I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Blogging. Show all posts
Showing posts with label Blogging. Show all posts

Thursday, June 6, 2013

TRIP TO BANDUNG - PART II

Assalamualaikum w.b.t....

Kembali menyambung trip to bandung part II yang dah tertangguh ntah berapa kurun dah! ntah kenapa ler sekarang nie meliat betul nak update blog. macam masa 24 jam tu tak cukup je....huhuhuh...nak cari masa free pon susah...mana nak handle itu nak handle ini, bisness online, business offline, catering, cahaya intelek resources and development lagi.phewwww!!!!! out station dengan mr hubby lagi here and there...urusan rumah tangga, macam macam la nak kena buat.naseb baek Allah tak bagi request. kalau tak nak request boleh minta tak sehari tu ada 60 jam? hehehehe.....

ok, sambung hari kedua di bandung. as usual breakfast wajib kat hotel sebab amaris provided breakfast for their guests.


second day just makan sohoon goreng, tambah vege and keropok, and minum juice

agenda hari kedua harus la tak sabar sabar nak abeskan duit kat pasar baru! wohoooo!!!! dari hotel naik angkutan ke pasar baru. saja je nak merasa naik angkutan. angkutan dorang ni banyak kaler, ada hijau,ada biru, ada kuning, ada ungu. laluan angkutan tu pon berbeza beza.so jangan berat mulut untuk tanya angkutan mana yang pergi ke pasar baru.

tambang naik angkutan dari cihampelas ke pasar baru costed us rp5000 for two person yer! ok, pilihan yang bijak! hehehe...dari bayar taxi mahal mahal, bagus buat duit shopping. ok! fine, kedekut di situ! kahkahkah!!!! sampai pasar baru, punya la ramai manusia. petik jari je nak jumpa orang malaysia. bersepah sepah orang malaysia. yang penting mata naik juling tengok kain lace yang superb murah! cantik! menawan! gojes! pendek kata, 'sayang, boleh kita bersanding sekali lagi? i nak buat baju sanding sendiri la!'.....hahahaha.....

sampai cakap kat diri sendiri,kalau aku tau macam ni punya murah dan cantik kalin lace, sumpah sebelum kawen tu aku datang and beli lace and buat dress pengantin sendiri. tak main ler sewa sewa dah....berbaloi sangat sangat dengan harga dia. siap boleh nak tempah sekali kat kedai kedai kain tue. nak tempah baju raya pon boleh, kot pon boleh, langsir pon boleh. pendek kata semua benda boleh. tempah hari ni, esok malam dorang hantar ke hotel. tak payah susah susah nak pegi amek kat pasar baru. giler best! harga pon murah.

i macam dah naik hantu tengok kain lace kat situ. rasa nak borong je mana yang berkenan. lepas tu duk umah hari hari pakai baju kain lace, lip lap lip lap. mesti laki i pon pikir bini aku ni da putus wayar gamaknya? aduhai....susah nak cakap macam mana boleh jadi gila tengok kecantikkan lace lace kat sana. dah la harga jauh sangat sangat murah compared to malaysia. kat pasar baru uolls boleh dapat lace yang dorang lelong dengan harga serenda rm2 semeter. rm2 semeter tu dah standard harga yang berpuluh puluh ringgit kat malaysia nie. tak ke giler punya murah?

kat sini i tak banyak snap gambar sebab sebok membeli kain dan telekung.


antara gambar yang mr husband snapped sebab bini dia tak ingat dunia dah. tengok itu nak tengok ini nak. tengok telekung pon macam nak hangkut je semua. tu belum part kain sulam yang murah giler. korang jahat ek! jual online beratus harga. padahal korang borong kat bandung tu baru bape hengget!iolls yang tak borong ni pon boleh dapat harga RM30 sepasang, apa lagi kalau yang borong. harus la lagi lagi la murah harga korang boleh dapat! sebab tu kalau iolls nampak orang jual kain sulam dari bandung, awal awal lagi takmo tengok, sebab sakit hati dengan harga korang letak! bwahahahaa.... :D


nie tak tau la dah berapa jam kat dalam pasar baru nie. mr husbad dah tersadai kat sofa. letih duk tunggu bini borong kain. hehehehe....yang bestnya kebanyakkan kedai kedai dorang nie siap ngan sofa bagai. sambil lepak kat sofa, sambil pilih kain. masa kat kedai ni mr husband dah letih. hehehe....letih berjalan dan letih angkat barang. dah terduduk je kat sofa kedai ni sambil bini sebok duk pilih kain lagi. masa ni iolls pon dah letih, memang amek kerusi, duduk kat depan kain. main tunjuk je ngan pekerja kedai tu. i nak kain itu,i nak kain ini....kelassss kau! tu tahap tak larat nak berjalan dah. cakap je kat dorang nak kain gini gini, nanti kang dorang bawa kain yang korang nak, siap persembahkan depan korang. kalau nak match pon dorang boleh buat. kat kedai ni bagusnya siap tanya nak minum apa. bagi free! mr husband minta teh botol, i demand nak fresh orange. bukan dorang peduli. dorang bagi jugak. jadi sambil duk pot pet pot pet pasal kain, basah jugak ler tekak nie dengan air dorang bagi. best kan?heheheh....

datang pasar baru nie, memang lupa dunia luar. dari pagi kat dalam nie, sampai ke petang. pasar baru pon nak tutup dah, pon tak habes shopping. oh! by the way, pasar baru jam 6 petang dah tutup tau! dorang tak buka sampai malam. ada 8 tingkat kalau tak silap. tu pon kitaorang sempat ke lantai yang menjual telekung, kain sulam, kain lace.....yang part baju ke makanan ke tak sempat nak jengah!

punya la tak ingat dunia bershopping, perut berkeroncong, tengook jam dah petang rupanya. patut la berkeroncong nak giler perut nie. so terus naik ke atas bahagian food court. makan kat situ je, malas nak keluar gi cari kedai makan kat luar. food court dia nie i rimas sikit. sebab once uolls naik je atas tu nanti mula la pekerja pekerja setiap gerai akan datang suruh makan kat kedai dorang. sampai uolls rasa nak memilih pon susah.kena kerumun dengan dorang macam semut jumpa gula. naseb ada mr husband, kalau tak dah lama lari turun bawah. huhuhuh....

