I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Bacaan. Show all posts
Showing posts with label Bacaan. Show all posts

Friday, December 30, 2011

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI! TAPI ADA KE PAGAR YANG MAKAN PADI????

Assalamualaikum w.b.t....

ada ke pagar yang makan padi?
atau ada pagar yang ada mulut ke???

Pepatah melayu ada mengatakan 'harapkan pagar, pagar makan padi'.pepatah nie cukup familiar untuk diri i since sekolah rendah.cuma pernah jugak terpikir nak tanya cikgu BM time tue, kenapa orang dulu dulu cipta pepatah camnie?i mean pagar makan padi???sungguh tak logik bunyinya....kalau difikirkan mengikut logik akal fikiran, mana ada pagar yang boleh makan kan?tapi assume sendiri la mungkin dulu dulu pagar dia special kot?boleh makan padi(?)

same goes to pepatah yang satu lagi nie, 'melepaskan batuk ditangga'...ikutkan maksud pepatah ni melakukan kerja separuh jalan.senang cakap buat kerja tak abes!tapi apa kaitan batuk ditangga?batuk dekat tangga sama dengan buat kerja separuh jalan?batuk separuh jalan di tangga mungkin?nak relatekan pon macam susah kan?

ok....sebelom tue nak bagi credit to Syed, yang telah merungkai segala tanda tanya di kepala otak i selama berbelas tahun sebelom ini.. ^__^ 

first, harapkan pagar, pagar makan padi..it is actually 'harapkan pegar, pegar makan padi'!tengok betol betol..PEGAR dan bukannya PAGAR!apa itu pegar?ok...orang dulu dulu kan menulis dalam tulisan jawi...jadi, jika pepatah ini ditulis dalam tulisan jawi akan  menjadikan ianya seperti berikut:


Maka, kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan jawi kepada rumi...see...1 huruf tersalah, terus membawa impak yang agak besar di situ....so, apa itu 'pegar'? pegar merupakan sejenis burung yang di panggil burung pegar atau dalam bahasa inggeris ia dikenali sebagai pheasant!

burung pegar

so, da boleh nampak kelogikkan pepatah ini di situ bukan?burung makan padi....logik!sebab burung memang sejak azalinya akan makan untuk hidup!tapi belum pernah wujud di dunia ini ada pagar yang pandai makan padi!my assumption, orang dulu dulu mengharapkan burung pegar ini untuk menjaga padi mereka dari di serang serangga ataupon dimakan tikus!tetapi sebaliknya, burung pegar ini pula memakan padi mereka dan bukannya memakan perosak padi!jadi, di sini lah timbulnya pepatah 'harapkan pegar, pegar makan padi'! maka, orang dulu dulu sebenarnya rasional dalam mewujudkan pepatah, tetapi disebabkan kesilapan menterjemahkan dari tulisan jawi ke rumi, menyebabkan generasi hari ini menggunakan pepatah yang ada sedikit kesilapan yang mana bila difikirkan mana logiknya perumpamaan yang di bagi itu!

sama juga dengan 'melepaskan batuk di tangga'..cuba fikirkan apa kaitan batuk di tangga dengan maksud melakukan kerja separuh jalan?adakah dia batuk separuh di tangga?kenapa mesti batuk?kes yang sama dengan pagar...kesilapan dalam menterjemahkan tulisan jawi kepada rumi!again!

sebenarnya ia adalah batok! apa itu batok! batok merupakan gayung yang diperbuat daripada tempurung kelapa....kan orang dulu dulu kebiasaannya akan letakkan tempayan yang di isi air di tangga rumah.sebelum naik ke rumah, kena cuci kaki dulu dengan menggunakan batok!

ini lah batok!

bila cuci kaki, kita akan gunakan batok untuk ceduk air dari tempayan dan jiruskan ke kaki....tapi bila kita guna batok nie untuk ceduk air dan cuci kaki, kemudian sepahkan batok ni di tangga umpamanya, tak letakkan balik di tempat asalnya, maka terjadi la pepatah 'melepaskan batok di tangga' yang membawa maksud melakukan kerja separuh jalan!unik kan?

