I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Recipes. Show all posts
Showing posts with label Recipes. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

FRUIT COCKTAIL DENGAN SEAWEED

Assalamualaikum w.b.t...

Yeaayyy!!!! semuanya berkenaan pure marine collagen! obses nak cantik dengan collagen hebat nie? banyak lagi cara lain yang uolls boleh buat untuk consume pure marine collagen selain makan begitu saja atau tambah dalam jus/cordial. ni yang paling simple...buat fruit cocktail! nyummyyyyy!!!!!kena lagi time panas terik, pekena fruit cocktail, fuhhhh!!!!! terbaik!


BAHAN - BAHAN

- 100 GRAM RUMPAI LAUT YANG SUDAH DIRENDAM DAN DIBILAS, TOS 3-4 KALI
- 1 TIN BUAH CAMPUR
- AIR SEJUK
- AIS


CARA-CARANYA
1. potong rumpai laut kecil kecil
2. masukkan 1 tin buah buahan campuran, rumpai laut yang telah dipotong dan air ke dalam mangkuk
3. kemudian, gaul rata
4. nak lagi sedap tambah kiub ice....nyum nyum nyum.....



x    o    x    o
selamat mencuba....
pmc gred AA RM20 free postage, pmc gred AAA RM25 free postage
pm/sms/whatsapp/viber 019 5464635 untuk tempahan

SUP RUMPAI LAUT ALA ALA KOREA

Assalamualaikum w.b.t....

here we go! another recipe menggunakan pure marine collagen! apa kata lepas nie uolls try plak buat sup menggunakan pure marine collagen nie...sup ala ala korea...sebab tu orang korea gebu kemain....sebab dorang suka makan seaweed! jum kita tengok apa bahan bahan dan cara nak masak sup rumpai laut nie....


BAHAN-BAHAN

air secukupnya
Rumpai laut(direndam dan dicuci)..toskan
6 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar
kiub ayam
sedikit isi ayam dicincang(nak guna udang pun boleh)
2 biji telur biji
sedikit halia diketuk
Tomato(nak letak apa2 sayur pun boleh, carrot ke)
bawang putih dan merah goreng(optional)
Daun Sup
sedikit batang celery dihiris
sedikit minyak masak utk menumis

CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Tumis bawang putih yang ditumbuk dan diketuk sehingga naik bau
2. lepas tu, masukkan sedikit halia.
3. kemudian, masukkan isi ayam
4. bila isi ayam dah hampir masak masukkan telur
5. Bila dah agak garing isi ayam dan telur tadi,  masukkan pula air dan juga bawang besar
6. Bila dah mendidih masukkan batang celery dan rumpai laut
7. Akhir sekali baru masukkan tomato,bawang goreng dan juga daun sup....dan siap!



x    o    x    o
happy cooking! ;)
untuk tempahan pure marine collagen boleh pm/sms/whatsapp/viber 019 5464635
belian borong juga di alu alukan ;)

PUDING PURE MARINE COLLAGEN

Assalamualaikum w.b.t...

selain dimakan begitu sahaja atau ditambah ke dalam jus mahupon cordial, uolls juga boleh pelbagaikan cara pengambilan PMC ini....salah satunya dengan buat puding PMC...jum tengok resepi puding  PMC ini!

sumber: google

PUDING PURE MARINE COLLAGEN

Bahan - bahannya :-

1/2  gelas rumpai laut ( Yang sudah di blender atau dipotong )
4 gelas susu penuh krim
gelas gula
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil perisa oren ( tak nak letak pun takpe...boleh ganti dengan pewarna )
 

Cara-caranya:
1. Panaskan susu sehingga mendidih
2. Tambahkan rumpai laut dan renehkan ia sehingga pekat.
3. Tambahkan gula, vanila dan perasa oren. 
4. Tuang ke dalam bekas. 
5. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. 



x    o    x    o
SELAMAT MENCUBA! ^__^


Wednesday, December 12, 2012

DURIAN CREPE VERSI SAYA! ;)

Assalamualaikum w.b.t....

