I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label VCO. Show all posts
Showing posts with label VCO. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

VCO atau MINYAK KELAPA DARA MEMBERI NUTRISI PADA IBU MENGANDUNG, IBU DAN BAYI MENYUSU


Soalan 1 : SELAMAT KE IBU MENGANDUNG DAN IBU MENYUSU MENGAMBIL VCO CATAYLST?

MINYAK KELAPA DARA ADALAH 100%  ORGANIK DAN  TIDAK MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA

Minyak kelapa dara terdiri drpda 90% lemak tepu yg baik utk kesihatan :)

Minyak Kelapa Dara dihasilkan menggunakan isi kelapa segar (bukan kopra) dengan kaedah yang TIDAK melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, proses penghidrojenan dan penggunaan bahan pencair (solvent) untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Isi kelapa segar yang diparut akan diperah samada menggunakan mesin pemerah atau secara tradisi menggunakan tangan, dibiarkan selama 24 hingga 48 jam dalam bekas yang bersih dan suci untuk mengasingkan santan, air dan minyak kelapa. Selepas 24 - 48 jam, perahan isi kelapa tadi akan terbentuk dalam tiga bahagian:


Minyak
Air
Santan


Minyak akan terbentuk di atas sekali, air di bahagian tengah dan santan di bahagian bawah.

Minyak kemudiannya ditapis keluar secara manual atau menggunakan mesin. Minyak yang terhasil inilah dinamakan Minyak Kelapa Dara, kerana cara pemperosesannya yang tidak menggunakan haba tinggi dan sebarang bahan kimia. Tidak seperti minyak-minyak sayuran dipasaran, Minyak Kelapa Dara tidak melalui proses yang dinamakan RBD (refined, bleached and deodorized) iaitu penghalusan, penyahan warna dan penyahan bau. Dalam proses RBD, haba yang tinggi digunakan untuk mengnyahkan bau minyak, dinyah warnanya dan ditapis beberapa kali untuk menghilangkan bahan-bahan asing dalam minyak yang biasanya terjadi dalam proses pengilangan besar.

Minyak Kelapa Dara yang dihasilkan secara tradisi mengekalkan warnanya yang jernih, bau isi kelapa yang sebenar, tidak berasa 'asap' (smokey taste), tahan lama sehingga 24 bulan dan mudah beku pada suhu 25 darjah ke bawah. Minyak Kelapa Dara yang berciri seperti di atas telah diakui sebagai minyak yang paling sihat dalam dunia!

Soalan 2 :APAKAH KEBAIKANNYA KEPADA IBU MENGANDUNG DAN IBU DAN BAYI MENYUSU ?


Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi asid lemak yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% 'saturated', sekitar 35% 'monounsaturated' dan 15-20% polyunsaturated'. Daripada jumlah keseluruhan faturated acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimikrobial asid lemak yang terdiri dari lauric acid dan capric asid. Kedua-dua antimicrobial asid lemak tersebut memberikan bayi yang disusukan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan bakteria. Paras kandungan antimikrobial asid lemak tersebut mungkin serendah 3-4%. Namun apabila seseorang ibu yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka. Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat kahsiat tambahan, kerana 'saturated fat' yang merupakan ' medium chain fatty acid' dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkan dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid. Apabila ibu-ibu yang menyusukan anak mengambil makanan dari lemak kelapa (terutama minyak kelapa dara, kelapa parut dan santan kelapa) paras kandungan lauric asid dan capric asid akan bertambah secara ketara didalam susu. (lihat The American Journal of Clincal Nutrition, diterbitkan pada tahun 1998). Ini bererti kandungan jumlah perlindungan antimikrobial lauric asid dan capric asid dalam susu ibu berkenaan akan bertambah, yang akhirnya memberikan lebihan perlindungan kepada bayi yang disusukan. Satu kajian yang melibatkan seramai 46 bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang sangat rendah, mengesahkan bahawa minyak kelapa apabila ditambahkan pada makanan mereka mendapati mereka mendapat tambahan berat badan dengan kadar lebih cepat. Yang menakjubkan penambahan berat badan adalah dihubung-kaitkan dengan pertumbuhan fisik bukan kadar penyimpanan lemakKesimpulannya dengan mengkonsumsi minyak kelapa dalam makanan mereka bayi, berat badan mereka bertambah lebih cepat dan mereka mampu mencernanya dengan baik. Sedangkan minyak sayur akan hanya melalui saluran pencernaan tanpa dapat dicerna yang akhirnya sehingga tidak dapat memenuhi keperluan zat yang diperlukan untuk perkembangan.

