I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Flash Back. Show all posts
Showing posts with label Flash Back. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

TRIP TO BANDUNG - PART I

Assalamualaikum w.b.t....

Ok, hari ni kita sambung cerita trip to Bandung. flight take off from LCCT Sepang around 10.10 pm...and touched down Bandung around 11.10 pm. eh! giler dekat KL-Bandung took only 1 hour? ok! mak jemah tertipu! mati mati iolls ingat betul betul la took 1 hour journey. rupanya 11.10pm tu waktu kat Bandung which is kat sana masanya lewat 1 jam from Malaysia. so ikut masa Malaysia iolls touched down Bandung dah pukul 12 tengah malam cenggitu! patut la mengantuk kemain! huhuhuhu...

Ok, dalam entry lepas dah pesan sila bawa sebatang pen di dalam handbag uolls sebab masa dalam kapal, steward/stewardess akan bagi 2 forms untuk uolls isi before touch down Bandung. tapi iolls aritu formnye abes, dapat isi 1 form je...yang 1 lg tu isi masa dah touch down kat Bandung. masyaallah, airport bandung kecik ghupenye....masa sampai kemain la 1 kapal punya passangers duk bersesak nak masuk ke bangunan terminal, dengan kat situ la nak isi borangnya, kat situ la nak queue imigresennya, kat situ la nak tunggu luggage nya...ya allah....tension mak nokkkk!!!!!

lepas dah settled tu kemain la cepat cepat je nak keluar dari bangunan terminal tue, dengan panas dan sesak, tuhan je la yang tau.dah keluar tu punya la syok! sedut udara tengah malam kat bandung. sejuk babe wa cakap lu! siap berkabus kabus lagi malam tue.iolls ni dah siap gigil gigil. nasib la dah pakai sweater time tu. tak tunggu lama dah, terus menuju ke tempat taxi taxi duk menunggu penumpang. terus sewa 1 taxi suruh hantar ke hotel. masa tu tak peduli la berapa nak charge, charge je la..janji sampai hotel nak tido dengan lenanya....check in hotel dalam pukul 1 pagi...


amaris hotel cihampelas, bandung

hotel nie not bad...semua in good condition cuma bilik sempit sikit la. kalau yang ada anak tu tak berapa ok tinggal kat sini. iolls solat pon atas katil sebab space dia too little....oh! by the way, breakfast provided sekali dengan pakej bilik tue...so every morning memang brekafast je kat cafe kat bawah tue...


disebabkan sampai Bandung pon dah tengah malam, mane nak cari tempat shopping kan?so agendanya merehatkan diri dan tido je la...the next day, bangun kemain awal nak shopping. sekali tengok jam baru 8.30 pagi which is kat Bandung baru 7.30 pagi! homaiiii!!!!mana ada orang shopping 7.30 pagi mak jemah! so gi la mandi and lepas tu baring balik kat katil sambil layan tv citer indonesia....layan gak la tengok iklan dorang! hikhikhik.....

lepas tu dalam pukul 10 pagi waktu indonesia, weolls pon siap siap and turun gi cafe untuk breakfast. breakfast available until 11 am only.


pagi tu iolls layan porridge je kat hotel. porridge memang menu wajib kat amaris beserta nasi goreng, nasi putih dan lauk pauk, white bread, eggs, juice and coffee.cuma fried rice tiap tiap hari dia akan tukar la...iolls tak ingat apa nama nasi goreng dorang tu ha...macam kat malaysia la ada nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng padprik, nasi goreng pataya....sama gak la ngan dorang. cuma nama dorang and cara masakan dan rasa tue lain.

lepas breakfast tu weolls pon get ready la nak shopping. agendanya hari pertama nie nak round outlets sepanjang  jalan cihampelas, jalan riau dan sekitarnya la.act like a tourist, weolls jalan kaki je dengan berpandukan map dekat tablet. husband iolls confident jer cakap jalan riau tu dekat uolls...iolls pon ikut ler....sekali boleh tahan jauh jugak....memang exercise berabis la....semput doe!!!!







antara outlets popular dan lokasi memang dekat dengan amaris hotel. jalan kaki jer....tak jauh pon....

