I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

FRUIT COCKTAIL DENGAN SEAWEED

Assalamualaikum w.b.t...

Yeaayyy!!!! semuanya berkenaan pure marine collagen! obses nak cantik dengan collagen hebat nie? banyak lagi cara lain yang uolls boleh buat untuk consume pure marine collagen selain makan begitu saja atau tambah dalam jus/cordial. ni yang paling simple...buat fruit cocktail! nyummyyyyy!!!!!kena lagi time panas terik, pekena fruit cocktail, fuhhhh!!!!! terbaik!


BAHAN - BAHAN

- 100 GRAM RUMPAI LAUT YANG SUDAH DIRENDAM DAN DIBILAS, TOS 3-4 KALI
- 1 TIN BUAH CAMPUR
- AIR SEJUK
- AIS


CARA-CARANYA
1. potong rumpai laut kecil kecil
2. masukkan 1 tin buah buahan campuran, rumpai laut yang telah dipotong dan air ke dalam mangkuk
3. kemudian, gaul rata
4. nak lagi sedap tambah kiub ice....nyum nyum nyum.....



x    o    x    o
selamat mencuba....
pmc gred AA RM20 free postage, pmc gred AAA RM25 free postage
pm/sms/whatsapp/viber 019 5464635 untuk tempahan

Wednesday, December 12, 2012

DURIAN CREPE VERSI SAYA! ;)

Assalamualaikum w.b.t....

Penangan durian tak abes lagi nie sebab last week on the way back to hubby's hometown, kat tepi jalan ni bersepah sepah durian...and the best thing is tahun ni durian murah murah giler compared to last year punya musim...siap boleh dapat sekilo RM2! fuhhh!!!!and lagi terbeliak bijik mata when one of our auntie told that we can buy durian at sipitang with the cheapest price i think! sebiji RM1! fuhhh!!!!!gilos!

ok, last week on the way back to KK, singgah tepi jalan dekat Luanti pajak durian. nak balik ke rumah pon pajak lagi durian kat tempat yang sama. lepas tu dek kerana minggu ni is a hectic week, makanya durian yang dibeli tu tak tersempat pon nak makan. makanya lagi, i pon buka la durian tu semua, amek isinya simpan dalam container, simpan lagi dalam peti sejuk.tadi tengah hari keluar la pegi bakery sebab nak beli whipping topping dengan niat nak kerjakan isi isi durian tu untuk buat durian crepe yang famous amous di abad ini.

so bermula la langkah nak buat crepe. resepi dah di goolge awal awal..so i would like to share with you ladies and gentlemen, the simplest durian crepe recipe.dek kerana konsentrasi yang teramatlah tinggi time buat crepe tadi, maka takde la gambar yang di snap ketika proses pembuatan crepe.so, meh nak kongsi recipe dengan uolls out there!

Bahan-bahannya crepe:
50gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 biji telur
3 sudu teh butter yang dicairkan
160ml air
40ml susu cair/susu segar
2 sudu besar gula castor
esen vanilla
pewarna kuning


cara-caranya:
1.campur dan ayakkan tepung gandum dan tepung ubi kayu.
2.masukkan gula castor.
3.tuang susu cair/susu segar, kacau rata guna whisker je.
4.kemudian,masukkan telur yang di pukul manja guna garfu je, tak payah pukul sampai kembang.
5.masukkan pula esen vanilla, kacau rata lagi.
6.masukkan air, kacau lagi.
7.masukkan butter yang telah dicairkan, kaaaccaaauuuu lagi.
8.last but not least,masukkan pewarna yang korang suka. nak letak kaler hijau ke, merah ke purple ke ikut suka ati korang la.
9.adunan tapi haruslah ditapis tlebih dulu sebelum korang nak masak.