Penangan durian tak abes lagi nie sebab last week on the way back to hubby's hometown, kat tepi jalan ni bersepah sepah durian...and the best thing is tahun ni durian murah murah giler compared to last year punya musim...siap boleh dapat sekilo RM2! fuhhh!!!!and lagi terbeliak bijik mata when one of our auntie told that we can buy durian at sipitang with the cheapest price i think! sebiji RM1! fuhhh!!!!!gilos!

ok, last week on the way back to KK, singgah tepi jalan dekat Luanti pajak durian. nak balik ke rumah pon pajak lagi durian kat tempat yang sama. lepas tu dek kerana minggu ni is a hectic week, makanya durian yang dibeli tu tak tersempat pon nak makan. makanya lagi, i pon buka la durian tu semua, amek isinya simpan dalam container, simpan lagi dalam peti sejuk.tadi tengah hari keluar la pegi bakery sebab nak beli whipping topping dengan niat nak kerjakan isi isi durian tu untuk buat durian crepe yang famous amous di abad ini.

so bermula la langkah nak buat crepe. resepi dah di goolge awal awal..so i would like to share with you ladies and gentlemen, the simplest durian crepe recipe.dek kerana konsentrasi yang teramatlah tinggi time buat crepe tadi, maka takde la gambar yang di snap ketika proses pembuatan crepe.so, meh nak kongsi recipe dengan uolls out there!

Bahan-bahannya crepe:
50gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 biji telur
3 sudu teh butter yang dicairkan
160ml air
40ml susu cair/susu segar
2 sudu besar gula castor
esen vanilla
pewarna kuning


cara-caranya:
1.campur dan ayakkan tepung gandum dan tepung ubi kayu.
2.masukkan gula castor.
3.tuang susu cair/susu segar, kacau rata guna whisker je.
4.kemudian,masukkan telur yang di pukul manja guna garfu je, tak payah pukul sampai kembang.
5.masukkan pula esen vanilla, kacau rata lagi.
6.masukkan air, kacau lagi.
7.masukkan butter yang telah dicairkan, kaaaccaaauuuu lagi.
8.last but not least,masukkan pewarna yang korang suka. nak letak kaler hijau ke, merah ke purple ke ikut suka ati korang la.
9.adunan tapi haruslah ditapis tlebih dulu sebelum korang nak masak.

cara nak masak pulak...
-guna senduk, ceduk adunan dan ratakan atas non-stick pan korang.
-.guna bontot senduk tu je untuk kasi crepe korang bentuk bulat, walaupon tak berapa nak bulat, kira ok la tue....
-agak agak dah masak, jangan terbalikkan crepe tue, sebaliknya terus terlangkup kan ke atas pinggan. *faham ke nie?*
-buat sampai abes adunan.
*bahagian crepe yang licin tu akan jadi permukaan luar crepe, yang bahagian bawah tu akan jadi bahagian dalam crepe.

next, kita pegi plak step untuk buat inti dia...
-watak utama haruslah isi durian yang dah dibuang bijinya.
-kemudian, fresh cream atau boleh juga guna whip topping.
- i guna whip topping je, pukul sampai kental guna mixer, tak payah susah payah nak tambah gula lagi sebab whip topping ni dah manis.

lepas dah kental boleh la ke proses nak balut crepe.disebabkan i takde amek gambar time membalut crepe tu, makanya i bagi link blog yang uolls boleh tengok cara nak lipat crepe nie. actually recipe crepe ni pon i amek dari blog nie....

Makanya terhasillah crepe durian gabak, versi i...bhuahahaha.....montok,mantop, dan kembung macam bantal gitu....makan sebiji crepe i ibarat macam makan 2-3 biji crepe durian yang uolls beli kat midvalley...heaven sangat!



so orang Sandakan, nak tempah crepe durian, boleh la pm i kat SINI, atau boleh sms/whatsapp di 019 5464635.....terus bussines you! :P hehehe..standard price for crepe durian RM10/5 pcs....tapi size crepe i lagi gabak dari size crepe yang kat luar sana tu yer....you won't regret belanjakan RM10 untuk crepe giant camnie....heheheehe...

