I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Reality. Show all posts
Showing posts with label Reality. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

TRAVELOG DAY 1

Assalamualaikum w.b.t....

Yeahhhh!!!! seperti yang telah dijanjikan...entry berupa travelog akan i update di blog kesayangan...last weekend mr. husband bawa cuti-cuti malaysia kat Kundasang! yes! kundasang merupakan satu tempat tanah tinggi sipi-sipi macam cameron highlands. selepas 5 bulan kahwin, ini adalah percutian kami yang betul betul dinamakan sebagai 'percutian'! yep! and we are considering this trip as our pre-honeymoon! :P see......siap ada pre bagai....post honeymoon nye biler pulok? tunggu aje la....hehehehehehe :D insyaallah ada rezeki, sampailah kami ke sinun....tempat yang jadi idaman nak berholiday...but since that place is not in Malaysia, kena la take time sikit untuk merealisasikannya sebab we need to consider a lot of things such as tahun ni mr. husband pun dah kekurangan cuti sebab cuti tahunan banyak habis time nak habeskan final project masters dia, then banyak program-program yang ada tahun ni, kekangan masa dan sebagainya....tapi yang penting passport sudah siap dari tahun lepas! wahhh!!!!! pantas gitewww!!! :P LOL!

so after almost 3 weeks struggled siapkan final projects, siang malam bertapa di library UMS, hidup terkucar kacir sikit, rutin tidur tiap malam yang dah tunggang terbalik *sampai sekarang pun belum back to normal*, finally he made it walaupun 3 kali he wanted to give up in finishing his study! ayark! naseb baik berubah fikiran di saat saat akhir......pheewww!!!! =.=' i pulak yang lega lebih! :P why? banyak reasons nya....but what past is past! so, i'm looking forward! tak perlu di ingat peristiwa lalu....ecehhhh!!!!! ;P LOL!

back to the story, hari sabtu lepas pagi pagi dah gerak dari KK to Kundasang...because we set our mind early as this is our holiday trip, so memang rilex sesangat....no rushing at all....drive pun slow je sambil menikmati keindahan alam gitew! disebabkan belum breakfast and journey from KK to Kundasang took around 1 hour and 30 minutes, so i pun suggested kat mr. husband why not we just go to McD drive thru je sebab kan sekarang McD buat promo beli Chicken McMuffin dengan harga Rm2.50 sejibik! so saje je nak feel breakfast dalam kereta....malas nak dine in kat McD sebab kesejukkan dan kabus kabus di Kundasang duk memanggil-manggil dah! :P so just tapau je Chicken McMuffin 2 bijik....


nyum....nyum...nyum.....i loike Chicken McMuffin!

then, sampai Kundasang around 12.30 p.m camtu...singgah kat restoran atas bukit *i tak ingat apa nama restoran tu* tapi memang restoran wajib singgah kalau pegi Kundasang. terus lunch kat situ sebab nak check in chalet tak dapat lagi. check in pukul 2.00 p.m baru dapat. so buang buang masa sambil makan makan dulu.

menu wajib i kalau makan kat situ is Soto ayam...

chicken wings, wajib order kalau makan kat sini....
can you imagine, dalam kesejukkan angin yang bertiup tu layan plak chicken wings panas-panas....peerrggghhh!!!!


mr. husband order sup tulang dan nasi putih

so, selamat menjamu selera.........
lupa dah pasal nak kuruskan badan bile dapat hadap delicious food yang menjadi favorito... =)


lepas lunch masih ada masa sebelum check in kat chalet yang dah di booking awal. so mr. husband bawa pegi Mount Kinabalu Heritage & Spa sebab nak survey tempat yang sesuai nak buat kursus untuk staffs... so, sambil sambil tu menikmati keindahan alam sekeliling kat Mount Kinabalu....i pun selama ni duk pi Kundasang tu, ni la pertama kali naik ke Mount Kinabalu Heritage & Spa.

ada jambatan gantung

reception counter




flora di Mount Kinabalu Heritage & Spa

budak gemuk kemaruk nak berposing depan camera! LOL! :P


posing lagik!

