I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pro's and Con's Discussion. Show all posts
Showing posts with label Pro's and Con's Discussion. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

C I N T A TERLARANG & DILARANG

Di suatu hari yang tenang, tetiba aku dapat message dari seseorang...seseorang itu adalah adik manis..... ^_^ minta pandangan dari aku! aiseh! ala ala macam kena bagi kaunseling gitew! mentang mentang la aku tunang dengan psychologist, aura aura nak psiko tu ade la kot melekat kat aku! ;p so pendekkan cerita adik manis nie ada love problem! walawehhh!!! tetiba aku bertukarrrrr!!!! jadi doctor love! *haktuih!* perasan sekejap! ;p

adik manis: akak, saya ada masalah nie.... :(
aku: masalah ape?
adik manis: ada sorang mamat nie suka kat saya....
aku:jadi apa masalahnye???
adik manis: masalahnye dia nie da kawin...
aku: ayark!!! *big problem!*

aku tanya lagi.....

aku: adik suka dia ke?
adik manis: hurrrmmm.....ntah la...suka camtu camtu je....
aku: da lama kenal dia?
adik manis: baru jeeee....hmmmmm.....
aku: nasihat akak baik jauhkan diri dari mamat tue!
adik manis: tapi saya selalu kena berurusan dengan dia...camna nie?
aku: so be professional...layan dia macam kawan je....jangan layan macam kekasih..kang dia berharap dengan awak....


aku: awak suka kalau awak da kawin pompuan lain kacau suami awak?
adik manis: tak suka.... :(
aku: so camtu juga la wife dia..cuba awak tengok muka anak bini dia...awak sanggup nak meruntuhkan rumah tangga dorang?
adik manis: tapi dia yang cakap dia suka kat saya... :(
aku: ok..neva mind..dia nak cakap, kita bukannya boleh halang kan?mulut dia...awak dengar je la....tapi jangan pulak awak bagi harapan....baek awak elak je jawab soalan soalan berkenaan hati dan perasaan nie...kang takut awak terbagi harapan tanpa sedar.....even hati awak memang suka kat dia, tapi awak anggap je la pertemuan dan perkenalan awak dengan dia berlaku pada masa dan ketika yang salah *eh!macam pernah aku dengar ayat nie...tapi dimana ya??*

so itulah serba sedikit perbualan antara aku dan adik manis...ada skill jadi counselor tak? ;p ataupon doctor love? memang tak layak la kan?apa yang aku cakap itu hanyalah sekadar nasihat dan pandangan dari seorang kakak dan juga sebagai seorang wanita... *ahh!!!wanitanya aku! ;p *

aku rasa ini kes yang ketiga kot aku dapat yang melibatkan suami orang jatuh cinta pada si gadis....*big sighs* susah juga nie...nak salahkan sape pon susah! gadis gadis lepas nie kalau keluar sila pakai purdah lah! supaya dorang suami suami orang nie tak dapat nak tengok muka you all! gamaknya aku da boleh buka file untuk kes sebegini rupa...3 kes dalam masa yang lebih kurang sama cuma ianya melibatkan suami yang berlainan dan gadis yang berlainan!adehhh!!!!

wahai gadis, tell you what....before you fall in love dengan husband orang, better you girls fikir betol betol....pertama soal hati dan perasaan.betol betol ke you all suke kat lelaki lelaki itu? then you all sanggup ke nak jadi peruntuh rumah tangga orang? rampas kebahagiaan kaum sejenis anda? fikir balik kalau hal tue terjadi kat diri you all...nak tak?sebab hidup nie ada ups and downs nya..you all buat kat orang, tak mustahil nanti suatu hari perkara yang sama akan jadi kat you all juga....sakit beb wa cakap lu... *aiseh...tetiba wa lu wa lu plak! wakluuuu????*

