I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Do's and Dont's. Show all posts
Showing posts with label Do's and Dont's. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

C I N T A TERLARANG & DILARANG

Di suatu hari yang tenang, tetiba aku dapat message dari seseorang...seseorang itu adalah adik manis..... ^_^ minta pandangan dari aku! aiseh! ala ala macam kena bagi kaunseling gitew! mentang mentang la aku tunang dengan psychologist, aura aura nak psiko tu ade la kot melekat kat aku! ;p so pendekkan cerita adik manis nie ada love problem! walawehhh!!! tetiba aku bertukarrrrr!!!! jadi doctor love! *haktuih!* perasan sekejap! ;p

adik manis: akak, saya ada masalah nie.... :(
aku: masalah ape?
adik manis: ada sorang mamat nie suka kat saya....
aku:jadi apa masalahnye???
adik manis: masalahnye dia nie da kawin...
aku: ayark!!! *big problem!*

aku tanya lagi.....

aku: adik suka dia ke?
adik manis: hurrrmmm.....ntah la...suka camtu camtu je....
aku: da lama kenal dia?
adik manis: baru jeeee....hmmmmm.....
aku: nasihat akak baik jauhkan diri dari mamat tue!
adik manis: tapi saya selalu kena berurusan dengan dia...camna nie?
aku: so be professional...layan dia macam kawan je....jangan layan macam kekasih..kang dia berharap dengan awak....


aku: awak suka kalau awak da kawin pompuan lain kacau suami awak?
adik manis: tak suka.... :(
aku: so camtu juga la wife dia..cuba awak tengok muka anak bini dia...awak sanggup nak meruntuhkan rumah tangga dorang?
adik manis: tapi dia yang cakap dia suka kat saya... :(
aku: ok..neva mind..dia nak cakap, kita bukannya boleh halang kan?mulut dia...awak dengar je la....tapi jangan pulak awak bagi harapan....baek awak elak je jawab soalan soalan berkenaan hati dan perasaan nie...kang takut awak terbagi harapan tanpa sedar.....even hati awak memang suka kat dia, tapi awak anggap je la pertemuan dan perkenalan awak dengan dia berlaku pada masa dan ketika yang salah *eh!macam pernah aku dengar ayat nie...tapi dimana ya??*

so itulah serba sedikit perbualan antara aku dan adik manis...ada skill jadi counselor tak? ;p ataupon doctor love? memang tak layak la kan?apa yang aku cakap itu hanyalah sekadar nasihat dan pandangan dari seorang kakak dan juga sebagai seorang wanita... *ahh!!!wanitanya aku! ;p *

aku rasa ini kes yang ketiga kot aku dapat yang melibatkan suami orang jatuh cinta pada si gadis....*big sighs* susah juga nie...nak salahkan sape pon susah! gadis gadis lepas nie kalau keluar sila pakai purdah lah! supaya dorang suami suami orang nie tak dapat nak tengok muka you all! gamaknya aku da boleh buka file untuk kes sebegini rupa...3 kes dalam masa yang lebih kurang sama cuma ianya melibatkan suami yang berlainan dan gadis yang berlainan!adehhh!!!!

wahai gadis, tell you what....before you fall in love dengan husband orang, better you girls fikir betol betol....pertama soal hati dan perasaan.betol betol ke you all suke kat lelaki lelaki itu? then you all sanggup ke nak jadi peruntuh rumah tangga orang? rampas kebahagiaan kaum sejenis anda? fikir balik kalau hal tue terjadi kat diri you all...nak tak?sebab hidup nie ada ups and downs nya..you all buat kat orang, tak mustahil nanti suatu hari perkara yang sama akan jadi kat you all juga....sakit beb wa cakap lu... *aiseh...tetiba wa lu wa lu plak! wakluuuu????*

cuba you all pandang muka anak bini dorang....simpati sikit kat anak bini dorang...jangan nak pikir perasaan you all je.....ingat senang ke nak hidup memadu kasih nie??? bukan perkara mudah tu dik oiiiii.....jadi fikir fikirkan dan selamat beramal! *tibeeeee plak kan transform jadi professor ezzy*

pesan akak.... *eh!akak ker????* jauh jauhkan la diri tue dari niat nak merampas hak orang lain yerrr.....buruk bebeno perangai gitu...banyak lagi lelaki kat luar sana yang you all deserved! *walaupon lelaki yang berkualiti memang da kurang sesangat dalam mesia nie!* kalau jenis yang suka berebut boyfriend orang pon aku da nyampah, nie ape lagi la nak berebut laki orang!oh! peh-lisssss.....

