I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Interview. Show all posts
Showing posts with label Interview. Show all posts

Friday, January 27, 2012

ANOTHER CALLING FROM SPA AFTER 1 YEAR BEING A RESERVED CANDIDATE

Assalamualaikum w.b.t....

Last friday, while on the way heading to Semporna from Sandakan....tengah hangin menunggu dalam kereta sebab ada accident kat depan sana, so kereta tak dapat gerak, tetiba dapat 1 sms.open inbox....baca sms....sms from SPA...

"RM0.00: SPA: Anda dijemput utk menghadiri peperiksaan Penguasa Kastam Gred W1-1 pada 04.02.2012. Sila layari www.spa.gov.my utk maklumat lanjut. Terima kasih."

dalam keadaan agak hangin sebab terperangkap dalam jammed yang agak nak rak, terus senyum lebar lepas baca sms.its been a year i'm waiting for this!lepas lulus dan mendapat status 'calon simpanan' untuk jawatan penguasa imigresen last year, baru tahun nie dipanggil lagi untuk menduduki exam! alhamdulillah, thanks god!




one thing i yang perasan pasal exam kali nie is the exam format remain the same...last time untuk penguasa imigresen after you lulus the exam, you akan dipanggil untuk physical test and lepas lulus that physical test baru akan dipanggil untuk interview....tapi this time, if you lulus exam, you kena hadiri Program Pusat Penilaian Kompetensi which is i think more or less its quite similar with assessment untuk PTD!ppffttt!!!!makin hari makin susah untuk jawat jawatan dalam goverment!



x    o    x    o
apa pon i'll attend that exam..
wish me luck!
harap harap jangan ler asyik nak letak i jadi calon simpanan!
hire kejenya idak jugak!
simpan sampai naik kulat pon takde makna cmnie!



Monday, August 15, 2011

BLUR + PENING + PENGSAN!!!!!

Sila lihat gambar di bawah nie dulu....


gambar dari pakcik google

sekarang sila jawab...apa perasaan korang bila korang menghadapi situasi begini? ada 2 options...1 memang korang tak boleh buang atau ketepikan.....1 ni plak memang da berjanggut korang tunggu selama nie....tapi datang dalam masa yang serentak menyebabkan clash seperti treler bertayar 20 langgar dengan lori balak lebih muatan!tak ke berkecai harapan?

itulah yang sedang i alami....dapat panggilan tadi tengah hari...patotnya memang panggilan yang selama ni ditunggu tunggu...rejeki tue babe!tapi datang nya ia tak kena time.... :'( ibarat angin lalu yang bawa bau harum tapi sekejap jer la...sedangkn korang tak dapat pon nak miliki haruman tue....*hambek!tetiba aku menjadi seorang yang begitu sasterasawan!* memang buat i jadi sawan tak tentu hala! mencik mencik mencik!!!! T___T

2-2 adalah masa depan i....2-2 memang i tunggu selama nie...yang 1 hampir menjadi reality..insyaallah...yang 1 lagi pulak merupakan orak langkah yang harus i jalani untuk grab apa yang i cari dan tunggu selama nie....kalau 2-2 pon da masa depan, korang pikir la besar ke kecik hal semua nie....sebab tue da rasa macam nak sawan, nak nangis, nak hentak kepala kat dinding dan segala benda la rasa nak buat! *buruk perangai!* rasa nak makan orang pon ade....naseb baik bulan puasa!

dah ler banyak hal nak kena settle dalam sebulan dua nie...kalau grab yang baru mendatang, kompem hidup i akan menjadi kucar kacir.....bayangkan la.kalau di grab both things, macam kiri kanan tangan ko orang tarik..2-2 tak nak mengalah..akibat memang putus lengan i 2-2 tinggal badan je...pastu terus kiok!huh! pening pening dan pening....apo la nak buek nie????

malam karang nak kena cari encek kaunselor....tolong kaunseling i sikit wahai encek kaunselor!i da pening nak muntah hijau da nie....23rd August...pergi ke tak pergi?kalau pergi tak dapat rugi $$$..kalau pergi dapat pon melibatkan $$$$...kerugian di awal...dan bakal muntah hijau buat ke sekelian kalinya untuk beberapa bulan..sebab akan timbul masalah masalah lain lagi....pengsan!