i paksa dia suruh posing! =p


gambar haruslah seperti orang pergi honeymoon! Bluugghhhh!!!! :D



adik adik, kakak kakak yang belum kawen jangan tiru aksi kami!
HARAM......
ini lah nikmat bila yang haram dah jadi halal....so kawen ler cecepat! ;p
*peace yoooo!!!!*


lepas jenjalan kat Mount Kinabalu Heritage & Spa, turun ke bawah pergi beli buah di gerai gerai tepi jalan. i beli jambu air madu, kepingin giler makan jambu air madu tu padahal baru je makan sebelum tu....ade jual strawberry jugak.....tapi tak terasa pun nak beli strawberry...pokok strawberry pun ada jual....sape nak tanam kat rumah, boleh ler try beli and tanam kat rumah korang.


i tak tau apa nama bunga ni....selama pergi Kundasang, i pernah nampak dorang jual roses, everlasting flowers dengan kekwa je....trip kali ni terjumpa bunga pelik berwarna ungu ni.....cantik juga.....tapi tak kuasa nak beli bunga, snapped gambonye pun jadilah.....

x    o    x    o
to be continue dalam Travelog Day 1-continue







Thursday, February 23, 2012

ALHAMDULILLAH =)

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, berkat sokongan suami tersayang dan jalan yang dipermudahkan tuhan walau pon sebenarnya plan berhijrah sepatutnya bulan depan.tapi bila Allah s.w.t da tetapkan ianya berlaku, kita sebagai manusia hanya merancang...Dia juga lah penentu segalanya...21 February 2012 merupakan titik segalanya bermula selepas 3 bulan 1 hari melayari bahtera perkahwinan...

Semoga dikuatkan hati ini untuk jadi yang lebih baik dari sebelum nie, semoga dikukuhkan iman di dada ini untuk meneruskan penghijrahan ini....alhamdulillah, syukur padaMu Allah yang telah memberikan aku petunjuk dan hidayahMu....

x    o    x    o
akan sentiasa belajar untuk jadi yang lebih baik...
insyaallah....

Friday, February 17, 2012

PRANK YANG TERLAMPAU!

Assalamualaikum w.b.t....

Nowadays kita boleh tengok banyak rancangan rancangan kat tv yang jenis nak mengena orang!in certain point mende camtu boleh jadi lucu..tapi in other way boleh jadi melampau!cer tengok bidio kat bawah nie.....


when i watched this video, at first i da rasa cam hampeh je sape punya keje nie...starting je da kesian giler kat this lady :( this is not funny ok!not at all!this is too much!so kalau nak buat prank pon pikiaw la abes abes!jangan sampai menyusahkan orang tahap gaban camnie!

x    o    x    o
think twice before you do something stupid!

Sunday, May 8, 2011

WEIRD but ITS SO CUTEEEEEEEE.. =DDDD

comel tak?
.
.
.
.
.
.
.
comel tak nie????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
eeeeeeee.......comelnyeeeerrrrrrrrrrrrr :DDDD

anak kucing berkepala froggie!
heheheheh...
nak tunjuk anak kucing comel nie je...
ok....bye! ;p

Wednesday, April 20, 2011

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Assalamualaikum w.b.t.....

yeay yeay!!!!! hari nie Teacher Irna yang sweet *amek baldi muntah jauh jauh* nie menunggu buah yang tak gugur! buah ape? buah hati! ah! tipu dan mengarut! kakakaka.... :D ok!sewel sekejap due to petang nie takyah ajar tuition sebab anak murid ponteng lagi! memang nak kena babap budak nie tau! tanak pandai ke??? ish! bebudak zaman sekarang! :P erk? terbebel pulak!standard la jadi cikgu mesti nak bebel bebel! *hampun cikgu cikgu*.

so sebab petang nie sedikit free, saya pon amek la masa untuk godek godek blog kesayangansssss *see..banyak S kan?* dan start blogwalking dan seterusnya blogjogging! ahaks! ;p so tersinggah kat blog mek klate nie yang merupakan a friend of mine.siapa dia?biarlah rahsiaaaaaaa.....

review sikit pasal the latest entri dia. ada luahan perasaan terhadap someone yang kaki kepoh.maklumlah, dalam dunia nie ada macam macam jenis manusia.salah satu spesies yang tak boleh tengok manusia lain lebih senang dari dia.so manusia spesies nie akan start create the very best story until we can give an award to that particular person. award kaki kepoh the very liar! ok tak? ouch! memang takde award yang sesuai pon untuk orang macam tue basically!