overall, kalau outlets kat area jalan cihampelas banyak jual jeans. harga memang murah. so, kalau giler jeans boleh la borong borong kat sini. tapi bukan yang original la...but kualiti still not bad... kat sini weolls takde la shopping mende sangat sebab banyak yang tak berkenan dari yang berkenan....so jalan jalan cuci mata jer kat sini...

jalan jalan kat bandung memang all the time macet (jammed) memanjang. first day kat sana iolls fobia nak melintas jalan. sebab rasa macam takde ruang untuk melintas. kereta sentiasa bergerak laju dan jalan yang 2 lanes kat sana siap boleh jadi 4 lanes.ok! sumpah tak berani driving kat sana. pening kepala tengok lalu lintas kat sana. sebab tu jugak la weolls decided jalan kaki jer pegi outlets kat jalan riau. sekali, hambek kau! kemain jauh jugak tapi unbelievable weolls boleh sampai kat sana and sambung shopping! wakakakakaka...

antara outlets popular sepanjang jalan riau

uolls jangan risau kalau pasal nak gerak dari satu outlet ke satu outlet kat jalan riau nie sebab biasanya outlets ni semua terletak bersebelahan je antara satu sama lain. kalau tak bersebelahan, mesti terletak bertentangan kat seberang jalan je...so aktiviti kat sini just keluar masuk dari satu outlet ke satu outlet. cuci mata....dan cuci duit sekali kalau ada yang berkenan di hati...huahuahua...

outlets kat sini kebanyakkan menjual baju baju branded tapi harga murah dari kat malaysia! serious tak tipu! especially office attire! memang banyak! disebabkan iolls nie tak payah pon pegi office, maka tak ada juga baju yang iolls shooping kat sini. highly recommended pegi outlet the secret sebab kat dalam outlet tu ada landscape yang sangat cantik! hihihihi....ala ala dalam taman outlet nya...penat bershopping, boleh rehat rehat, makan makan dulu.

kat jalan riau juga ada terminal tas. terminal tas nie menjual tas tas tangan (handbag) branded. nak gucci ke, coach ke boleh la cari kat sini. kasut kulit pon hado jual. iolls nie jenis tak la layan handbag skema dan kewanitaan sangat. so memang takde la hanguskan duit kat terminal tas beli handbag. sebab handbag hantaran masa bertunang dan masa kawen dulu pon tak terpakai. hiks! tak berapa nak kena ngan jiwa la pakai handbag yang too ladies nie....hehehhe....

cendol de keraton memang terbaik!

kalau shopping kat the secret outlet, jangan lupa try cendol de keraton. memang terbaik! harga dalam rp 8000. penat berjalan, tekak pon kering, layan cendol. memang layan habes....nie cendol biasa, kalau nak yang luar biasa boleh try cendol kacang merah atau cendol durian.

jalan punya jalan, sedar sedar dah pon petang. perut dah berkeroncong sebab belum lunch. maka misi mencari restoran untuk isi perut. oh ya! kat sini uolls memang akan jumpa banyak gerai gerai tepi jalan. kalau berani nak take risk, masuk dan makanlah. sebab biasanya kebersihan gerai gerai tepi jalan di ragui sikit. perut orang malaysia ni ada yang manja, macam perut iolls...hehehehehe...salah makan sikit confirm cerry berry, muntah muntah, pening kepala...so sebab tanak amek risiko terkena food poisoning, husband pilih restaurant apa ntah namanya located next to terminal tas. kat sini ada pelbagai lauk pauk masakan minang which is memang favorite husband and iolls pon memang layan gak la masakan minang especially sambal dia memang superb menjilat jari! sodap....

simple tapi sedap....dan murah...

lepas dah isi perut, sambung balik jalan jalan kat sekitar jalan riau....singgah kat outlet oasis sebab kat depan tu ada kedai jual perfume....banyak giler jenis perfume, name it! mesti dapat. harga memang murah...dorang memang bancuh perfume tu kat situ jugak and lepas tu isi dalam botol....boleh pilih perfume ape kita nak, nak botol berapa ml...biasanya dorang provided 3 sizes. 40ml, 60ml and 100ml. if not mistaken 60ml perfume apa apa jenis pon harganya around rp 50 000 camtu.memang berbaloi...

