I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Sick. Show all posts
Showing posts with label Sick. Show all posts

Sunday, February 5, 2012

INILAH YANG DIKATAKAN SEHATI SEJIWA!LOL! :D

Assalamualaikum w.b.t....

tajuk entry agak tak boleh blah! LOL! :D apa yang sehati sejiwa?sehati sejiwa sejak sejak da jadi hubby and wifey nie semua nak buat bersama!sampai pegi jumpa doktor pon kena bersama sama dan sama sama juga kena makan ubat!hahahaha....actually my husband sakit gigi aritu...but then sakit tu pandai datang pandai hilang!sampai ada 1 malam dia tak dapat tidur!asyik telan panadaol and pain killer...abes power ubat, sakit balik sampai saraf pon naik sakit sama...last last nak makan takde selera, nak nganga mulut pon tak dapat sebab sakit!

me plak pada petang tu bangun tidur tengok cermin tetiba OMG!!!!!!!rashes naik penuh kat dagu! T___T memang da gelabah bagai nak rak!merah merah da kat dagu...dengan kelam kabut cari ubat sapu and terus sapu kat dagu!tapi masalahnya dia hilang bila sapu ubat..then bila mandi, cuci muka bersih bersih, rashes timbul balik!stress giler!nak lagi esoknya tu nak pegi exam!dengan muka sememeh camnie, OMG!!!! :'(

so lepas solat maghrib, my husband duk menahan sakit saraf kat pipi dia tu yang duk berdenyut denyut...i plak duk menahan rashes yang duk gatai merenyut renyut tue!last last dia ajak gi klinik....pusing pusing, last last pegi klinik dan surgeri vincent ng...dekat ngan rumah....

yang paling tak leh blah dua dua time kat rumah sakit kemain, sampai kat klinik je rashes i makin hilang, merah takde cuma ruam ruam kecik tu masih ada sikit lagi...and my husband plak sakit yang duk berdenyut denyut tu terus hilang!siap bole nganga mulut bagai!sot!!!!hehehehe...

tapi sebab alang alang da kat klinik, jumpa juga doktor!hasilnya..amek la 2 karung ubat bawa balik rumah!





x    o    x    o
ok...selamat jamah ubat sampai kenyang!
bluerkk!!!!

Saturday, January 15, 2011

FIBRILASI ATRIUM (AF)

Ya Allah....da kenapa pulak dengan aku nie???? tengah solat tadi makin menjadi jadi pulak...lately kenapa macam makin kerap nie? kalau nangis mula la aku semput kalah orang asthma tahap akut! :( malam nie tengah solat pulak dia datang lagi! da macam lari 10 round kat padang..... first time aku jadi camnie, time minggu orientasi aku masuk UKM..time tue plus dengan high fever lagi...memang superb! kemuncak pada suatu malam, tetiba aku tak boleh nafas sampai kuku aku dengan bibir tukar jadi biru......nauzubillah...memang ingat mati da time tue! da la time tue sorang sorang kat bilik... yang lain semua tengah berkumpul kat dataran...almaklumlah...minggu orentasi katakan...paling best number handphone roomate pon aku takde! -_ -


tadi time solat isyak jadi lagi! tiba tiba je aku susah nak nafas, rasa berdebar debar, jantung berdegup laju, lepas tue rasa macam kat dalam dada ada pressure! masuk malam nie da kali ke-3 ke ke-4 da jadi camnie! after kejadian pertama, aku sesak nafas bila aku nangis! tapi malam nie tak nangis pon da semput macam hape je... :( pernah before nie google sindrom sindrom nie...mengikut ape yang aku jumpe maybe sebab stress...huhuhuhu....


now tak puas ati..aku google lagi....then aku jumpe nie...sindrom yang aku alami semua cam sama je...nama penyakit tue Fibrilasi Atrium atau singkatannya AF....