cara nak masak pulak...
-guna senduk, ceduk adunan dan ratakan atas non-stick pan korang.
-.guna bontot senduk tu je untuk kasi crepe korang bentuk bulat, walaupon tak berapa nak bulat, kira ok la tue....
-agak agak dah masak, jangan terbalikkan crepe tue, sebaliknya terus terlangkup kan ke atas pinggan. *faham ke nie?*
-buat sampai abes adunan.
*bahagian crepe yang licin tu akan jadi permukaan luar crepe, yang bahagian bawah tu akan jadi bahagian dalam crepe.

next, kita pegi plak step untuk buat inti dia...
-watak utama haruslah isi durian yang dah dibuang bijinya.
-kemudian, fresh cream atau boleh juga guna whip topping.
- i guna whip topping je, pukul sampai kental guna mixer, tak payah susah payah nak tambah gula lagi sebab whip topping ni dah manis.

lepas dah kental boleh la ke proses nak balut crepe.disebabkan i takde amek gambar time membalut crepe tu, makanya i bagi link blog yang uolls boleh tengok cara nak lipat crepe nie. actually recipe crepe ni pon i amek dari blog nie....

Makanya terhasillah crepe durian gabak, versi i...bhuahahaha.....montok,mantop, dan kembung macam bantal gitu....makan sebiji crepe i ibarat macam makan 2-3 biji crepe durian yang uolls beli kat midvalley...heaven sangat!



so orang Sandakan, nak tempah crepe durian, boleh la pm i kat SINI, atau boleh sms/whatsapp di 019 5464635.....terus bussines you! :P hehehe..standard price for crepe durian RM10/5 pcs....tapi size crepe i lagi gabak dari size crepe yang kat luar sana tu yer....you won't regret belanjakan RM10 untuk crepe giant camnie....heheheehe...

x    o     x     o

Tuesday, November 27, 2012

MENJADI KEGILAAN DI MASA KINI

Assalamualaikum w.b.t...

ada orang setiap masa dia gila, itu namanya orang gila. ada orang yang  tiba tiba jadi lebih dari orang gila, mungkin dia meroyan? ada orang yang datang kegilaan pada waktu waktu tertentu, itu dipanggil kegilaan bermusim. macam sekarang musim durian! maka i gila dengan durian crepe! eh! boleh ke cenggitu?

rugi korang yang tak pernah makan durian crepe lagi! serious! sebab bagi i yang menggemari durian, durian crepe berjaya mengatasi kesedapan durian fresh! nyum...nyum..nyum....certain people tak panggil durian crepe as durian crepe...ada yang panggil durian pancake.actually crepe or pancake same je rupanya. isi durian fresh di campur dengan fresh cream dibalut dengan crepe, bila makan, masuk dalam mulut, nikmat macam dalam syurga!hahaaha...over!


ini adalah my first durian crepe. first time makan da jatuh cinta tahap dewa kesatria kesepuluh! 6 biji durian crepe ni lepas makan macam lekat kat celah gigi je! serious tak cukup! yang ni beli kat midvalley,KL. kalau uolls nak cari boleh cari kat ground floor,midvalley dekat dengan big apple. 6 biji durian crepe ni harganya RM10. yup! memang a bit mahal sebab size dia yang cenonet je...sebiji tu ngap je masuk mulut, terus abes! tapi kalau dah malas, reda je walaupon 6 biji RM10. yang penting sedap.

second time beli lagi durian crepe dekat plaza sungai wang. juga kat ground floor dekat dekat yang orang jual kuih kuih tradisional macam onde onde, buah melaka,kuih lapis, karipap, donut and so on. durian crepe ni kat sebelah gerai yang jual kuih tue. pembuat durian crepe ni kat sungai wang plaza ni sama dengan yang dekat midvalley.lupa nak snap gambar sticker yang dilekat kat luar bungkusan durian crepe nie.exactly the same.rasa pon maintain sedap! masa makan durian crepe ni dah tak peduli nak gemuk ke ape, yang penting lepas makan kelam kabut cari inch loss lotion sapu cepat cepat! hahahaha...


