I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Smile. Show all posts
Showing posts with label Smile. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

MENJADI KEGILAAN DI MASA KINI

Assalamualaikum w.b.t...

ada orang setiap masa dia gila, itu namanya orang gila. ada orang yang  tiba tiba jadi lebih dari orang gila, mungkin dia meroyan? ada orang yang datang kegilaan pada waktu waktu tertentu, itu dipanggil kegilaan bermusim. macam sekarang musim durian! maka i gila dengan durian crepe! eh! boleh ke cenggitu?

rugi korang yang tak pernah makan durian crepe lagi! serious! sebab bagi i yang menggemari durian, durian crepe berjaya mengatasi kesedapan durian fresh! nyum...nyum..nyum....certain people tak panggil durian crepe as durian crepe...ada yang panggil durian pancake.actually crepe or pancake same je rupanya. isi durian fresh di campur dengan fresh cream dibalut dengan crepe, bila makan, masuk dalam mulut, nikmat macam dalam syurga!hahaaha...over!


ini adalah my first durian crepe. first time makan da jatuh cinta tahap dewa kesatria kesepuluh! 6 biji durian crepe ni lepas makan macam lekat kat celah gigi je! serious tak cukup! yang ni beli kat midvalley,KL. kalau uolls nak cari boleh cari kat ground floor,midvalley dekat dengan big apple. 6 biji durian crepe ni harganya RM10. yup! memang a bit mahal sebab size dia yang cenonet je...sebiji tu ngap je masuk mulut, terus abes! tapi kalau dah malas, reda je walaupon 6 biji RM10. yang penting sedap.

second time beli lagi durian crepe dekat plaza sungai wang. juga kat ground floor dekat dekat yang orang jual kuih kuih tradisional macam onde onde, buah melaka,kuih lapis, karipap, donut and so on. durian crepe ni kat sebelah gerai yang jual kuih tue. pembuat durian crepe ni kat sungai wang plaza ni sama dengan yang dekat midvalley.lupa nak snap gambar sticker yang dilekat kat luar bungkusan durian crepe nie.exactly the same.rasa pon maintain sedap! masa makan durian crepe ni dah tak peduli nak gemuk ke ape, yang penting lepas makan kelam kabut cari inch loss lotion sapu cepat cepat! hahahaha...


yang ni pulak durian crepe versi KK. yang tadi versi KL. ni baru makan last week time balik KK. untuk uolls yang kat KK, boleh dapatkan durian crepe ni kat Lucy's Kitchen area Kepayan. durian crepe versi KK ni lebih montok, yang membawa maksud filling durian dan cream nya lebih banyak sikit dari versi KL. dan harga juga lebih mahal dari yang di KL. 3 biji durian crepe untuk RM8.90. size crepe durian nie lebih kurang 2 ruas jari je panjangnya. memang setakat sebijik tu boleh je ngap terus masuk dalam mulut kalau uolls ni jenis tak pandai control macho dan ayu la....muahahaha....macam i control ayu, harus makan sikit sikit, tapi sebenarnya bukan sebab control ayu, ia adalah supaya i boleh menikmati crepe durian tu secara perlahan lahan. kalau murah, harus da ngap ngap sebijik sebijik je terus.tapi sebab mahal sikit, kena la makan secara berhemah! hahahaha.....

dek kerana sekarang ni musim durian, encek suami suggest 'mari kita buat durian crepe di rumah'...oh! tipu!suami i takde la seskema nie.tapi serious berkobar kobar nak buat durian crepe di rumah sebab ada pemangkin semangat! :P LOL! lepas ni boleh ngap sebijik sebijik durian crepe ni masuk dalam mulut tanpa rasa bersalah.nantikan durian crepe my version pulak!


oh! 1 lagi kegilaan i sekarang adalah kegilaan terhadap peplum! oh my! baru ada 3 peplum!i need more peplum!gosh!!!gosh!!!gosh!!!kegilaan yang sukar dibendung!



this is my most stunning, pretty peplum i ever had. sebab mak i yang superb hebat yang jahit! i love you mak!mak saya memang hebat! ok bai!


x    o    x    o




Wednesday, October 31, 2012

BIAR GAMBAR YANG BERBICARA

Assalamualaikum w.b.t....