alang alang dah jalan jalan kat bandung, nak juga merasa makanan yang takde kat malaysia nie....sebelum fly to bandung, bila google pasal bandung, mesti ramai yang suggest mesti try makan ice cream durian yang banyak di jual di tepi tepi jalan. tak susah nak cari...asal nampak gerai yang bergantung buah durian tu mesti dia jual ice cream durian nie.


me like it! sedap...tapi husband tak berapa nak layan. dia cakap sedap lagi makan durian...maklumlah, husband memang hantu durian! okeh! apa yang bestnya kat dalam tu memang dia letak seulas durian sekali dengan biji durian, lepas tu dia letak ice cream kat atas and simbah dengan chocolate dekat atas ice cream tue. uolls juga boleh request untuk letak pulut hitam. tapi masa beli tu husband takmo pulut hitam tu so weolls beli ice cream durian yang basic je, letak durian, ice cream and chocolate. harga around rp 9000.

hari dah makin petang, so weolls memulakan langkah berjalan kaki lagi balik ke hotel.on the way back, menyinggah lagi kat outlet jalan cihampelas.hasil tangkapan hari pertama kurang memberangsangkan sebab banyak yang tak berkenan.


nie je la hasil untuk hari pertama di bandung. sebotol perfume untuk husband, sebotol perfume untuk diri sendiri, seluar guess ciplak tu beli kat outlet jalan cihampelas sebab kebetulan my jeans kotor and iolls dah takde extra jeans....huhuhuh.....lepas tu grab t-shirt bandung satu untuk husband and satu for myself.lepas tu balik hotel sebab kaki rasa macam nak tercabut dah sebab banyak sangat berjalan. aktiviti waktu malam takde menda sangat, just keluar makan dekat ciwalk lepas tu balik tidur...

sekian dulu untuk aktiviti hari pertama di bandung..hari kedua akan disambung pada entry yang berikutnya...stay tune!

x    o    x    o










Thursday, October 20, 2011

UKM DIHATIKU ^__^

Assalamualaikum w.b.t.....

setiap kali menjejakkan kaki ke KL, mesti pasang angan angan nak balik ke UKM....da 3 tahun lebih kurang meninggalkan UKM....tapi UKM tetap di hatiku....so trip to KL awal bulan nie, i bersama Encek Tunang sempat meluang masa sekejap melawat UKM....tue la untungnya bila couple dan bertunang dengan pasangan yang sama tempat belajar! :P semangat nak mengenang kisah awal pertemuan tue membuak buak!eceh! hahahaha....tapi itu la...tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berkenalan bercinta bagai kan? :DDDD LOL! *ok..i da mula merepek!*

frankly speaking, we're so impressed dengan development UKM yang boleh dikatakan rapid development jugak la....baru 3 tahun tinggalkan UKM, da macam macam bangunan baru tersergam megah!caya la UKM! :)



tadika

kalau zaman i dulu, tapak tadika ni sebenarnya dulu kawasan bukit yang ada rumput yang menghijau....siap boleh golek golek buat filem hindustan kat situ! :P kat sebelah kanan tu ada bus stop....dekat dengan Fakulti Pendidikan....i think maybe tadika ni dibina untuk memindah masukkan tadika asal yang ada kat luar UKM, since bangunan tu pon da agak buruk...so sengaja ditempatkan dengan Fakulti Pendidikan supaya senang bakal bakal cikgu tadika nak pegi tengok tengok kat tadika ni nanti...

pemandangan pintu masuk yang masih tak berubah...