last last mr husband pilih untuk makan kat satu kedai nie. sebab dah pening dengan dorang, selagi tak pilih selagi tu kena kerumun. kalau dah pilih and dah order selamat la...yang lain lain tu pon pergi la mencari mangsa baru. fuhhh!!!! pening kepala. tapi tue la, nasib tak baik. kena ketuk sikit la. sebab makanan dia mahal sikit. kitaorang amek set untuk 2 orang makan.

ni lunch kitaorang. dah lupa apa nama makanan nie.

orang cakap kalau ke bandung wajib try ikan gurame. kat kedai nie ada, cuma mr husband tak yakin nak makan gurame.dia cakap kita tak tau ikan tu datang dari mana. ok, baiklah...jangan makan ikan. makan ayam. kalau uolls tengok, set untuk 2 orang ayam dia bagi seekor tau! dengan kaki ayam kepala ayam semua ada. mr husband naik geli tekak bila nampak ada kepala ayam kat situ. terus amek kepala ayam tu sorok bawah salad. hahahah....tapi jangan terkejut. ayam dorang nie tak gemuk macam ayam kat malaysia. ayam kat sana ala ala kurus macam ayam kampung jer. so setakat sekor 2 orang makan no hal la..tolak kaki dengan kepala ayam,licin jugak la ayam tue...

sayur kangkung tak berani makan. sebab pernah terbaca ada lintah dalam kangkung. lintah tu membiak dalam perut pemakan kangkung tue. omg!!!! kejadian tu pon kat indonesia. so terus telan liur.....takut nak makan kangkung.

sedikit tips ketika di pasar baru. jangan mengada ngada nak bawa handbag sangkut kat tangan macam mak datin yer! itu cari nahas. sebab kat sana sangat sangat crowded, anytime korang boleh dicopet tanpa disedari. tukar handbag kepada sling bag. otherwise uolls boleh bawa bag pack....tapi jangan galas kat belakang, galas ke depan macam bawa baby tue. lepas tu bawa extra bag macam recycle bag yang korang boleh beli kat tesco ke giant ke untuk isi barang yang korang shopping. jadikan satu bag sebab takut kena curi atau tercicir dan bagi mengelakkan korang di paksa oleh penjaja penjaja yang menjual beg supaya beli bag dorang jual. biasanya dorang akan aim sape yang bawa plastik kiri kanan tangan tue, dorang akan dekat la ngan korang and suruh korang beli bag dorang jual untuk korang isi semua barang korang. tapi, kalau korang nak beli dengan dorang pon takde masalah. niat je la korang nak sedekah ngan dorang. sebab dorang pon nak cari makan jugak. cuma kena pandai menawar supaya korang tak kena tipu.

iolls haritu memang bawa extra bag sendiri. and mr husband menggalas bag pack. so, barang shopping memang sumbat je masuk dalam bag pack tue dengan recycle bag yang kitaorang bawa. aktiviti hari tu dari pagi ke petang just habiskan masa dan duit shopping kat pasar baru. dan yang menariknya, walaupon dekat seharian menghabiskan masa kat situ, masih belum habis bershopping. wakakaka.... nampak tak godaan pasar baru di situ? maka, sudah tentu akan ada second round ke pasar baru sebelum balik ke malaysia.... kikikiki....nantikan pada entry yang seterusnya...muahahahaah.....


hasil tangakapan di pasar baru. 

sempat grab beberapa kaler and design boarder lace, kain lace, kain baju melayu, kain chiffon, magnet fridge untuk buah tangan kawan kawan dan jiran serta ahli keluarga yang lain, dan telekung dalam 5 pasang dan baju mr husband sebab masa ni mr husband dah kekurangan baju. 

masa peniaga peniaga pasar baru dah sebuk nak tutup kedai, maka kitaorang pon keluar la dari pasar baru nak balik ke hotel. maklumlah, tangan semua dah penuh. balik pon tak mampu nak naik angkutan lagi. mr husband cakap naik taxi jer. so terus minta taxi hantar sampai depan hotel. balik hotel, rehat, mandi and malam tu just keluar dinner dekat chiwalk....makan kat bakso malang karapitan....

kesimpulan, makan kat bakso malang karapitan chiwalks ni tak best sebab makanan dia tak sedap...order nasi apa ntah tapi macam nasi goreng letak kicap letak telur....huhuhu....

lepas dinner, just jalan jalan cuci mata kat chiwalk, lepas tu balik hotel and tido. 

untuk aktiviti third day, akan disambung pada entry berikutnya....jumpa nanti di trip ke bandung part III....

x    o    x    o







Thursday, March 7, 2013

PRAY FOR SABAH

Assalamualaikum w.b.t....



sebagai wakil orang semenanjung yang tinggal kat sabah nie, i nak seru semua rakyat Malaysia, ketepikan la isu dan soal politik uolls tue....bergabung dan bersatu hati lah, sama sama kita bagi sokongan,doa,dorongan dan semangat kepada perajurit perajurit negara yang menggadaikan nyawa di medan perang. buka minda dan mata, bukan hanya mata 2 biji kat muka tu tapi mata hati uolls sekali, jangan dek terlampau taksub dengan politik, orang betul betul mati pon uolls cakap semua nie wayang, semua ni sandiwara. itu namanya vangang!

yes, sakit hati dengar ada yang cakap apa yang berlaku tue sandiwara, wayang semata. macam nak seret je orang yang cakap tue, hantar pergi ke lahad datu. dengan berbesar hati nak bagi watak utama. berlakon la puas puas. kot terkena misile, ke m16 ke mortar ke boleh bangun senyum gelak berdekah dekah tak lagi lepas tue?

kenyataan yang sememangnya mengguris perasaan dan hati semua yang berada kat sabah nie.sensitiviti langsung takde dalam diri uolls kan?tunggu la kena kat batang hidung nanti orang buat sambil lewa baru padan muka!bila da jadi kes cenggini, boleh nampak sape kawan sape sampah!politik menjadi isu utama kepada sesetangah pihak yang takde sensitiviti masyarakat langsung dalam diri!sedih...dan kesian...but its ok...hidup ibarat roda....

abaikan manusia takde perasaan itu semua. buat uolls yang masih ada sifat perikemanusiaan, sifat kesedaran dan sifat ibarat kata pepatah,cubit peha kanan,peha kiri terasa, marilah kita sama sama berdoa agar perajurit perajurit negara selamat, dan dimudahkan oleh Nya untuk terus berjuang mempertahankan keamanan negara kita....juga tak lupa buat sabahan dan non-sabahan yang ada di negeri sabah ini....semoga semuanya selamat...

buat keluarga para pejuang yang gugur di medan perang, mereka tetap menjadi perwira di hati kami semua.perjuangan mereka tak mampu kita semua balas. gugurnya mereka dimedan perang, gugur bermaruah. hanya Allah yang boleh memberi ganjaran yang terbaik untuk mereka...al fatihah...


x    o    x    o




Thursday, November 22, 2012

KAWAI SANGAT BILA DAPAT MAIN AIS!