x    o     x     o

Tuesday, April 17, 2012

LUNCH FOR TODAY

Assalamualaikum w.b.t....

hari ni nak jamu mata korang lagi dengan masakan i walaupun i ni tak la hebat mana memasak....hari ni rajin nak type recipes untuk korang try kalau korang rajin....actually semalam baru first time keluarkan table grill dari kotak....belum dirasmikan lagi...so harini dengan excitednya nak rasmi table grill hadiah kawin last year.....oh!by the way, oven pemberian sis in law belum dirasmi.....tungguuuu..... :)

untuk menu pertama, sebab nak rasmi table grill ni i decided nak buat grilled chicken dengan sambal special....i grilled sekali dengan sotong......


chicken and squids grilled with special sambal

bahan-bahan:
cili kering
bawang besar
bawang putih
halia
serai
lengkuas
belacan
(semua bahan di atas dikisar)
air asam jawa
minyak untuk menumis
gula
garam

cara-caranya:
1. panaskan minyak di dalam kuali
2. masukkan semua bahan yang dikisar
3. masukkan air asam
4. perasakan dengan gula dan garam
5. masak sampai bahan-bahan tadi masak 
6. grilled ayam dan sotong (i guna table grill so much easier) sampai separuh masak
7. lepas tu amek sambal yang da siap di masak tadi, sapu kat ayam dan sotong
8. grilled lagi sampai ayam dan sotong masak

*i masak sambal tu kasi lebih, so lepas sapu kat ayam adn sotong tadi, yang lebihan tu buat makan dengan nasi......sedappppp :D*



udang masak kunyit

bahan-bahan:
udang
bawang putih
bawang besar
serbuk kunyit
cili hidup
garam 
minyak masak

cara-caranya:
1. panaskan minyak
2. tumis bawang putih
3. masukkan udang dan kacau rata
4. masukkan serbuk kunyit
5. masukkan garam
6. masukkan cili hidup dan bawang besar
7. kacau rata sampai udang masak
8. siap sedia untuk dihidangkan


sayur campur

bahan-bahan:
bawang putih
bawang merah
kiub pati ayam
kubis putih
lobak merah
kubis bulat
bunga kubis
tau fu box
fish cake
fish ball
air
minyak masak

cara-caranya:
1. panaskan minyak
2. tumis bawang putih dan bawang merah
3. masukkan fish cake, fish ball, kiub pati ayam
4. masukkan carrot, bunga kubis...
5. masukkan sedikit air
6. masukkan kubis bulat, kubis putih, tau fu box
7. kacau rata, dan angkat

x    o    x    o
selamat mencuba! ^__^

Monday, April 16, 2012

BILA TIGA MINGGU CUTI MEMASAK....

Assalamualaikum w.b.t......

Fuhhhhh!!!!! tiga minggu tinggalkan rumah, tiga minggu cuti panjang, tiga minggu makan kat luar, tiga minggu hidup tunggang langgang, tiga minggu tidur tak menentu, tiga minggu diet hancur, tiga minggu takgi jogging, semuanya dalam tiga minggu yang kucar kacir untuk i dengan mr. husband.....but finally, semuanya berbaloi! :)

So, semalam baru sampai home sweet home....rindu kat rumah, rindu kat my kitchen, rindu periuk kuali, rindu tilam di bilik, rindu bantal busuk, rindu everything kat rumah.....hehehehe....tapi, tiga minggu tinggalkan rumah kosong tanpa penghuni, masak juga nak kemas..... =.=' masuk je rumah semalam, first thing i buat masuk toilet cuci toilet dulu sebab toilet macam tandas awam yang tak dibersihkan!euwwwww!!!!! :( ini disebabkan last day sebelum meninggalkan rumah, takde air...sekali time kami takde kat rumah, air yang masuk adalah air lumpur....geram! abes lantai toilet pun macam coklat-coklat sebab lumpur melekat.....so cuci toilet dulu....dengan baju tak tukar ape, terus capai berus, cuci satu toilet.....terpaksa flush toilet bowl sampai lima kali baru air jernih due to dalam tangki flush tu lumpur-lupur masih termendap di dasar......huhuhhuhu....