bila tengok traffic light yang masih teguh berdiri, teringat lagi kisah lalu...disebabkan i melanggar traffic light time lampu tengah merah menyala, dengan automatiknya i di banned oleh encek boyfriend *pada ketika itulah la...blom jadi tunangan orang lagi :P* dari membawa moto..so no more rempit rempit....kakakakaka...padan muka haku! :P sejak kena banned bawa moto *da la i takde lesen moto...rempit je pandai!* :P i da memang gayat nak bawa moto...bonceng moto pon mau haku jerit jerit kat belakang kalau orang yang bawa moto itu sangatlah suka cilok sana cilok sini....memang makan penampo lerrr dengan i! :DDD

port wajib bergambar bila da konvo.... :)

pusanika

pusanika masih tak berubah macam dolu dolu jugak...kat sini la tempat nak mencari ATM sebelom masuk kelas.....kat sini la tempat nak cari makan yang kira dekat jugak la dengan faculty kalau da rasa muak makan kat cafe faculty...kat sini juga la jadi laluan nak ke kelas kalau tetiba sem tu ada kelas kat FSSK *faculty encek tunang :)*

laluan di depan pusanika

laluan ni pon masih sama.....teringat kenangan di mana ada 1 sem tue memang rajin ler i lalu kat jalan nie...kat depan tu ada bus stop....so selalu i dengan kak dayang, echa malah dengan encek tunang....penah je tunggu bus kat bus stop depan tu sebab nak kuar gi Kajang....sebelah kanan tu plak Tun Sri Lanang.....nama library dalam UKM....bila datang mood rajin, siang malam pon boleh nampak muka i kat Tun Sri Lanang....heheheheh...kalau rajin la..kalau malas i kat dalam bilik tido je :P

motep amek gambar..saje je sebab benda alah ni cam chumel plak! :P

ZAR bakery & cafe yang masih kekal kat ground floor pusanika

ni merupakan port i dengan kak dayang and echa time studi dulu....lepas kelas kalau xde masa nak balik kolej, kami akan lepak makan fish fillet ke bun ke atau pon yang special makan bubur nasi ZAR yang memang sedap.....bubur nasi letak ikan bilis goreng, daun sup+daun bawang, bawang goreng, kicap masin dan cili padi yang ditumbuk halus....memang sedap.... ^__^ apa yang berubah tentang ZAR bakery is the deco kat luar tue...sempat juga i lepak lepak sorang sorang time visiting UKM aritu while waiting for encek tunang yang sedang mensettlekan bisnes dia....kikikikiki... :D

Kolej Pendeta Za'ba

da melawat UKM, wajib lawat kolej kediaman yang menjadi tempat i berteduh selama 3 tahun di UKM......tempat di mana i berkenalan dengan encek tunang....kami 1 U, 1 kolej tapi lain lain course and lain lain faculty....tapi kat kolej kami tetap menjadi 1...sebab kami sama sama jadi MPP kolej atau lebih dikenali sebagai JAKSA di UKM.....kenangan terindah kami banyak kat sini....waahhh!!!!i rindu giler kot time study dulu dulu...malam malam je wajib dating dinner sama sama kalau takde kelas atau hal yang penting..kalau ade kelas malam pon sanggup je tunggu abes kelas, balik kolej and baru makan sama sama...sebab tue la time i studi i gumok! hahahaha..semua salah encek tunang yang menspoilkan diet i! :D

gelanggang futsal tertutup

time zaman zaman kitaorang kat kolej nie dulu takde pon gelanggang futsal....almaklumlah, kami adalah generasi generasi awal yang mendiami kolej nie memandangkan kolej ni adalah kolej yang terbaru dalam UKM...so awal awal dulu facilities memang tak banyak...

pejabat JAKSA KPZ

seterusnya naik ke tingkat atas jenguk jenguk bekas pejabat kami sebagai JAKSA dulu...eceh!da ade perubahan.... :) bila tengok office ni teringat la zaman zaman kegemilangan i dengan rakan rakan lain yang menjadi JAKSA time tue....sini la tempat kami lepak tiap tiap malam....sini la tempat kami meeting untuk buat program bagai....sini la tempat jatuh bangun kami semua....dan di sini la tempat ahli keluarga JAKSA KPZ....keakraban kami bagaikan sebuah keluarga yang sangat harmoni....i miss u mantan mantan JAKSA!


pingat, piala dan segala pencapaian kolej

dulu dulu takde lagi kabinet nie...kalau kolej menang pape pon piala ke ape ke semua main simpan kat pejabat JAKSA atau kat bilik pengurus kolej ke, bilik pengetua ke takpon kat pejabat pentadbiran kolej....sekarang warga za'ba da boleh tengok kejayaan kolej....menang pape je semua sumbat masuk dalam kabinet nie.....