tiada apa lagi yang nak dikatakan...satu kepuasan dan satu kenangan yang indah bersama encek suami. bila melihat kejayaan yang dia kecapi. susah senang, jatuh bangun, sakit sihat dia, semua menjadi sejarah dalam hidup kami until the day had comes! :) 

dari zaman bercinta, membawa ke zaman rumah tangga, semua rahsia dia dalam tanganku. tapi itu semua dah berlalu. yang penting sekarang kejayaan dah jadi milik dia. aku hanya mampu tersenyum, dan menangis gembira :') aku bukan siapa siapa. aku hanya pemberi semangat dikala dia memerlukan. tahniah suami ku! :') *eh!tertouching plak dikala bersendirian nie!:P*











x    o    x    o
will always support you my dear....
insyaallah, next! DR Nourhazwan Awang Zaini :)
aminnnn....
*pictures credit to Lanvin Bridal Kota Kinabalu,Sabah*

Wednesday, October 24, 2012

BILA SUDAH MAU-NYA..SYUKUR KE HADRAT ILLAHI

Assalamualaikum w.b.t...

amek aura dulu :P

syukur alhamdulillah...bila mengenangkan segala dugaan dan kepayahan untuk mencapai tahap hari ini....time bujang bujang, korbankan duit ringgit terbang dari Kuching - Kota Kinabalu setiap minggu.penah tu tak yah cakap la...duit bukan seratus dua yang abes....makan ribu riban. mentally exhausted! sampai kena tidur di surau airport bertilamkan lantai, berbantalkan lengan. fuh! seksa juga badan. ada cerita disebalik semua nie, tapi biarlah i, suami dan orang orang tertentu je yang tau! :) saya bangga dengan suami saya! dan itulah cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi.

lepas kawin, bini sekali join berkampung di library tiap tiap hari...siang bawa ke malam..malam bawa ke subuh. sampai dekat dekat penghujung, hampir hilang semangat! hampir menyerah kalah. setelah hampir 2 tahun lebih memerah otak, keringat, duit, tenaga. masa tu bini pon tak tau nak pujuk camne dah. sayang juga kalau give up time tue. difahami sangat memang masa tu mentally so exhausted! fikir nak quit je and extend study. boleh pujuk, bagi semangat dan berdoa je la.masa tu sama sama tak cukup tido, tak cukup rehat! bini dah jadi PA sejati da....mana pegi memang bini kat sebelah. tinggal time masuk bilik jumpa lecturer and time VIVA je bini tak ikut masuk sekali! hehehehe....and finally, semua dugaan berjaya di harungi! sungguh macam mimpi! :') bukan senang. banyak pengorbanan yang harus dilakukan.

this is my man!

yes! he did it!until the day had came...bangganya tengok husband sendiri melangkah gagah di atas pentas terima master dia!congratulation my darling!i'm proud of you! :') segala kepenatan, kesusahan, keperitan dan pengorbanan semuanya dah terbalas!alhamdulillah, syukur kepada Mu ya Allah. next, go for phd my dear! Dr. Nourhazwan Awang Zaini! fuh!!!! i'll pray for you! 


for him..happy graduation my dear

i love you!
next convocation, no more mortar board! :)

with mummy and daddy

with sista

tunggu gambar studio plak! aritu tak banyak bergambar sebab sangat kelam kabut plus hujan kat diluar, plus masing masing lapar belum breakfast.so lepas keluar dewan sempat bergambar sekejap je sebelum pegi brunch and terus ke studio untuk sesi photoshoot.

itu semua tak penting. yang penting lesen besar dah dapat, yang kat tangan kaler merah tu pon da dapat! itu yang penting! :) HAPPY GRADUATION MY DEAR...i love you so much till the end of my life!

x    o    x    o
psstttt...aritu hubby offer suruh bini plak sambung master!hiks!will think about it dear :)




Friday, October 12, 2012

BUAH HATI PENGARANG JANTUNG.....RINDU SANGAT SANGAT

Assalamualaikum w.b.t....