settle segala hal di toilet, terus menuju ke dapur. first of all, terus tengok bawah sinki. dah tau dah tu port semut semut hitam nak buat sarang bila takde orang kat rumah! siap sedia dengan Ridsect.....buzzzzzz.....abes jatuh berterabur semut hitam di lantai....kena pulak sapu lantai....banyak giler semut bersarang di bawah sinki! grgrgrgrgr!!!!! then kena cuci pinggan mangkuk, periuk belanga yang terdedah sebab di khuatiri cicak suka suki makan angin jalan jalan di atas pinggan mangkuk, periuk belanga! choiii!!!!!

then amek penyapu, terus menyapu satu rumah sebab sakit mata tengok kaum kaum cicak berpesta ria jadikan lantai rumah ni jamban dorang! nak jugak dekat sekilo taik cicak atas lantai! memang takde sivik betul cicak-cicak ni! ish! pegi ler berak kat toilet ke kat luar ke! nyusahkan orang betul...hangin i...da ler penat, kena kemas rumah pulak! barang semua tak unpacked lagi sehingga entry ini di publish....sangat penat....lepas kemas rumah semalam, terus mandi and masak maggi jer....sebab mr. husband requested nak makan maggi kari kat rumah! naseb baik ada lagi stock maggi.....

then pagi ni, dua-dua lewat bangun! hahahahaa.....hampeh! ini disebabkan kitaran biological badan masih tak menentu...kalau dulu pukul 10-11 malam mesti mata dah berat....disebabkan tiga minggu ni asyik tidur pukul 3-4 pagi, so semalam walaupun kami penat giler, 2-2 tak dapat tidur...ntah pukul berapa baru tertidur even da pasang aircond sesejuk mungkin.... =.-' lepas tu bila lewat tidur, faham-faham jer la....mesti terbabas! lalalalala~~~~~ :D

for lunch today, mr. husband macam biasa wajib lunch di rumah....tiga minggu kami asyik makan kat luar.....kesian giler mr. husband kepingin nak makan masakan wife dia....so he requested i masakkan dia sotong masak kicap, ikan pekasam goreng, then i tambah sayur campur....lepas tu on the way back kelmarin, ada singgah di Ranau....mr. husband beli buah bambangan......i tak pandai makan buah ni even i don't know macam mana nak kopek buah ni....

so, jum jamu mata tengok my menu for lunch today.....


sayur campur.....my favorite....

sotong masak kicap.....

ikan pekasam goreng...terbaik.....selera orang utara tetap dalam diri......hehehehe....

this is buah bambangan....pernah tengok tak?

cara nak kopek......bukan macam kupas mangga....
cara dia macam kopek limau bali.....kulit dia sangat tebal.....

isi kat dalam.....

sungguh berseni mr. husband potong buah bambangan nie! LOL! :D

ini pun mr. husband buat....nak makan dengan buah bambangan....
belacan, cili padi, gula, garam, air....
nak sedap lagi perah air limau kasturi, tambah cuka....
tapi sebab takde limau dengan cuka, mr. husband letak belacan, cili padi, gula, garam dan air sahaja.....tapi sedap giler! first time i makan.....hehehehehe...
buah dia rasa manis manis masam.....


x    o    x    o
happy cooking!
^__*

Monday, January 9, 2012

LUNCH PITA WHOLEMEAL WITH MINCED BEEF

Assalamualaikum w.b.t.....

Ate kate nak berdiet kan?tak moh makan nasi....ate nye lagi takut gemok!so, semua menu nak kena nukor!kurang kurangkan makan nasik!jadinye tengah ari nie laki teman request nak makan roti pita...teman pon masak ler minced beef untuk disumbat ke dalam roti pita tue!