Friday, April 1, 2011

SERTAI MALAYSIA AIRLINES!

kenal dengan logo nie???






for those yang interested nak jadi cabin crew Malaysia Airlines atau lebih dikenali sebagai MAS...bole la join walk in interview MAS...details as follow:





selain menjadi cabin crew, vacancy yang ada lagi dan dibuka untuk permohonan ialah type rated pilot (direct intake), cadet pilot (direct intake) and also licensed aircraft engineer....so sape sape yang berminat boleh click sini untuk maklumat lanjut. gud luck!!! ;)

x    o    x    o
erk?rasa nak mencuba untuk kali kedua....
perlu ke? Encek Tunang, apa kata kamu? ;p


Thursday, January 13, 2011

HUHUHUHUHU............

aku nak happy ke nak sedih ke nak senyum ke nak nangis ke?????? orang cakap' 'congratz irna....this is good eventhough u calon simpanan...... tapi aku menyampah sebenarnya....sebab inilah yang dikatakan GANTUNG TIDAK BERTALI! sekian....tue aje nak cakap.... *mende yang buat aku serabut dan stress* masih berharap untuk mendapat perkhabaran gembira dalam taun ini* :( amminnnn.....




No. Kad Pengenalan :   
Sila Isikan No. Kad Pengenalan Anda (Contoh : 731211105455 atau A2345567)


No. Kad Pengenalan:  XXXXXXXXXXXX
Nama Penuh:  NOR IRNA SHARINI BINTI MD  YUSOF


Kod SkimJawatan
Tarikh Temu Duga
Keputusan Temu Duga
   1160
PENGUASA IMIGRESEN GRED KP41
01/12/2010   
Anda Telah dikategorikan sebagai calon simpanan dalam masa 1 tahun
  
Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Keputusan temu duga ini akan dipaparkan dalam tempoh tiga (3) minggu daripada tarikh paparan di Portal SPA

Thursday, January 6, 2011

GANTUNG TAK BERTALI

tengah bosan tahap gaban, carik pakcik google....google punye google, terjumpa kes GANTUNG TIDAK BERTALI yang sedar atau tidak ramai yang menjadi mangsanya sekarang di Malaysia ini....mangsa mangsa terdiri daripada penganggur dan pekerja pekerja swasta....mari lihat kes GANTUNG TIDAK BERTALI nie...

yang nie kire naseb baik sebab bertali...
kurang kurang nampak tali yang nak jerut leher.....
huuhuhuhuhu.....
yang tak betali nie cmne la gamaknye????
main teka teki la kau!



1. Apakah maksud calon simpanan tu?

2. Berapa lama tempoh calon simpanan tu tunggu keputusannya samada diserap atau tidak?
3. Berapa peratus kah keberangkalian calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam?
4. Bolehkah calon simpanan ini memohon ni memohon pekerjaan lain di sektor awam seperti SPA?
5. Adakah saya dikira berjaya apabila mendapat calon simpanan ini?
6. Berapa paling cepat dan paling lambat calon simpanan ini akan diserapkan dalam jawatan dalam sektor awam?