so sekarang baru nampak logiknya pepatah orang orang dulu cipta...betol tak? :) kesilapan penterjemah telah mengelirukan kita semua...jadi, mari sama sama kita betolkan!untuk adik adik yang masih bersekolah, cuba tanya cikgu kat sekolah.....mana logiknya kaitan pepatah yang dicipta tue?ada ke pagar makan padi?and kenapa batuk di tangga?kenapa tak menangis di tangga ke? mengantuk di tangga ke?tidur di tangga ke?menyanyi ke? LOL!

x    o    x    o




Wednesday, June 15, 2011

SYED IKHWAN

Assalamualaikum w.b.t....
eh eh eh...sabar sabar....i belum start tulis lagi nie..i tau you all semua da macam mak cik kepoh kan?mesti ade yang cakap 'eh!minah nie da putus tunang ke?'... 'budak comel nie da main kayu tiga ke?'...'aweks nie da pandai scandal scandal nie!' .....atau 'Syed Ikhwan nie boyfriend baru dia kot?'...adoiii...korang ni tak baik tau! :( i nie tersangatlah loyal kat Encek Tunang tau! i tak main la scandal scandal nie...and the most important thing, Syed Ikhwan nie da kawin tau!so jangan ngengade nak ada hati kat Syed Ikhwan ah! awas yer gadis gadis di luar sana! i warn you all nie! ;p

ok ok..i tau..you all da tak sabar nak tau sape itu SYED IKHWAN kan? amboi amboi korang nie...bawa bawa ler bersabo....i sebut je nama lelaki kat blog i, you all da histeria macam i sebut nama Brad Pitt! haippp!!! tak baik tau...peringatan lagi sekali....Syed Ikhwan da kawin yer! jangan main main...kang ade yang kena cepuk dengan wife Syed Ikhwan!

ok, back to the track! introduce to you readers! Syed Ikhwannnnnnn!!!!!!!




Nama sebenar beliau ialah Syed Mohd Saiful Ikhwan atau lebih dikenali sebagai Syed Ikhwan dikalangan rakan rakan online dan offline beliau. Beliau nie merupakan antara orang yang berjaya dalam IM (Internet Marketing). dan i da mula admire kejayaan Syed Ikhwan nie! :) 

kata Syed Ikhwan di dalam blognya, "my daily job is teaching people on how to make money using internet as marketing base!"...that simple! and i was like 'WOW!by using the internet you guys can make money!'.so i already found a sifu that can teach me to make money! ;) peluang keemasan nie!i started to know who is Syed Ikhwan actually....so i go through blog Syed Ikhwan.

Daripada pembacaan yang i lakukan di blog Syed Ikhwan, beliau banyak menghabiskan masa beliau dengan menjalankan pelbagai eksperimentasi terhadap a few methods serta kaedah pemasaran internet. Beliau dengan gigihnya sanggup mengaplikasikannya terhadap diri sendiri walaupon beliau tau apa yang dilakukan itu boleh menyebabkan perspective negative umum terhadap diri beliau.haaaaa...bukan senang nak jadi usahawan yang berjaya! mesti sanggup ambil risiko tau!sanggup ambil risiko dan bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan! bear in mind ok readers!