bilik aktiviti

tengok bilik ni 1 je i akan paling ingat....bilik ni sangat sinonim dengan aktiviti berlatih menari....asal masuk bilik ni mesti tengok orang berlatih menari..lepas tu mantan mantan akan join sekali menari....happening sangat!^__^

bilik digital

bilik digital ni muncul pon time dekat dekat da i nak abes study...tapi sempat jugak la merasa guna bilik digital nie.....masih kekal lagi bilik digital kat KPZ nie...


kompleks pelajar

bangunan baru...kompleks pelajar yang baru lagi siap...blom digunakan lagi...baru lepas construction....berhadapan dengan jalan nak turun dari KPZ...besar bangunan nie.....untung budak budak baru nanti :)




i da lupa apa nama bangunan nie...still under construction...yang i tau bangunan ni kepunyaan engineering faculty.....untuk kajian nanoteknolgi dan seangkatan dengannya...i suka warna merah bangunan tue..still the location dekat dengan KPZ....tak sunyi la KPZ lepas nie.....

the same building...tapi dari angel yang berbeza

bangunan baru lagi

yet i don't know bangunan apa sebab takde masa nak pegi explore....tengok dari kejauhan je...tersergam di atas bukit dekat dengan tasik kejut *we used to call that lake as tasik kejut..it is actually short form untuk tasik kejuruteraan since tasik tu ada dekat faculty kejuruteraan*

wow!itu baru sikit...i dengan encek tunang tak sempat pon nak mengexplore keseluruhan UKM...kat sebelah kolej keris mas belom sempat jengah..ape lagi la pembangunan yang berlaku...apa pon kami bangga menjadi warga UKM....menghabeskan masa study di UKM adalah detik detik indah dan kalau di bagi peluang memang nak terus je jadi student dalam UKM tue :) kalau la masa boleh di undur.... :( i betol betol rindu masa belajar dulu.....sob sob sob....

dulu i dengan encek tunang berada di dalam UKM memegang status boyfriend-girfriend...aritu kami datang sebagai tunang....next time insyaallah hubby-wifey....lepas tu maybe akan usung anak berderet deret plak bawa pegi UKM..and we will tell our kids 'this is the place where daddy and mummy know each other'....hehhehehee.....*ok!fine...masa berangan da abes!*

apa pon i really miss my campus life....moment indah yang sukar nak dilupakan....thanks UKM for everything...disini la mulanya kisah cinta kami...disinilah mulanya kisah kejayaan kami....UKM dihatiku! :))))

x   o    x    o

Tuesday, April 12, 2011

RINDU NAK MELALAK LAGU NIE :(

Tetiba rasa rindu sangat nak melalak lagu nie...lagu yang selalu bagi aku dengan rakan rakan Gemmies yang lain semangat yang membara! peerrgghhh!!!i really miss Harvard Suasana Hotel, miss Gemmies HGC04,and really miss all those RTTian...miss our SM (Site Manager), Mr Hisyam...walaupon dulu kitaorang selalu talk behind his back! ;p *erk?kantoi sudaaaa!!!* ;p hampunkan kami Mr Hisyam....kuikuikuikui...

meh layan lagu ni kejap!


sila abaikan photo photo di dalam video tue..sebab memang korang takkan nampak muka aku kat dalam video tue.itu bukan video dari site aku.ntah dari site mana pon aku tak pasti.....aku cilok je dari youtube.yang penting aku dapat share the song.not the pictures! ^_^

logo company ku yang terchenta! ;p





RTTian with part of our trainers

our CEO...
sejak CEO da kawin, no more gath, no more karoks!
SELAMAT PENGANTIN BARU bos!


kami kanak kanak riang! ;p
sekian....

x     o     x     o
teruja dengan benda baru aku baru dapat tadi....
nak p explore dulu.....hehehehe












