tapi perasaan saya macam mana? dipaksa mengikut kehendak hati mereka sedangkan saya tak punya kemampuan nak ikut telunjuk jari mereka! tolonglah faham....fahami saya yang masih banyak kekurangan! saya bukan anak jutawan ada duit melimpah ruah! saya buat sesuatu berdasarkan kemampuan diri saya je.....setakat mana saya mampu, setakat itu aje la saya buat! i do understand, semua orang nak buat something, nak kan benda tue jadi perfect! yes, same goes to me! tapi perfectionism tue ada tahapnya! senang cakap, kalau kau miskin, kau tetap boleh buat something tu menjadi perfect tapi mengikut taraf kemiskinan kau la! jangan la pulak kau miskin tapi kau nak jadikan sesuatu tue perfect lagak orang kaya! memang kau takkan mampu! bagi saya senang je. saya buat ikut kemampuan diri saya. apa yang saya ada, apa yang mampu saya usahakan! that's it! tak susahkan??? yang menjadi susah bila kau terlalu ikutkan hati, sebab tue ikut hati kau mati! tapi dalam situasi nie, bukan kau yang mati, tapi saya!  T___T sebab kalau saya tak buat ikut apa yang kau nak, saya dilabel derhaka, tak mendengar kata! T___T 

saya harus pandang ke depan...tolong faham...sebab tue apa yang saya bakal buat, apa yang nak saya buat, mesti saya fikirkan untuk masa hadapan!contohnya senang aje! kalau sekarang saya ada RM100, saya hanya akan belanjakan sekitar RM10 untuk 1 bulan sebab saya kena simpan untuk bekalan di masa hadapan memandangkan saya tak punya sumber duit masuk pada masa sekarang. melainkan saya punya income tetap yang masyuk, saya tak kisah nak belanjakan duit RM1k ke RM2k ke sebulan! sebab saya da mampu. tapi bila saya cakap saya tak mampu, itu benar dan betul.memang saya tak mampu!saya tak nak ada RM100 saya belanjakan semuanya sekali sampai habes atau ada RM100 tapi saya belanja RM1k!itu suda lebih!akhirnya bebanan hutang saya yang kena tanggung! semuanya demi nak puaskan hati orang sekeliling! itu bukan prinsip saya. biar papa asal bergaya bukan prinsip hidup saya*saje bagi contoh duit sebab main dengan duit manusia senang faham*

kenapa drama queen? sebab asyik nanges! okeh! ini bukan drama queen! ini tandanya terlalu banyak bebanan saya kena tanggung! dan saya tak tau kat mana nak bergantung harap! i don't have any shoulders to cry on! ini blog saya. saya da bagitau ini blog picisan!its ups and downs in my life! selagi saya rasa ianya sesuai untuk ditulis, saya akan tulis! bukan nak menagih simpati ke ape....tapi this is how i express my feel! sekurang kurangnya saya da muntahkan apa yang patut! sebab serious i'm burst! da tak mampu nak tanggung nak pendam! T___T harap harap tak kena serangan jantung di usia muda! sudahlah tanda tanda AF (atrium fibrilasi) da mula singgah!

tak dapat bayangkan, ini belum lagi saya membina rumah dan tangga! kalau da ada family, ntah macam mana lagi masalahnya. masalah rumah tangga, masalah suami, anak anak, kerja, itu ini....wow!!!! agak agak jantung saya akan tiba tiba pop out from my chest tak? sedar sedar je jantung da tergolek depan kaki! ngeriiiiii!!!!! but its ok! bab family, i always think positive! family saya nanti adalah sebuah family yang harmoni, suami yang understanding dan tak banyak kerenah,anak anak comel yang menyejukkan hati dan seterusnya kurang la masalah! live life happily la katakan! walaupon in the real life, there's no such thing! mana ada laut tak dilanda badai!

ok...da terasa sedikit lapang dada bila mencoret dekat blog kesayangan! maaf la kepada readers, kalau lately saya macam agak emo!huhuhuhhu...ntah kenapa sekarang nie rasa masalah bergolek golek datang dalam hidup nie! maybe nak latih saya supaya lebih kuat kot! takpe la..saya terima! selagi mampu, saya akan hormatkan anda anda yang terlibat dan insyaallah akan tetap hormatkan anda semua walaupon anda tidak tau hati saya da cukup terluka dan banyak berparut! demi menjaga hati anda, saya korbankan hati dan perasaan saya.

x    o    x    o
its the time to burn the calories!
jum tido!
kepala da macam kena letak timing bomb!
tunggu masa nak meletop!




Thursday, January 27, 2011

APA ITU?

