I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 14, 2010

HARI ASYURA

assalamualaikum w.b.t.....

mari kongsi kongsi ilmu ok! hari ni nak kongsi akan amalan sunat dan fadhilat yang diperolehi sekiranya kita melakukan amalan amalan ini pada hari asyura

1. Melapangkan masa dengan lebihkan belanja untuk keluarga
   Fadhilatnya: Allah s.w.t akan melapangkan hidup mereka pada tahun berkenaan
2. Memuliakan fakir miskin
   Fadhilatnya: Allah s.w.t akan melapangkan kubur mereka kelak
3. Menahan marah
   Fadhilatnya: Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golonga yang redha di akhirat 
                    kelak
4. Menunjukkan orang sesat
   Fadhilatnya: Allah s.w.t akan memenuhkan cahaya iman di dalam hati
5. Menyapu dan mengusap kepala anak yatim
   Fadhilatnya: Allah s.w.t akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap helai rambut 
                    yang diusap
6. Bersedekah
   Fadhilatnya: Allah s.w.t akan jauhkan neraka sejauh seekor gagak terbang tak henti henti dari 
                    kecil hingga ia mati, juga diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir 
                    miskin di dunia ini
7. Pelihara kehormatan diri
   Fadhilatnya: Allah s.w.t akan mengurniakan kehidupannya sentiasa diterangi cahaya keimanan
8. Mandi sunat (Niat:sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala)
   Fadhilatnya: Allah s.w.t tidak akan memberi sakit yang berat pada tahun berkenaan
9. Bercelak
   Fadhilatnya: Allah s.w.t tidak akan memberi sakit maat pada tahun berkenaan
10. Membaca surahal-ikhlas sebanyak 1,000 kali
     Fadhilatnya: Allah s.w.t akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat
11. Sembahyang sunat 4 rakaat (Niat:sahaja aku sembahyang sunat hari asyura 4 rakaat kerana
     Allah Taala- Rakaat 1 & 2 baca al-fatihah 1 kali dan surah al ikhlas 11 kali)
     Fadhilatnya: Allah s.w.t akan ampunkan dosanya walaupon 50 tahun melakukannya
12. Menjamu orang yang berpuasa
     Fadhilatnya: Allah s.w.t akan memberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka 
                      puasa
13. Puasa (Niat: Sahaja aku puasa esok hari asyura kerana Allah Taala)
     Fadhilatnya: Allah s.w.t akan memberi pahala 1,000 kali Haji, 1,000 kali umrah, 1,000 kali 
                      syahid dan diharamkan daripada neraka.


x     o     x     o
renung renungkan dan selamat beramal! 
:)

2 comments:

  1. bole aje diba...dipersilakan..mende baik kena share2.....heheheehe...sebar2kan lah ek! :)))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...