RASA berdebar-debar yang tidak menentu, degupan jantung kadangkala menjadi pantas, sukar bernafas dan seolah-olah ada tekanan dalam dada. Ini antara petanda utama masalah degupan jantung yang tidak normal atau dalam istilah perubatan dipanggil fibrilasi atrium (AF).
Berbanding wanita, lelaki mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah ini. Jika dulu ia sering dikaitkan dengan warga tua, kini keadaan berubah kerana ia juga berlaku pada golongan muda berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun, tidak merokok dan rajin bersenam!
Masalah terjadi apabila degupan jantung atas tidak sekata dengan jantung bawah. Jantung manusia mempunyai empat ruang atau bilik – dua di atas (dipanggil atrium kanan dan kiri) dan dua di bawah iaitu ventrikal kanan dan kiri.
Apabila jantung berfungsi dengan betul, darah yang kaya dengan oksigen dipam daripada atrium kiri dan ventrikal kiri ke seluruh bahagian tubuh. Manakala atrium kanan dan ventrikal kanan pula mengepam darah semula ke paru-paru untuk diisi dengan oksigen.
Untuk mengepam darah, jantung perlu mengecut dan berehat dalam rentak yang sekata. Aktiviti pengecutan dan rehat ini dikawal oleh rangsangan elektrik dari nodular sinoatrium yang terletak dalam atrium kanan. Ini adalah ‘pacemaker’ semula jadi jantung yang mencetuskan impuls bagi memulakan setiap degupan jantung.
Rangsangan elektrik ini dikeluarkan oleh satu bahagian dalam atrium kanan (bilik atas kanan) yang dikenali sebagai nodular sinoatrium. Ia penting untuk membolehkan jantung berdenyut dengan normal.
AF adalah masalah berkaitan rangsangan elektrik yang berfungsi secara semula jadi di jantung. Kegagalan fungsi impuls elektrik itu menyebabkan degupan ruang atas dan bawah jantung menjadi tidak seragam.
Dalam kes AF, bilik atas jantung (atrium) menerima rangsangan elektrik yang tidak menentu. Akibatnya ia bergetar. Pada masa sama bilik bawah jantung (ventikal) juga berdegup cepat tetapi tidak sepantas atrium.
Pakar Elektrofisiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Razali Omar, berkata antara petanda utama FA adalah degupan jantung bergerak pantas, sukar bernafas, berdebar-debar dan berasa seolah-olah ada tekanan dalam dada. Bagaimanapun, ada juga individu yang tidak berdepan petanda seperti itu turut mengalami FA.
“Punca sebenar kepada masalah AF seperti ini tidak diketahui dan sehingga hari ini ia masih dikaji pakar perubatan di seluruh dunia. Ada masalah AF hadir sendiri.
“Namun ada beberapa masalah kesihatan seperti serangan jantung mampu merangsang AF. Berdasarkan kajian, 20 peratus daripada individu AF tidak menyedari mereka mengalami masalah degupan jantung yang tidak menentu atau tidak normal,” katanya.
Punca paling lazim ialah kerosakan pada struktur jantung, termasuk injap. Bagaimanapun, ada kes AF yang tidak mempunyai masalah kesihatan. Antara punca lain yang mungkin menyebabkan AF ialah:
# Tekanan darah tinggi
# Serangan jantung
# Keadaan injap jantung yang tidak normal
# Kecacatan jantung kongenital (sejak lahir)
# Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau ketidakseimbangan metabolik yang lain
# Pendedahan kepada rangsangan seperti ubat, kafein, alkohol dan tembakau
# Apnea tidur (nafas terhenti ketika tidur)
Menurut Dr Razali, walaupun kebanyakan kes AF tidak membawa maut, ia tidak harus dipandang ringan kerana yang membimbangkan adalah komplikasinya kerana individu yang mengalami masalah ini berisiko tinggi untuk sampai ke tahap strok.
Pada masa sama AF memberi kesan terhadap keupayaan jantung sehingga mengakibatkan aliran darah berkurangan. Sebahagian darah mungkin tertinggal dan bertakung di dalam atrium dan membentuk darah beku.
“Darah beku akibat AF mungkin terpecah dan bergerak ke otak, sekali gus menyebabkan strok. Ada pesakit dikesan mengalami masalah AF selepas kena strok,” katanya.
Dr Razali yang juga Pakar Runding Kardiologi berkata, lelaki lebih ramai berdepan masalah AF dan yang mengejutkan, kini ia banyak berlaku kepada individu berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun.