Bahan bahannya:
Roti pita wholemeal (beli aje kat supermarket!)
daging cincang
bawang beso sebijik
tomato sebijik - potong dadu
lobak merah - potong dadu
cili kering - kisar bersama bawang merah dan bawang putih
sos tomato
sos cili
gula 
garam

Cara caranya
1. panaskan sedikit minyak
2. tumis bawang besar sampei layu
3. masukkan daging cincang
4. masukkan cili kering yang dikisar
5. kacau sebati
6. masukkan sos tomato, sos cili, lobak merah, tomato
7. perasakan dengan gula dan garam

potong dadu timun..campo kan ke dalam minced beef yang da siap di masak. panaskan roti pita...potong kepada 2 bahagian...masukkan minced beef yang da siap dimasak ke dalam roti..siap sedia untuk dimakan...nyum nyum nyum...

x     o     x      o
selamat mencube!

Thursday, October 27, 2011

CARAMEL CAKE~NYUM NYUM NYUMMMMM!!!!!

Assalamualaikum w.b.t...

pernah tak korang tak plan nak buat something..tapi korang buat secara on the spot sehingga apa yang berlaku ala ala diluar jangkaan? :P ok..by the way, petang tue i borak borak dengan my mum, cousins and auntie...tetiba i tercakap 'eh..teringin la nak makan almond poppy seeds cake'.... dan dengan sepantas kilat my mum cakap 'pi la buat!'..and my cousin lagi support 'jum buat!'...

so dengan sepantas kilat jugak bergegas masuk ke dapur menyiapkan bahan yang da sedia ada kat dapur dan zassss!!!buat almond poppy seeds cake...sedang dalam proses menyiapkan almond poppy seeds cake, my cousin cakap 'eh!jum kita try buat caramel cake nak tak?'....padahal belom pernah try..dan ape lagi....kami pon buat la caramel cake untuk pertama kalinya.... :DDD by the way, recipe almond poppy seeds cake ada pada entry yang lepas....cekidaut!!!!kali ni i nak kongsi recipe caramel cake....

CARAMEL CAKE

2 atau 4 sudu besar gula (kami hanya gunakan 2 sudu gula sebab takmo makan manis manis...takut kena diabetis! :P)...jadikan gula hangus.ratakan pada keseluruhan loyang  supaye kek tak melekatapada loyang.

cairkan dulu 2 sudu gula..jadikan gula hangus


ratakan pada loyang

bahagian atas

1/2 tin susu cair @ 1 cawan susu cair
70 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
kacau sebati..kacau dengan perlahan


tadaaaa...inilah ropanyaaaaaaa..... :P
by the way, masa korang nak masukkan adunan caramel ni ke dalam loyang, tuang ke dalam loyang sambil tapis yer.....

lapisan kek (A)

140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak
pukul telur kuning,air dan minyak hingga kembang..masukkan gula..pukul kembang lagi hingga naik sekali ganda.masukkan tepung yng dicampur baking powder.kemudian ketepikan.


ketepikan adunan

meringue (B)
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu teh krim tar2
pukul hingga kembang dan tak menitis..

campurkan A dan B..KACAU DENGAN TANGAN..JANGAN GUNAKAN MIXER....Gunakan kaedah kaup balik



bahagikan adunan A kepada berapa bahagian yang korang suka untuk diwarnakan..in this case, we all bahagikan kepada 2 bahagian....

1 bahagian letak kaler hijau


1 bahagian lagi letak kaler pink :)

jangan lupa lepas korang ratakan gula hangus pada loyang, tuangkan adunan caramel dulu...lepas tu baru masukkan adunan kek....selang seli la adunan tu....macam kitaorang letak kaler hijau dengan pink...so letak pink lepas tu hijau lepas tu pink lepas tu hijau sampaiiiii lerrrrr adunan kek abes......

dalam proses menyelang nyelikan adunan :P

da siap untuk dibakar ^__^
mesti ade yang hairan kenapa kitaorang letak loyang dalam loyang kan?
gunanya loyang bulat tu untuk isi air dIluar loyang yang ada adunan cake tu sebelom membakar...
untuk buat caramel cake mesti gunakan kaedah bain marie untuk bakar cake ni bagi mengekalkan kelembapan cake tersebut..... *eceh!macam chef plak!:P*

Masak dengan menggunakan kaedah bain marie ataupon double boiler...40 minit pertama guna api bawah..selebihnya guna api atas bawah hingga kek masak...apapun bergantung pada suhu dan kepanasan oven masing2.

taddaaaaaa.......
inilah ropa caramel cake kami yang da siap dibakar....



telangkupkan cake di dalam pinggan yang besar...
so anda boleh nampak the caramel is up there :)

ropa cake bila da dipotong..sangat menarik kalernya...hehehe..
dan sedapppppp.... :P

x    o    x    o
selamat mencuba! :)
.