Sekarang ni encek suami memanjang jer busy nya...kekadang tu weekends pon kena pegi meeting, public holiday pon kena keje. sabo jer la demi sesuap nasi! hahahaha....sedih sangat ler tew! tapi serious la, maybe sebab dekat dekat nak hujung tahun nie cenggitu ler kot gamaknya. dengan kena pergi kursus, dengan nak kena handle kursus, dengan nak bagi kursus, kemain ler busy nya. alih alih sekarang kalau dia dah sedar sangat hari hari lambat balik waktu petang, malam karang dia angkut ler i nie main bowling! takpe takpe!mementang dah ade set bola bowling baru yer...tunggu next month i pulok beli my own set! hehehehe....

sekarang dah jarang jarang beno kitaorang balik KK. hari tu encek suami kena pegi kursus kat KL, i mencecet ikut tapi balik kampung ler while encek suami berkursus. lepas dia abes kursus baru ler mencecet i pegi KL balik sebab nak shopping sebelum balik sini semula. sebab masa singkat, so we stayed kat hotel jer. lagipon sis in law time tu nak bersalin. tak bagus ler plak time tu jugak ler kita nak menyibuk nak menumpang kat rumah orang kan....

so trip pegi KL aritu dapat ler spent masa sekejap dengan budak berdua nie. kemain kitaorang rindu kat dua orang nie. dah ler tinggal jejauh. so bila ada peluang tue, macam nak gomol gomol je dorang nie sampai puas. sehari sebelum balik sini baru ler dapat jumpa dorang. pegi Taman Sutera, kidnapped dorang pegi Alamanda. hehehe...kemain melompat lompat lagi dua orang nie.

bawa makan, memula dedua takmo makan. lepas tu kena ugut dengan paksu nya, kalau tak makan tak boleh beli mainan. terus laju je dorang makan sampai licin nasi ayam tue. lepas nie dah tau cara nak pancing dorang suruh makan! ngeh ngeh ngeh! kali ni kita bagi kebebasan mainan apa dorang nak!memula si abang nak set aeroplane sekali dengan airport yang dia duk idam idam. pusing punya pusing, dah takde set tue. frust ler si abang. last last set lori yang dia berkenan. si angah plak nak jam Ben10. takde plak jual kat situ. dia la paling lama pusing cari mainan. semua benda kitaorang suggest sekali dengan abang dia duk bagi suggestion semua dia takmo. last last set senapang dengan pistol yang dia nak.takpela....janji dua dua happy :)


abang dengan angah

time nak bayar, awal awal dorang kasitau, taknak letak dalam plastik. nak pegang je mainan tu cenggitu.layankan je asal dorang happy, maksu dan paksu pon happy... ^__^

oh by the way, few days ago birthday angah...so belated happy birthday to angah. angah yang makin besar dan tetap maintain dengan perangai loyar buruk dia! auntie mira pon cramp perut gelakkan perangai loyar buruk si angah nie. hehehehe...terubat sikit rindu kat dorang. next month tak tau la dapat ke tak jumpa dorang nie kat KL nanti....huhuhuhu...



nie la penangan kenyang makan nasi ayam sampai licin, lepas tu letih melompat satu Alamanda.hihihih....macam kena pukul ombak, abes semua tumbang...actually, time ni sekali dengan auntie mira dorang pon nak zzzzz jugak! naseb baik auntie, kalau tak auntie, dia pon join lentok terbaring kuak lentang sama....kuikuikui....by the way, time ni abang sangat manja dengan auntie mira. hehehe....so sweet la abang nie! ;) nak bergambar dengan auntie mira, nak jalan pegang tangan auntie mira, merajuk pon kena suruh auntie mira pujuk! LOL! bagus bang...abang bagi training kat auntie mira!muahahahaha :DDDD

eh eh!mesti korang cam konpius kalau dalam entry lepas takde sebut sebut angah, mesti sebut Arish atau adik kan? sekarang tak boleh panggil adik dah, sebab dia da jadi abang juga. hehehe...introduce to you guys, little Alesha Farha...welcome to this big big world baby. :)


if not mistaken, she's only 3 days old time nie....so little okeh!and i was like jakun sikit sebab baru first time pegang baby yang baru sangat sangat lahir.phewww!!! tak tau camne nak gambarkan perasaan! patotlah kengkawan selalu cakap, time nak bersalin memang sakit ya rabbi tuhan je tau, tapi once baby dah keluar, hilang semua rasa sakit!eceh! naluri keibuan sangat tau! :P

lepas nie jumpa Alesha, mesti dah lain muka dia. baby kan cepat membesar dan cepat juga berubah. best best! i think dapat baby girl sangat best sebab baju baby girl and dengan dorang punya accesssories bagai semua cute mute..i loike! dengan headband yang macam macam, fuh!siap ler kalau i dapat baby girl nanti! :P 