Dikalangan bloggers, i'm pretty sure ramai yang pernah dengar tentang Google Adsense kan?cuma ramai yang tak tau macam mana nak jana pendapatan melalui Google Adsense tue!kalau ada yang tak tau apa itu Google Adsense,boleh la blogwalking kat blog Syed Ikhwan...kat situ ada Syed Ikhwan terangkan tentang Google Adsense! ok...for your information, Syed Ikhwan nie memang sangat dikenali dalam bidang 'cuba jaya' Google Adsense!memang da tahap tahap sifu! bila da cakap sifu tue, mesti la ilmu da banyak di dalam dada...pendapatan yang dijana pon da kebabom da!so dengan rasa rendah diri dengan ilmu yang ada, Syed Ikhwan tak lokek nak berkongsi dengan anda diluar sana....beliau menyediakan servis konsultansi kepada mereka yang berminat belajar menjana pendapatan melalui  internet nie! see.....peluang lagi kepada anda yang berminat!i pon memang nak belajar...da jumpa sifu nie, tinggal nak sedut ilmu je nie!di mana ada kemahuan di situ ada jalan!

kepada anda yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai konsep berniaga melalui internet, anda boleh lah  menghubungi Syed Ikhwan di O13 393 646O.

Beliau  juga giat menjalankan Google Adsense personal private coaching...sama ada secara maya melalui YM ataupon secara face to face.sape nak add YM beliau boleh la add ID beliau: syed_ikhwan@yahoo.com

da add tue tanya la pasal Google Adsense...macam mana nak jana duit ribu riban...jangan duk mengayat Syed Ikhwan plak! sekali lagi di ingatkan, Syed Ikhwan dah ade bini! hehehehehe.....i tengok da ramai orang yang belajar dari Syed Ikhwan sekarang da berjaya jana pendapatan cecah ribu riban! mak jeles nok! nie yang mak gigih nak belajar jugak nie!mak pon nak juga jana pendapatan ribu riban! da dapat ribu riban, senang mak nak settle PTPTN mak nanti! hahahaha....duduk rumah pon boleh dapat duit babe!!!!! ^__^

you all yang rajin blogwalking tue, apa kata selalu selalu la gi melawat blog Syed Ikhwan! kenapa pulak? ok...selain korang boleh baca kisah kisah hidup Syed Ikhwan, korang juga boleh dapat info dan ilmu on how to generate your income through internet, korang boleh dapat info info sampingan yang lain....tentang isu semasa, preview movie kat wayang, announcements terkini, preview buku buku yang berguna, iklan jawatan kosong bagi anda yang sedang mencari pekerjaan...manatau ada rezeki anda kat situ kan?

selain daripada itu, kalau korang rajin baca blog Syed Ikhwan nie, beliau selalu juga post entry nak bagi duit kat korang....heheheh....dengar bagi duit terus je terbeliak bijik mata korang?nak tau macam mana nak dapat duit,kena la rajin baca blog Syed Ikhwan... :) nak duit kena la usaha sikit kan?so nasihat i, mulai dari saat ini, hari hari la korang pegi jengah blog Syed Ikhwan... :) i da dapat da duit dari Syed Ikhwan! korang tanak ke????? ^__^ kalau nak cepat cepat la pegi lawat blog Syed Ikhwan! :)))

x    o    x    o
“Anda ingin memenangi RM100 dengan hanya buat post? Sertai pertandingan post review di sini



Thursday, April 28, 2011

TAZKIRAH PENYUCIAN HATI

‎"Dan janganlah kamu IRI HATI terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain." (An-Nisa:32)


x    o    x    o
semoga Allah membukakan hati dan mensucikan hati yang hitam.
aminnnnnnnn......

Monday, April 11, 2011

MISTERI TERUNGKAI AKHIRNYA..... :)))

akhirnya....misteri simbol pelik terungkai...simbol pelik *kalau tak tau simbol ape pegi  baca entri yang lepas* yang dikenali sebagai Kolony sebenarnya ialah....jeng jeng jeng..... ;p