SOALAN 3 : APAKAH KEBAIKAN2 YG LAIN BAGUS UTK IBU MENGANDUNG?

Terdapat beberapa perakuan pengguna bahawa minyak kelapa dara membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin dan juga dapat mengatasi keletihan badan ketika mengandung dan juga ketika mengembalikan kecerdarsan selepas pantang dan ketika berpantang

SOALAN 4 : BOLEHKAN VCO DISAPUKAN DI BADAN BAYI ATAU DIAMBIL OLEH BAYI?

Menurut Dr Joseph Mercola (pengarang Total Health Program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihataN). Kandungan lauric oil dan capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam MInyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit dan membunuh segal virus, bakteria dan protozoa. Penggunaan minyak kelapa dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh factor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari. Minyak kelapa dara mampu mengekalkan tisu ‘connective’ kulit menjadi kuat dan lembut, dimana ia membantu menghalang kulit dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit. Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak kelapa dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’. Jika anda inginkan kesan pemulihan maksima, anda perlu memilih minyak yang benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen. Kesemuanya ini terdapat dalam minyak kelapa dara.

VCO blh diberikan pada kanak2 yg berumur 4 thn ke atas tidak kira untuk lelaki atau perempuan. Boleh digunakan dan disapukan kepada bayi anda jika mengalami 'rashes'.

Diharapkan keterangan diatas dapat mengungkai kan was2 dihati ibu mengandung dan ibu n bayi menyusu. Sejak minyak kelapa dara diperkenalkan didalam bentuk cecair lg, ramai ibu telah menggunakan utk tujuan senang bersalin.


x    o    x    o
berminat untuk mendapatkan product ini?
anda boleh dapatkannya di DAWINA'S BEAUTY LENS SHOPPE

Saturday, August 20, 2011

KENAPA SAYA SAYANG VCO by CATALYST?


Assalamualaikum w.b.t......

lama i tak update pasal VCO kan? haruslah mengambil masa untuk dapat effect sesuatu supplement yang kita makan..jangan mengharap baru makan sebijik atau baru makan seminggu, da budget pinggang ko secekak macam pinggang kerengga....atau lemak yang berkilo kilo dalam badan cair tinggal sekilo dengan hanya sekali makan vco ini...atau jerawat yang giat bercambah atas kulit muka tetiba macam miracle esok pagi ngadap cermin kulit terus jadi licin dan mulus tanpa perlu apply BB Cream untuk menutup cela cela di wajah.

harus la di ingatkan agar anda bersabar untuk mendapatkan perubahan yang di harapkan memandangkan metabolisme badan seseorang adalah berbeza.jadi perubahannya pon haruslah berbeda di antara satu sama lain. kalau kawan ko makan VCO 1 minggu dia da lose weight, jangan kau melompat lompat nangis nangis plak sebab kau da makan 3 minggu berat kau tak turun turun...*camne nak turun kalau kau melantak time berbuka macam orang somalia tak pernah jumpa makanan?*

same goes to myself....i consume VCO ni baru sebulan lebih...tapi alhamdulillah....last i timbang berat memang ada penurunan... *senyum lebar lebar :DDD* dalam less than 2 weeks makan VCO berat turun dalam 2 kg....alhamdulillah...tu i da citer pada entry yang lepas kan? and kulit muka makin mulus *wah!bangga!* hahahahaa....bangun pepagi da takde la muka ni berminyak macam kilang minyak kan...*suke suke suke*.itu pon i da citer dalam entry yang lepas....