ok friend! i do understand how did you felt!coz we're in the same shoe!pernah juga ada kaki kepoh yang cuba tunjuk kepoh in my life! such a jerk! common la...luar dalam orang ke kau nak amek tau?pernah juga ada orang menjaja cerita pasal saya. cakap saya nie keje tak bagi duit kat mak bapak. i don't care about it at all!coz i know what i am doing! takkan la setiap kali bagi duit belanja bulanan kat parent saya kena buat announcement! 'heylo villagers, for this month i give RM*** to my parent! and i already spent RM*** for groceries! shopping kat TESCO tawww....saya swap card lagi!kaya tak saya????' do i need to do that guys? common la...for me biar la tangan kanan memberi, tangan kiri tak tau pon!

and perlu ke saya announce kat korang susah senang hidup saya? tell you what, saya pernah hiudp susah masa kerja kat KL! this is serious! terpaksa catu duit, catu makanan sebab masa tu gaji sikit! can you imagine dengan income less than RM1k, how can i survive in that metropolitan city? stay pulak kat kawasan segi tiga emas! sewa untuk 1 bilik yang kecik, muat la untuk 2 orang, cost us around RM390 per room! tu tak kira transportation, foods,bills dan cost cost lain yang nak ditanggung! nobody knows! but i'm proud of it! i got such a priceless experience! belajar hidup susah! mengerah tulang empat kerat! dikala hujung minggu orang lain sebok bercuti, keluar shopping, saya pegi keje...pulak tue extra hours lagi! see..saya sangat gigih! :D

and now! tuhan bukakan pintu rezeki saya.i'm starting my online business! i'm selling korean contact lens and now da tambah new product! DDR! alhamdulillah, thanks God. customer tak putus putus. yet, ada juga yang tak puas hati cakap saya tiru dia buat business nie la ape la! tell u what! perlu ke nak canang sedunia kalau saya nak buat business apa pon? tak perlu la nak pung pang pung pang cakap macam tin kosong tapi takde hasil! for me, baik usahakan sampai menjadi, then nak bagitau kat orang lain pon its up to you la! and the most important part is that i struggle myself from A to Z. nak cari supplier, nak promote, nak keluarkan modal! i do it myself without any help from anyone especially YOU!so tak perlu la nak cakap saya tiru kau because there are thousands business yang sama di alam maya dan reality nie! so u don't have any right nak cakap saya tiru kau! oh!peh-lis! nak pakai lens pon saya tak belajar dari kau! so tiru kau ke????

rezeki tu kurniaan tuhan!kau usaha lebih, kau dapat!tapi kalau asik kau nak mendengki dengan orang, memang kau tak ke mana!melainkan kau sebenarnya menunjukkan lagi kebodohan dan kejahilan diri kau! sebab? sebab kau kena sedar apa saja yang manusia tue dapat semuanya kurniaan tuhan...Allah s.w.t. jadi kenapa kau nak mempersoalkan dan mempertikaikan setiap apa yang tuhan kurniakan terhadap seseorang manusia tue? right?

"allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"

ini untuk kau! please wake up! jangan nak jadi orang bodoh dengan mengutuk menghina orang sesedap rasa! dari nak busuk hati tak tentu hala dengan rezeki yang Allah kurniakan untuk orang lain, lebih baik kau pegi usaha dan sucikan hati yang hitam tue! typical malay yang tak boleh tengok bangsa sendiri nak majukan diri! 

and 1 more, setiap apa yang berlaku tue Allah s.w.t da tetapkan sejak dari loh mahfuz lagi! *tetiba saya da macam ustazah* jodoh dan pertemuan juga di tangan tuhan! takkan tu pon tak tau??? jadi apa guna kalau tetiba jodoh seseorang tu da sampai dulu, perlu ke nak caci maki sana dan sini? sekali lagi kau cuba menolak ketentuan tuhan! da satu dosa! lepas tue mencanang cerita sana sini, tabur fitnah! alhamdulillah, makbul lah dorang orang yang teraniaya tue!aminnnn.......