Perasaan...apa itu perasaan??? tetiba rasa nak membebel pasal perasaan.... hurrmmmm...itu tandanya diri dilanda ketidakstabilan emosi tahap akut!huhuhhuhu.....serious rasa macam nak jadi mulut puaka jer! tapi tak boleh! sebab orang bermulut puaka adalah orang yang mempunyai mentality tahap 'low class'! jadi adalah lebih baik bersabar dan beristighfar! ya tuhan! apa jer la saya mengarut nie? :(

serious saya sedang mencari pakar perasan! eh salah! pakar perasaan! makin hari makin saya rasa susahnya nak orang fahami perasaan saya sendiri! benci tau bila kau macam nak mati fikir dan risaukan pasal seseorang sampai badan kau da shaking sebab terlampau takut something bad is happening to the person, lepas tue kau menangis bagai orang mati laki (walaupon sebenarnya belom berlaki), akhirnya apa yang kau buat tue dipandang enteng! serious saya rasa macam nak je bagi orang yang berkenaan rasa macam mana bila jantung macam nak pop out from your chest! satu perasaan yang sukar nak digambarkan! 

adeh! ntah la...kadang kadang saya rasa apa yang saya buat macam tak berbaloi! sebab akhirnya saya sendiri yang sakit! bodohnya saya! :( kadang kadang saya fikir juga, berbaloi ke apa yang saya buat? what is the benefits that i get? it's nothing at all! bazir air mata, risaukan diri sendiri, tingkatkan denyutan jantung dan seterusnya meletakkan diri sendiri pada kelompok yang mempunyai tendency untuk terkena serangan jantung ataupon strok! sebab setiap kali kau mendapat kejutan yang tak berhenti henti! jangan kau mati terkejut sudahlah! minta simpang malaikat 44!

untuk membuatkan orang lain faham apa yang kita alami adalah tersangat susah! sebab finally orang akan cakap kau asyik nak menuding jari menyalahkan orang lain!OMG! betullah kata orang berbuat baik itu sangat lah susah!sebab orang akan nampak apa yang negative instead of positive!

adakah menyembunyikan perasaan itu lebih baik dari meluahkannya? sebab bila kau meluahkan, orang takkan faham, akhirnya kau makan ati sendiri! inilah yang dikatakan makan hati berulam jantung....hari hari kau makan! tapi berat kau susut! eh! itu kan bagus untuk diet seharian! at least lemak yang bertakung kat dalam body boleh dibakar hangus! kan boleh kuros! dari kau nak berhempas pulas tanak makan itu ini atau dari kau penat berlari 10 round keliling padang ragbi!

kenapa manusia nie susah nak faham ek? kenapa? kenapa dan kenapa? sumpah saya geram tahap cipan! bila saya cakap saya tak suka, itu maknanya saya memang tak suka! tapi kenapa nak juga buat benda yang saya tak suka? adakah dengan buat apa yang saya tak suka itu boleh memuaskan hati anda???? terus terang saya cakapkan apa yang anda buat tue sebenarnya lebih melukakan hati saya! yer! saya memang terluka! bila saya amek peduli, ada ke kena kesah? bila saya da malas nak peduli, saya la yang teruk! adoooooiiiiii!!!!!! apa yang patot saya buat nie? 

saya da malas nak fikir pasal perasaan orang la! sebab adeke orang nak amik tau hati dan perasaan saya? ade ke yang nak kesah bila saya menangis sebab diri anda? ade ke yang peduli bila saya shaking satu badan risau perkara buruk menimpa diri anda? life is unfair at all! why? sebab saya je kena rasa perasaan yang sumpah tak best langsung tue! kalau best, boleh la consider nak rasa berulang kali! 

ini secara jujur tidak ditujukan kepada pihak pihak yang tertentu tetapi secara roughly nak meluah perasaan je kat sini! kalau ade yang terasa harap maaf! eh! sudah lah! saya makin rasa makin banyak saya merapu merepek meraban kat sini! macam da tak faham pulak apa yang dibebel! sekian aje la..........tido lebih baik! gud night anda semua....i heart all of you! hugs and kisses! saya sentiasa sayangkan anda semua!


x    o    x    o
saya sayangkan orang orang yang istimewa dalam hidup saya....
terima kasih kerana menghadirkan diri anda dalam hidup saya...