yang ni pulak durian crepe versi KK. yang tadi versi KL. ni baru makan last week time balik KK. untuk uolls yang kat KK, boleh dapatkan durian crepe ni kat Lucy's Kitchen area Kepayan. durian crepe versi KK ni lebih montok, yang membawa maksud filling durian dan cream nya lebih banyak sikit dari versi KL. dan harga juga lebih mahal dari yang di KL. 3 biji durian crepe untuk RM8.90. size crepe durian nie lebih kurang 2 ruas jari je panjangnya. memang setakat sebijik tu boleh je ngap terus masuk dalam mulut kalau uolls ni jenis tak pandai control macho dan ayu la....muahahaha....macam i control ayu, harus makan sikit sikit, tapi sebenarnya bukan sebab control ayu, ia adalah supaya i boleh menikmati crepe durian tu secara perlahan lahan. kalau murah, harus da ngap ngap sebijik sebijik je terus.tapi sebab mahal sikit, kena la makan secara berhemah! hahahaha.....

dek kerana sekarang ni musim durian, encek suami suggest 'mari kita buat durian crepe di rumah'...oh! tipu!suami i takde la seskema nie.tapi serious berkobar kobar nak buat durian crepe di rumah sebab ada pemangkin semangat! :P LOL! lepas ni boleh ngap sebijik sebijik durian crepe ni masuk dalam mulut tanpa rasa bersalah.nantikan durian crepe my version pulak!


oh! 1 lagi kegilaan i sekarang adalah kegilaan terhadap peplum! oh my! baru ada 3 peplum!i need more peplum!gosh!!!gosh!!!gosh!!!kegilaan yang sukar dibendung!



this is my most stunning, pretty peplum i ever had. sebab mak i yang superb hebat yang jahit! i love you mak!mak saya memang hebat! ok bai!


x    o    x    o




Tuesday, October 2, 2012

NAK CARI MAKANAN EKSOTIK? BERANI KE MAKAN?

Assalamualaikum w.b.t.....


suddenly husband kena suruh pergi kursus kat KL. i ape lagi? berdesup ikut husband, tapi husband kursus i balik kampung! yeay!!! husband sangat sayangkan wife dia ni. tak mo tinggalkan wife dia sensorang kat rumah! hiks! i lebiu darling! :)

maka, program jalan jalan cari makan bersama family terchenta harus dijalankan...at first plan nak terjah lagi my favorite tom yam kat Hot Mas Restaurant. memandangkan my bro minta cuti on Wednesday, and Hot Mas plak tutup on Wednesday, my bro cakap tukar tempat makan. ok! tak salah sekali sekala nak tukar selera, tapi salah juga bagi i kalau tukar selera kat restoran yang menyajikan makanan eksotik! yucks!eksotik? macam aku selera sangat nak makan! hiks! :P naseb baik kat situ ada juga yang tak eksotik. yang eksotik confirm tak order sebab takut nanti takde sape yang nak makan yang eksotik itu!.


jum kita makan kat Puncak Mutiara Cafe. located at Kampung Pelet, Penanti, Pulau Pinang. jalan nak masuk ke tempat ni weird sikit sebab dari jalan besar, kena drive masuk ikut jalan kampung. mula mula pelik juga! cakap tempat ni famous sangat, tapi jauh kemain masuk kat dalam kampung. tapi bile sampai, pergghh!!!! cantik sangat! kawasan dia sangat luas. i love that place!


masuk je kawasan cafe nie, banyak gazebo gazebo yang ada all around the cafe. pilih je nak duduk kat gazebo mana. nak yang ada kerusi, nak yang bersila kat lantai macam jepun, nak duduk tepi kolam...name it! choose it! abah cakap nak duduk bersila. best sikit makan! so kitaorang pilih gazebo di bawah, dekat dengan kolam ikan. 

mai kita tengok sikit menu dia....