saya ada parent yang bukan jenis memanjakan anak anak...sejak dari sekolah menengah da start diajar cari duit sendiri untuk beli baju raya dan barang barang lain! until now da bertahun tahun my dad no need to spend money to buy me baju raya! even for a single clothe! saya cari duit sendiri! bangga la juga! :) but then baju raya tiap tiap tahun tak pernah kurang dari 2 pasang! ^__^  apa yang menghairankan, what ever i wore, ada juga manusia yang nak sakit hati! once again! common la....i never ask any single cent from my parent apa lagi dari KAU to buy even a t shirt! so i don't know why ada orang yang nak sakit hati cakap saya itu ini! hal nak melaram its up to me! saya cari duit sendiri, and i deserved what ever i want for myself! i'm not that type yang keje menadah tangan kat mak bapak ke kat boyfriend ke bila nak beli something!coz i'm almost 25 years old! and i don't think that i need to ask money from my parent anymore! kau da keje tapi kau nak menadah tangan kat mak bapak kau itu saya tak peduli! like i care????so please jangan nak dengki kalau orang lain bole dapat apa dia nak dengan usaha dia tapi kau tidak! beggar! ke pisau cukur????

sumpah saya hairan dengan manusia yang i called them manusia PENDENGKI! sepatutnya kau ucap syukur dan gembira bila tengok orang lain lebih bahagia, lebih apa saja la dari kau! dan yang paling penting tingkatkan usaha ke arah mendapatkan apa yang kau takde disamping berdoa kepada tuhan! bukan sakit hati tak tentu pasal dengan orang lain dan seterusnya kutuk, hina, caci maki dan menabur fitnah! sampai benda yang tak ada ada kau ada ada kan!

pesanan saya untuk kamu kamu dan kamu serta sesiapa sahaja sebab ini adalah pesanan khidmat masyarakat dari saya untuk anda:

1. ucap syukur bila tengok orang lain lebih segala gala dari anda.
2. jangan nak dengki tak tentu hala.ingatlah bahawa apa yang seseorang tu dapat semuanya kurniaan dari allah s.w.t...hanya Dia yang tau baik buruk sesuatu yang Dia takdirkan untuk hamba-Nya itu.
3. usaha lah dengan cara yang baik untuk menjadi lebih baik dari orang lain.
4. elakkan menabur fitnah, menghina, mengutuk serta mencaci.sebab tak ada untung yang kau dapat melainkan dosa semata mata.
5. paling penting sucikan hati anda supaya ianya tak bertukar menjadi lebih hitam dan busuk!
6. terima ketentuan dan takdir allah s.w.t dengan hati yang terbuka sebab tuhan tu tak kejam. hidup nie ada ups and downs nya....tak ada untung nak sakit hati dan dengki dengan kejayaan dan kebahagiaan serta kelebihan orang lain melainkan anda hanya menjadikan jiwa anda tidak tenteram!that's all!

x    o    x    o
bila anda dikelilingi manusia spesies camnie, abaikan je dorang!
sebab mereka adalah manusia jahil yang tak dapat menerima takdir yang ditentukan tuhan....mereka tak tau apa itu qada dan qadar tuhan :)
pity them!semoga dibukakan hati mereka......aminnnnnn....



Sunday, April 10, 2011

MISTERI .... MYSTERIOUS

lately kecoh kat merata rata orang ramai nampak simbol misteri....sampai kat traffic light along bukit bintang simbol misteri tue muncul kan? ada foreigners from canada da rakam simbol tue yang tetiba muncul a few seconds masa traffic light tue tengah merah....then ada yang nampak masa dalam monorail.....waahhh...kecoh kecoh....simbol apa tue?

see....nampak tak simbol yang kat atas simen tue?pernah nampak tak sebelom nie? people keep on wondering what symbol is that?

simbol tue tetiba muncul masa budak nie tengah main game....cuba compare simbol yang ada dalam video nie dengan simbol yang ada dalam video yang dirakam dari monorail tadi.....

nak show off kat korang video yang dirakam oleh tourist from canada tue..it happened at traffic light along KL road....tapi i don't know what happen, video tue tak dapat nak diupload....huhuhuhu.....so tunjuk gambar je la kat korang...


simbol tue appears few second masa lampu merah...
then hilang sebelom lampu tukar kepada hijau.

perasan tak simbol tue appears dalam picture nie?
in between the wires tue ada simbol pelik tue....




simbol tue juga muncul dalam newspaper the star.....


korang pernah jumpe tak masa baca newspaper?

simbol nie juga dilihat di utara malaysia....cuba tengok video nie....dirakam ketika penerbangan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur....






so, ape korang rasa?adakah tanda tanda dunia akhir zaman?atau apa?ramai yang da nampak simbol nie tetiba appears kat 8tv..kat tv3 pon tetiba muncul..waaahhh...gempar!!!!! apa tue?

x    o    x    o
dup dap dup dap....
misteri misteri....