Monday, February 14, 2011

MOOD: FLASH BACK

haish!mood nak flash back aje arinie...lepas godek godek gambar time study, jumpa pulak gambar time keje kat Petrosains dulu....what a wonderful moments that i had! :)

terjumpa gambar time handle program Petrosains with Student UTP (University Teknologi Petronas). most of them foreigners' student. Malaysian ada dua orang je kalau tak silap. best sangat kalau difikir fikir balik! :) banyak program and kitaorang rapat sangat! masa tue la tetiba ada yang nak buat cinta antara benua pulak! ;p


me and abang Kat 

From Left: Abang Feez, Thabiso Mathome, Ozy

dekat KLCC Park...
jadi model kejap! ;D

part of them :)
hey guys! i miss you!

the staffs and volunteers!
from left: Rai, Kak ain, Me, Aziz and Abang Feez

my best friend....Rai..
we worked together...i miss u buddy!

x    o    x    o
next nak flash back apa pulak ek? :P

I MISS ME

Di keheningan petang nie, nak lagi esok umat islam bakal menyambut Maulidur Rasul...suasana hening dan bening aje saya rasa....kat luar ala ala mendung. Untung untung hujan turun malam nie. tapi kalau hujan turun takde la bintang! Macam mana tue? sebab ada seseorang perlukan bintang untuk menemani dia malam nie....huhuhuhuhu.... :| it's seems the hardest thing for you. i'm so sorry buddy!

petang nie macam takde mood pulak nak duduk kat luar sambil dibuai angin yang kadang kadang tue da bukan tahap sepoi sepoi bahasa, tapi tahap sepak sepak pipi! hahahahaha....tipu! ;p

so, bila da bosan fikir fikir apa nak buat? suddenly, tingggggg!!!!! *imagine ada mentol menyala atas kepala* ok! nak godek CD CD gambar yang lama. boleh ingat kenangan lalu! :) i missed my campus life! :( i missed my dearest friends, i missed everything in my previous life! :(

baru godek godek 2-3 keping CD, terjumpa gambar dalam folder "Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan-Terengganu". it was around 2007 or 2008 if not mistaken! it's part of my campus life! i think this subject la yang paling crowded dalam lecture sebab ramai giler student berebut rebut nak amek subject nie, konon konon sebab senang lulus. lagipon nie subject pilihan bebas bukan subject major. mentang mentang pilihan bebas, semua nak rebut amek subject yang ala ala light light gitew! *konon la tue!* if not mistaken ade dekat 200 student kot atau lebih, memang da overload! tapi sebab permintaan terlampau tinggi, lecturer pon buka lagi untuk diisi, tue yang jadi sampai overload. kelas pulak waktu malam! no hal! 

ada satu project, beberapa orang yang dilantik kena buat program pegi melancong ke Kelantan dan Terengganu! memang pening babe! sekali nak keluar, terpaksa amek 10 bijik bus!hambek kau!tapi lecturer tue memang tak peduli, janji kitaorang kena pegi juga tempat tempat tue! kecoh suruh kitaorang pegi, sekali dia tak nampak batang hidung pon!hampeh!

banyak tempat yang kitaorang visit! mostly gambar banyak da hilang sebab masa tue my lappy gone kena serang virus! lepas tue orang kat kedai tue ntah ape dia buat, dia hilangkan semua file termasuk dalam D! T__T memang rasa nak marah sangat tau! all my pictures gone at all!!!!!! *grgrgrgrgrgrgrrrrrrr!* naseb baek tahap kesabaran tinggi walaupon mulut nie da kumat kamit ala ala nak maki!

priceless pictures! i don't know why when i look at all these pictures, i feel something! i miss me in these pictures!


me and encek boyfriend
encek boyfriend tolong bawa payung! :D
weeeee~~~~~
sumpah panas giler time tue!
sampai yang lelaki pon berebut nak bawa payung! ;p

no make ups!

terpaksa pakai spec sebab kalau tak mata tertutup...
macam amek gambar orang tengah tido...
terlampau terik panasnya...

baru nak start menjelajah!

posing depan replika masjid negara mana ntah!

posing lagi!


x    o    x    o
to encek boyfriend and my parent, thanks for supporting me....
i will do it, sooner or later :)
heart all of you!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...