cuba you all pandang muka anak bini dorang....simpati sikit kat anak bini dorang...jangan nak pikir perasaan you all je.....ingat senang ke nak hidup memadu kasih nie??? bukan perkara mudah tu dik oiiiii.....jadi fikir fikirkan dan selamat beramal! *tibeeeee plak kan transform jadi professor ezzy*

pesan akak.... *eh!akak ker????* jauh jauhkan la diri tue dari niat nak merampas hak orang lain yerrr.....buruk bebeno perangai gitu...banyak lagi lelaki kat luar sana yang you all deserved! *walaupon lelaki yang berkualiti memang da kurang sesangat dalam mesia nie!* kalau jenis yang suka berebut boyfriend orang pon aku da nyampah, nie ape lagi la nak berebut laki orang!oh! peh-lisssss.....

so my advice kalau you all berhadapan dengan this kind of problem, ape you all boleh buat just buat dunno je la! eh tak! kalau dapat jauhkan diri you all dari lelaki camnie, better you do it! atau kalau you all memang bekerja satu bumbung ke dengan dia, be professional bukan emotional ok? layan je dia macam kawan kawan you all yang lain....bila dia dekati you all sebab nak cakap pasal hati dan perasaan dia, korang jangan layan ape dia cakap tue dengan serious.bagus lagi kalau you all tukar je topic! minta resepi cupcakes ke kat dia, tanya dia camne nak tukar tayar kete ke atau pon you all tanya dia dia takde keje ke asyik nak borak dengan you all! haaaaa......kan solosai masalah korang! ;p jangan you all maki seranah dia sudah! kang tak pasal pasal dia guna guna you all, you all plak asyik terbayang muka dia siang malam!parah! sebab tu jangan emotional okay?!



secara tiba tiba gambar nie meng'interprem' entri ini! ;p
hye Encek Tunang....saya sayang kamo! ;p

tomorrow's is my fiance birthday....yes!yes!yes! kamu da tua! ;p saya muda sikit dari kamu! hahahaha.... nak jadi orang pertama wish Encek Tunang...happy birthday to you, my beloved fiance! ;)

happy birthday to you...
happy birthday to you....
happy birthday to my fiance.......
happy birthday to you....

semoga Tuhan memanjangkan usia dan jodoh kita.....
dan semoga Tuhan merahmati kita berdua.....aminnnnn.....
sayang kamu sangat sangat!
*aiseh!tetiba aku begitu jiwang! ;p*
*blushing*

x    o    x    o
kad birthday sampai awal....
spoil betol tau abang postman nie! :(
*terasa macam old school plak main kirim kirim kad birthday! :D*




Thursday, January 6, 2011

GANTUNG TAK BERTALI

tengah bosan tahap gaban, carik pakcik google....google punye google, terjumpa kes GANTUNG TIDAK BERTALI yang sedar atau tidak ramai yang menjadi mangsanya sekarang di Malaysia ini....mangsa mangsa terdiri daripada penganggur dan pekerja pekerja swasta....mari lihat kes GANTUNG TIDAK BERTALI nie...

yang nie kire naseb baik sebab bertali...
kurang kurang nampak tali yang nak jerut leher.....
huuhuhuhuhu.....
yang tak betali nie cmne la gamaknye????
main teka teki la kau!



1. Apakah maksud calon simpanan tu?

2. Berapa lama tempoh calon simpanan tu tunggu keputusannya samada diserap atau tidak?
3. Berapa peratus kah keberangkalian calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam?
4. Bolehkah calon simpanan ini memohon ni memohon pekerjaan lain di sektor awam seperti SPA?
5. Adakah saya dikira berjaya apabila mendapat calon simpanan ini?
6. Berapa paling cepat dan paling lambat calon simpanan ini akan diserapkan dalam jawatan dalam sektor awam?