perubahan lain yang dapat dikesan...perut yang lambat lapar membuatkan i hanya makan sekali je sehari...tu pon time berbuka...cukup dengan hanya makan setengah senduk nasi, semangkuk mihun sup, sepinggan mee goreng/mihun goreng/koew teow goreng, atau sepinggan spagethi, mee kari atau ape ape jer la....tapi seriously i jarang amek nasi time bulan puasa...cukup dengan hanya makan berat time berbuka..tapi tak over eating sampai perut rasa cam nak meletops sebab overload...harus di ingatkan di sini, makan adalah ala kadar...jangan over over melantak....then sahur i hanya lah beberapa teguk air kosong sahaja...no nasi ke bread ke bun ke ape ke time sahur...hanya lah air kosong!...*sometimes terbabas juga tak bangun sahur.... :P* ..walaupon i hanya makan sekali jer time berbuka, i takkan lapar pada keesokkan harinya....siap bole pegi berjalan jalan kat shopping kompleks seharian pon kompem tak lapar....maintain jer perut tak meragam nak cari makan...

hasilnya perut i da tak moncet moncet lagik!!!!sukeeeeeeeeeeeee!!!! flat je perut nie walau time berbuka da melantak mee goreng sepinggan! :D best kan?so ade chance nak berkebaya ketat ala ala saloma di pagi raya nanti! *padahal baju raya da siap...mane nak cekau kebaya ala ala saloma???* serious i cakap...jeans i semua da londeh londeh...da boleh start pakai jeans londeh paras bontot! wakakakaa *tapi haruslah tidak..itu hanya umpan untuk beli jeans baru yang bersize lebih kecil dari size sekarang! bijak tak i? :P* wink wink wink! :DDD

lepas tu i sangat sangat nak suggest kepada gegirlz di luar sana yang selalu ade masalah period pain setiap kali nak period!berita baik berita baik!since makan VCO i takde lagi nak guling guling kat lantai akibat period pain...atau terpaksa mengerut ngerutkan muka yang cute ni akibat tahan sakit time period pain!weheeee~~~~ sekarang da bole senyum lebar! 'kau nak period, period la!ade aku heran?'...hahahahha...dialog angkuh! boleh tak cenggitu??? :P mementang da takde sakit lagi...nak period hari hari pon boleh! :P muahahaha....

ok..ape lagi?korang jeles tak dengan perut i yang da flat macam ply wood nie?kulit ala ala cam da berseri seri..tak yah jadi pengantin baru pon dah bole berseri seri nie :P *bluerk!* and no more period pain every month!mak suka la nyah!ok la..nak citer banyak lagi nie..tapi da dekat nak berbuka...nak siapkan apa yang patot dulu...nanti i share lagi dengan you allz yer....byeeee

x    o    x     o
SELAMAT BERBUKA PUASA! :D



Thursday, July 14, 2011

KEBAIKKAN DAN KHASIAT


kalau da interframe pon dengan gambo kelapa, da sah sah ler i nak cerita lagi pasal virgin coconut oil....tapi bukan sebarang virgin coconut oil...ini adalah virgin coconut oil dari catalyst....

perhatikan betol betol gambar di atas....

ini lah rupa virgin coconut oil yang i ceritakan...jangan nanti korang baca blog i, lepas tu excited dengan perubahan yang berlaku ke atas diri i, then korang dengan sepantas kilat pegi kedai jamu cari virgin coconut oil....actually virgin coconut oil kat market ni ada macam macam brand....and ianya adalah antara authentic atau tidak...berkesan atau sebaliknya....so jangan nanti korang sebarang sebarang gi beli virgin coconut oil, pastu bila korang consume kulit korang tetap tak licin dan mulus, jerawat tetap berketul ketul, lemak tetap maintain kat badan, berat tak turun turun, tido lagi kuat berdengkur...korang nak salahkan i!sebab i hanya consume virgin coconut oil seperti dalam rajah di atas dan ianya adalah original dan bukan tiruan!

apa kesan kesan yang korang boleh dapat bila korang consume virgin coconut oil nie as korang punya dietary supplement???