Akhirnya semua spekulasi dan anggapan serta tanggapan pelik dan aneh kepada Simbol Misteri telah terjawab. Its actually represent ))K(( iaitu simbol kepada KOLONY komuniti yang so far telah menginfect lebih 1 juta orang and counting! Wow fenomena yang mengagumkan.
Cuma yang menjadi tanda-tanyanya pulak ialah “Apakah dia KOLONY ni?”
KOLONY ))K(( ialah SMS-based untuk bersocial network yang boleh menghubungkan anda kepada rakan-rakan anda, yang mana  sekarang telah tersebar luas ke seluruh negara. Yup its SMS-based, so no need a smart phone ataupun data/ internet plans untuk ber social network.
So dengan KOLONY, telefon anda bukan menghubungkan anda kepada rakan-rakan sahaja tetapi ianya lebih dari itu. Korang boleh memperluaskan rangkaian network anda denganDingBommFREN dan Popp yang akan menjadi sebahagian dari kehidupan korang sehari-hari.



Ala kena caj la kan SMS ni kalau nak pakai KOLONY?
Ok macam ni, korang will need KOINZ untuk aktiviti-aktiviti DingBommFREN dan Poppdalam Kolony ni.
Macamana nak dapat KOINZ ni?
Senang sahaja, apa yang perlu korang buat hanya membuat panggilan telefon dengan the all NEW XPAX PLAN! Setiap panggilan telefon on the NEW XPAX PLAN akan mendapatkan andaFREE KOINZ!!!. Dah dapat KOINZ boleh la bersocial di dalam KOLONY.
Ni details bagaimana nak kutip KOINZ
•    1st – 5th calls made in a day = FREE 10 KOINZ per call
•    6th & more calls made in a day = FREE 20 KOINZ per call
•    The FREE KOINZ will be granted the next day.
•    Alternatively, you can also purchase KOINZ to enjoy KOLONY services: RM0.30 for 10Koinz, RM1.50 for 50Koinz, RM3 for 100Koinz



OK untuk bermula, just send KOLONY to 25333. (Opss kena pakai Xpax, U.O.X., S.O.X. atau Celcom mobile nombor sahaja ya)
Lepas dah dapat nickname, ni cara-cara kita boleh bersocial bersama komuniti KOLONY:
•    DING – Ding your buddies and leave them a message to cheer them up.
Send KDING  to 25333
•    BOMM – Have an update to share? BOMM it away to all your FRENs!
Send KBOMM  to 25333
•    FREN - FREN for life? Make as many as you can in Kolony!
Send KFREN  to 25333
•    POPP – Get to comment on what your buddies say!
Send KPOPP  to 25333
Untuk lebih banyak cool activities, send KHELP to 25333. So nanti akan dapat full list of keywords yang boleh digunakan to explore more dalam dunia Kolony!
Dan dengan the New Xpax Plan, selain dapat FREE KOINZ untuk korang stay connected dalam Kolony, korang juga akan nikmati ganjaran super awesome LOW RATES! Di mana calls hanya 28 sen untuk 10 minutes ke Celcom network and 5mins network yang lain. SMS pulak hanya 1sen ke  nombor Celcom dan 5sen ke network yang lain!


The new super low rates on NEW XPAX PLAN! Talking on the phone even more rewarding!
Now jom pergi ke any Blue Cube outlet atau Celcom branch to pick up the New Xpax Plan dan serta merta boleh start enjoying these low rates and join the rest at Kolony!
Dengan hanya menggunakan normal mobile phone with SMS, no need for smart phones ataupun data/internet plans – KOLONY, semua orang boleh bersocial network.
Simbol Misteri akhirnya terjawab! LOL!!! :D

x    o     x     o
terima kasih mak merah yang telah merungkai simbol misteri...