Thursday, September 22, 2011

ALMOND POPPY SEEDS CAKE

Assalamualaikum....

hari ni atas permintaan ramai, meh nak share recipe almond poppy seeds cake dengan korang semua.....


bahan-bahannya:
140gm tepung superfine
130gm gula castor
2 sudu besar badam cincang - dipanggang
2 sudu besar poppy seed
5 biji telur (gred B - disejukkan)
1/2 sudu kecil vanilla esen
160gm butter - dipukul sehingga kembang
1 sudu kecil baking powder
30gm susu tepung
3/4 sudu besar ovellate
sedikit badam keping

Cara-caranya:

1.putar tepung superfine+gula castor+telur+baking powder+vanilla esen+ovellate+susu tepung sehingga kembang.pastikan ianya betol betol kembang..kalau tak, cake anda takkan jadi fluffy..maksudnya cake anda tak menjadi la....
2.masukkan butter+poppy seeds+badam cincang
3.campurkan bahan 1+2.....gaul dengan sudip..adun sehingga sebati
4.masukkan ke dalam loyang.tabur dengan badam keping dan poppy seeds di atasnya.
5.bakar suhu 160 darjah 40min

Sunday, September 11, 2011

CAKE OF THE YEAR!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t....

lately i menghadapi sindrom time constraint di mana blog da berminggu dibiar berhabuk bersawang!orang raya mesti nak kemas kemas bersih bersih...i?kemas umah jer...blog berhabuk bersawang....adeh!!!masa betul betul mencemburui i...nak lagi rezeki syawal...lepas puasa and raya alhamdulillah order untuk vco memang banyak dan diluar jangkaan....itu maksudnya pengguna memang da percaya dengan keberkesanan product nie... :)

oklah...atas permintaan ramai nak tengok sangat rupa almond poppy seeds cake yang i da bagi anugerah 'cake of the year'...kenapa?sebab normally tiap tiap tahun dalam bulan syawal i akan bakar cake maksimum 3 bijik sahaja...tapi dek kerana penangan almond poppy seeds cake, tahun nie kurang seminggu beraya i da bakar 9 bijik almond poppy seeds cake nie!2 bijik cakes ni hanya mampu bertahan selama 2 hari di atas meja hidangan...baru nak masuk hari ketiga cake nie kompem da licin...i pon tak tau nape ramai orang suka sangat makan cake nie termasuklah diri i sendiri! =.=' diet tak diet haku tetap belasah!muahahahahaha...lepas tu nyesal sendiri! ;p

cara buat cake ni nak cakap susah, tak susah..nak cakap senang tak senang..tapi yang pastinya korang memerlukan mixer gabak yang mempunyai speed maksimum yang sangat laju...kalau setakat hand mixer memang tak jalan!so cake ni juga boleh diklasifikasikan sebagai cake yang mengada ngada demand tinggi jugak la!sebab mixer besar harga pon besar.....hehehehehehehe...

meh tengok rupa cake nie...nak kata ada rupa ada sikit sikit je la....takde la ade rupa yang indah menawan sangat....tapi rasa dia.....korang kena rasa sendiri baru tau sedap ke tak......


almond poppy seeds cake

see.....rupa dia biasa biasa je kan?tapi sekali makan asyik nak ulang alik je makan sampai lenguh jaw ni mengunyah cake nie.....huhuhuuh....sape nak try i boleh ajar dengan syarat make sure korang beli mixer yang gabak dulu... :)

sekian dahulu...kalau rasa terliur harap maaf...sape nak order boleh pm i....cod daerah baling bisa diatur...hehehehe

x    o    x    o
kesian encek tunang...
i da bakar 9 bijik cake ni bagi orang makan..
gamaknya yang ke-10 atau yang ke-11 la baru dia dapat merasa...hehehhee