Assalamualaikum w.b.t....

kawai sangat kan? hahahaha...

sape penah main salji? i tak pernah lagi! :P  main ais?i pernah!kat peti sejuk pon boley....hehehehe....meh nak share sikit ngan uolls. last week berholiday bersama family di Snowalk, I-City, Shah Alam, cuti cuti ala kawai gitu! LOL! :D

actually, Snowalk ni terletak dalam kawasan I-City tempat yang ada pokok lampu yang cantik bila waktu malam. tau tak?memang cantik!



weolls sampai kat i-city da petang. tak ingat pukul berapa.time tu da ramai orang walaupon belum malam.parking RM10 per entry. lepas tu kat luar tu ada  macam macam mainan yang uolls boleh main. ada pirates of carrabean, ada ferris wheel, ada macam macam la...tapi weolls nak masuk snowalk je! ^__^ tiket untuk masuk snowalk after 6pm is RM30 per person.kalau before 6pm tak ingat plak berapa harga tiketnya.dah masuk dalam sure nak sewa baju tebal dan juga boots sebab nanti kat dalam tu weolls nak jalan jalan kat atas ais.sejukkkkk.....

so deposit untuk boots RM10 per person juga.lepas tu beli glove RM15 per pair.memula rasa macam kebal je diri ni takmo beli glove.tapi encek husband yang sesebuk nak juga glove.hambek kau!naseb baik beli, sumpah sejuk!even da pakai glove, tangan masukkan dalam poket baju tebal, still tak mampu nak tanggung kesejukkan kat dalam snowalk tue! haiyark!









antara gambar gambar yang di captured time dalam snowalk..dalam tu pon ada beberapa mainan yang uolls boleh try tau!gelongsor ais pon ada macam macam jenis. so memang enjoy.tapi dek kerana kesejukkan yang melampau sampai nak senyum pon pipi semua da rasa keras, jari kaki pon dah makin membeku, maka terus weolls keluar. by the way, uolls kalau tak tahan boleh keluar dulu panaskan badan and kemudian masuk balik ke dalam sambung perjalanan korang kat dalam tue.

kalau dah bosan kat dalam, boleh main main kat luar plak. naik ferris wheel ke, naik pirates of carrabean macam kat genting tu ke, atau pon bergambar gambar dengan pokok pokok yang colorful atau main je la mainan mainan yang banyak lagi kat luar tue.



sekian sahaja update malas dari i....huehuehue....holiday mood masih belum abes.....aiyark! @__@







Tuesday, September 11, 2012

ADA APA DALAM TU?

Assalamualaikum w.b.t....

Yaiii!!!! apa khabar kawan kawan bloggers sekalian? yes! hari ni ada lagi peluang nak update blog. dari pagi sampai ke sekarang otak ligat berpusing berputar pikir apa nak di update! mencik sangat! bila ada masa nak mengupdate, takde idea. tapi bila keje melambak lambak macam kat pasar lambak, time tu juga la idea pon mencurah curah macam ke ladang gandum!

ok! rasanya dah berjam jam pikir and actually ada idea yang macam best juga. tapi at this moment nak update entry tu kena amek mood yang paling zasssss baru boleh update. so as for now kena update entry yang ala ala light gitu...haaaaa......ko hengat makan minum je ade heavy light nya? nak meng-update pon ade juga tau!

dan rasanya sekali lagi *banyak betul aku punya rasa* bloggers out there especially yang perempuan most of them memang dah ramai yang buat entry macam nie. and i as usual selalu terlepas kapal. lambat betul nak follow the sequence dalam dunia blogging nie.memang hampeh!tapi takpe.nak buat juga walaupon dah macam basi sikit entry macam nie.huhuhu...

tadi time selongkar selongkar my handbag, terlintas di pikiran nak buat entry apa ada dalam handbag?atau what's inside your handbag? atau apa ada dalam tu? *konon macam gempak sikit tajuk entry macam nie*

most of the guys mesti asyik bebel bebel bila tengok gegurlz bawa handbag kemain beso je kalau gi jenjalan. tak pon mesti bising cakap try jadi cam dorang. sempoi je keluar bawa wallet bawa hp enough! takde nak sakit sakitkan bahu duk menggalas handbag gabak sampai macam nak jatuh bahu tu kan?

as we know pompuan ni kan tuhan dah jadikan dia lain sifat dan sikapnya serta perilakunya dari lelaki. so kalau da style same cam lelaki,takdenya nak dipanggil pompuan lagik....ye idok?so tak yah nak bebel panjang panjang, jum kita selongkar my handbag! hiks! :D

eh!kenapa letak 2 pictures?spot the difference!

ok!basically itu je yang i bawa dalam handbag kalau pegi memana!tak banyak kan?sebab i'm very the simple person.semua yang i bawa itu adalah barang yang i think penting untuk i.so,we go one by one...

pertama sekali of course i akan bawa purse sebab itu sangat penting.paling penting i guest! rasanya korang kalau keluar tetiba sedar purse tertinggal confirm patah balik rumah amek purse kan?sebab dalam tue la tempat nak simpan duit, all those debit cards, atm cards, gambar boyfriend *erk?*, gambar sendiri dan gambar gambar yang sewaktu dengannya...termasuk gambar suami juga gambar mak abah!

then barang kedua yang paling penting ialah handphone.sebab kalau tetiba sesat ke emergency ke senang! tak payah kelam kabut nak cari public phone.macam korang nampak i have two handphones. yang dalam picture sebelah kiri is my Nokia E71 i used it untuk segala urusan yang berkaitan dengan my business. kadang kadang bila masa i rasa tak penting untuk i bawa, i'll left it at home.hehehehe...and hp dalam picture sebelah kanan is my very extremely important handphone. my Samsung Galaxy SII as i used it for personal matter. 