Sunday, April 10, 2011

MISTERI .... MYSTERIOUS

lately kecoh kat merata rata orang ramai nampak simbol misteri....sampai kat traffic light along bukit bintang simbol misteri tue muncul kan? ada foreigners from canada da rakam simbol tue yang tetiba muncul a few seconds masa traffic light tue tengah merah....then ada yang nampak masa dalam monorail.....waahhh...kecoh kecoh....simbol apa tue?

see....nampak tak simbol yang kat atas simen tue?pernah nampak tak sebelom nie? people keep on wondering what symbol is that?

simbol tue tetiba muncul masa budak nie tengah main game....cuba compare simbol yang ada dalam video nie dengan simbol yang ada dalam video yang dirakam dari monorail tadi.....

nak show off kat korang video yang dirakam oleh tourist from canada tue..it happened at traffic light along KL road....tapi i don't know what happen, video tue tak dapat nak diupload....huhuhuhu.....so tunjuk gambar je la kat korang...


simbol tue appears few second masa lampu merah...
then hilang sebelom lampu tukar kepada hijau.

perasan tak simbol tue appears dalam picture nie?
in between the wires tue ada simbol pelik tue....




simbol tue juga muncul dalam newspaper the star.....


korang pernah jumpe tak masa baca newspaper?

simbol nie juga dilihat di utara malaysia....cuba tengok video nie....dirakam ketika penerbangan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur....






so, ape korang rasa?adakah tanda tanda dunia akhir zaman?atau apa?ramai yang da nampak simbol nie tetiba appears kat 8tv..kat tv3 pon tetiba muncul..waaahhh...gempar!!!!! apa tue?

x    o    x    o
dup dap dup dap....
misteri misteri....

Friday, April 8, 2011

PENDENGKI lebih RENDAH dari yang DIDENGKI

assalamualaikum w.b.t...

eheemmm..ehemmm....sempena hari jumaat yang mulia nie, orang sebok baca khutbah dekat masjid, saya pon nak sebok juga la...sebok nak bagi tazkirah jumaat.....hahahaha....ada ke?lantak!ade aku kesah??? eh!kesah kesah! ;p LOL!

even ada hadis yang menyatakan 'sampaikanlah olehmu walaupun sepotong ayat'.....dan penah kan dengar 'sharing is caring'? kalau tak tau cepat pegi google!

apa yang nak disampaikan adalah sekadar peringatan kepada anda semua dan diri saya sendiri dan kepada yang merasakan diri mereka sebegini supaya tak jauh terpesong...cepat cepat la sedar diri dan balik ke pangkal jalan.dan ini adalah pengalaman hidup yang saya lalui sendiri dan saya alami sendiri.sebenarnya tertarik dengan ceramah agama dari seorang ustaz! ;))))


ececece..mesti ade yang cakap 'minah nie dengar ceramah agama juga ke?'.....eh!hello!!!!kau ingat perut je nak makan?rohani pon nak kena bagi makan juga tau!tapi rohani takde la makan KFC ke McD ke atau nasi ayam yang sedap (?) erk?ok....makanan rohani kita nie yang nie la..ceramah ceramah agama, bacaan al quran...benda yang kau tak nampak! rohani nie kau kena kasi makan juga.bila da bagi makan kena la digest! tak jadi juga kalau kau bagi makan tapi kau tak digest! haaa.....kan da kena sekolah dengan saya! ;p


i'm pretty sure dalam hidup korang mesti penah berhadapan dengan orang yang dengki atau dengan kata lain hasad dengan kesenangan dan kebahagiaan korang kan?manusia spesies nie kat mana mana pon korang boleh jumpa! cuma antara kronik atau masih boleh dikawal perasaan dengki tue!


manusia spesies nie yang jenis bila tengok kau dapat masuk universiti la contohnya....mak kau pon cakap la...


'anak i dapat masuk U** je....alhamdulillah la...dapat juga la dia masuk universiti'.....


'eh!anak i dapat pegi overseas! hurrmmm..i nie tak suke la anak i study kat local university nie..takde kelas la....'


padahal macam kita tak tau, anak dia masuk polytechnic je...tue maksudnya dia hasad tak boleh tengok kejayaan orang lain!asyik dia aje la yang nak paling bagus! kelentong pon sanggup, janji aku la yang paling ngetop!


contoh lain....