Calon Simpanan ini adalah mereka yang telah menghadiri temuduga di SPA dan mendapat result – sebagai calon simpanan. Ini bermakna mereka tidak gagal dalam temuduga yang dijalankan, tetapi masih juga belum berjaya. Mereka ini boleh dianggap telah melangkah sebelah kaki untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam.
INGAT! Sebelah kaki saja. Belum kesemuanya..Calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga sebelumnya menolak jawatan yang ditawarkan. Maknanya dia taknak bekerja dengan kerajaan la walaupun dah berjaya temuduga..
Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon – calon simpanan yang ada ini untuk menggantikan mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Sekiranya calon simpanan tadi juga menolak, calon simpanan kedua pula akan dipilih. Begitulah alkisahnya….
Atau ada kes – kes tertentu…calon simpanan ini akan diserap masuk ke dalam perkhidmatan awam. Contohnya: PM arahkan mereka yang berstatus ‘calon simpanan’ diberikan kerja serta merta ataupun terdapat keperluan kakitangan yang segera oleh sektor awam.
Biasanya, calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan ada juga diberi masa 6 bulan. Maknanya, mereka perlu menunggu dalam tempoh tersebut samada dipanggil untuk melaporkan diri untuk jawatan tetap di sektor awam atau tidak. Jika mereka dipanggil melaporkan diri dalam tempoh tersebut, tahniah diucapkan. Mereka telah berjaya menjawat jawatan di sektor awam dengan status TETAP atau Kontrak SPA. Kedua – dua status ini adalah baik untuk mereka di mana kedua –duanya berjaya memasuki sektor awam. Yang kontrak SPA ini biasanya akan ditawarkan kepada status TETAP dalam masa setahun perkhidmatan.
Berapa cepat calon simpanan akan diserap ke dalam sektor awam ini?
Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan sudah dipanggil melaporkan diri untuk jawatan tetap tersebut. Rezeki….Dan ada juga calon simpanan yang selepas setahun 2 bulan baru dipanggil untuk melaporkan diri. Walaupun tempoh menunggu dijanjikan setahun, tapi masih ada peluang selepas tempoh tersebut tamat.
Dan ada juga yang memang tak dapat – dapat juga walaupun dah lebih setahun menjadi calon simpanan. Memang tiada rezeki untuk mereka. Pada pandangan saya, peluang calon simpanan ini untuk diserap ke dalam sektor awam adalah kurang dari 50%.
Bagi calon simpanan ini, sementara menunggu keputusan samada diserap atau tidak, mereka digalakkan untuk mencari peluang kerja yang lain. Mereka boleh menghadiri mana – mana temuduga lain yang dianjurkan oleh sektor kerajaan mahupun swasta. Usah berharap 100% untuk diterima memasuki sektor awam dalam masa menunggu tersebut. Kadang kala, jika mereka bernasib baik, mereka berjaya mendapatkan jawatan di sektor awam yang lain. Jika perlu mengemaskini borang permohonan SPA semula, sila kemaskinikan. Tiada masalah..
Itulah serba sedikit mengenai calon simpanan. Jika anda mendapat keputusan sebagai Calon Simpanan, usahlah kecewa. Itu adalah satu kejayaan juga buat anda. Jika ada rezeki, anda akan dipanggil melaporkan diri. Jika tidak, usaha lagi di lain masa. Dan simpan result ‘calon simpanan’ itu baik – baik. Ini kerana ianya boleh digunakan sekiranya anda dipanggil temuduga lagi di lain – lain masa. Anda boleh menunjukkan/masukkan dalam fail keputusan tersebut untuk rujukan/tatapan panel penemuduga pada masa akan datang. Ini mampu mempengaruhi emosi panel yang menemuduga anda di lain masa nanti. Manatahu dia berkata “Wah! Calon ini dah berjaya menjadi calon simpanan rupa – rupanya…Bolehla tolong sikit…”.