compact camera memang wajib ada dalam handbag walaupon hakikatnya sekarang jarang betul guna sebab since da guna instagram haruslah snap guna hp lepas tu terus upload!tak payah susah susah nak transfer dari camera ke laptop, lepas tu edit lagi guna photoshop, lepas tu peram berkurun kurun kat dalam lappy sebab takde masa nak edit guna photoshop bagi cantik cantik.

next, compact powder from Miyami. my best compact powder ever. serious suka sangat dengan compact powder ni sebab tahan lama, boleh jadi penyelamat untuk touch up bila muka dah berminyak semacam.bila dah touch up muka, harus nak touch up lips juga.these four must have lips thing inside my handbag are lip ice sheer color strawberry from mentholatum. protect your lips dari kering. kalau lepas makan agak agak malas nak letak lipstick, guna je lip ice sheer color nie. then these my two lipsticks yang i suka guna sangat before ni. why two? sebab i suka blend both color so that it looks nice and tak over sangat! hehehe...dalam picture kat atas u all boleh tengok yang color silver and black.

yang silver tu water shine BM31 from maybelline and the black one is color intrigue effects lipstick pink honey pearl from elizabeth arden.i used to blend both color so that i'll get a very nice color.kalau nak effect macam shining sikit, tambah lagi dengan lip ice sheer color :)

but as for now, i'm really falling in love dengan tony tint from tony molly.must have juga dalam handbang! why i suka dengan benda kecik nie? first when u apply it, konon dapat effect macam korean looks gitu! hihihi....calit sikit je kat bibir, and it's enough! bibir merah tapi still nampak natural and the most important thing tony tint ni tak berminyak. macam water based! apply kat lips, terus dia menyerap menjadikan lip nampak natural merah, tak kering, tak berminyak dan sangat selesa.

i juga akan make sure i'll bring along pocket tissues, together with hand sanitizer.so kalau korang pegi memane tangan macam terkotor sikit ke takde air nak cuci guna je hand sanitizer atau pocket tissue.lepas tu letak pen sebatang dalam handbag manatau nanti ade apa apa nak tulis. just in case. tapi selalunya i akan type je dalam note kat hp. hehehe...canggih sikit! :P

dulu kan ke i ni free hair. sebab tu korang boleh nampak ada sikat rambut dalam my handbag. dulu kalau gi toilet je bukan takat nak touch up make up, mesti nak sikat rambut juga. but as for now dah berhijab, takde la nak gi toilet nak nyikat rambut lagi. tapi dah terbiasa ada sikat dalam handbag. so memang biar je sikat tu dalam tu.

dan last but not least, i suka letak sweets dalam handbag. especially jenis yang mint macam halls. sebab ianya boleh jadi penyelamat kalau korang ngantuk time tengah driving atau boleh juga jadi penyelamat manatau korang ade makan makanan yang ade bau kurang enak, so sila kulum gula gula. boleh hilangkan bau bauan yang tidak menyenangkan yang keluar dari mulut korang dan dapat juga mengelakkan kejadian di mana kawan kawan pengsan dek bau mulut korang! kihkihkih!

dan akhir sekali, i juga akan bawa cream beagenta O.1% dalam my handbag. since aritu muka macam alergik ape ntah naik macam rashes tapi tak gatal tak sakit, but nampak huduh bebeno, so cream ni adalah penyelamat walaupon dah lama rashes tu tak muncul kembali.

so itu la harta karun yang i simpan dalam handbag.takde la ape sangat pon yang beharga melainkan duit ringgit yang tak seberapa, cukup la untuk beli air secawan kat kedai...hehehe.....sebab i jenis tak suka bawa cash money banyak banyak. melainkan kalau nak shopping baru i withdraw duit kat atm atau nak lagi senang swap je kad time nak membayar. simple!kan kan kan?i takde guna credit card melainkan guna debit card je sebab i kan orang kaya *amin*. buat ape nak hutang hutang! kan? *alasan semata!* LOL! :D i bayar cash je walaupon menggunakan card. bhuehehehehe...

thank you for reading and bai!

x    o    x    o

Thursday, September 6, 2012

BILA OTAK JAMMED!

Assalamualaikum w.b.t.....
Kemarin internet buat hal sampai i kena call customer service TM. naseb baik tukang jawab menjawab dengan penuh hemah mentang mentang perbualan kena record! dan dan je bersopan santun budi pekerti!bila suruh check, dia cakap kawasan i tak termasuk dalam kawasan yang mengalami masalah gangguan internet.apalagi gangguan makhluk halus. kemudian dia pun menjanjikan dalam masa 24jam technician akan datang baiki dan tak sampai 24minit i hang up the phone masuk sms kat hp bagitau kawasan i termasuk dalam kawasan yang mengalami gangguan terhadap internet. naseb baik dapat sms time da hang up the phone. estimated nak baiki sampai 7hb september, maksudnya esok baru ok. fine! putus nyawa suku takde internet. naseb baik boleh cilok wifi hp husband.

alhamdulillah, hari ni masuk hari ketiga berpuasa. syukur, sebab kat sini makin awal waktu berbukanya....hahahaha.....melampau betul kalau itu adalah reason berpuasa!tak, sebenarnya alhamdulillah niat nak berpuasa dipermudahkan allah s.w.t dan hari ni da masuk hari ketiga berpuasa! hehehe...tulusnya hatiku ini :P

dan hari ni tak payah masak lagi for lunch sebab encek suami masih lagi handle kursus untuk staffnya maka dengan itu makanan percuma ketika kursus haruslah disediakan dan makanya lagi wife dia bolehlah bersenang lenang terlentang tertonggeng layan tv kat rumah! boleh cenggitu?padahal encek suami sangatlah berperikemanusiaan bilamana dia tau wife dia puasa, makanya dia akan cakap tak payah masak untuk lunch ok? i makan kat luar dengan Junaide..... so takde la rasa bersalah sebab tak masak tengah hari kan?

bila berpuasa sorang sorang dan bukan pula di bulan ramadhan, maka nafsu nak berbuka puasa tu tak serakus bulan puasa. dari semalam dah fikir hari ni nak berbuka makan ape dan sampai ketika dan saat ni tak tau nak masak apa...pfft!!!eh!bosan la....tak payah makan la hari ni boleh?atau takde jemputan ke hari nie?kalau ade lagi bagus.tak payah pening nak pikir ape nak masak. hadap je ape orang saji....

lepas tu, ape lagi nak tulis nie?nampak sangat entry tak tentu arah. that's why tajuk entry bila otak jammed! sumpah jammed teruk sekarang! bila takde story pon susah dan bila terlampau banyak story pon susah juga sebenarnya sebab tak tau kat mane nak mula.maka akan terkeluar dan terpublish la entry hampeh serta tidak berilmiah macam sekarang.dengan itu thank you for reading.

daku yang bosan! =.='

x     o    x    o


Sunday, September 2, 2012

RINDU KAT BUDAK KECIK NIE....