“Senario masalah ini berubah sejak 15 tahun lalu. Jika dulu ia sering dikaitkan dengan warga tua, kini ia berubah kepada generasi muda yang cergas, malah ada yang tidak merokok serta rajin bersenam terpaksa menerima hakikat berdepan masalah FA.
“Kami pernah menerima pesakit AF semuda 14 tahun. Bagaimanapun, kebanyakan generasi muda yang mengalami FA berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun,” katanya.
Rawatan
Dr Razali berkata, individu yang ada masalah AF pada peringkat awal dirawat menggunakan ubat-ubatan. Biasanya dua ubat diberi, iaitu ubat mengawal degupan dan mengawal strok.
Rawatan menggunakan ubat-ubatan tidak mampu memulihkan sepenuhnya AF. Ia hanya mampu mengawal 60 hingga 65 peratus masalah itu. Pesakit pula akan terus bergantung sepenuhnya kepada ubat seumur hidup,” katanya
Menurut Dr Razali, individu yang ada masalah AF tidak perlu bimbang kerana masih ada harapan untuk mereka.
Katanya, IJN ada kepakaran melakukan pembedahan untuk merawat AF menggunakan kaedah ablasi (prosedur memusnahkan tisu di satu-satu kawasan) kateter. Di IJN, pembedahan ini dipelopori sepasukan pakar Elektrofisiologi termasuk Dr Razali dan Dr Azlan Hussin.
“IJN sebenarnya ada kepakaran untuk melakukan pembedahan itu sejak 1999. Bagaimanapun kini kami menggunakan teknologi lebih canggih dan antara yang pertama di Asia selain Hong Kong.
“Kami menggunakan tiub kateter lebih inovatif yang mampu memusnahkan secara serentak kawasan otot jantung bermasalah yang menyebabkan berlakunya AF. Berbanding tiub kateter sebelum ini, ia perlu dilakukan satu demi satu dan memakan masa lama.
“Penggunaan teknologi itu hanya memakan masa dua jam berbanding lima atau enam jam sebelum itu. Malah pesakit juga tidak perlu ada di hospital untuk tempoh lama. Hari ini bedah, esok boleh pulang,” katanya.
Pembedahan membabitkan prosedur memasukkan kateter ke jantung melalui kemasukan kecil pada vena (pembuluh darah yang membawa darah ke jantung). Ia dimasukkan ke vena melalui kaki.
Di hujung tiub kateter ada elektrod yang menghantar gelombang radio bagi menghasilkan tenaga frekuensi radio. Tenaga itu memusnahkan tisu jantung yang menyebabkan berlakunya AF.
Sebelum ini prosedur itu memakan masa sehingga lima jam kerana ia memerlukan pakar bedah menjelajah dan melakukan ablasi atrium kanan dengan menggunakan satu kateter elektrod yang sebenarnya direka untuk atrium kiri.
Ia juga perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelak terkena struktur organ berdekatan seperti saluran makanan (esofagus).
Namun, kini dengan penggunaan teknologi kateter yang lebih inovatif, tiub kateter sampai ke vena pulmonari dan dapat mengasingkan secara elektronik vena pulmonari daripada atrial kanan dengan pantas dan selamat, malah elektrod boleh dihidupkan serentak untuk satu bulatan kateter. Justeru, pembedahan berkenaan dapat dilakukan hanya dalam tempoh dua jam.
Dalam pada itu, untuk mengesan AF, seseorang itu boleh melakukan Elektrokardiogram (ECG) — ini ujian untuk menganalisis pengaliran elektrik dalam jantung. Ada beberapa keadaan dan rentak jantung boleh dikesan melalui ujian ECG.
Selain itu, kaedah transesophageal echocardiogram (TEE) juga boleh digunakan. Ia membabitkan kaedah satu alatan imbasan ultra bunyi dimasukkan ke dalam saluran esofagus, mendekati jantung supaya memperoleh keputusan lebih tepat berbanding ekokardiogram tradisional yang hanya menggunakan alatan imbasan bunyi pada bahagian luar dada.
Meskipun ia boleh berlaku pada individu yang aktif bersukan, ia bukan bererti kita perlu berhenti bersenam. Beberapa perkara boleh dilakukan untuk mengelak masalah ini berulang dengan membuat sedikit perubahan gaya hidup.
Antara yang disaran ialah mengurangkan pengambilan kafein dan alkohol yang boleh merangsang jantung dan episod degupan jantung tidak normal. Pada masa sama berhati-hati apabila mahu makan ubat yang dibeli dari farmasi. Sebaik-baiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dulu kerana sesetengah jenis ubat mengandungi bahan yang boleh merangsang AF.
nauzubillah..mintak dijauhkan aku dari penyakit nie....huhuhuhu.....