'anak saya keje kat company tutttt....keje biasa je....' *padahal anak dia pegawai besar..almaklumlah...ade degree...*


'anak aku tue keje kat company tuttttt tue.....dia la bos kat bahagian tue...semua benda staff kena minta sain die la!dia bos besar tu kat situ!' *padahal anak dia SPM je pon...tapi dia punya auta macam anak ada masters!*


ini pon contoh orang yang perangai hasad + dengki!dia punya kelentong, sumpah putaq alam!kadang kadang sampai tak masuk akal!


nie satu lagi contoh...


'aku dengar anak dia tue nak kawin anak datuk! huh! buat ape kawin anak datuk! menyusahkan aje! kita pulak nanti nak kena menyembah dorang!'.... *padahal dia kenal datuk dan family datuk tu pon tak!main hentam keje nak mengutuk!sambil sambil cicah pelam dengan garam belacan, duduk bawah pokok, waktu petang!* meletop gitu!siap saya bagi scene lagi! hahahaha...


ok! enough la kan contoh contoh yang diberikan. sekadar intro kat korang.so korang mesti pernah je jumpa manusia manusia yang spesies macam nie kan?sebenarnya, banyak je lagi contoh yang boleh saya bagi. tapi cukup la setakat nie! sebab contoh yang ada terlalu banyak!takut nanti ada plak yang kata 'eleh!macam aku tak tau dia nak kata kat aku la tue!'...padahal saya cakap secara roughly! jadi sape yang makan cili, as usual la..kau la yang terasa pedas!jangan la plak nanti kau sebok nak buat serangan bom sana sini macam America!






D.E.N.G.K.I...apa itu dengki?dengki itu macam makanan masin yang sentiasa merapuhkan tulang atau seperti penyakit kronik yang selalu merosakkan tubuh secara perlahan lahan sehingga membusuk! eeeuuuwwww!!!! ngeri tak? ngeri kan? haaa..tu baru sikit!kalau barah hati, kita boleh jumpa doktor, buat kimoterapi ke apa ke...tapi kalau dengki nie ia adalah penyakit hati yang doktor pon tak boleh bagi ubat melainkan kesedaran diri sendiri untuk terima qada dan qadar Allah s.w.t.


bila kita dengki dengan orang lain, ia samalah macam kita bagi makanan kesedihan kepada daging daging kita dan bagi minuman kegelisahan kepada darah kita. seorang pendengki itu ibarat orang yang menyalakan pemanggang roti, dan bila dah panas, dia masukkan dirinya sendiri ke dalam pemanggang tue! bodoh tak? memang sangat bodoh kan? saya kesian dengan orang yang bersikap pendengki nie! 


dengki nie ada penyakit yang dilahirkan olehnya.apa penyakit nya?ok..keresahan, kecemasan dan kegelisahan hidup.itulah penyakit nya.cuba kita tengok orang yang jenis pendengki! ada tak hidup dia tenang?TIDAK! pendengki nie akan sentiasa resah, cemas dan gelisah! sebab dia akan sentiasa berfikir macam mana dia nak buat bila dia tengok orang lain hidup lebih senang dari dia, lebih bahagia dari dia! dia akan sentiasa berfikir macam mana dia nak dapatkan lebih dari orang lain dan the worst part is dia akan fikir macam mana nak jatuhkan orang tue! sebab dia tak dapat terima kenyataan bila nampak orang lain dapat lebih dari dia! pity u la pendengki! please la..wake up! apa yang orang lain dapat tue telah ditentukan oleh Allah s.w.t....so please...jangan over sangat nak dengki dengan kehidupan orang lain!seorang pendengki akan sentiasa merasa panas bila melihat orang lain dapat kenikmatan dan kelebihan!