x    o    x    o
setuju tak kes ini dinamakan sebagai GANTUNG TIDAK BERTALI???
sebelah kaki memang dah di dalam...
tinggal nak menentukan sama ada sebelah kaki lagi diangkat masuk ke dalam....
maksudnya kaki dua dua belah berada di dalam...
atau mengangkat sebelah kaki yang di dalam tue melangkah keluar...
maksudnya dua dua kaki berada di luar and say sayonara!!!!!
*** akhirnya persoalan berbalik kepada rezeki tuhan ***

Friday, December 31, 2010

KHITBAH ~ SESUAI KAH, REALISTIK KAH?


tengah bosan, google google, terjumpa aritkel nie...macam menarik!
jum baca! fikir fikirkan lah..... :)

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.


Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaituBERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, 
hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan.  Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)  Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!



x    o    x    o



Friday, November 26, 2010

Facial Cleanser

mulakan dengan bismillahirrohmanirrohim........

assalamualaikum.......

entri kedua pada hari jumaat ini....wahhhh!!!!satu hari berapa entri kau update?blog aku, aku punye pasal la! 10 entri pon boleh kalau aku nak! di mana ada kemahuan disitu la ada jalannya! usaha itu kan tangga kejayaan! eh! motep?????

sasaran entri untuk kali ini adalah..... "hye jelitawan jelitawan sekalian....gadis gadis manis.... kakak kakak gorgeous, adik adik cute charming, makcik makcik yang hot gitewwwww"...... motep lagi?ok!ini motep nye! minta suggestion apa facial foam atau cleanser yang paling best! dah tak tau nak tukar yang cap ape lagi da nie!

dulu aku guna yang nie......natasya herb soap...memang tip top....muka pon tak de masalah oily skin....sebab muka aku memang bukan type yang oily skin....




then right now dah few months aku stop guna natasya....macam ramai yang dah tau la kan..product natasya kan dah diharamkan penggunaanya memandangkan terdapat kandungan hydroquinon yang tinggi dalam product nie di mana hydroquinon nie kan merupakan sejenis racun dan tak elok untuk kulit.penggunaan bahan ini boleh menyebabkan cancer pada kulit.so thats why aku stop guna product nie...lagipon aku da check kat web pharmaceutical malaysia, product nie memang tersenarai dalam product yang mengandungi hydroquinon pon....huhuuhuhuhu...

then aritu aku pegi shopping barang dapur ngan family kat econsave....usha usha cleanser yang lain.then the promoter promote aku this cleanser....ginvera, green tea, whitening cleanser.....so aku pon beli la...and try guna product nie....da dekat 3 bulan kot....




but then after few months using this product, aku rasa macam tak ngam la ngan my skin....my skin macam da mengalami masalah oily skin pulak..sangat tak best! sehari rasa macam kena 3-4 kali cuci muka....ufffff!!!!! tak suke!!!!! 

so please, please, please...suggest to me any facial foam, or cleanser yang ok untuk digunakan....pleaseeeeeee......



x    o    x    o
sedang dalam rawatan skin peeling...
membuang kulit kulit mati....
sape nak tau camne nak buat? angkat kaki!ngeeee~~~
sape nak tau sila jangan malu jangan segan...tanya laaa...ape lagi!

Thursday, October 7, 2010

MASA BERKUALITI atau MASA BERBAKI?

Dalam entri yg lepas pernah saya bincangkan tentang MASA BERKUALITI dalam sesebuah hubungan. flash back sikit....review kembali apa yang dikatakan tentang masa yang berkualiti?