Calon Simpanan ini adalah mereka yang telah menghadiri temuduga di SPA dan mendapat result – sebagai calon simpanan. Ini bermakna mereka tidak gagal dalam temuduga yang dijalankan, tetapi masih juga belum berjaya. Mereka ini boleh dianggap telah melangkah sebelah kaki untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam.
INGAT! Sebelah kaki saja. Belum kesemuanya..Calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga sebelumnya menolak jawatan yang ditawarkan. Maknanya dia taknak bekerja dengan kerajaan la walaupun dah berjaya temuduga..
Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon – calon simpanan yang ada ini untuk menggantikan mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Sekiranya calon simpanan tadi juga menolak, calon simpanan kedua pula akan dipilih. Begitulah alkisahnya….
Atau ada kes – kes tertentu…calon simpanan ini akan diserap masuk ke dalam perkhidmatan awam. Contohnya: PM arahkan mereka yang berstatus ‘calon simpanan’ diberikan kerja serta merta ataupun terdapat keperluan kakitangan yang segera oleh sektor awam.
Biasanya, calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan ada juga diberi masa 6 bulan. Maknanya, mereka perlu menunggu dalam tempoh tersebut samada dipanggil untuk melaporkan diri untuk jawatan tetap di sektor awam atau tidak. Jika mereka dipanggil melaporkan diri dalam tempoh tersebut, tahniah diucapkan. Mereka telah berjaya menjawat jawatan di sektor awam dengan status TETAP atau Kontrak SPA. Kedua – dua status ini adalah baik untuk mereka di mana kedua –duanya berjaya memasuki sektor awam. Yang kontrak SPA ini biasanya akan ditawarkan kepada status TETAP dalam masa setahun perkhidmatan.
Berapa cepat calon simpanan akan diserap ke dalam sektor awam ini?
Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan sudah dipanggil melaporkan diri untuk jawatan tetap tersebut. Rezeki….Dan ada juga calon simpanan yang selepas setahun 2 bulan baru dipanggil untuk melaporkan diri. Walaupun tempoh menunggu dijanjikan setahun, tapi masih ada peluang selepas tempoh tersebut tamat.
Dan ada juga yang memang tak dapat – dapat juga walaupun dah lebih setahun menjadi calon simpanan. Memang tiada rezeki untuk mereka. Pada pandangan saya, peluang calon simpanan ini untuk diserap ke dalam sektor awam adalah kurang dari 50%.
Bagi calon simpanan ini, sementara menunggu keputusan samada diserap atau tidak, mereka digalakkan untuk mencari peluang kerja yang lain. Mereka boleh menghadiri mana – mana temuduga lain yang dianjurkan oleh sektor kerajaan mahupun swasta. Usah berharap 100% untuk diterima memasuki sektor awam dalam masa menunggu tersebut. Kadang kala, jika mereka bernasib baik, mereka berjaya mendapatkan jawatan di sektor awam yang lain. Jika perlu mengemaskini borang permohonan SPA semula, sila kemaskinikan. Tiada masalah..
Itulah serba sedikit mengenai calon simpanan. Jika anda mendapat keputusan sebagai Calon Simpanan, usahlah kecewa. Itu adalah satu kejayaan juga buat anda. Jika ada rezeki, anda akan dipanggil melaporkan diri. Jika tidak, usaha lagi di lain masa. Dan simpan result ‘calon simpanan’ itu baik – baik. Ini kerana ianya boleh digunakan sekiranya anda dipanggil temuduga lagi di lain – lain masa. Anda boleh menunjukkan/masukkan dalam fail keputusan tersebut untuk rujukan/tatapan panel penemuduga pada masa akan datang. Ini mampu mempengaruhi emosi panel yang menemuduga anda di lain masa nanti. Manatahu dia berkata “Wah! Calon ini dah berjaya menjadi calon simpanan rupa – rupanya…Bolehla tolong sikit…”.

x    o    x    o
setuju tak kes ini dinamakan sebagai GANTUNG TIDAK BERTALI???
sebelah kaki memang dah di dalam...
tinggal nak menentukan sama ada sebelah kaki lagi diangkat masuk ke dalam....
maksudnya kaki dua dua belah berada di dalam...
atau mengangkat sebelah kaki yang di dalam tue melangkah keluar...
maksudnya dua dua kaki berada di luar and say sayonara!!!!!
*** akhirnya persoalan berbalik kepada rezeki tuhan ***

Monday, December 27, 2010

POSTPONED LAGI ~ PENGUASA IMIGRESEN KP41

assalamualaikum w.b.t.....

new info....
for those yang attended interview penguasa imigresen KP41...
dengan ini dimaklumkan keputusan yang telah ditunda dan sepatutnya di umumkan pada 31 Disember 2010 ini ditunda lagi kepada 7 Januari 2011....

harap maklum....
huhuhuhuhuhu...