dalam awal tahun sehingga pertengahan tahun ni rasanya pantang je hujung minggu mesti balik KK. kat KK i ada lagi dua orang anak saudara ;) tapi sekarang ni since encek suami pun da abes masters dia, memanjang plak busy, so dah jarang jarang balik KK. last week cakap nak balik, tetiba dah last minute, bagitau 'sayang, minggu nie kita tak jadi balik yer, sebab meeting kat KK tak jadi plak'....hurmmm..i ok jer la..apo lagi nak kata kan? so, insyaallah minggu depan ada la kat KK sebab encek suami ada interview untuk dapatkan lesen kaunselor, and nak uruskan segala hal konvo minggu depan. alang alang terus direct sampai encek suami konvo. so boleh berkampung kat KK dalam seminggu. yes! boleh melepas rindu kat dua orang nie plak!lama betul tak jumpa dorang nie....huhuhuh.....dan to my dear friend yang ada order barang dari KK, nanti i cari yer time kat KK nanti :)


time birthday kakak atin pon kitaorang tak dapat balik sebab paksunya ada meeting on saturday. kacau daun betul! buat ler meeting time weekdays..apo la bos dorang nie. huhuuh...eh!sebelum tu, belated happy birthday to kakak atin too. ingat lagi, she always reminded me about her birthday. siap bagitau, 'maksu,kakak mau hadiah jam barbie doll nanti'.hehehe...okeh la...nanti balik KK, misi nak kidnap dua orang ni plak bawa pegi beli mainan...kita bagi juga dorang pilih sendiri. harap harap ada masa nak kidnap dorang sebab dua dua pon dah sekolah. so, kena tunggu weekend la ni jawabnya. ni budak memang sangat manja! haish! macam mana la paksu maksu tak rindu kat dorang ni semua?bila jumpa je ayat meruntun jiwa maksunya nie 'maksu, kakak sayang maksu', sambil peluk cium i... :') ni la kids tau! mau maksu tak rasa sayang lebih lebih lagi...


yang ni tengok gelagat pon dah tau!tak payah cakap panjang panjang. ada ja perangai dia tu buat hati orang lain cair. sekarang dah makin besar, pandai da nak follow orang pegi sana sini. kalau dulu, tak boleh berenggang dengan mummy dia. so, lepas ni kalau nak kidnap, boleh kidnap kakaknya sekali dengan si darwish nie. hehehe...

dulu berempat, sekarang dah berlima, tapi alesha kecik lagi.tunggu dia besar, sikit, dah boleh masuk gang! kakak fatin da ada gang gegurl! ;) boleh la main masak masak sesama nanti...hehehe...



x    o    x    o
i wonder why ada parent tak sayang anak, yang sanggup buang baby :(
babies and kids sangat cute, tengok muka dorang mesti hati cair, tak boleh nak marah....and they always make us smile :)





Thursday, September 6, 2012

ALHAMDULILLAH, HAJAT BERJAYA DISEMPURNAKAN

Assalamualaikum w.b.t....

Bila dah target nak mendapatkan few things harus berusaha sehingga dapat. takkan asyik nak bergantung dengan encek suami je kan? kalau dulu suka target nak beli dslr nikon, handphone, ipad serta mak nenek yang berkaitan dengan gadjet. tapi lepas kawen masih lagi ada target untuk dapatkan benda tu semua tapi it's not my priority. priority terhadap kebendaan sekarang adalah kurang bersifat kegadjetan...boleh gitu?

Pertama harus dapatkan benda alah ni sebab dulu kat rumah i just used this untuk kemas rumah. tak tahan dengan habuk yang berterbangan plus i rasa lebih bersih rumah jika menggunakan benda alah ni sebab segala ceruk mana habuk bersembunyi sedut jer! senangkan? plus kalau guna penyapu, habuk akan berterbangan ke merata tempat. so, mana satu menjadi pilihan kalbu....jenuh duk survey...adakah yang ini...


ini.....



ini....

mahupun yang ini?


lepas tu kena kuatkan azam untuk pegi jumpa optometrist dan buat kembali spec sebab mata dah tak boleh nak menahan lagi da...


dan untuk cenderamata kenangan untuk diri sendiri, suggested by encek suami. at first macam gatal juga tangan nak beli gadjet. tapi tidak dipersetujui oleh encek suami.maka, suruh dia bagi cadangan. akhirnya, bernas juga idea dia. ini dikira untung untuk jangka masa yang panjang....