so adik adik...sis nak cakap nie...jangan dengki dengki yer....tak baik....tuhan marah! orang yang suka dengki dengki nie hati dia hitam tau! eeee...suka ke ati adik adik hitam? tak suke kan?haaaaa....jadi jangan dengki dengki! faham?bila nampak orang lain lagi senang dari adik adik, jangan la nak kutuk kutuk dia pulak! lagi teruk kalau pegi jaja cerita sana sini cakap 'eleh..tak heran la hidup dia senang..sebab bapak dia tue makan asyik makan rasuah'.....padahal bapak dia keje siang malam membanting tulang! dah la dengki dengan orang, lepas tue buat fitnah lagi....double sins tue taw adik adik....haaa.....dapat dosa lagi! tak mau tak mau...jangan buat jahat macam tue! ^_^


apa yang patut adik adik buat bila nampak kawan kawan adik adik lebih senang dari adik adik....lebih bahagia dari adik adik? tumpang la bergembira dengan kesenangan dan kebahagiaan kawan adik adik tue...dan jangan lupa ucapkan ALHAMDULILLAH dengan seikhlas hati yer..jangan la nanti mulut je cakap syukur, tapi dalam hati punyalah sakit hati kan tengok kawan kawan lagi happy dan senang dari adik adik! tak baik tau....


orang yang suka dengki dengki nie kita jangan buat kawan! sebab pendengki nie umpama musuh dalam selimut! normally pendengki nie dia akan memulakan persahabatan tapi dia akan mengakhiri dengan pembunuhan! ish ish ish...hina sungguh pendengki nie! ada ungkapan yang mengatakan pendengki nie umpama ular hitam berbisa yang tak akan pernah diam sebelum menyemburkan bisanya pada tubuh yang tidak berdosa!haaa...see....jahat kan pendengki nie! so jauhi orang yang suka dengki dengki dengan kesenangan dan kelebihan serta kebahagiaan kita!


x    o    x    o
elakkan dengki, peliharalah ukhwah

kalau asyik nak dengk dengan orang lain, ada ke yang nak sayang???
blugghhhhh!!!!!! :D


Monday, April 4, 2011

PANDUAN JIMAT BELANJA ~ WEDDING

nak kawin nie banyak benda nak pikir...banyak belanja nak kena keluar! so untuk mengelakkan lepas kawin, anda dibebani hutang, apa kata tengok tengok 'Panduan Jimat Belanja' nie..moga moga dapat tolong anda untuk berjimat! :)


1 Menyewa pakaian dan bukan membeli

2 Meninjau adakah pakaian yang kita gemari boleh dibuat dalam belanja yang murah

3 Jika ingin membeli pakaian, pastikan ia boleh digayakan di kemudian hari

4 Beli kasut yang boleh dipakai untuk majlis lain

5 Buat majlis perkahwinan di rumah daripada di hotel

6 Beli bunga pegang yang murah tetapi cantik

7 Meminta jasa baik rakan untuk menjadi pengacara majlis

8 Minta jasa baik rakan terdekat untuk menjaga muzik

9 Minta rakan yang mahir dalam bidang photografi untuk mengambil gambar

10 Tinjau harga yang paling murah untuk mendapatkan khidmat juruvideo

11 Dapatkan tawaran harga pakej perkahwinan yang paling rendah

12 Dapatkan harga pakej catering dengan meninjau harga yang ditawarkan

13 Jika ingin menggunakan khidmat jurusolek, dapatkan harga pakej mereka

14 Ilhamkan sendiri hantaran anda atau minta buah fikiran rakan terdekat dan keluarga dengan membuatnya beramai rama. Ini lebih menjimatkan!

15 Beli barang hantaran sendiri daripada dibeli oleh pasangan kerana ditakuti jika anda tidak menyukainya ia akan jadi satu pembaziran!

x    o    x    o
banyak benda nak kena fikir!