KECANTIKAN LUARAN
  • membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
  • menghasilkan tenaga segera
  • jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis garis halus
  • mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis
  • melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet
KESIHATAN DALAMAN
  • meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
  • memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin vitamin dan asid amino
  • melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
  • mengurangkan stress pada pankreas dan sistem sistem enzim dalam tubuh
  • meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. ia juga melindungi diri dari serangan osteoporosis
  • mencegah risiko sakit jantung
  • mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi
MENINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH
  • membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari cancer payudara, cancer colon dan cancer rahim
  • berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis
  • melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif
  • meredakan gejala gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostat
  • mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
  • membantu mencegah sakit hati dan memiliki kandungan kalori yang rendah berbanding lemak lemak yang lain
MEMBUNUH VIRUS, BAKTERIA DAN KULAT
  • membunuh virus ( yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar ir dan herpes ), bakteria (yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea), kulat (yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain) serta membunuh cacing pita, lice, giardia dan parasit
HUBUNGAN SUAMI ISTERI
  • menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastic)
  • memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)
  • membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan)
  • amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita

Wednesday, July 13, 2011

PERSONAL TESTIMONIAL ABOUT VCO

Assalamualaikum w.b.t.....

heylo semua.....kabare?waras?hope you are doing fine :) ape cite my customers yang da cuba consume VCO? ade detect pape perubahan kat diri korang tak?previous entry i da cerita roughly pasal VCO a.k.a virgin coconut oil yang menjadi product terhangat di pasaran sekarang nie kan? and then lepas tue ade entry tentang testimonial testimonial dari pengguna pengguna VCO yang lain aite? so da view semua tue? kalau belom bole tengok kat SINI ----> CLICK HERE!

so sekarang i plak nak bagi personal testimonial lepas i mengamalkan VCO nie setiap hari....sebijik waktu pagi sebelom makan pape....and sebijik malam sebelom tido :)

virgin coconut oil by Catalyst

actually i'm waiting for my customer yang ada acne prob untuk bagi testimonial kat i whether berkesan ke tak dorang makan VCO nie? acne/pimples yang ade kat muka korang tu kecut ke tak? tapi mende ni semua take time sikit la...so i kena la bersabar....i nak buat testimonial pasal acne tak dapat la plak sebab muka takde acne/pimples..so i bole buat testimonial akan keberkesanan VCO nie tentang perkara perkara lain la...ape perubahan yang berlaku pada diri i lepas consume VCO nie?

pertama, perkara yang i dapat kesan, pagi pagi senang sangat nak detox! walaupon hari sebelomnya i makan sikit...sebab sebelom nie i kalau makan sikit susah nak detox!sebab macam bende kat dalam tue sikit sangat...so dia ala ala mengada susah nak detox kecuali kalau i melantak makan berkilo kilo makanan baru senang nak detox! first!

second, perut jarang rasa lapar...ini paling obvious!before nie pagi pagi i memang wajib breakfast sebab kalau tak breakfast perut i masuk angin disertai dengan pedih perut dan ulu hati, mula rasa mual macam nak muntah.bangun pagi je mesti nak isi perut!lepas tue tengah hari i kena makan lagi sebab tengah hari perut i akan meronta ronta minta makanan! pelahap betol! lepas tu dekat dekat nak maghrib i mesti akan rasa lapar lagi!damn you perut! and sometimes waktu malam akan tiba waktu dan ketika i rasa lapar disertai lagi dengan pedih perut! dan tidak lupa perut berbunyi bunyi 'tong tong changggggg!!!!!!'...ha...macam gendang cina!muahahaha....so agak susah nak diet sebenarnya! diet i sering musnah akibat perut ni asyik rasa lapar...dah ler lapar, sakit plak tue!mengade!