harus diikat kuat kuat dengan benang sebab belajar dari pengalaman lalu. dah tiga kali kehilangan barang emas. senang idup kau kan?barang emas ko buang buang macam barang tak bernilai! mentang mentang mak pak beli ko tak yah keluar duit sesen. bagus! hehehehe....jadi untuk mengelakkan kehilangan yang seterusnya berlaku, harus ikat kuat kuat takpun kalau sampai hati letak jer mangga besar besar. padan muka! lain kali jangan nak hilang hilang.


x    o    x    o





Thursday, February 23, 2012

ALHAMDULILLAH =)

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, berkat sokongan suami tersayang dan jalan yang dipermudahkan tuhan walau pon sebenarnya plan berhijrah sepatutnya bulan depan.tapi bila Allah s.w.t da tetapkan ianya berlaku, kita sebagai manusia hanya merancang...Dia juga lah penentu segalanya...21 February 2012 merupakan titik segalanya bermula selepas 3 bulan 1 hari melayari bahtera perkahwinan...

Semoga dikuatkan hati ini untuk jadi yang lebih baik dari sebelum nie, semoga dikukuhkan iman di dada ini untuk meneruskan penghijrahan ini....alhamdulillah, syukur padaMu Allah yang telah memberikan aku petunjuk dan hidayahMu....

x    o    x    o
akan sentiasa belajar untuk jadi yang lebih baik...
insyaallah....

Sunday, December 25, 2011

THANK YOU JIRAN! :P

Assalamualaikum w.b.t....

i'm officially moved to Sandakan, Sabah after married!and now i'm full time housewife *because i still didn't find any job here..i just 1 week here*. da kawin kena ikut husband...nak plak my husband keje kat sini....so i la yang kena sacrifice instead of him sebab dia pon baru dapat transfer ke sini...alamat lambat lagi la dia nak dapat tukar pi tempat lain....huhuhuhuhu....

this is my second time datang Sandakan...Sandakan merupakan bandar kedua terbesar di Sabah selepas KK...so not too bad staying here...still got beach here tapi tak secantik macam kat KK...i love everything in KK much more! ^__^ but seafood here is cheaper more than in KK....and it's something sooooo gooood!!!! hehehehe....

kat sini i tinggal kat kuarters..located in Rumah warga tua Sri Harapan, Sandakan....tapi jarang betol i nampak orang orang tua kat sini.... XD kiri kanan i ada jiran..tapi i cuma kenal jiran kat sebelah kanan rumah je..sebab yang kat sebelah kiri tak pernah nampak muka lagi???...anti sosial kut???*buat dia baca blog haku, mampos! :P*

second night i'm here, my husband cakap jiran sebelah ajak dinner sama...nak belanja makan seafood!he asked me how?i cakap on je la...boleh berkenalan dengan jiran sebelah...kena hidup bermasyarakat sikit....tak boleh sombong sombong....hehehee...

so we went for a dinner at Sim Sim Seafood Restaurant, Sandakan....the best thing tentang restaurant tu sebab kat bawah restaurant tu adalah laut!memang superb!jamu selera sambil dibuai angin laut....perrgghhh!!!!i loike!!!!

jiran belanja makan malam tue....udang, ikan, sayur, sup ketam..semua my favorite! *tapi 1 picture pon i tak snap...even picture my jiran pon i takde...kalau tak boleh tampal kat my blog nie*tapi i malu malu kucing sikit la malam tue!hikhikhik! :P jiran i ni laki bini perangai gila gila...but they are so sweet!!!the husband is my husband's office mate...and the wife keje kat bank...

so, meet my jiran, Encik Junaide and Puan Hermawati ^__^ "hye jiran!" :))) thank you so much belanja kitaorang makan malam tue....lepas ni our turn..insyaallah....duduk sebelah sebelah rumah juga kan....mane tau 1 day kita boleh berpicnic kat depan rumah sama sama ke?hehehehe....

x     o     x     o
lepas dinner malam tu i blom ada kesempatan lagi nak beramah lebih mesra dengan jiran sebelah.... =.='



DINNER SIMPLE BUDGET NAK DIET!