Saturday, January 15, 2011

THE LOOSER!

within a week aku da cuba bertahan! aku gagahkan diri, aku tabahkan hati....tapi in the middle of night, and now i'm crying alone :'( i'm hurt! i'm sick! :'( finally aku tumbang! aku kalah! dikala manusia lain sedang nyenyak dibuai mimpi, aku di sini menangis pilu! aku terkapai kapai, terumbang ambing sendirian....

looser betol aku rasa! its just few days passed! tapi di pertengahan jalan aku kalah! aku kalah dengan perasaan aku sendiri! sungguh aku tak mampu nak tipu diri sendiri! :'( hey looser! kau menangis jugak malam nie! pecah jugak benteng kau malam nie!

kata hati, 'menangis la diri...hamburkan kesedihan dan kepiluan dirimu...moga esok ketenangan menjadi milikmu'....

kata diri, 'aku tak mampu nak berpura pura lagi! :'( aku sakit...aku terluka dengan apa yang berlaku....aku terkapai kapai....aku bukan diri aku! aku terpaksa memendam.....hati, kau sedar tak yang kau sakit?kau sedar tak yang kau terluka?? kau sedar tak yang kau sedang berdarah??????' T___T

jangan dicari bahu untuk menangis, jangan ditagih telinga sang pendengar! kau harus lalui semua nie SENDIRI! ALONE AT ALL!!!! menangis la diri...teruskan menangis....kau sendiri sekarang! menangislah jika itu mampu melegakan kesakitan kau! T___T

aku da terlalu fragile sekarang! Ya Allah, aku tak pasti andai esok aku masih lagi mampu berpura pura tersenyum...berpura pura bahagia...berpura pura seperti apa yang berlaku langsung tak menyentuh hati kecilku ini..... :'( wahai hati, tenanglah....sabarlah....tabahlah.....

moga tidur ku malam ini akan membawa lara hatiku berlalu pergi....moga hatiku seceria sang mentari esok....cukup la airmata penjadi peneman tidurku malam nie..... T__T moga terubat luka hatiku....aku rindu masa masa dulu....sungguh aku rindu yang teramat! :'(



x    o    x    o
Ya Allah, hambaMu ini terlalu lemah...
ujian sekecil ini, tapi aku da tumbang...
aku tak mampu.... :'(
hati aku terluka, jiwa aku terseksa....
Ya Allah Ya Tuhanku...
tabahkanlah hati hamba Mu ini Ya Allah....
perjalanan hidupku masih jauh....
dugaan dan ujian Mu masih banyak untuk aku....

Thursday, January 13, 2011

HUHUHUHUHU............

aku nak happy ke nak sedih ke nak senyum ke nak nangis ke?????? orang cakap' 'congratz irna....this is good eventhough u calon simpanan...... tapi aku menyampah sebenarnya....sebab inilah yang dikatakan GANTUNG TIDAK BERTALI! sekian....tue aje nak cakap.... *mende yang buat aku serabut dan stress* masih berharap untuk mendapat perkhabaran gembira dalam taun ini* :( amminnnn.....




No. Kad Pengenalan :   
Sila Isikan No. Kad Pengenalan Anda (Contoh : 731211105455 atau A2345567)


No. Kad Pengenalan:  XXXXXXXXXXXX
Nama Penuh:  NOR IRNA SHARINI BINTI MD  YUSOF


Kod SkimJawatan
Tarikh Temu Duga
Keputusan Temu Duga
   1160
PENGUASA IMIGRESEN GRED KP41
01/12/2010   
Anda Telah dikategorikan sebagai calon simpanan dalam masa 1 tahun
  
Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Keputusan temu duga ini akan dipaparkan dalam tempoh tiga (3) minggu daripada tarikh paparan di Portal SPA

Saturday, January 1, 2011

ADILKAH?????

assalamualaikum w.b.t....

mood petang nie serious saya rasa nak nanges sampai puas! T__T lesson of the day," BILA KITA NAK BUAT BAIK BUKAN SENANG! BANYAK CABARAN DAN DUGAAN YANG MENDATANG!" come on irna! don't give up! its just the beginning! T__T *nanges lagik!*

cabaran dan dugaan tu might be comes from your family itself, outsiders, people surrounding you, backstabber etc....airmata tu pasti akan menitis juga! OMG! i hate this! semua orang nak saya ikut saje apa kemahuan mereka sedangkan mereka tak cuba fahami keadaan diri saya, kemampuan diri saya! pleaseeeeee..... T__T kalau saya mampu, saya pasti ikutkan semua yang anda mahukan! saya takkan cakap 'eh' ke 'tanak' ke atau 'tak boleh' sekali pon! :'(

anda nak kan saya jaga hati dan perasaan anda! tapi anda fikirkah hati dan perasaan saya????? saya juga manusia yang punya hati dan perasaan! bila saya tak mampu penuhi apa yang anda kehendaki, sewenang wenangnya saya dituduh itu dan ini. kononnya saya degil, saya suka membantah, saya itu, saya ini!