Assalamualaikum w.b.t......

Entah raya keberapa hari tu dapat juga jumpa budak kecik ni! sekarang da beso pon...orang beraya kat rumah, kitaorang jumpe kat shopping complex...hiks!takpela..janji dapat jumpe....


mummy rindu alfie...
rindu juga kat ibu alfie...hehehehe


x    o    x    o



Thursday, August 30, 2012

ADAKAH INI KARMA?

Kenyit mata sikit kat readers kesayangan! ^_*

Assalamualaikum w.b.t....

Pepagi ni i teremo sikit disebabkan kejadian yang berlaku. huhuhuh :( will story mory bout it later. hurmmm...bulan ramadhan yang lepas bukan hanya setakat bulan di mana kita dianjurkan untuk berlumba lumba nak kumpul pahala, tapi juga merupakan bulan di mana rezeki melimpah ruah! yer tak? especially untuk orang orang yang gigih berusaha la....termasuk la i! ;) boleh dapat extra income. business bulan ramadhan, alhamdulillah memberangsangkan. syukur rezeki nak bagi extra duit raya untuk mak abah tercapai. happy sangat bila call mak abah bagitau duit raya da bank in kat account. bila i bagitau jumlah, they were so shocked! out of their expectation! sampai dorang cakap, 'eh!kenapa banyak sangat ni?nanti kakak takde duit plak nak pakai....tak payah la bagi.guna jer untuk diri sendiri'.

time tu rasa senyum sampai ke telinga jer.... :)))) sebab deep in my heart rasa dorang sangat happy. this is one way nak happykan dorang sebab anak dorang tahun ni tak beraya dengan dorang. huhuhuh....tahun ni la rasanya duit raya paling banyak i pernah bagi kat dorang.tapi takpe...as long as they are happy. biarlah la kena kerja keras selama sebulan, tak cukup tidur, tak cukup rehat.time tu tak pikir da semua tue. nawaitu, nak dapatkan extra money, so boleh bagi extra duit raya untuk my parent terlaksana juga akhirnya. alhamdulillah, thanks Allah! :')

dalam hidup ni setiap apa yang berlaku pasti ada pros and cons nya....sekarang ni baru la terasa. but actually dah terasa di hujung hujung ramadhan aritu.....huhuhuh....badan kita ni pon macam machine. machine kalau guna non stop pon silap hari bulan berasap. same goes to our body la. need some rest, some refreshment, etc. time hujung hujung ramadhan tu actually mind set nak rehatkan badan dah. takmo lagi kerja teruk. but syukur, dekat dekat kita nak menyambut syawal tu, allah kurniakan rezeki yang makin melimpah ruah. sampai ada yang kena reject order sebab rasa tak mampu nak terima da.even hari terakhir di rumah, sebelum bertolak balik kampung, i'm still working. petang nak balik kampung, tengah hari baru kelam kabut packing barang. everything buat sepantas kilat.

kesan yang diterima badan bila kita fatigue ni berbeza untuk setiap orang. apa yang i realized is about when i set alarm, even 1 hp set alarm 3 waktu yang berbeza dan setiap kali alarm berbunyi it will repeat every 5 minutes, makanya akan melalak la hp tu setiap kali tiba masanya. DAN bukan set alarm kat 1 hp je tau, kat 3 hp! TIGA okeh! still, i tak sedar diri! this is really what we called as TIDO MATI! sumpah memang i tak terbangun! sebab langsung tak sedar masa alarm berbunyi :( teruknya rasa. sebab sebelum ni i jenis yang alarm bunyi tak sampai 10 seconds confirm akan terbangun.first time jadi macam nie.huhuhuh...

teringat dulu sebelum kawin, encek suami kerja kat Sarawak. so i memang akan jadi 'alarm' dia setiap pagi kejutkan dia bangun untuk pergi kerja. nak lagi duduk berjauhan, hp je la yang boleh dijadikan penghubung nak kejutkan dia bangun pepagi selain alarm dia yang kejutkan dia. so nak jadi cerita, ada satu ketika  ni encek suami memang banyak sangat work loads dia, sampai bawa balik ke rumah, lewat tidur, banyak berfikir. sampai satu pagi tu i called nak kejutkan dia bangun pegi keja, i call dari pukul 6.30 pagi, non stop call sampai 7.30 pagi...sambung lagi call sampai pukul 9 pagi....dia tak terbangun sedangkan hp dia letak tepi telinga. time tu i da nak nanges dan menggelabah tak tentu arah, dalam fikiran ni 'eh!apa da jadi dengan dia? pengsan ke? sakit ke?'.... tuhan je tau duk tahan air mata nak jatuh plus hati dan jantung ni dah kemain berdegup kencang macam nak pecah dada. i kat rumah da ke hulur ke hilir tak tau nak buat apa. nak lagi time tu dia menyewa pon sorang sorang. kepala otak ligat duk pikir nak minta tolong siapa kawan kawan dia yang boleh pegi jenguk kat rumah dia, tengok apa dah jadi.tapi apakan daya. time tu  kenal kawan kawan dia hanya pada nama. contact number semua takda....ya Allah...tuhan je la tau.dan benda tu bukan hanya berlaku sekali....ianya berulang ulang sampai berminggu juga.