so my advice kalau you all berhadapan dengan this kind of problem, ape you all boleh buat just buat dunno je la! eh tak! kalau dapat jauhkan diri you all dari lelaki camnie, better you do it! atau kalau you all memang bekerja satu bumbung ke dengan dia, be professional bukan emotional ok? layan je dia macam kawan kawan you all yang lain....bila dia dekati you all sebab nak cakap pasal hati dan perasaan dia, korang jangan layan ape dia cakap tue dengan serious.bagus lagi kalau you all tukar je topic! minta resepi cupcakes ke kat dia, tanya dia camne nak tukar tayar kete ke atau pon you all tanya dia dia takde keje ke asyik nak borak dengan you all! haaaaa......kan solosai masalah korang! ;p jangan you all maki seranah dia sudah! kang tak pasal pasal dia guna guna you all, you all plak asyik terbayang muka dia siang malam!parah! sebab tu jangan emotional okay?!



secara tiba tiba gambar nie meng'interprem' entri ini! ;p
hye Encek Tunang....saya sayang kamo! ;p

tomorrow's is my fiance birthday....yes!yes!yes! kamu da tua! ;p saya muda sikit dari kamu! hahahaha.... nak jadi orang pertama wish Encek Tunang...happy birthday to you, my beloved fiance! ;)

happy birthday to you...
happy birthday to you....
happy birthday to my fiance.......
happy birthday to you....

semoga Tuhan memanjangkan usia dan jodoh kita.....
dan semoga Tuhan merahmati kita berdua.....aminnnnn.....
sayang kamu sangat sangat!
*aiseh!tetiba aku begitu jiwang! ;p*
*blushing*

x    o    x    o
kad birthday sampai awal....
spoil betol tau abang postman nie! :(
*terasa macam old school plak main kirim kirim kad birthday! :D*




Wednesday, March 9, 2011

SHARING IS CARING

Ini hanyalah sekadar niat untuk berkongsi.apa guna bagi tips untuk couple.lagi bagus bagi tips untuk sebuah perhubungan yang segalanya adalah halal... :)

10 cara SUAMI melayan ISTERI


  • suami perlu menjadi pemimpin yang baik dan role model kepada isteri dan anak anak. iman dan taqwa adalah kunci kebahagiaan keluarga.
  • jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. buangkan ego anda dan minta maaf jika suami bersalah dan pujuklah dengan mesra.
  • tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga makan minum dan anak anak anda di rumah.
  • jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. jangan sesekali memukul isteri.
  • ambil berat akan kesihatan isteri anda. sekiranya serius, bawalah ke klinik.
  • isteri tidak suka anda membandingkan dia dengan perempuan lain/ ibu mertua baik dari segi rupa, masakkan dan sebagainya.
  • sentiasa meringankan kerja dan membantu isteri membuat kerja di rumah.
  • pulanglah awal sekiranya anda keluar dengan kawan kawan terutamanya pada waktu malam. ingat tanggungjawab dan keluarga anda dirumah.
  • jagalah maruah dan aib isteri sebagaimana isteri anda menjaganya.
  • bersama sama menjaga kebersihan diri dan rumah anda. sekiranya anda merokok, elakkan merokok di depan isteri dan anak anak anda.

Friday, January 21, 2011

~ISR~

Yaaaaiiiiii.....this is the time......as a malaysian, i feel responsible to do this! this is what i called it as IRNA SOCIAL RESPONSIBILITY!!!! kakakakaka.....memandangkan i'm not  yet CORPORATE, so lets change it to my name! MAKE IT SHORT~ ISR- IRNA SOCIAL RESPONSIBILTY....

what? why? when? how? etc....ok...most of us read the newspaper right? have you read about the accident occurred somewhere in Seremban....alaaaa...yang coins bertaburan kat atas jalan raya tue..then orang yang lalu kat situ berhenti kutip all the coins! ade kan cerita pasal tue? tak ingat lagi? ok...it happened between toyota hilux and BMW. then coins yang ada kat dalam Toyota Hilux berjumlah RM75 ribu abes bertaburan kat atas jalan raya.

as a malaysian, as a malay, as a muslim, serious aku cakap sedih tengok perangai orang ramai yang ambil kesempatan di atas kemalangan yang berlaku tue! yes! i know itu semua $$$$$ yang bertaburan! but bear in mind! tue semua bukan hak anda...anda takde hak untuk kutip duit tue semua...kalau tolong kutip untuk pulangkan kepada mangsa ok juga la...nie korang kutip untuk isi perut korang sendiri....masyaallah...