Wednesday, March 23, 2011

BELI BARANG KAWIN!

serious budak sorang nie da tebiat tau! awal giler nak beli barang kawin! jadi, ada aku kesah kalau aku nak tebiat pon? hah? orang kalau busuk hati memang cenggitu! ooopppsssss!!!! terlepas pulak... ;p

yes!ini entri tentang persiapan perkahwinan! last week pegi KL pon memang ada misi mencari dan membeli barang barang dan persiapan perkahwinan! tapi of course la bukan untuk saya dan Encek Tunang, tapi untuk Mak Tom dan Usu Is! hehehehe....they are getting married on this May! wow! i'm happy for them! tak sabar nak tengok both of them bersanding di atas pelamin nanti! hehehehe....and saya dan Encek Tunang da beli baju tema untuk wedding mereka nanti! they choose purple! yeaaayyyy!!!! ^_^


tengah menunggu kain...
ntah ape nama boutique nie kat Jalan TAR

usu is yang busy dengan henpon nya..
dan mak tom tengah ajar abang acap guna digicam....hehehehe...
ade photographer free! ;p

me and MaMon...
kami penunggu yang setia....kikikiki....
seronok tengok orang shopping untuk kawin!

gambar dalam gambar!
paksu daw with daw junior....

i like this picture!hahahha....kenapa?
meh nak story mory sikit....

last night time keluar dinner with my aunt and cousins pegi makan western kat Oshii, my lil cousin, Intan Alia minta my camera nie.nak tengok gambar. so i just gave it to her!dia pon dengan khusyuknya tengok la gambar gambar yg ada dalam camera nie until she found this picture....

dengan spontannya keluar dari mulut dia 'nie mesti tak dapat jawab periksa *exam la tue* nie!'...

dan dengan spontan juga saya terus gelak 'kahkahkahkah'... :D LOL! 

x    o    x   o
sekian...
mood marathon update blog! kuikuikui...

Thursday, January 6, 2011

GANTUNG TAK BERTALI

tengah bosan tahap gaban, carik pakcik google....google punye google, terjumpa kes GANTUNG TIDAK BERTALI yang sedar atau tidak ramai yang menjadi mangsanya sekarang di Malaysia ini....mangsa mangsa terdiri daripada penganggur dan pekerja pekerja swasta....mari lihat kes GANTUNG TIDAK BERTALI nie...

yang nie kire naseb baik sebab bertali...
kurang kurang nampak tali yang nak jerut leher.....
huuhuhuhuhu.....
yang tak betali nie cmne la gamaknye????
main teka teki la kau!



1. Apakah maksud calon simpanan tu?

2. Berapa lama tempoh calon simpanan tu tunggu keputusannya samada diserap atau tidak?
3. Berapa peratus kah keberangkalian calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam?
4. Bolehkah calon simpanan ini memohon ni memohon pekerjaan lain di sektor awam seperti SPA?
5. Adakah saya dikira berjaya apabila mendapat calon simpanan ini?
6. Berapa paling cepat dan paling lambat calon simpanan ini akan diserapkan dalam jawatan dalam sektor awam?