MAKLUMAN

Keputusan temuduga bagi jawatan Penguasa Imigresen Gred KP41 akan diumumkan pada 7 Januari 2011 (Jumaat).

Segala kesulitan amatlah dikesali.













Monday, December 13, 2010

POSTPONED RESULT INTERVIEW KP41

MAKLUMAN

Keputusan temuduga bagi jawatan Penguasa Imigresen Gred KP41 akan diumumkan pada 31 Disember 2010 (Jumaat).

Segala kesulitan amatlah dikesali.



Finally teka teki terjawab juga pada petang yang mendung nie...
huhuhuuhhu...
result interview yang ditunggu tunggu dan sepatutnya keluar hari nie telah ditunda seperti maklumat di atas.....huhuuhuh...ok!
i need to wait for it again!
waaaaa.....nampaknya degupan jantung kembali tak normal! =.='
sakit jantung camnie tau! *sighs*


so nampaknya kena menunggu lagi....
tempoh untuk berdoa dan memohon supaya mendapat perkhabaran baik dilanjutkan....
so bole foya foya dulu pegi KL next week..... :)))


x      o      x     o
Ya Allah Ya Tuhanku, semoga kali ini ianya memihak kepada diriku...
murahkanlah rezeki hambaMu ini...
jadikanlah aku insan terpilih yang bakal berkhidmat di dalam jabatan imigresen untuk intake kali ini........amin ya rabbal alamin

Thursday, December 9, 2010

Dup..Dap...Dup...Dap..You Drummed My Heart!

sekali lagi assalamualaikum w.b.t......

less than 10 minutes saya updated first entri untuk hari nie...sekarang nak update lagi! just now i received a call from KL...Kuala la la Lumpur *gaya gaya Miss Nina sikit* :p

unexpected call by the way....tapi memang menunggu pon call dari itu olang! haiyyyaaaa......perkhabaran baik ke buruk????? can i just say its just in the middle.....in between....wuuaarrggghhhh!!!!! serious jantung berdegup kencang macam nak tercabut.... :(

'' saya rasa ada peluang, tapi saya juga tak berani nak bagi harapan...sebab kuasa tuhan kita tak tau kan?''

" a'ah....betul tue...tak pe la...nanti ape ape hal saya call encik y**** balik la....''


blaaaa....blaaaaa....blaaaaa.......


waaaaaa......you drummed my heart!!!!! bile dengar word PELUANG tue rasa cam lega jer hati....tapi bile dengar part SAYA TAK BERANI LA NAK BAGI HARAPAN.....mak down! :( baru je nak happy....huhuhuhu.....serious nervous giler even da letak phone pon jantung rasa cam nak terkeluar jer! huhuhuhuhuh




X     O     X     O
Mood menjadi tidak keruan..... :((((
jantung berdegup kencang....... 
Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah ianya salah satu untuk diriku....
permudahkanlah segala urusanku....
berpihaklah ia kepada diriku untuk kali ini.....
AMINNNNNN......


Tuesday, November 30, 2010

Another Good Luck!

assalamualaikum......

bangun pagi nie kepala berdenyut denyut since last night! :( concentration untuk buat prepared for my final interview tomorrow sedikit terganggu.:( cepat cepat la baik sakit kepala nie.....huhuhuhuhu......

hopefully everything goes well tomorrow.....moga dipermudahkan segala urusanku.....amin.....oh! by the way, tadi GEMS call lagi nak suruh aku pegi interview as admin exec kat biotech company...siap aku cakap tak leh nak pegi sebab aku ada interview immigration, then dorang siap nak postponed lagi....nie da kali yang kedua....huhuhuh....please la...dah la aku tak apply pon for that job, even company mane pon aku tak tau, then i asked them, taknak plak bagitaw apa nama company....location pon asyik cakap kat KL...tau la KL, tapi KL tu kat mane?????

ok la..malas aku nak fikir....tambah sakit kepala aku!so my dearest bloggers, silent readers, followers even my stalkers, do pray for me ok! wish me luck for tomorrow!

so, sape yang kena 1 tempat ngan aku esok, jumpa kamu di Bandar Muadzam oke!






x      o      x       o

YA Allah, permudahkanlah urusan hamba Mu ini...
jadikanlah aku salah seorang yang akan dipilih untuk mengisi jawatan kali ini...aminnnnnn.....