Everyday is their business hours except for Hari Raya Puasa and Hari Raya Haji. tak kira la raya india, raya cina tetap dorang beroperasi. bermula dari jam 10 pagi sampai 2 pagi. boleh makan puas puas dari pagi sampai ke pagi esoknya!hiks!


ni royal beriani station. ada macam macam jenis beriani...sape suka boleh cuba.


cowboy valley pon ada macam macam menu.more to western menu.


lepas tu ada Asian Cuisine. selalu makan ayam masak merah. apakata lepas ni try arnab masak merah plak! gamak gamak da jemu, muak makan ayam masak pedas, kita tukar plak ostrich masak pedas! yummilicious jugak tu? lepas tu ada satay arnab, satay ayam, satay daging, satay macam macam lagi. pegi jer order kat Puncak Mutiara Cafe.


ni bahagian beverages and ice cream. kalau suka minum susu kambing, boleh cuba kelapa muda with susu kambing. atau juga Roselle juice? segelas jus roselle cost you RM8. owh! i tak minum jus roselle RM8 sebab my mum tanam roselle belakang rumah, so i buat jus roselle sendiri.hihihi....bukan setakat jus roselle, i buat roselle shake dan juga roselle jam! hebat sangat!puiiiiihhh!!!! :P


kalau tetiba tak hingin makan nasi asian cuisine atau western cuisine, boleh cuba makan roti...ada macam macam jenis roti dengan lauk yang menduga keimanan pemakan pemakan makanan eksotik!owh!ada telur ostrich kalau nak rasa....kenyang seminggu makan telur ostrich! :P LOL!


selain beverages yang dipertontonkan tadi, ada banyak lagi pilihan lain. sila pilih mengikut hawa nafsu serakah anda! muahahaha....


kat sini juga ada bilik berhawa dingin. kot kot takmo makan ditemani angin sepoi sepoi bahasa, nak duduk kat tempat sejuk sebab nak feeling duduk kat negara sejuk, boleh sewa bilik berhawa dingin. nak berkaraoke pon boleh, sila sewa secara peribadi sebab takkan ada orang orang yang akan mengganggu anda serta kaum kerabat anda nak menyumbangkan suara. lepas tu kat sini nak beli baja organik pon boleh tau! confirm subur tanaman korang sebab baja kat sini baja fresh! apakah?memandai ja buat statement! :P Puncak Mutiara Cafe ni juga ada dorang punya nursery sendiri. so segala daging kambing yang korang makan memang diternak oleh mereka sendiri di bawah Mutiara Kristal Nursery.macam macam jenis baka yang ada. nak yang mana satu, pilih jer! dorang juga menerima tempahan catering. kalau terpikir nak buat kenduri kambing golek, cepat cepat terjah dorang ni sebab dorang menyediakan tempahan kambing golek!

disebabkan takde di antara i dan family i yang lain berani nak makan yang eksotik, so kita order yang tak eksotik punya.


yang atas dalam mangkuk tu kita order tom yam campur, yang nampak kotak separuh tu adalah cendawan goreng mutiara, yang kat bawah dari kiri, telur bungkus, kailan ikan masin, grilled chicken, daging masak merah. rupa grilled chicken tu takde la buruk cenggitu. tu kitaorang dah mamam dia. baki yang tinggal je tue.

grilled chicken sebelum kena ngap!

cendawan mutiara sedap!

not bad those food. lain kali boleh try yang eksotik, itu pon kalau rasa diri dah bersedia untuk jamah yang eksotik. serious i penggeli! bau daging kambing pon tak boleh blah! huhuhuh....

ma bro....terima kasih tolong bawa makan kat sini.lain kali boleh belanja pulak! :P

kesayangan hati hamba....

sayang mereka semua sampai bila bila... :')

x    o    x    o








Saturday, July 7, 2012

MARI MENJAMU MATA, TINGKATKAN NAFSU

Assalamualaikum w.b.t....