Assalamualaikum w.b.t....

eceh!happy la kunun first time masakkan dinner untuk husband sebab plan nak masak for lunch hancus tak jadi disebabkan hujan lebat giler and tak dapat nak drive to pasar....akhirnya tengah hari baru i dengan husband keluar pegi pasar umum Sandakan...tapi before tue brunch dulu kat kedai kopi dekat bandar.makan roti kawin and soto ayam.burrrppp!!!!!kenyang....

sampai pasar duk pikir tak tau nak beli ape...nak lagi da lewat sangat gi pasar...ikan bagai dah tinggal untuk masa masa kecemasan da..cari sotong pon takde yang fresh lagi..tinggal yang saki baki..so last last end up beli ikan 1 kilo, udang 1/2 kilo dengan ayam 1 kilo...kunun stock 1 minggu sebab yang nak makan kami 2 orang je....huhuhuh...

sampai rumah da pukul2 lebih camtu...terus masuk dapur siang ikan, udang dan ayam.cuci bersih bersih simpan dalam freezer...so nanti senang, nak masak, amek je dalam freezer.naseb baek husband tolong juga.lepas tu tanya husband nak dinner ape....since ade ikan pekasam dalam refrigerator tue, and tekak ni pon duk teringin sangat nak makan ikan pekasam tue, husband cakap nasi goreng dengan pekasam pon jalan nie.lagipon for dinner, we go for simple menu.kang masak lauk banyak banyak, makan pon banyak.camno nak diet???

then i decided masak nasi goreng cina dengan pekasam...makan panas panas...perrgghhhh!!!!2 orang je kan makan...lauk banyak banyak pon membazir!then letak syarat lagi tue, kita dinner mesti sebelom pukul7 malam *reason sebab kami berdua nak diet, jaga badan! har-har har!!!*

so pukul5 petang da tong tang tong tang i ketuk kuali kat dapur...bau ikan pekasam semerbak da dalam rumah....terbuka terus selera...lepas tu goreng nasi....hasilnya....tadaaaaaaaa......


nasi goreng cina

actually, my husband tak suka makan carrot and kubis.tapi i nak juga suruh dia makan sayur.i letak juga carrot and kubis dalam nasi goreng tue selain letak isi ayam dan udang.at first dia macam buat muka juga la...mana taknya..da la dia tak suka makan carrot and kubis, i pulak letak banyak banyak kubis and carrot...then i cakap, try makan dulu.bila da try, dia cakap ok plak...sedap plak letak sayur....dia tanya kenapa sayur nie tak rasa mentah?yer la..mane nak mentahnya sebab i kasi sayur tu masak....da agak da...mesti sebab selalu kena sayur mentah, tu yang buat dia tak suka makan sayur!

i tanya, lepas ni boleh letak sayur lagi tak kalau masak?dia cakap 'boleh!' :) hehehehe...laki haku nie...macam macam..takut sangat nak try dulu! ^__^

ikan pekasam yang da ditebuk suamiku...hehehehhe

i goreng pekasam nie bagi garing....then angkat...lepas tu tumis bawang besar yang dipotong bulat dengan cili padi yang di potong juga....tumis sampai bawang tu layu...and lepas tu angkat and letak atas ikan pekasam tue...perrgghh!!!!!memang pembuka selera betol la ikan pekasam nie..nak lagi ada cili padi...masin masin pedas manis....makan lagi panas panas....

muka puas hati

husband cakap, 'LULUS!'...hehehehe...naseb baik! :P

x     o     x     o
lepas ni ari ari kena pikir menu apa nak masak...
husband cakap takmo makan kat luar lagi...
hari hari nak balik makan kat rumah...
pengsan! @_@ 
ha-ha-ha..... :DDD

Monday, October 24, 2011

HAPPY BIRTHDAY ABAH! ILY!


Happy Birthday to my beloved Abah... i lebiu sooooo muchy!!!!! mmmwaaahhhhhh......thank you for everything Abah walaupon adakalanya kakak ni melawan cakap abah ke, buat abah sakit ati ke, buat abah marah ke.....what ever it is deep in my heart you are the best Abah that i have! :)))

thank you sebab korbankan segalanya untuk anak anak abah....takda kata kata untuk gambarkan segala apa yang abah sacrifice untuk keluarga kita.... :'))))

lepas ni bila da jauh dengan Abah, i gonna miss u so much!takde lagi orang nak usik usik kakak macam abah buat...abah la orang paling kuat usik kakak kat rumah.... hehehehe....abah selalu cakap kakak macam budak sekolah rendah...macam mana nak kawin...perangai macam budak kecik! :P sampai ati abah cakap camtu kan?kakak jadi budak kecik bila dengan abah jer....kikikiki....less than 2 months je lagi i'll stay with you and mum...lepas nie da jauh....huhuhuuhh... :(

my beloved family...
i love u abah, mak and adik!