ingin saya katakan, sekiranya kudrat dan keadaan saya mengizinkan saya pasti penuhi apa yang anda mahukan, saya pasti turutkan! tau kah anda di ceruk hati saya paling dalam, saya menjerit, saya merintih dan saya menangis bila saya tak mampu nak laksanakan dan tunaikan apa yang anda mahukan! :'(((((

bila saya tak mampu, saya dituduh itu dan ini! adilkah untuk diri saya???? apa yang saya miliki cumalah sekepal pasir, tapi anda desak saya untuk bagi intan dan permata! mana mungkin! saya masih tak mampu! saya masih lagi berusaha! tapi keadaan belum memihak kepada saya!

bila saya ikutkan kehendak anda, saya la kesayangan! tapi bila saya tak mampu, saya dibenci! sungguh saya tak nampak dimana nilai keadilan itu! T__T senjata anda airmata! sumpah saya memang rasa bersalah bila melihat anda menangis! tapi tangis saya, sape yang kesah????

dahla....kalau da rasa tanak amik tau pasal saya lagi, suka hati la! cuma 1, kebaikkan yang kita nak buat tue, kita buat setakat yang mampu! jangan sampai kita susahkan diri sendiri! itu prinsip hidup saya.buat selagi yang termampu! kita buat dengan niat yang ikhlas.bukan untuk menunjuk nunjuk kebaikkan kita! dan yang akhir sekali tak perlu lah dihebohkan kepada ramai selagi belum masanya, sebab kalau tak menjadi nanti, kesannya saya yang menanggung! malunya saya yang terima! mulut orang lain yang menghebah, tapi kesannya saya yang tanggung seumur hidup! tolong fahami saya..... T__T


wassalam.....


x    o    x    o
see, saya telah betul betul mengamalkan freedom of speech kat blog saya hari nie...
saya tak mampu nak tanggung sorang sorang.... 
T__T

Monday, December 27, 2010

T___T


its hurt me! :'(
yesterday was my last day with my dearest ayang...
petang semalam saya hantar encek boyfriend pegi aiport...
his flight pukul 5.25 p.m to Sandakan...
hari ni da keje...so tak boleh cuti lama lama...
he needs to work! ok.. :(

its bye bye time... :'(
wahhh...saya sudah menitiskan airmata time kat airport...
but i still control...kesat kesat airmata..
i left the airport soon after encek boyfriend da boarding...
on the way to KL Sentral, dalam bus saya tido..
tido untuk mengelakkan dari menangis...

sampai KL Sentral, roger roger my dear sister....sis amone
sis amone ade kat times square...
so cepat cepat pegi times square...
its sis amone bye bye time pulak! :'(

saya lepak kat monorail together with sis amone sementara tunggu train sampai...
sorry sis tak dapat hantar pegi airport sebab my bus pon malam tu juga... :'(
she is my sister (actually encek boyfriend's sister)
she's also my best friend...
teman shopping yang satu kepala...
teman tidur kat bilik....
she is everything...
seronoknya ada sister yang satu kepala macam kamon! :)

time bye bye kamon, saya ter'menangis' lagi..
wah!syahdunyaaa.... :'(
lepas tue masuk times square jalan sorang sorang...
totally lost!
i'm here all ALONE! :'(

jalan jalan dan akhirnya tersadai di kerusi sorang sorang...
sumpah rasa kosongnya hidup tanpa mereka di sisi :'(
saya rindu kamu!!!!!!!!

lepak kat times square sampai pukul 8.30 p.m
saya rasa saya macam orang yang da tak betol!
balik hotel nak amek luggage di bilik mummy and daddy...
sampai hotel saya terus 'wuuuuaaarrrggghhhh'..... :'(((((
nanges berabes...sumpah tak mampu nak tahan da...
pecah juga benteng akhirnya...
:'(((((

time tue juga encek boyfriend call...
memang tersedu sedu la saya nangis... :'(
saya rindu kamu....
rindu masa masa kita bersama kat KL..
rindu girl talk's time with kamon..
rindu lepak-ing session bersama kawan kawan yang gila gila..
azuan, fadhil, ebit, raja, zamir...
thanks guys...
anda semua sentiasa menceriakan hidup saya...

finally i'm ALONE! :'(
i hate this moment....
i'm leaving KL alone....
bye bye KL...
bye bye everyone...
gonna miss all of you...
frankly speaking trip kali nie sangat special....

balik ke kedah dengan mata yang bengkak sebab over sangat nanges..
sumpah sedih bila terpaksa berpisah lagi...
tough time for me.... :'(


x    o    x    o
my dear, i miss you damn so much!
i'm still crying today..
keep on thinking about you....
tengah updated blog pon bole nanges! :'(


to kamon,
sori sangat tak  sempat beli beday present...
plan nak jalan kat times square sama sama semalam sebab nak beli baju untuk kamon..
tapi tak sempat pula kita nak shopping lagi...huuhuhuuh :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...