Sambungan dari entry yang lepas...entry yang dah lama menunggu disambung al kisahnya.....kesinambungan yang dah lama tergantung tak tersambung sambung...jadi di pagi yang sepi ni marilah kita sambung story dari entry yang lepas....

eh!sebelum tu hye uolls....how are you?hope you guys are doing fine! i'm super duper busy, seriously and this is sooooo true! no cheating no lying at all! this morning tergerak ati nak check this blog yang dah lama dibiar sepi tanpa sebarang entry baru....tetiba terbaca shout kat chat box from one of my blog's reader yang katanya duk tunggu i update entry baru...cian die....datang blog i je cite basi, takde cite baru.... *pity you gurl!i'm sorry*....

so dipendekkan cite, lepas baca luahan rasa that reader, terus laju laju i bersemangat nak update blog! LOL! hehehehe....thank you, thank you thank you la you sebab menaikkan semangat i....seriously, susah betul nak curi masa nak update blog sekarang.huhuhuh...i thought kerja dari rumah is so easy compared to uolls yang kerja kat opis! but tell you what! kerja dari rumah takde fix time okeh! masuk opis pukul 8 balik pukul 5 takde yer...datang time i busy gilos i started my work dari subuh sampai ke malam! nah....lepas tu da penat, no blogging blogging la...facebook-ing pon sebab nak check page kalau ade order. naseb la husband hadiahkan henpon canggih...so online kat hp je...nak harap on lappy takde maknanye dah le....tunggu la nak kena kumpul duit beli tab plak pasni! :P LOL!

ok lah....merapu meraban dah nie....actually di pepagi hari yang indah ni i saje saje je nak jamu mata uolls, supaya naikkan nafsu uolls biar bergelodak bergelora! wakakakaka....takde la nafsu ape pon..nafsu makan je pong! :D okehlah! untuk entry kali ni i nak jamu mata uolls tengok tengok hasil tangan i. tempahan sentiasa dibuka.sebarang penutupan tempahan silalah merujuk kat page i di sini ok? so meh jamu mata uolls....

kita mulakan dengan rangkaian warna warni apam polka dottttttttttt!!!!!!!!!!!!









sodap ni makan petang petang...bekpes pon boley....lepas tu meh jamu lagi mata korang dengan rangkaian blueberry dan strawberry cheese tarts yang yummylicious!







seterusnya lagi, egg tarts!








simplest cupcakes!





dan akhir sekali chocolate moist cake...bayangkan kek coklat yang dilimpahi topping coklat yang ummmppphhhhh!!!!!!tak tau nak cakap! okeh! lap dulu air liur korang! sebab air liur korang dah berjejeh jejeh da, i jamu mata uolls sampai sini dulu!hehehehe.....



so cukup la sampai sini dulu update express dari i....nanti jumpa lagi pada episod yang akan datang...waaahh....gitew....macam pengacara kat tv plak! hehehehe...ok lah...babai!!!!! muah muah muah!!!!

x    o    x    o





Monday, April 23, 2012

MEMANG TERBAIK!

Assalamualaikum w.b.t....

Morning uollz.....rajin plak nak bangun pagi ngadap blog kan? what ever lah! actually just nak bagitau i dah try this ohsem tasty Horlicks Crunch McFlurry! yep! rasa yang sungguh tasty! i loike the things yang very crunchy di dalam McFlurry ni....is it Horlicks? tak sure plak apa tu...but it's better than oreo McFlurry....sebab kalau makan Oreo McFlurry, oreo yang hitam akan melekat di pinggir bibir atau di celah-celah gigi....tapi kalau makan this Horlicks Crunch McFlurry, dia tak melekat di celah-celah gigi atau meninggalkan kesan hitam di pinggir bibir! :) so i loike this so muchy!





x    o    x    o
thank you mr. hubby yang bawa pegi cari this ohsem Horlicks Crunch McFlurry....
terpaksa pegi cari di dua McD berlainan....
sebab yang first tu kehabisan stock!
see....ohsem sangat kan sebab habes stock!
nantikan update travelog ke Kundasang lepas ni! :P
ok bai!