x    o    x    o
da takut nak jumpe doctor! T___T
ok! BYE!

THE LOOSER!

within a week aku da cuba bertahan! aku gagahkan diri, aku tabahkan hati....tapi in the middle of night, and now i'm crying alone :'( i'm hurt! i'm sick! :'( finally aku tumbang! aku kalah! dikala manusia lain sedang nyenyak dibuai mimpi, aku di sini menangis pilu! aku terkapai kapai, terumbang ambing sendirian....

looser betol aku rasa! its just few days passed! tapi di pertengahan jalan aku kalah! aku kalah dengan perasaan aku sendiri! sungguh aku tak mampu nak tipu diri sendiri! :'( hey looser! kau menangis jugak malam nie! pecah jugak benteng kau malam nie!

kata hati, 'menangis la diri...hamburkan kesedihan dan kepiluan dirimu...moga esok ketenangan menjadi milikmu'....

kata diri, 'aku tak mampu nak berpura pura lagi! :'( aku sakit...aku terluka dengan apa yang berlaku....aku terkapai kapai....aku bukan diri aku! aku terpaksa memendam.....hati, kau sedar tak yang kau sakit?kau sedar tak yang kau terluka?? kau sedar tak yang kau sedang berdarah??????' T___T

jangan dicari bahu untuk menangis, jangan ditagih telinga sang pendengar! kau harus lalui semua nie SENDIRI! ALONE AT ALL!!!! menangis la diri...teruskan menangis....kau sendiri sekarang! menangislah jika itu mampu melegakan kesakitan kau! T___T

aku da terlalu fragile sekarang! Ya Allah, aku tak pasti andai esok aku masih lagi mampu berpura pura tersenyum...berpura pura bahagia...berpura pura seperti apa yang berlaku langsung tak menyentuh hati kecilku ini..... :'( wahai hati, tenanglah....sabarlah....tabahlah.....

moga tidur ku malam ini akan membawa lara hatiku berlalu pergi....moga hatiku seceria sang mentari esok....cukup la airmata penjadi peneman tidurku malam nie..... T__T moga terubat luka hatiku....aku rindu masa masa dulu....sungguh aku rindu yang teramat! :'(



x    o    x    o
Ya Allah, hambaMu ini terlalu lemah...
ujian sekecil ini, tapi aku da tumbang...
aku tak mampu.... :'(
hati aku terluka, jiwa aku terseksa....
Ya Allah Ya Tuhanku...
tabahkanlah hati hamba Mu ini Ya Allah....
perjalanan hidupku masih jauh....
dugaan dan ujian Mu masih banyak untuk aku....

Wednesday, December 15, 2010

UNWELL

huk...huk...huk.. :( *secara tiba tiba nak buat muka sedih kat sini* bangun pagi ni satu badan sakit! alaaaaa....mencik tau! :( spoil mood di pagi yang indah!kepala masih pening pening lalat...aiyarkkk!!!lidah rasa pahit....huhuhuhu...i need some pickles please! adakah tanda tanda nak demam??? since yesterday di tengah hari aku bersweater...adakah? pastu nak tido last night no more short pants, hanging, spaghetti or sleeveless!

i wore seluar panjang..ape nama seluar tue ek? i don't know! i called it seluar aerobic! hahahaha...hentam saje la labu! ;pp and baby tee...then with sweater of course...switch off the fan yet i'm still freezing! kejap! ade snow ke kat luar tue??? i asked my mom tak sejuk ke? my mom jawab sejuk mendenya....panas ade lah! =.=' ok! something wrong with my body circulation!