Calon Simpanan ini adalah mereka yang telah menghadiri temuduga di SPA dan mendapat result – sebagai calon simpanan. Ini bermakna mereka tidak gagal dalam temuduga yang dijalankan, tetapi masih juga belum berjaya. Mereka ini boleh dianggap telah melangkah sebelah kaki untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam.
INGAT! Sebelah kaki saja. Belum kesemuanya..Calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga sebelumnya menolak jawatan yang ditawarkan. Maknanya dia taknak bekerja dengan kerajaan la walaupun dah berjaya temuduga..
Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon – calon simpanan yang ada ini untuk menggantikan mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Sekiranya calon simpanan tadi juga menolak, calon simpanan kedua pula akan dipilih. Begitulah alkisahnya….
Atau ada kes – kes tertentu…calon simpanan ini akan diserap masuk ke dalam perkhidmatan awam. Contohnya: PM arahkan mereka yang berstatus ‘calon simpanan’ diberikan kerja serta merta ataupun terdapat keperluan kakitangan yang segera oleh sektor awam.
Biasanya, calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan ada juga diberi masa 6 bulan. Maknanya, mereka perlu menunggu dalam tempoh tersebut samada dipanggil untuk melaporkan diri untuk jawatan tetap di sektor awam atau tidak. Jika mereka dipanggil melaporkan diri dalam tempoh tersebut, tahniah diucapkan. Mereka telah berjaya menjawat jawatan di sektor awam dengan status TETAP atau Kontrak SPA. Kedua – dua status ini adalah baik untuk mereka di mana kedua –duanya berjaya memasuki sektor awam. Yang kontrak SPA ini biasanya akan ditawarkan kepada status TETAP dalam masa setahun perkhidmatan.
Berapa cepat calon simpanan akan diserap ke dalam sektor awam ini?
Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan sudah dipanggil melaporkan diri untuk jawatan tetap tersebut. Rezeki….Dan ada juga calon simpanan yang selepas setahun 2 bulan baru dipanggil untuk melaporkan diri. Walaupun tempoh menunggu dijanjikan setahun, tapi masih ada peluang selepas tempoh tersebut tamat.
Dan ada juga yang memang tak dapat – dapat juga walaupun dah lebih setahun menjadi calon simpanan. Memang tiada rezeki untuk mereka. Pada pandangan saya, peluang calon simpanan ini untuk diserap ke dalam sektor awam adalah kurang dari 50%.
Bagi calon simpanan ini, sementara menunggu keputusan samada diserap atau tidak, mereka digalakkan untuk mencari peluang kerja yang lain. Mereka boleh menghadiri mana – mana temuduga lain yang dianjurkan oleh sektor kerajaan mahupun swasta. Usah berharap 100% untuk diterima memasuki sektor awam dalam masa menunggu tersebut. Kadang kala, jika mereka bernasib baik, mereka berjaya mendapatkan jawatan di sektor awam yang lain. Jika perlu mengemaskini borang permohonan SPA semula, sila kemaskinikan. Tiada masalah..
Itulah serba sedikit mengenai calon simpanan. Jika anda mendapat keputusan sebagai Calon Simpanan, usahlah kecewa. Itu adalah satu kejayaan juga buat anda. Jika ada rezeki, anda akan dipanggil melaporkan diri. Jika tidak, usaha lagi di lain masa. Dan simpan result ‘calon simpanan’ itu baik – baik. Ini kerana ianya boleh digunakan sekiranya anda dipanggil temuduga lagi di lain – lain masa. Anda boleh menunjukkan/masukkan dalam fail keputusan tersebut untuk rujukan/tatapan panel penemuduga pada masa akan datang. Ini mampu mempengaruhi emosi panel yang menemuduga anda di lain masa nanti. Manatahu dia berkata “Wah! Calon ini dah berjaya menjadi calon simpanan rupa – rupanya…Bolehla tolong sikit…”.

x    o    x    o
setuju tak kes ini dinamakan sebagai GANTUNG TIDAK BERTALI???
sebelah kaki memang dah di dalam...
tinggal nak menentukan sama ada sebelah kaki lagi diangkat masuk ke dalam....
maksudnya kaki dua dua belah berada di dalam...
atau mengangkat sebelah kaki yang di dalam tue melangkah keluar...
maksudnya dua dua kaki berada di luar and say sayonara!!!!!
*** akhirnya persoalan berbalik kepada rezeki tuhan ***

Tuesday, January 4, 2011

HUKUM .................................

tengah bosan bosan camnie, tak tau nak buat ape...so mula la nak belek belek folder pictures yang bersarang dalam lappy nie....belek punye belek, jumpe pictures nie...


sebahagian dari anak muridku....
ecececehhhh!!!!



kakakku...kak Azie....
i missed you sis....

cikgu cikgu poyo yang gila berpoco poco...
muka happy baru lepas poco poco :D
dari belakang: another sista of mine, kak ana...i missed you too sista! and me...*peace*
kat depan tue sir hanif yang sekarang da jadi policeman!


sila cari saya! 
kompem kompem da nampak!
yang comel itu la saya :DDDD
muntah jom!


hie!
i'm TEACHER IRNA...
hihihihihihihi...
muntah lagi!
see, kat sekolah pon ada mamarazi...
saya tengah syok berpoco poco, mamarazi amek gambar!
popularnya saya.....
perasan! muntah lagi sekali!