Sampai satu ketika tu i tak boleh tahan dah and paksa dia buat medical check up! encek suami ni pon sebenarnya liat juga nak jumpa doctor! terpaksa mengayat dan psyco dia dengan pelbagai cara sampai la dia jumpa doktor.lepas buat check up, dapat la keputusannya. doctor cakap benda tu terjadi disebabkan oleh fatigue, badan tidak cukup rehat, stress dan banyak berfikir. memang doctor ada bagi pil untuk kurangkan stress, tapi itu tak cukup membantu. doctor sarankan supaya encek suami banyakkan rehat dan kurangkan stress dan mesti juga pergi bersenam sebab itu salah satu cara untuk release tension. otherwise, kalau dibiarkan ada tendency untuk kena strok! OMG!!!!! dahsyatkan? masa tu i marah marahkan dia sebab kurang rehat la, terlampau kuat kerja la, itu la ini la....bukan apa....sebab bila doctor cakap kalau dibiar boleh menyebabkan strok tu rasa gerun dan seram semacam, sumpah risau sesangat! sebab paling penting i jauh dari dia, dan time tu dia pon tinggal sorang diri. strok bukan benda main main.masa tu la paksa suruh dia bersenam, membebel itu ini macam mak nenek! =.='

And now benda tu da jadi kat i pulak! :( adakah ini yang dikatakan karma?lately, dari hujung hujung puasa aritu sampai sekarang i selalu tak sedar bila alarm berbunyi. padahal dah letak tepi telinga.the worst part time kat KK aritu, ada satu malam tu i dengan my sis in law buat kuih sampai dekat jam 3 pagi. lepas tu siangnya sibuk beraya. malam sambung lagi buat preparation untuk open house the next day.malam tu i, encek suami dengan one of my sis in law buat kerja sampai 3 lebih juga kalau tak silap. then lepas tu i naik tidur.i da set alarm untuk bangun subuh jam 5 pagi. dengan niat lepas subuh terus turun pegi dapur dan masak.sekali, berlaku lagi di mana i tido mati and langsung tak sedar alarm berbunyi sampai la my sis in law datang kejutkan dengan ketuk pintu bilik. tu pon actually i tak sedar. encek suami yang sedar pintu bilik diketuk. then dia kejutkan i suruh bangun. masa tu barulah terkial kial macam terkejut bangun. tengok jam, dan pukul 6 lebih. melompat bangun, terus pegi dapur sebab nak siapkan my dish untuk open house aritu! macam nak nangis pon ade sebab da plan nak bangun awal. masa tu da maki maki diri sendiri.

perkara yang sama berlanjutan lagi untuk ari ari yang seterusnya. dengan tak malu i mengaku berapa kali terlepas sembahyang subuh. dah tak tau nak buat macam mana. bila set alarm sampai 4-5 kali untuk 1 hp...then set lagi alarm dengan hp yg lagi satu. tapi masih 'pengsan' tak sedarkan diri bila hp melalak tepi telinga!:'( masa tu rasa any supplement pon tak boleh membantu kecuali i need rest! sampai satu malam tu lepas mandi dalam jam9 malam terus tertido tapi terbangun jam 3 pagi dan tak dapat tido. sambung tido balik lepas subuh dan kejadian yang sama berulang, lambat bangun sebab tak sedar alarm berbunyi! rasa sangat teruk okeh! tuhan je tau :(

lepas beraya di KK, balik semula ke rumah. mind set nak dapatkan rehat secukup cukupnya.tapi rupanya belum dapat rehat.ada agenda agenda yang harus diselesaikan menyebabkan badan yang really need rest ni belum pon dapat direhatkan. huhuhuhu.....sampai la pagi ni telah menyebabkan encek suami terlambat pegi opis gara gara i tak sedar alarm melalak. dan encek suami juga  pengsan tidak sedarkan diri sampai staff di opis call tertalu talu. nak lagi tadi pagi encek suami ada jamuan raya di opis. all the staff menunggu lebih dari satu jam nak mulakan jamuan. encek suami muka da serba salah sebab lewat sangat p opis. i ni ape la lagi? rasa bersalah sesangat menyebabkan encek suami jadi macam tue. dalam hati ni tuhan je la tau bila i nak back to normal. bila la simptom tidur mati ni nak berlalu? :'( rimas rasanya.....sedangkan sebelum ni i'm not that type. i la orang paling senang bangun.dah tak tau cara apa lagi nak buat. oh! help me! sape sape ade tips untuk selesaikan masalah i nie? 

harap harap i'll recover soon. back to normal. alarm baru berbunyi less than 10 seconds i da terbangun. sekarang i plak yang takut nak jumpa doctor. apa la masalahnya nie.serious rasa tak normal menjadi diri yang sekarang. untuk customer kesayangan, buat masa ni kalau i tak terima order korang, mohon ampun dan maaf sesangat. sebab i really need rest. i'm trying back to normal me.memang rasa fatigue. so i assumed i pon jadi macam encek suami. masalah fatigue dan stress. and my body my mind my everything need enough rest. perhaps i'll be back to normal soon.

my dear hubby, i'm sorry for what had happened this morning. and thank you for always there, by my side. the only u knows what happened. apa orang nak cakap, just let them.penat, letih, nangis, stress, tension i, cuma u je yang tau.orang boleh cakap apa saja yang dorang nak, dorang boleh jatuhkan hukum tentang apa saja yang dorang fikir tanpa tau keadaan dan sebab kenapa seseorang tu jadi macam tue.i'm strong enough because i have u. nak kutuk, nak sindir, nak apa saja, silakan. malaikat kiri kanan siap sedia nak mencatit. dan yang paling penting Allah tu ada. jauh beribu batu, selindung macam mana pun, kalau Allah nak kita tau, dengan apa cara sekali pon kita akan tau. thank you Allah.wallahu alam....

He is my very best friend, my ohsem counselor and my beloved hubby ever!
love you! hugs and kisses!

x    o    x    o



Friday, July 20, 2012

RAMADHAN KAREEM

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh-Nya untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh barakah, Ramadhan Kareem....syukur pada-Mu ya Allah. This year would be my first time celebrating Ramadhan without my family by my side for whole month! :\ fuh! i need to be strong enough. dulu dulu time study biasa jer sambut puasa tanpa family but hujung hujung puasa masih lagi sempat berpuasa dengan family. tapi tahun ni will be my first time sambut puasa as a wife to my husband! =) dah tentu banyak bezanya.