lepas breakfast tadi pagi, terus telan 2 bijik paracetamol! saya tanak sakit! sebab nanti saya nak pegi menjemput VVIP  kat airport! kalau sakit camne nak pegi airport?? :((( lepas telan paracetamol, konon konon nak cepat bagi badan berpeluh! saya pegi exercise! ok! saya salah! kalau badan tak sihat jangan bersenam! jangan ikut cara saya! lalalalalala~~~~~

now rasa seram sejuk da kurang! weee~~~ saya da ok ke? :))) wahai badan, jangan jatuh sakit tau! saya ada misi penting lusa! heheheheehe.... :DDDD


x     o     x     o
lidah still rasa pahit...
nak pickles jugak! =.='
anyone tolong pegi beli boleh tak????
please...please..please......

Friday, October 22, 2010

Its Hard and Its Hurts!


this was a very tough for me! i'm tired to be a puppet! i can't even make a decision for myself! i don't know what to do! i don't have any idea! aku hanya sorang! korang amek la parang ke kapak ke meh belah aku, pastu amek sorang satu bahagian! i'm tired to face all these thing! aku da tak tau cam mane nak penuhi semua kehendak orang lain! aku kalau boleh nak je semua orang happy pastu tunaikan dan buat je ape semua orang yang aku sayang nak aku buat dan nak aku jadi! tapi aku sendiri tak mampu!

sedangkan aku sendiri terkedu, terkaku untuk buat keputusan untuk diri sendiri! its like i'm a looser when there is such a great opportunity for me and its all about my future, then there is a lot of obstacles that i don't know how to overcome it! then i feel like shouting "crap!"... 

"are you goin to grounded me here?"

hell yeah! i hate myself! i hate to be what i am! i hate myself because i'm useless! totally useless! i can't make my own decision yet i can't do nothing!

he said 'go for it!'

the other said 'don't do if u cannot do it!'

and she turned to 'on' and 'off'! shoot!

and finally i need to shut my mouth up! be the stupidest ever! i can't even decide for my future! OMG! its already passed 2 years! and i still got nothing in my life! and the biggest thing...

"AKU DAH JADI BEBAN KEPADA ORANG LAIN!"

damn it! LOOSER!


seriously aku buntu dan serba salah....if i didn't go for this one, that one didn't promise anything yet! but if i'm waiting for that, tak pasti lagi aku boleh dapat! but if i wanna grab this opportunity, there is alot of obstacles and i really need 'those people' to help me out! but those people tak nak sacrife for me! ya Allah! macam mana nie???? 

'those people' je yang aku boleh minta tolong because of 'responsibilites'... yeah! their responsibilities...i can't never and ever berharap dari orang lain except from 'those people'.....unluckily...they never understand me! :'(

nak cakap tentang obstacles itu terlalu lah banyaknya....dan sangat menyakitkan hati aku! da tak reti cam mane nak express apa yang aku rasa right now! ape la naseb aku nie! *sigh* *sigh* *sigh* *sigh*


x    o    x    o

---> i wanna go to work <------
---> i need a job <------
----> i really need 'your' help <----
----> please do understand me <------
----> i'm tired and hurts! <-----
----> AKU TAKNAK JADI BEBAN KEPADA ORANG TU LAGI!!!!!!!!! <-------










Friday, July 30, 2010

Minor Operation

i just come back home from hospital visited my uncle, pakjang....pak jang has underwent a minor operation due to 'gout'...pity him...get well soon pak jang...

doctor used to make a minor operation at his left ankle because of the uric acid inside the ankle.

kaki dia nampak bengkak dan hitam after the operation...ok! i memang tak boleh tengok such thing!hahahaha...sebab tu tak pernah terfikir to be a doctor or a nurse at all! ;p

sempat gak snap picture his feet yang tengah berbalut!


x o x o

doakan pak jang cepat sembuh and cepat discharge from ward!

to those yang ada gout, jangan banyk makan seafood...

prevention is better than cure!








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...