ok....minutes untuk puji sendiri da abeh!back to the track!sebenarnya semalam terbaca satu article..ade kaitan juga dengan gambar budak budak sekolah....by the way, dulu ajar sekolah rendah. its was an awesome experience that i have...the most important thing i'm facing with the most experts pupils....and i feel like WOW!!!! pada tahap umur antara 10-12 tahun mereka lebih maju dari saya! hahahahaha...maju dari segi apa?

ok...when i flashed back, tanya balik pada diri sendiri, when i was 10-12 years old, apa yang saya tau tentang word SEX? for me sex itu adalah MALE or FEMALE...naif tak??? naif kan kan? and pada zaman tue juga saya tak tau apa itu internet, apa itu computer...jauh sekali nak tau apa itu laptop dan netbook! sila kesian kat diri sendiri! -_-

tapi budak budak sekarang mereka lebih arif tentang apa itu internet, apa itu komputer, laptop dan netbook. dan mereka lebih arif menggunakan internet untuk melayari R** Tube dimana saya sendiri tak pernah tau apakah menda alah itu! as a teacher, mesti nak investigated juga kan apakah itu??? biasalah, kalau kita pandai amek hati anak murid, once ade je kaki report yang da ngam dengan sorang sorang cikgu tue, nak korek rahsia dihujung jari anda sahaja! hehehehehe....

investigation bermula...on lappy, type R** Tube....1 second..2 seconds..3 seconds... OMG!!!!! its a porn website yang korang bole tengok from A to Z! mau aku rasa nak lempang aje budak budak nie! kau datang sekolah, ini yang kau dapat! mat salleh nie jugak yang jadi cikgu kau!tak sempat nak lempang sebab saya da tak jadi cikgu lagi sekarang! padahal berani ke kau nak lempang anak orang! gelak kat diri sendiri! kahkahkahkahkahkahkah!!!! ok! cukup!

tiba tiba terfikir nak google akan satu kemusykilan...so cari pakcik google semalam. apa hukum menonton filem porno???tapi jumpa satu soal jawab antara seorang ustaz nie dengan seorang suami....


Hukum suami isteri menonton video lucah


SOALAN :

ASSALAMUALAIKUM USTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI 
MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA 
MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN 
SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN 
HUBUNGAN KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?




JAWAPAN :

Wa'alaikumussalam,

Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-

Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW 
bersabda :

Ertinya : "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat 
aurat wanita yang lain"

Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan 
yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua : Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga
 sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a 
berkenaan 
hubungannya dengan baginda SAW. ( Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia 

dikira sebagai 
adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka 

sudah tentu 
melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi 

ditegah oleh Islam.

Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks 
dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu
menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. 

Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik 

yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.

Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang
bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-

إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين

Ertinya : "Apa seorang kamu 'bersama' isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel 
( bermakna perlu berselimut)" ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 )

Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi
isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi
dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu.

 ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)


Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem 
lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Keenam : Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di 
dalam video seperti ini.
Nabi SAW bersabda :

لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها

Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada 
suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat 
suami isteri mahupun sebagai pengajian.

sekian
ust zaharuddin


p/s: terpaksa copy paste sebab tak dapat nak print screen.....


tiba tiba rasa rugi plak sebab sekarang da tak jadi cikgu! kalau tak boleh kasi hujah hujah nie kat dorang!hikhikhik....maklumlah, saya pon jahil juga bab bab nie! baru tergerak hati nak google semalam bila memikirkan akan hal budak budak sekarang yang sangat maju dari segala benda! =.=' patotlah kau sekolah rendah da pandai pregnant! cikgu kau yang umur da lanjut *lanjut ke?saya muda lagik!* nie pon tak pernah pregnant lagik! kau da berapa kali pregnant??? maju betol budak budak sekarang!

walaupon konteks ini untuk suami isteri, tapi dari segi hukumnya boleh diguna pakai untuk semua lapisan masyarakat...so buat adik adik, abang abang, pakcik pakcik, kakak kakak, makcik makcik dan sesape juga yang suka tengok filem porno, fikir fikirkan la kalau nak tengok lagi lepas nie...sebab HUKUMNYA HARAM walaupon dengan niat nak belajar!

x    o    x    o
source tak boleh publish kat sini....
sebab dikhuatiri ade under age yang baca entry nie....
' sampaikanlah oleh mu walaupon sepotong ayat'



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...