yang muslim terutamanya, pulangkan la coins yang korang ambik kat tempat kejadian tue! kalau tak tau nak pulangkan kat mane, pulangkan la kat balai polis berhampiran. ingat lah..duit itu bukan hak anda..HARAM bagi anda gunakan duit tue.takkan nak isi perut anak bini, mak bapak, even isi perut anda sendiri dengan duit haram...dosa tanggung sampai mati nanti.....

nak seru sekali lagi, if ade sedara mara sape sape, ahli keluarga ke atau anda sendiri yang kutip duit tue, sila la pulangkan.......


x     o     x     o
tuhan itu adil....
sekali anda menganiaya orang yang dalam kesusahan...
tak mustahil nanti hidup anda akan ditimpa musibah...
jangan mengambil kesempatan di atas musibah yang menimpa orang lain...
sesungguhnya doa orang yang teraniaya dimakbulkan tuhan.....

Wednesday, July 28, 2010

Jangan Mudah Menghukum Seseorang

saya ada terbaca tentang kemarahan seorang manusia ini....tentang apa? biarlah rahsia...tapi apa yang menjadi persoalannya...marahnya pada seorang insan ini...tapi insan yang lain pula terkena tempiasnya...urrmmm...insan yang terkena tempias itu bukanlah saya tetapi keadaan insan itu sama seperti saya...dan saya cukup memahami keadaan insan itu...kami tak minta untuk di uji sebegini...

siapa yang tak dambakan kehidupan yang sempurna? lepas study terus dapat keje yang baik, income yang lumayan...sape yang taknak semua tue...mungkin yang taknak tue bila family dah kaya raya, kehidupan dilitupi dengan kemewahan..jadi tak perlu berusaha untuk senangkan kehidupan yang da memang senang...


apa yang saya sedih, bila mulut manusia itu terlalu lancang menjatuhkan hukuman salah kepada insan itu tanpa nak fahami dulu keadaan sebenar...saya pasti...insan itu juga tak minta untuk hidup seperti itu...same goes to me...sampai sekarang saya masih lagi mencari peluang tidak kira lah terjun ke dalam dunia swasta mahupon kerajaan..saya tak peduli..yang penting keje yang halal, pendapatan yang cukup untuk menampung kehidupan dan diri saya sendiri seterusnya tak perlu mengharap ihsan sang suami bila berkahwin kelak! tapi kalau lebih itu syukur alhamdulillah atas limpah kurnia rezeki yang tuhan berikan...


jangan pandang orang tak bermata bila diri dah dapat apa yang orang lain masih belum kecapi...tuhan itu adil...dia lebihkan itu, dia kurangkan yang ini.awak merasa bahagian yang itu, dia pulak merasa bahagian yang ini...awak dapat yang itu, dia tidak..tapi tuhan bagi dia yang ini...tak ada manusia yang seratus peratus sempurna..melainkan bersyukur dengan apa yang tuhan kurniakan dan berusaha untuk mendapat yang lebih baik...demi melengkapi kehidupan di dunia ini yang bersifat sementara!


wallahualam....segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...saya masih bersabar menanti bahagian saya...saya yakin tuhan itu tidak kejam...Dia cuma menguji saya...saya masih lagi berusaha....cuma perjalanan kehidupan tak seperti yang kita rancangkan..adakala kita terpaksa melompat dari A kepada G kemudian balik kepada E dahulu kemudian lagi baru pergi kepada B...memang semua orang nakkan kehidupannya di atur cantik bermula dari A kemudian B, pergi kepada C, D, E, F dan seterusnya hinggalah ending nya Z...


saya pon inginkan kehidupan seperti itu...tapi nampaknya nasib tidak menyebelahi saya untuk melangkah step by step dengan begitu cantik dan rapi!hidup saya terpaksa skip itu, buat ini dahulu, kemudian pergi ke sana, melompat kembali ke sini...kemudian buat yang di sana, baru kembali ke sini kemudian pergi ke situ...


entahlah...manusia mudah alpa...bila tuhan dah bagi kesenangan, dia lupa nak toleh kebelakang...lihat dulu kesusahan dahulu sebelom lancang mulut menghina orang itu dan ini....lihat apa kurang diri sebelom melihat kurang orang lain...diri sendiri masih belum sempurna, jadi jangan menghina ketidaksempurnaan orang lain...tuhan itu Maha Adil... wallahualam.....


x o x o

xde manusia nak hidup dalam kesusahan

apa pon rezeki itu dari Tuhan

antara lambat dan cepat..saya percaya itu...

sabar dan terus bersabar disamping terus berusaha!!!

chaiyok!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...