so, lepas makan VCO....perut tak mengade nak rasa lapar lagi...routine makan i pon da berubah sekarang...bangun pagi, nature call terus! detox puas puas...hahahah....lepas tu mandi semua...lepas mandi tak amik breakfast...terus makan VCO sebijik...lepas tu minum air kosong....kalau rajin minum milo...tapi selalunya tak rajin nak minum milo pagi pagi.....perut takkan rasa lapar sampai pukul 4 petang pon i bole rileks! takyah nak menggelabah cari makanan macam orang somalia yang kebuluran tak cukup makan....kalau rasa lapar pada waktu petang *memandangkan i tak makan pape since morning* i akan makan roti 2 keping atau nestum 1 mug atau nuggets 3-4 ketul...lepas tu da kenyang...malam i hanya minum milo atau susu! tapi 2 hari lepas diet ala ala terganggu sebab ternampak oblong kat kedai burger, so nafsu makan nie pepaham aje la...ngengade nak makan oblong walau perut tak lapar! *jahat tau mulut nie..kena jahit!* hahahaha....lepas tu hari nie abah dengan baik hatinya telah membelikan i burger ayam special untuk dinner walaupon i tak request nak makan burger.jadi demi menjaga hati abah yang baik hati belikan i burger, i pon jamah la separuh burger ayam special yang lazat dan nikmat dengan mayonis yang meleleh leleh tue! =.=' separuh burger lagi telah didermakan kepada emak!hehehehe....

dengan adanya VCO nie i dengan bangganya menyatakan ianya sesuai sangat la memandangkan tak lama lagi kita nak puasa....dengan cosume VCO secara consistent, maka pada bulan puasa nie insyaallah i takkan lagi mengalami rasa lapar di siang hari disertai pedih perut dan ulu hati dan juga mual mual nak muntah sebab perut masuk angin!bertambah sesuai la dengan i yang malas nak bangun sahur pada bulan ramadhan!hehehehe *kantoi* i hanya akan bangun dan minum air kosong pada waktu sahur dan sambung tido....selama sebulan bulan ramadhan itulah routine sahur i...menu yang sama ;p kasi chance la nak buat perangai malas nie kan? mane tau tahun depan tak dapat lagi nak buat cenggini? kalau da berlaki, kompem la i kena bangun dengan awalnya untuk siapkan sahur untuk encek suami....murni betol hasrat ati i nie tau! kuikuikui....

other than that, perut makin mengempis!i suka gilak laaaaa....perut takde nak moncet moncet bolat lagi! rasa flat giler lah!mak suke sangat tengok perut flat cenggini tau!

perubahan seterusnya kulit muka lebih halus dan licin dan bila bangun tido setiap pagi muka tak oily lagi da...suke suke sukeeeeee.....hehehe....so in the nut shell *terasa macam buat karangan summary time sekolah dolu dolu*, VCO memang superb! tunggu cukup sebulan ke dua bulan ke i nak tengok berapa kg i bole lesap! waaaa..tak sabooooooooooo.......

kepada customer yang da beli VCO dengan i rajin rajin makan VCO nie tau!jangan malas malas....nanti da ade perubahan sila bagi testimoni kepada i! i menunggu customer yang ade masalah acne, kandungan cholesterol yang tinggi, yang ade darah tinggi, masalah berat badan berlebihan dan masalah masalah lain menerima perubahan yang positive selepas consume VCO nie!weee~~~yang ade masalah tido berdengkur pon boleh suruh rakan anda, wifey/hubby atau mak ayah atau sape sape aje la observe anda time anda tido..adakah lepas consume VCO nie anda masih tido berdengkur???

sebahagian VCO yang di order oleh my customer untuk first stock :)
stock baru da sampai petang tadi, tapi da licin....kepada yang order esok i pos okay? :)
kepada yang nak order sila pm i, nanti i restock balik secepat mungkin....tq kepada yang order VCO dengan i :) kepada loyal customer, discount menanti anda ^__^

serba sedikit tentang kebaikkan VCO:

  • melegakan pernafasan - mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
  • melawaskan pembuangan air kecil dan besar - menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta  membuang toksin memalui najis
  • meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh sel tubuh - virgin coconut oil (VCO) akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan ~ badan anda akan terasa lebih bertenaga
  • di dalam usus kecil dan besar VCO akan memusnahkan  organisma perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa. oleh itu, penghadaman mencapai tahap maksimum
  • mengurangkan keadaan mudah lapar - bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. oleh itu, berat badan terkawal ~ tidak perlu makan banyak dan kerap
  • mengurangkan kandungan lemak badan - berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang
  • mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi - mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung
  • mempercepat penggantian sel sel mati dengan yang baru - mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.
x    o    x    o
nantikan testimonial dan perubahan positive yang seterusnya ^__^






Sunday, July 10, 2011

TESTIMONI VOC by CATALYST

Assalamualaikum w.b.t.....

as i promised, next entry is all about VCO by Catalyst again!previous entry i've introduced you guys to this product! and now let us read some testimonial from vco's users...



















alahmdulillah...yang ade masalah tak dapat nak pregnant, lepas makan vco nie dengan izin Allah, mereka da pregnant.... :)



mula mula alergik seafood,lepas amek vco semua boleh hentam!
takde lagi nak alergik bagai.....





wow!turun berat badan 5kg within 2 weeks!!!!awesome!










testimoni dari pengguna yang dulunya mengalami masalah jerawat yang teruk..sekarang muka da makin gebu, jerawat da takde lagi, kulit makin licin dan halus....




so anda bagaimana?


x    o    x    o
i akan bagi testimoni i sendiri pulak lepas nie....
tengok apa perubahan.... :)

Friday, July 8, 2011

VCO here VCO there! WHAT IS VCO???

Assalamualaikum w.b.t.....
hie semua.....i'm back!!!rasa da berkurun tak update blog!so now i'm back with something good for you guys! bukan back dengan tangan kosong yerrrrr.....ok...pada entry kali nie nak introduce korang dengan satu product yang hangat meletops kebabommmmm kat pasaran....kat blog orang lain pon bersepah sepah buat review pasal product nie....kat FB pon banyak....tinggal kat kaki lima je i tak nampak lagi!so, ape product nya?

1 kotak 60 kapsul
1 hari makan 2 kali
sekotak RM39.90 untuk semenanjung/ RM43.90 untuk sabah sarawak
HARGA TAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN

haaaaaaa...ini la product yang i cakapkan dari awal tadi tue! VCO softgel by Catalyst! ape tu VCO? VCO  tu stand for virgin coconut oil....yang i introduce kat you all nie yang dalam bentul softgel....ade juga dalam bentuk liquid!tapi i rasa soft gel lagi ok kut!ngap je sekali terus masuk dalam perut!senang kan?

Apa itu VCO? VCO adalah virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel.Kelebihan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst ialah ianya menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kulit.Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata,strechmark bagi wanita hamil.



KEBAIKAN VCO

  • Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
  • Melindungi tubuh daripada kanser.
  • Jerawat cepat susut
  • Regular semula PMS anda
  • Sistem penghadaman lebih baik
  • Kesuburan
  • Kurangkan rasa senggugut
  • Batuk dan Selsema cepat hilang
  • Mengurangkan tidur berdengkur


Pengambilan VCO bagi wanita yang hamil

Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan insyallah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan. CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL.Pengambilan vco bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana vco juga berfungsi sebagai agen pelincir.

so, kalau berminat nak order boleh LIKE Dawina's Beauty Lens Shoppe nie dulu and just leave your comment below the product photos...i'll reply you a.s.a.p! :)

x    o    x    o
sekian dulu intro untuk product terhangat di pasaran nie.....
nantikan entry seterusnya yang akan buat korang rasa sangat berbaloi amek supplement nie! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...