I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 27, 2011

APA ITU?

Perasaan...apa itu perasaan??? tetiba rasa nak membebel pasal perasaan.... hurrmmmm...itu tandanya diri dilanda ketidakstabilan emosi tahap akut!huhuhhuhu.....serious rasa macam nak jadi mulut puaka jer! tapi tak boleh! sebab orang bermulut puaka adalah orang yang mempunyai mentality tahap 'low class'! jadi adalah lebih baik bersabar dan beristighfar! ya tuhan! apa jer la saya mengarut nie? :(

serious saya sedang mencari pakar perasan! eh salah! pakar perasaan! makin hari makin saya rasa susahnya nak orang fahami perasaan saya sendiri! benci tau bila kau macam nak mati fikir dan risaukan pasal seseorang sampai badan kau da shaking sebab terlampau takut something bad is happening to the person, lepas tue kau menangis bagai orang mati laki (walaupon sebenarnya belom berlaki), akhirnya apa yang kau buat tue dipandang enteng! serious saya rasa macam nak je bagi orang yang berkenaan rasa macam mana bila jantung macam nak pop out from your chest! satu perasaan yang sukar nak digambarkan! 

adeh! ntah la...kadang kadang saya rasa apa yang saya buat macam tak berbaloi! sebab akhirnya saya sendiri yang sakit! bodohnya saya! :( kadang kadang saya fikir juga, berbaloi ke apa yang saya buat? what is the benefits that i get? it's nothing at all! bazir air mata, risaukan diri sendiri, tingkatkan denyutan jantung dan seterusnya meletakkan diri sendiri pada kelompok yang mempunyai tendency untuk terkena serangan jantung ataupon strok! sebab setiap kali kau mendapat kejutan yang tak berhenti henti! jangan kau mati terkejut sudahlah! minta simpang malaikat 44!

untuk membuatkan orang lain faham apa yang kita alami adalah tersangat susah! sebab finally orang akan cakap kau asyik nak menuding jari menyalahkan orang lain!OMG! betullah kata orang berbuat baik itu sangat lah susah!sebab orang akan nampak apa yang negative instead of positive!

adakah menyembunyikan perasaan itu lebih baik dari meluahkannya? sebab bila kau meluahkan, orang takkan faham, akhirnya kau makan ati sendiri! inilah yang dikatakan makan hati berulam jantung....hari hari kau makan! tapi berat kau susut! eh! itu kan bagus untuk diet seharian! at least lemak yang bertakung kat dalam body boleh dibakar hangus! kan boleh kuros! dari kau nak berhempas pulas tanak makan itu ini atau dari kau penat berlari 10 round keliling padang ragbi!

kenapa manusia nie susah nak faham ek? kenapa? kenapa dan kenapa? sumpah saya geram tahap cipan! bila saya cakap saya tak suka, itu maknanya saya memang tak suka! tapi kenapa nak juga buat benda yang saya tak suka? adakah dengan buat apa yang saya tak suka itu boleh memuaskan hati anda???? terus terang saya cakapkan apa yang anda buat tue sebenarnya lebih melukakan hati saya! yer! saya memang terluka! bila saya amek peduli, ada ke kena kesah? bila saya da malas nak peduli, saya la yang teruk! adoooooiiiiii!!!!!! apa yang patot saya buat nie? 

saya da malas nak fikir pasal perasaan orang la! sebab adeke orang nak amik tau hati dan perasaan saya? ade ke yang nak kesah bila saya menangis sebab diri anda? ade ke yang peduli bila saya shaking satu badan risau perkara buruk menimpa diri anda? life is unfair at all! why? sebab saya je kena rasa perasaan yang sumpah tak best langsung tue! kalau best, boleh la consider nak rasa berulang kali! 

ini secara jujur tidak ditujukan kepada pihak pihak yang tertentu tetapi secara roughly nak meluah perasaan je kat sini! kalau ade yang terasa harap maaf! eh! sudah lah! saya makin rasa makin banyak saya merapu merepek meraban kat sini! macam da tak faham pulak apa yang dibebel! sekian aje la..........tido lebih baik! gud night anda semua....i heart all of you! hugs and kisses! saya sentiasa sayangkan anda semua!


x    o    x    o
saya sayangkan orang orang yang istimewa dalam hidup saya....
terima kasih kerana menghadirkan diri anda dalam hidup saya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...