disebabkan saya belum berkahwin dan masih memegang status single, jadi adalah lebih baik kiranya jika saya mengupas isu ini dari sudut hubungan percintaan. apapun, yang mana yang boleh dijadikan panduan kepada pasangan yang telah berkahwin, sila lah ambil yang mana yang bersesuaian..mana tau mungkin bole digunapakai di dalam kehidupan berumah tangga. :) *terasa ayat sungguh skema*


di dalam melayari sesebuah perhubungan, terutama sekali yang melibatkan long distance relationship, masa berkualiti adalah sangat penting!MASA BERKUALITI adalah masa yang diperuntukkan dan diluangkan untuk bersama pasangan masing2 tanpa ada gangguan2 dari faktor2 luaran such as tengah tgk tv ke, lepak dengan kawan2 ke, tgh buat keje ke, tgh surf internet ke..or ape2 je la...so pendek kata mesti berada dalam keadaan tenang dan FOKUS! 

kenapa pentingnya MASA BERKUALITI tue? pentingnya di dalam sesebuah hubungan itu adalah pada ketika itu lah masing2 akan dapat meluangkan masa, berkongsi cerita, meluahkan apa2 yang terbuku di hati dan sbgnya. dengan ini, keintiman itu bakal bertambah kerana masing2 akan menerima dalam keadaan yang rasional, berbincang dan akan memperbaiki kekurangan dan kelemahan demi membaik pulih hubungan.

tapi, apa yang terjadi sekarang? jarang2 atau tiada istilah MASA BERKUALITI yang wujud di dalam hubungan..malah yang tinggal hanyalah MASA BERBAKI!


apa itu MASA BERBAKI? masa berbaki yang dimaksudkan disini ialah, masa2 yang tinggal di penghujung hari. apakah?

ok!fikirkan, sehari suntuk 8 a.m until 5 p.m is working hours. so takkan nak mengada2 berbincang tentang hubungan time2 mcm tu kan? after 5 p.m..owh!masa untuk melepak bersama colleagues selepas waktu kerja...minum petang!lepak punya lepak, pukul 6 lebih atau 7p.m baru sampai ke rumah.


rehat sebentar, mandi dan solat...jam 8 p.m keluar dinner bersama housemates atau pon bersama officemates! almaklumlah...orang bujang..... :) dinner dari jam 8 p.m sampai 10-1030 p.m baru balik rumah....sampai rumah...owh! tengok tv jap! lepak di depan tv bersama housemate...message2 je la dengan si dia....


then masuk bilik plg2 da jam 11 p.m... alamak! da ngantuk la pulak! badan pun da penat2....call si dia kejap la...karang merajuk pulak!


borak kejap je, mata da mula stim...fokus da hilang...abes mana datangnye nak meluang masa bersama? nak berdiskusi bagai? alamatnya ada yang makan hati...senyum di luar menangis di dalam....sabar la hati....

kadang2 dek kerana nak sangat di beri perhatian, diluangkan masa...si dia terpaksa memberontak...tunjuk tak puas hati...merajuk bagai nak rak..baru la dapat sikit perhatian yang di damba....tapi apa la makna?mood pon da spoil...

masa tu spend masa pon da tak guna...2-2 da tak rasional....maklumlah...hangin da naik satu badan...alih2 bergaduh!ish!paling tak suka!

so fikir2kan lah...macam mana nak wujudkan MASA BERKUALITI dalam hubungan anda! :)


by the way, MASA BERKUALITI  tidak dikira sekiranya menghubungi pasangan mungkin pada waktu lunch misalnya bertanya da makan belum?ataw sebagainya...itu sama sekali tidak dikira sebagai MASA BERKUALITI!sila amik faham tentang ini yer...sila review balik apakah itu MASA BERKUALITI....dan tolong fahami sedalam2nya apakah MASA BERKUALITI...



jangan selalu dibiarkan pasangan anda menjamah MASA BERBAKI anda....sebab banyak impak negatif yang bakal merosakkan hubungan.......


fungsi pasangan itu terlalu meluas....bukan dicari bila perlu...dibiar sepi bila anda lebih sibuk dengan agenda lain...bukan dicari bila anda menangis, bila anda dirundung masalah..tetapi sedih, gembira, sendu, pilu, bahagia harus dikongsi bersama.... HAPPILY EVER AFTER! ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...