Thursday, April 19, 2012

SAPE DAH TRY???

Assalamualaikum w.b.t.....

Yeay!!!! Yeayyyyyy!!!! McD dah ada McFlurry baru which is Horlicks Crunch McFlurry! sounds yummy!!!!! sape dah try???? any comment? is it tasty than oreo Mcflurry? i love oreo mcfluryy so muchy yet i like horlicks damn so much! bila McD dah keluarkan this Horlicks Crunch McFlurry i was like i wanna try this! i wanna try this!!!!! sambil lompat lompat....hahahaaha :D LOL! joking! *__*

tengok gambar pun i dah terliur berabis.....seriously i wanna try this horlicks crunch! but....but....i tengah batuk sekarang! :( pity me....tapi nak makan jugak!i don't care...i must try this! oh mr. husband....i wanna try this...and please say yes.....don't say NO....i'm begging you....lepas makan this ohsem McFlurry i makan ubat batuk rajin-rajin....ok! mummy gave me ubat batuk already.... 

horlicks crunch McFlurry
vs
oreo McFlurry


which one has the highest vote?????

x    o    x    o
jum try ramai-ramai!



Tuesday, April 17, 2012

LUNCH FOR TODAY

Assalamualaikum w.b.t....

hari ni nak jamu mata korang lagi dengan masakan i walaupun i ni tak la hebat mana memasak....hari ni rajin nak type recipes untuk korang try kalau korang rajin....actually semalam baru first time keluarkan table grill dari kotak....belum dirasmikan lagi...so harini dengan excitednya nak rasmi table grill hadiah kawin last year.....oh!by the way, oven pemberian sis in law belum dirasmi.....tungguuuu..... :)

untuk menu pertama, sebab nak rasmi table grill ni i decided nak buat grilled chicken dengan sambal special....i grilled sekali dengan sotong......


chicken and squids grilled with special sambal

bahan-bahan:
cili kering
bawang besar
bawang putih
halia
serai
lengkuas
belacan
(semua bahan di atas dikisar)
air asam jawa
minyak untuk menumis
gula
garam

cara-caranya:
1. panaskan minyak di dalam kuali
2. masukkan semua bahan yang dikisar
3. masukkan air asam
4. perasakan dengan gula dan garam
5. masak sampai bahan-bahan tadi masak 
6. grilled ayam dan sotong (i guna table grill so much easier) sampai separuh masak
7. lepas tu amek sambal yang da siap di masak tadi, sapu kat ayam dan sotong
8. grilled lagi sampai ayam dan sotong masak

*i masak sambal tu kasi lebih, so lepas sapu kat ayam adn sotong tadi, yang lebihan tu buat makan dengan nasi......sedappppp :D*



udang masak kunyit

bahan-bahan:
udang
bawang putih
bawang besar
serbuk kunyit
cili hidup
garam 
minyak masak

cara-caranya:
1. panaskan minyak
2. tumis bawang putih
3. masukkan udang dan kacau rata
4. masukkan serbuk kunyit
5. masukkan garam
6. masukkan cili hidup dan bawang besar
7. kacau rata sampai udang masak
8. siap sedia untuk dihidangkan


sayur campur

bahan-bahan:
bawang putih
bawang merah
kiub pati ayam
kubis putih
lobak merah
kubis bulat
bunga kubis
tau fu box
fish cake
fish ball
air
minyak masak

cara-caranya:
1. panaskan minyak
2. tumis bawang putih dan bawang merah
3. masukkan fish cake, fish ball, kiub pati ayam
4. masukkan carrot, bunga kubis...
5. masukkan sedikit air
6. masukkan kubis bulat, kubis putih, tau fu box
7. kacau rata, dan angkat

x    o    x    o
selamat mencuba! ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...