Seriously,i orang paling malas bersahur! this is so true! :P tiap tiap malam memang spare botol air masak letak tepi katil, then set alarm bangun sahur. alarm bunyi, bangun teguk air masak 2-3 teguk then sambung tido balik! hahahaha....serious pemalas! LOL! nanti nak bangun balik pon time sembahyang subuh jer! =.='

Tahun ni tak boleh malas malas da because my husband memang jenis wajib bersahur makan nasik! makan nasik okeh! bukan minum air teguk teguk pastu tido. padan muka haku! hahaha...sape suruh malas sangat. but it's okay! practice makes perfect! so practical i akan bermula esok pagi time sahur la. bila sebut sahur, otak dah ligat berputar pikir nak masak apa untuk sahur. i ni da la jenis perut tak boleh terima makanan time time cenggitu. alamat teman mr husband makan jer la nanti.

nak cerita pasal ramadhan, korang sendiri mesti banyak moment moment time sambut ramadhan kan? time kecik kecik puasa, tuhan jer la tau rasa nape la lambat betol nak masuk time berbuka. bila da besar sikit takde la gelojoh da macam time kecik kecik dulu. lepas tu bila da makin dewasa, suka giler plak puasa! LOL! sampai puasa sunat pon rajin jer nak sapu abes, sebab konon bila puasa, i boleh kurus! nawaitu sangat taw! :P

sekarang bila da kawen, lain plak! of course paling utama otak pikir nak masak apa untuk berbuka, untuk sahur lagi. fuhhh!!!! time ni la rasa nak google abes kuih muih tradisi atok nenek dulu, sebab fiil makan time puasa ni lain sikit dari bulan tak puasa. serba serbi rasa nak makan. semalam mr husband dah bagi list nak makan itu ini untuk berbuka la untuk bersahur la. =.=' challenging sangat u! hehehehe......takpe takpe...will do it just for you la  my dear! hiks! :D

tu belum masuk bab param! cemaner la gamaknya param kat Sandakan nie?mesti tak berapa nak sama dengan param kat Kedah nuuu....kalau kat kampung, asal serbu param, mesti nak beli ayam percik, ayam golek, satay,laici kang, murtabak, kuih muih, roti john....bla bla bla....macam semua benda pon i hangkut!hehehehe....lain tempat, lain makanannya. cenggini la hidup di perantauan. huhuhuh.....*rindu plak kat Mira dengan Aiza...kalau pegi param mesti nak bertiga!*

cakap pasal puasa, mesti nak masuk bab raya! hamboi! awal bebeno la kan? pedulik! nak cakap gak! baju raya i, 3 pasang da siap uolls! haaaa......hover kan i?1 pasang lagi tak siap jahit lagi. total harus lah jadi 4 helai baju! tailor of course nak mak juga yang jahit! takmo orang lain! kengkawan suka tanya "baju ni beli kat butik mana?"....butik mak i ler uolls! i tak pakai baju ready made! tak berapa nak kena dengan cita rasa. bagus custom made, much much better! nak ketat, nak longgar, nak labuh nak singkat, semua boleh!

kecik kecik, pakai baju raya, mesti nak pakai baju sama dengan Mira. sampai orang ingat kitaorang kembar. bila da besar, takmo baju sama da! tapi bila nak raya mesti sebok pikir design baju. pastu nanti bincang sesama! sampai ler da kawen cenggini, walau duk jauh beribu batu, baju raya, design tetap sama! hehehe....tema tahun ni tak berapa nak layan baju kurung, kurung modern, kebaya lagi ler takmo! lari sikit dari kebiasaan. apakah bajunya?tunggu hari raya baru i tunjuk! kan Mira?tolong jahit crumble kat baju i please!hehehehe.....

me and mira

pagi raya tahun ni pasti menyedihkan sebab di pagi raya tak dapat nak ziarah kubur arwah tok dengan arwah tokwan macam sebelum sebelum ni :'( i miss them so much! selalunya lepas sembahyang raya, mesti pegi ziarah kubur sama sama dengan mak, mira, aiza, makjang...kadang kadang auntie dengan alia join sekali. ataupon abah dengan pakjang ikut juga pegi sama sama. huhuhuh.... "Aiza, tahun lepas hang nangis sebab tak dapat pi kuboq tok dengan tokwan, tahun ni kak ena la plak yang nangis".. :'(


batu nisan ni saja la mampu di tatap tiap tiap tahun :'(
al fatihah...semoga tok dengan tokwan damai di sana :'((((

sob sob sob.... :'( mula la nak emo nie T__T mak abah, please meh raya kat sini boleh tak? huhuhuu....nanti pagi raya, sape la nak tolong mak siapkan juadah? huhuhu...selalunya memang tugas i la hidangkan juadah atas meja sebelum tetamu datang. sebab kat rumah tiap tiap tahun memang tak menang tangan! raya pertama tu da kira open house kitaorang sebab ramai sedara mara datang tak putus putus.memang happening sangat! selalunya kalau raya pertama tu sempat beraya kat rumah makjang kat sebelah rumah dengan rumah auntie kat belakang rumah. nak gi rumah orang lain memang tak sempat sebab sebok melayan tetamu yang datang ke rumah.nak lagi dahsyat sampai ke malam tetamu datang berkunjung! fuh! masa tu rasa letih nak terbongkang je atas katil. eh eh! over plak terflash back cerita raya plak! padahal puasanye belum lagi pon! stop dulu! nanti i emo! :\

cerita pasal ramadhan nie, i nak siap sediakan diri untuk sambut ramadhan jauh dari keluarga. tapi takpe, i bukannya sorang diri terkontang kanting kat sini! i still have my loved one kat sini :') nanti confirm dalam pertengahan atau hujung puasa akan balik KK untuk iftar *orang Sabah cakap bersungkai* dengan family mertua. masih lagi boleh meriah bersama sama =) oh! by the way, waktu berbuka kat Sandakan awal okeh! so nanti, i dah berbuka puasa, korang korang kat semenanjung tu sabar je la menahan nafsu! hehehehe.....i tak kesah pon kalau waktu sahur kat sini lagi awal sebab bagi i awal ke lambat ke waktu sahur tu tak bagi kesan pon dengan orang macam i yang susah beno nak bersahur nie! ;)

nah...banyak pula melalut! :P macam banyak betol masa i nak buang buang gitu aje kan? padahal banyak lagi keje nak buat! so enough till here la....sempena nak puasa nie, i nak minta ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri i, yang ada terasa ati dengan i, yang i terguris ati korang tanpa disedari. semoga puasa kita ni diterima Allah dengan sebaik baiknya. sempena nak puasa nie, jangan la nak dengki dengki, busuk ati dengan orang lain, nak cari gaduh cari pasal, nak umpat keji orang, dan yang paling PENTING sekali, jangan la duk busy busykan diri korang sebar FITNAH sana sini. sebab Allah tu maha adil. walaupon kita fitnah sana sini, kita ingat orang yang difitnah tu tak tau, kita kena ingat! Allah tu segala galanya. dengan kehendak-Nya , yang tak tau jadi tau... :) semoga disucikan hati hati yang hitam dan kotor.