Wednesday, March 9, 2011

SHARING IS CARING

Ini hanyalah sekadar niat untuk berkongsi.apa guna bagi tips untuk couple.lagi bagus bagi tips untuk sebuah perhubungan yang segalanya adalah halal... :)

10 cara SUAMI melayan ISTERI


  • suami perlu menjadi pemimpin yang baik dan role model kepada isteri dan anak anak. iman dan taqwa adalah kunci kebahagiaan keluarga.
  • jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. buangkan ego anda dan minta maaf jika suami bersalah dan pujuklah dengan mesra.
  • tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga makan minum dan anak anak anda di rumah.
  • jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. jangan sesekali memukul isteri.
  • ambil berat akan kesihatan isteri anda. sekiranya serius, bawalah ke klinik.
  • isteri tidak suka anda membandingkan dia dengan perempuan lain/ ibu mertua baik dari segi rupa, masakkan dan sebagainya.
  • sentiasa meringankan kerja dan membantu isteri membuat kerja di rumah.
  • pulanglah awal sekiranya anda keluar dengan kawan kawan terutamanya pada waktu malam. ingat tanggungjawab dan keluarga anda dirumah.
  • jagalah maruah dan aib isteri sebagaimana isteri anda menjaganya.
  • bersama sama menjaga kebersihan diri dan rumah anda. sekiranya anda merokok, elakkan merokok di depan isteri dan anak anak anda.

Saturday, February 26, 2011

TENTANG LELAKI (?)

Ramai wanita tidak tahu sepenuhnya tentang lelaki. Mereka kadang kala buat sesuatu perkara yang lelaki tidak suka. Sehingga boleh menyebabkan kesedihan berlaku.
Di sini, saya ingin berkongsi dengan para wanita sekalian, apa yang anda perlu tahu tentang lelaki.
  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan..:)
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. :d
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
  • Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
X   O    X    O
betul ke ini makhluk yang dipanggil LELAKI???
*source*

Wednesday, February 23, 2011

KOSMETIK RACUNI BAYI! IBU MENGANDUNG, TAKE NOTE!

Setiap kali kalau kita mengandung, kita kena patuhi pantang larang macam-macam. Mestilah kita mahu anak kandungan kita menjadi yang terbaik dan sempurna seperti orang lain. Ingat, bukan sahaja cara pemakanan yang perlu kita jaga, tetapi sesetengah produk  kosmetik juga bahaya kepada janin kita!
Apakah Ftalat?
Hodohnya nama payah nak sebut. Ftalat adalah kumpulan bahan kimia yang digunakan untuk buat plastik PVC pembungkus makanan itu. Tahu tak, Ftalat juga digunakan untuk sesetengah bahan kosmetik kita. Ftalat ini lah yang akan menjadi punca meracunkan kandungan kita dengan menjejaskan kemampuan pembiakan janin, termasuklah kecacatan sewaktu lahir pada organ pembiakan lelaki. Contohnya, elok-elok anak kita lelaki, aleh-aleh keluar anak tak ada testis. -_- Anak tak nangis, kita yang nangis. Tsk.
Takpun kenapa bila anak dah besar jadi mandul? Salahkan emak. Salahkan emak yang suka pakai kosmetik bukan bukan sewaktu mengandungkan kita. Paling sedih, anak kita akan berisiko tinggi terkena kanser testis pabila dewasa, jika kita menggunakan kosmetik yang mengandungi Ftalat.
Antara produk yang mengandungi racun Ftalat:-
  1. Pewangi Poison dari Christian Dior
  2. Pantene Pro V “Healthy Hold”
  3. Deodoran Arrid
  4. Penyembur rambut Aqua Net
  5. Tresor Eau De Parfum
  6. Deodoran intensif 24jam Rexona
  7. Perfume dari Eternity, Chanel no 5, dan Tommy Girl
  8. Produk penyembur rambut Vidal Sassoon, Essentials dan Tommy Girl
  9. Deodoran dari The Body Shop dan Nivea
  10. Mousse rambut dari Wella dan Studio Line
Bukan tak boleh pakai, tapi jangan pakai waktu pregnant.

X    O    X    O
tenkiu doctor for the info :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...