Friday, November 26, 2010

New Date! Yeayyyy!!!!!!

Thursday, November 25, 2010

Pegi ke Tak Ek?

kring....kring... *eceh!sounds so cliche!*

I : hello?
B : Hello, may i speak with Miss Irna, please?
I : speaking... *yeke aku jawab camtu tadik?* ;p
B : hi! i'm Ben from GEMS...
I : yeah...
B : so, i'm calling you to let you know that you have an interview on this coming Monday at KL
I : erk?ok...what position it is?
B : oh! hold on.... *few seconds past* hello miss,.its for admin exec..
I : ok....what company it is? * bapak blur sebab aku memang takde apply any job *
B : its biotech company
I : the location of the company?
B : in KL

* ek eleh...tau la KL...tapi kat mana?? *

I: ok...the interview is on  Monday right? 
B : yup!
I: by the way, i'm still waiting for the SPA to call me for the interview.
B : oh really? so when is the interview?
I : actually the interview is on 10 nov...but then, they postponed the interview because of the flood at alor star...and untill now i still didn't get new date for the interview.so, i need to confirm back with the SPA so that the date won't clash...

blaaa...blaaa....blaaaa.....with Mr Ben.

pastu end call!

so sekarang aku tak tau nak pegi ke tak intebiu tue memandangkan aku tak dapat lagi date untuk immigration punya intebiu tue...adeh! camne nie????pegi ke tak pegi nie??????


Saturday, November 13, 2010

Good Luck Lagi! Lagi!


entry good luck kali ke-3 dalam bulan november!
gud luck to me for MTEST...
pusat ujian kat SMK Bukit Selambau!
wish me luck!
for those yang dapat MTEST ni see you kat SMK Bukit SElambau yer!
yang 1 pusat ujian je la....
bubbyeeee!!!!!!

Tuesday, November 9, 2010

Batal??????

hp aku berbunyi! oh! ada call masuk!
*tekan butang hijau* jawab call la maksudnye tue!

aku          : hello?
pemanggil: hello... boleh saya bercakap dengan cik nor irna?
aku          : ye saya bercakap...
pemanggil: cik, saya ****** *nama dirahsiakan* dari SPA...cik ada dipanggil untuk temuduga penguasa     
                 imigresen, betol?
aku          : yer, betol!
pemanggil: cik, saya nak maklumkan yer temuduga tue di batalkan!

*erk?dibatalkan?????* cakap dalam hati!

aku          :abes tue bila pulak nak intebiu ek?
pemanggil: hurrmm...saya pon belum dapat lagi tarikh baru,tapi nanti kami akan maklumkan lah!
aku          :nanti hantar surat juga ke?
pemanggil: mungkin kami akan siarkan dekat website SPA la...dan kami akan buat call macam yang saya buat
                 sekarang nie la...
aku          :oooo....ok....tapi bole saya tanya..ni batal kenapa ek?pasal banjir ke?
pemanggil: yer cik..pasal banjir!
aku         : ok...ok....terima kasih.
pemanggil: sama sama....

*end call*

banjir????? =.='

penat penat je aku nebes bagai nak mati sebab nak intebiu esok kononnye.....huhuhuuhh....so lupakan sekejap interview, pikir pasal MTEST ari sabtu nie pulak!