it's so easy, just let them bark! 

bulan ramadhan nie, bulan dimana kita nak berkejar kumpul pahala. bukan mencari dosa. jadi, marilah kita berlumba lumba mengumpul pahala. dari masa abes dibuang dengan kutuk orang sana sini, jaja cerita here and there, bagus kita berselawat ke, baca al quran ke..ye idok? meh ler kita muhasabah diri sama sama....jum sama sama kita perbaiki diri untuk menjadi mukmin yang sejati! jadikan bulan ramadhan yang penuh barakah ni sebagai bulan yang memberi penuh rahmat kepada kita semua. aminnnnn.....semoga diperkenankan oleh-Nya. 


so, malam ni jangan lupa niat puasa yer....esok da 1 Ramadhan....kalau gamak gamak dah lupa niat puasa camne, inilah niat yang patut korang niatkan nanti....


till then, jumpa dalam next entree....SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN untuk semua....

x    o    x    o





Wednesday, July 11, 2012

IT'S THE TIME! YEAYYY!!!!!


Assalamualaikum w.b.t.....

Alhamdulillah, diberikan lagi kesempatan nak jengah blog nie.....seriously busy sangat sekarang. dua ari lepas bertungkus lumus menyiapakan crust cheese tarts lebih kurang dalam 100 pieces order dari customer. penat ler juga...tapi itulah rezeki i yang Allah s.w.t bagi....syukur alhamdulillah. sejak Dawina Homemade Cookies and Cakes (Sandakan) dilancarkan secara tak rasminya, memang tak menang tangan i dibuatnya. order tak putus putus dari customer. insyaallah, orang orang Sandakan dah bagi kepercayaan yang besar kepada Dawina Homemade Cookies and Cakes (Sandakan) =) thank you semua!

pagi ni tak busy macam sebelum sebelum nie plus tak payah nak kelam kabut masak for lunch sebab mr hubby outstation arini. dia tak balik lunch kat rumah. so, bila i sensorang, cenggini la. makan je ape yang ada depan mata. bread sapu butter pon jalan jer...heheheh....tengah hari nanti baru nak start siapkan order jiran sebelah rumah. sekarang ni nak bersenang lenang jap sambil hadap blog yang makin terbiar sepi, but then still takmo la biar dia sepi camtu jer! so bile ada masa, cuba la menghupdate blog nie.

so far, order untuk biskut raya dah makin mencurah curah masuk ordernya. alhamdulillah!and this year will be my first year tak menyambut ramadhan dengan family sendiri! huk huk huk! sedeynye... =( yang happynya this is my first time nak berpuasa bersama sama suami terchenta. merasala nak bersahur sama sama, bersungkai (itu bahasa sabah, kite cakap berbuka) sama sama....=) harap i tabah and tak nangis sebab jauh dari family. huhuhuh....miz my family yang jauh nun di utara sana....huhuhuhu.....

hurmmm...puasanya belum, baju raya 3 pasang dah siap. tinggal baju tema belum siap duk kat Kedah lagi....hehehehe....tahun ni beading baju sepasang je. tu pon beading yang simple simple. aritu duk berangan nak buat crumble, sekali da busy cenggini, jangan harap la nak bercrumble mumble.... :P 


dah berapa minggu bawa balik baju nie, ini jer yang baru siap. adeh! ntah dapat siap ke tak pon tak tau la.simplest beading ever la ni, pon tak tersiap! achaner tue? bila masuk puasa nanti sibuk nak siapkan order orang plak, tak puasa pon duk siapkan order. baju letak tepi dulu. alih alih nanti pakai baju beading separuh jalan...hehehee...

dalam sebok dengan tempahan, sempat lagi petang petang wajib keluar depan umah untuk aktiviti gardening! :P aritu dekat 3 minggu tinggalkan rumah, takde orang nak tolong siram pokok, abes semua pokok bunga mati :( sakit ati, sakit mata tengok pokok semua mati kering, beli lagi pokok baru! hikhikhik....ade satu jenis tu da start berbunga! suke suke suke! :D


i siap pegi Olive Garden, cakap dengan uncle tue, 'uncle, i mau pokok bunga yang tahan panas! letak tengah panas pon ok, takda masalah!'. hehehe....malas nak beli pokok pokok manja yang tak tahan lasak, tak tahan panas! kena panas sikit da start nak layu. banyak betul pokok yang uncle tu suggestkan. salah satu yang i beli yang berbunga comel tu. punya i rajin angkut pokok dari nursery uncle tu sampai uncle tu pon da kenal muka i. siap bagi murah murah lagi. sampai dia cakap dengan mr. hubby, 'ini amoi i bagi dia murah murah saja. ini amoi selalu beli pokok di sini'....hehehe...sonang koje den! bodek bodek sikit uncle tu terus dapat murah!kikikiki...

dalam satu minggu ni dah start tukar pokok pokok baru depan rumah. mr. hubby plak dengan project clearkan semak samun belakang rumah, sebab dia semangat nak menanam kat belakang rumah, and buang rumput rampai depan rumah juga sebab dia cakap nak tanam rumput carpet.i bahagian pokok pokok hiasan depan rumah.petang petang kalau tak hujan, confirm la i akan ade kat depan rumah tu bergardening. proses tukar pokok pokok lama kepada pokok pokok baru sedang dijalankan secara berperingkat.owh! heaven sangat tau! naseb baik mr. hubby menyokong. he said as long as i happy dengan apa yang i buat, buat ler....hehehee...thank you mr hubby!love you!

sekarang mr. hubby sebok duk cari anak pokok melawaring (betol ke ejaan dan nama pokok nie?) nak tanam kat depan rumah. aritu ada pegi cari kat Olive Garden, tapi siap dalam pasu and pokok pon da tinggi melangit! ntah berapa ratus dah harga dia.i google lagi nama pokok tu, ada orang panggil dia pokok pinang merah.


inilah pokoknya. tak tau la sama species ke tak, tapi lebih kurang gini la pokoknya

budget nak buat landscaping bagai...hehehe...

hurmmm, ikut ati banyak je lagi project tak terjalan jalan ni. nak tanam rosell pon duk terbengkalai lagi. takpe la, buat pelan pelan. ok la, nanti i sambung blogging lagi. nak start buat koje da nie. salam sayang uolls!

x    o    x    o


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...