x    o    x    o
HAPPY BIRTHDAY ABAH AND I LOVE U SO MUCH!
LOVE MUM AND ADIK TOO....
semoga abah dipanjangkan umur...
dimurahkan rezeki....
dikurniakan kesihatan yang baik...
bahagia selalu.....
dan jangan minta cucu cepat cepat yer!hahahahaha :DD LOL!
ok..bai! :P

Wednesday, May 4, 2011

TODAY IS HIS B I R T H D A Y!!!!!!!!!!! :))))))))

happy birthday to you....
happy birthday to you....
happy birthday to my fiance........
happy birthday to you....

*nanyi lagik!*

selamat hari jadi.....
selamat hari jadi......
selamat hari jadi tunangku.....
selamat hari jadi........

*nanyi lagi sekali!*

Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu......
Allah selamatkan Encek Tunang.....
Allah selamatkan kamu.....

yeeeaayyyyyyyyy!!!!!! *tepuk tangan ramai ramai!* ;p tetiba ai pulak yang macam over excited tau! hehehehe.....by the way, today is my fiance birthday! da tambah dewasa pon Mr. Fiance nie...tak lama lagi da nak jadi laki orang dah! eh! laki ai laaaa...ape pulak laki orang! =.=' i love you my hunny bun! ;p

as usual la...this year punya birthday pon tak dapat nak celebrate sama sama :(  huhuhuhuh...what to do! long distance love..camnie la.....but then thanks god la...long distance love pon mampu juga la bertahan selama 5 years, 1 month and 3 days....aiseh! kira tue... ;p *kira la konon!padahal pakai daisy path! :D ngelat betol!*

last year celebrated belated birthday kat Kota Kinabalu...da berapa tahun da asyik celebrate belated aje :( tapi ok la tu kan...celebrate juga dari takde langsung! tu pon simple simple aje.last year punya planning nak bercandle light dinner la konon kat Upper Stars! last last Upper Stars ke mana, celebrate kat Tanjung Aru....tapau cake Secret Recipe, beli air tebu dengan jeruk, lepak kat Tanjung Aru....ditemani angin sepoi sepoi bahasa dari tepi pantai! oh! bukan berdua yer! bersama sama dengan sis amone! ;) my best friend tue! kaki shopping sama sama dengan ai! ;p satu kepala! kikikikikiki..... :P by the way, Tanjung Aru is one of my favorite place kat KK! :) wajib lepak malam malam menghirup udara segar!



those pictures taken pada malam terakhir ai di KK...malam tue sempat gi main bowling kat One Borneo and celebrate belated birthday di Tanjung Aru bersama my fiance and my sis Amone. ai nak show off gambar cake and gambar bersama sis Amone..tapi gambar tu semua dalam my lil bro punya PC....idk why ai takleh nak transfer pictures tu masuk dalam pendrive....PC asyik tak dapat detect pendrive aje! :( spoil!!!!so nie je la pictures yang ai dapat show off..tu pon sebab ade dalam my FB....huhuhuhuh.....

this year, ai tak beli pape pon hadiah untuk my fiance disebabkan ai tak sempat nak cari pon hadiah....eh!bukan tak sempat, actually ai tak tau nak beli ape....aritu ai jalan jalan kat Jusco Perda, orang bapak punye ramai...nak beli baju pon spoiled mood....terlampau crowded.....then last last ai decided back to old school sikit la...aci main kirim kad birthday!hahahaah....serious macam lucu!tapi takpela....at least ai ade gak something nak kirim kat my fiance...budget budget pos kad tu, sempat la sampai arini time birthday...sekali terlampau ekspress la pulak...pakcik postman da hantar kelmarin kat rumah my fiance! =.='

p/s: Encek Tunang, birthday present hold kejap ek!nanti kat KK ai beli yer...... :) da kawtim dengan sis Amone da! ;p kuikuikui......

untuk birthday arini ai belanja kek birthday nie dulu yer...jamu mata jer dulu...selera soon kita jamu eh! :D


dan nah nie sekali! ;p


ai lupa nak snapped picture birthday card yang ai beli aritu.. =.='
asyik lupe aje kan....
takpe la..belanja birthday card di alam maya....
nah amik nie! ^__^


aci tak aci tak? aci la kan? LOL!!!! :D
so once again happy birthday my fiance...
may God bless you all the time...
may you success in everything you have done, you are doing and you will do...
and i love u more than you know!
love and miss you!