Good Luck Lagi!

assalamualaikum w.b.t....

entri GOOD LUCK lagi buat kali kedua dalam bulan November tahun 2010 ini...
tanak nagging pepanjang...today nak wish good luck untuk diri sendiri pulak!
esok hari penting untuk aku.... INTERVIEW!
huhuuhuh...so guys, wish me luck.pray for me.....
if dapat keje ni insyaallah in the future korang ade masalah boleh la carik aku!
ecececece.....berangan!padahal keje ntah ke mana lagi! =.='
aku tanak tabur janji, but if i get this job, korang ade masalah aku boleh tolong, aku akan tolong.....
by the way nak wish luck untuk ari sabtu ni sekali, tapi takpe la...
tunggu entri GOOD LUCK seterusnya!hihihihhiih...


x    o    x    o

nebes tahap gaban!
frankly speaking aku memang harap sesangat untuk post nie...
even da pujuk diri sendiri supaya tidak menaruh harapan tinggi menggunung...
sebab bila terlampau tinggi, sekali jatuh, sakitnya tuhan aje yang tau! :(

Monday, November 1, 2010

Shopaholic Shopping A Handbag ;p


hai...hai...hai....
selamat petang semua!!!!! petang yang mendung di sertai hujan renyai since semalam....perrggghhhh!!!! giler sejuk! aku da rasa macam tinggal kat Forks, Washington! the place where all day long rainy, cloudy....and vampires can stay there because there is no sunshine! ;p then i could find Edward Cullen...then suddenly i become Bella....hahahahah...Shoot! angan angan tak sudah! ;p

tapi tak tipu, since few days back memang hujan jer! until today aku surrender nak mandi air sejuk tau! by the way aku ni type yang 'ada aku kesah nak mandi air sejuk?' tak heran la...aku pegi Kundasang yang lagi sejuk dari Cameron Highlands tue pon pagi pagi aku bedal mandi air dia yang sejuk macam letak ais tue....small matter jer..tapi......ok!skip dulu kisah mandi.akan di ceritakan pada entry seterusnya.sekarang ni nak cerita pasal shopping dulu! giler nak show off jugak kan?! pedulik!

kalau da shopaholic tu tetap la shopaholic jugak kan? tapi aku bukan shopaholic tegar tau! masih dalam keadaan terkawal lagi! hahahahahaha

ok! 101110 nak gi interbiu! alkisahnya, mak aku da lama bebel suruh aku beli handbag untuk interview.aku ni pulak jenis yang tak dok maknanya aku nak beli handbag yang formal gitu! bukannya aku nak pakai! asal keluar aku usung beg 'doraemon' aku tak pon pakai sling bag! so simple! memang da pesen aku da! mesti korang heran kan? apa tue beg 'doraemon'? beg yang ada kartun doraemon ke?

haaaaa....sekali lagi! ko ingat aku ni sewel ke tak cukup matang? ada ke nak bawa beg yang ada kartun doraemon kan! ok!meh nak cite! istilah bag 'doraemon' tu asalnya dari one of my grooming class punya trainer, Puan Husna. dia cakap orang pompuan ni tambah tambah yang seusia denganku la dan yang ke bawah ramai yang suka nak jenjalan gi memana jer nak usung beg 'doraemon'! termasuklah aku kan! =.='

kenapa panggil beg 'doraemon'? cuba tengok gegurlz kalau korang kuar.perhatikan beg dorang! mostly dorang akan bawa beg besar yang kat dalam tu isi macam macam. ko nak tisu, ade.........nak lipstik, ade....nak bedak, ade...nak panadol, ade....nak payung, adee.....nak mineral water, adeee....sampai kadang kadang tue nak burger pon......adeeeeeeee!!!!!!tak ke bag doraemon namanya tue!dalam beg tu dah macam mini market pun iyer jugak!