Monday, August 8, 2011

MAKAN MAKAN DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t......

alhamdulillah....lebih kurang seminggu da kita puasa...syukur kepada Allah s.w.t di atas kesempatan yang diberikan....sebut pasal bulan puasa mesti tak lari dari aktiviti makan makan time berbuka, bazar ramadhan dan solat tarawih....indahnya ramadhan... :)

sebut pasal makan, i pon cam ala ala semangat je nak memasak untuk berbuka...hehehe...kalau bulan tak puasa semangat nak memasak tu kureng sikit...almaklumlah tinggal bertiga je kat umah...nak plak orang orang kat umah ni kureng makan...tunggu malam je la time abah da balik...abah je la wajib kena hidang dengan nasik....kalau i dengan mak, siang siang kami diet!hehehehe...so memang sangat jarang nak memasak... =.='

so bila datang ramadhan cam excited je nak memasak untuk berbuka...eceh!time time camnie la i nak test skill memasak...hehehe....nanti kan kena masak untuk sang suami plak! :D *berangan je koje haku nie!* :P

dalam 4-5 hari terawal puasa, my lil bro ada kat rumah...so orang kuat menghabeskan makanan ada kat umah...memang licin la...tp sekarang da tinggal bertiga...masak pape pon memang tak abes....even da bagi kat jiran sebelah rumah, my auntie jugak la..hehehe....hidup berkeluarga...camtue la....kanan rumah sedara, belakang rumah pon sedara sendiri :) i lebiu la sedara sedara ku! hiks! :)

i masak menu selain nasik putih....kira masak yang special sikit la...kalau setakat masak nasi putih korang pon da handal kan?ok...menu pertama i masak was nasi ayam + sambal kicap special....actually this is menu time i tunang dulu...nasi ayam superb!my favorite...so i da belajar dengan tuan empunya resepi....sumpah rindu nak makan nasi ayam dia masak!tapi memandangkan dia pon sekarang da berbadan dua..tak bole la nak ngengade mintak dia masak..so i masak sendiri...tapi mungkin tak sesedap Puan Fudzla masak la..takpe...kena belajar! *semangat waja tue!*

ayam berempah yang special, sup resepi i sendiri, all those salad and sambal kicap paling special!memang terangkat!favorite i..nyum nyum nyum...

the next day my mum requested soh masak nasi ayam tu lagi....so masak jer la kan.....makin bersemangat waja la...sebab first trial pon da ok la...hehehe...walaupon rasa maybe tak sejibik macam  Puan Fudzla buat...

untuk ari berikutnya tekak terasa macam nak layan spageti jer....selera italiano la plak kan....so misi mencari oregano herbs dan mixed herbs bermula...tapi malangnya kat tempat i ni takde plak kedai or supermarket yang jual semua tue....so masak juga spageti without those herbs....hasilnya kurang la sikit rasa italiano nya...takpe la...janji bole makan spageti....


spageti yang tak berapa nak italiano from me :D

time masak spageti my mum suruh rebus spageti sampai sebungkus...i ikut je la...tapi spageti tak abes pon..simpan dalam peti ais...then pikir lagi nak masak ape untuk the next day...jeng jeng......idea datang..nak try masak mee kari...kebetulan tengok my favorite rancangan..rancangan wajib tiap tiap tahun time ramadhan....KETUK KETUK RAMADHAN hosted by Shiela Rusly...best sangat.... ^___^

tengah hari tue sis Shiela masak mee kari ketam...so timbul la idea nak masak mee kari...tapi i substitute mee kepada spageti sebab i tak makan mee kuning....so petang tue i just masak kuahnya aje...tapi bukan isi ketam, i tukar dengan ayam, fish cake and fish ball...

 
spageti curry my style....
sehat nie sebab tak guna santan..i guna susu...sebab i kureng sikit dengan santan santan nie....hehehe...diet diet diet! :P


x     o     x     o
esok nak masak ape plak eh?




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...