x    o    x    o
its 24 days to go!
yeehhhaaaaa!!!!! will meet him soon! ;)))





Thursday, March 24, 2011

MURAH REZEKI...ALHAMDULILLAH

Syukur alhamdulillah....benar apa dikata lepas tunang nie tuhan murahkan lagi rezeki :) online bussiness pon berjalan dengan begitu lancar, walaupon belom mampu lagi menjadi jutawan, offer photoshoot pon datang tak berhenti, rezeki ade je la datang dari memane! sebab tue la dikatakan rezeki tuhan nie dimana mana sahaja di muka bumi nie! :) dan yang paling penting ketenangan jiwa tue sukarlah digambarkan! nie baru tunang! belom kawin lagi! syukur padaMu ya Allah! persetankan dengan manusia manusia yang berhati busuk dan kotor! yeeaaayyyy!!!!! looser! ;p

oh! nak update sikit pasal photoshoot last Sunday kat USM, Penang. thanks Azim Shafee for the offer! syukur lagi sekarang da start dapat offer shoot yang dibayar walau belom lagi sampai tahap demand payment yang tinggi! yang penting kepuasan hati bila saya dapat buat apa yang saya suka, bukan kerana RM! itu bukan tujuan utama!


me as a talent untuk kursus yang dianjurkan

sesi wajib, group photo

mata ikan a.k.a fish eye lens

see....ramai kan photographers on that day?kusss semangat jugak la! sebab awal awal sampai i've been informed that 2 other talents that supposed to join us on that day tak datang! cancelled last minute! so, berpeluh jugak la mula mula tue! sebab saya sorang je yang jadi sasaran lensa camera mereka mereka disitu! sampai my cousin, Mira pon kena paksa jadi talent! ;p kikikikiki....takpe, let her learnt something! ;D

lepas tue naseb baik la 2 talents dari Penang datang cover juga! so takde la photographers bosan asyik shoot muka saya sorang je kan? thanks to Niza and sister. :) owh!lupa nak bagitau! photographers on that day terdiri dari photographers amatur and professional! sebab most of them yang attended that course sebab nak belajar basic in photography. yang otai otai of course la jadi mentor!

first time kena bagi menda alah nie, and study before pose! ;p
mau berpeluh jugak! hahahaha....
sebab normally pegi shoot photographer cakap posing ikut suka....lalalala~~


America Next Top Model pon kalah kalau camnie! ;p

study jangan tak study! ;p
sempat diberi warning oleh Encek Tunang, pose kangkang kangkang NO okay!
hahahahaha...baek!!!!saya budak sopan!
kangkang kangkang tak layan! ;p

trial from amatur photographer using digicam

dari kerana mata...credit to Mr Fauzan!

credit to otai Azlan Rooke!
editing yang superb! thumbs up! :)

once again credit to Mr. Fauzan

credit to otai Sir Mart

another one from Mr. Fauzan...

sebelom tue nak show off 1 video time outing aritu sebab ade muka saya dalam video tue! ;p *gedix taw!* i don't know why bila copy link video nie nak masukkan dalam blog, video tue tak appears, so you all click je la kat video best!

ok..last but not least, i would like to take this opportunity to say a zillion thank you to a few photographers that offering me for another photoshoot session! alhamdulillah, offer datang tak berhenti pulak lepas tunang! but then i need to slow down for a while sebab i really need a good rest for myself. lately i've been too busy! undergone a hectic life is such a terrible time for me! :( tapi take it positively! semua yang berlaku ada ganjaran yang menanti. so kalau saya menolak offer anda, harap takde yang berkecil hati ok? maybe we can arrange another shoot next time! sekarang nie terlalu banyak benda yang nak difikir dan dibuat. so i need to settle down perkara perkara yang penting dulu.....huhuhuh...ikutkan hati nak buat je semua kerja. tapi apakan daya....huhuhu...terpaksa bahagikan masa untuk perkara lain juga....be fair and square! :)

x    o    x    o
ceritera majlis pertunangan belom dapat update disebabkan pictures dari OP belom dapat...harap sabar menanti...huhuhuhuhu...
padahal diri sendiri da bingit telinga asyik kena tanya 'mane gambar tunang, mane gambar tunang???'..... penat den nak explain, 'gambar belom dapat dari OP!'.... =.='





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...