dengar cam lucu.tapi tu la hakikatnya...tu belom ko kira henpon dia yang 3-4 bijik dia campak dalam bag tu, purse lagi dan segala jenis kertas kertas, tiket wayang, tiket bus, tiket lrt dan segala jenis yang korang bole kuarkan hantar pegi recyle center! hahahaha....pompuan pompuan.... ;p tapi aku tak de la sampai simpan burger dalam bag yerrr......tak caye meh ler check! ;p

hamboiii....panjang nau yer aku explain!da faham ke belum?aku pon salah sorang la yang masuk grooming class asik kena deducts marks sebab bawa bag doraemon...hahahahha....takde ciri wanita bekerjaya betol!asik ngadu ngan mak marks kena deducts sebab bawa bag doraemon, mak pon suroh la beli formal handbag. tapi asik bertangguh....sampai sekarang tak beli beli. beg yang aku usung pon beg from jenama aku lupa, but from korean. almaklumlah, aku ni minat korean style!so da grabbed bag tu kat boutique ape ntah namanya kat times square last year. beli pon sebab previous bag da rosak zip!boleh tukar jadi sling bag juga bag yang aku pakai sekarang nie!sayang sangat bag tue! :))

so memandangkan nak gi interbiu next week nie, mula la aku hegeh hegeh nak pinjam handbag yang bersesuaian untuk pegi intebiu nanti!mak aku pon mula la bebel...

'kan mak da cakap...beli 1 handbag untuk intebiu....lani la hang nak menggelabah cari handbag bagai!'

oke!find!da kena nagging! ish! tadah jer telinga!

kebetulan yesterday RTTian buat mini gathering kat SP..so aku pon joined la pegi SP...so pegi la mencari handbag kat Center Square....tapi tak banyak choice... :( pusing pusing cari..ish! susah betol nak pilih! nak lagi kena cari stand handbag! adeh!!!!!da macam mak datin la pulak! not my type! belom masa kot nak bergaya ala mak datin!da tu harga pon ratus ratusan la  juga!

padan muka aku!time salea ko tanak beli!pastu time takde salea la ko hegeh hegeh nak bershopping kan! =.=''''

pilih punya pilih sebab demand nak yang simple simple jer....and dengan bantuan Fairuz yang tolong pilih and bagi pendapat juga, so aku decided belasah jer amik handbag nie.....from SEMBONIA..bukan BONIA yer!sengkek aku! cecah ratus juga walaupon aku rasa ni la antara handbag yang harga agak murah!da la takde diskaun!hampeh!first time membeli handbag sebegini dengan harga yang cecah ratusan ringgit! waaaaaa...melayang duitku! :'( intebiu punya pasal..takkan ko  nak usung bag doraemon ko tu masuk bilik interbiu!pasrah!

mesti ade cakap, giler kedekut minah nie!beli handbag yang tak berapa ratus tue pon da nak bising! eh!suka hati la!aku bukan Mak Merah yang giler beli handbag yang harga ribuan ringgit!lagipon aku bukan peminat handbag!asal handbag tue sedap mata memandang, harga berpatutan dan aku suka nak guna, bole isi ape je dalam handbag tue, sudeyy!!!!enough for me!at least bile beli handbag camtu, aku memang akan guna semaksimum mungkin!

jeng jeng jeng!!!!!....haaaaa....ni la ghupenye handbag yang teman beli kemarin...atteee....teman pueh ati ler juge dengan ape yang teman beli kemarin...pehtu mak teman pon takde ler nak membebel lagi kan sebab teman tak dengar cakap dier....bukan ler teman nak ingkar, idak lerr....cume nye teman ni tak beghape nak ngam ngan handbag handbag formal nie!ini pon teman beli sebab terpakse aje nie.....huhuuhuhhhu



melayang duit haku! =.=' 
intebiu punye pasal, pasrah aje la!


x    o    x   o

harap harap aku akan guna handbag ni semaksimum mungkin....kuikuikuikui..... ;p
nantikan tips tips on handbag yang macam mana perlu korang pakai untuk formal session dan menampakkan korang tu high authority dan berkarisma serta nampak seperti seorang wanita yang bekerjaya walaupon sebenarnya korang tu adalah minah kilang atau penganggur macam aku! ;p
tapi aku bukan penganggur penuh masa yer sebab sekarang aku tengah ligat buat duit through online! hehehhehe.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...