I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 10, 2011

MISTERI .... MYSTERIOUS

lately kecoh kat merata rata orang ramai nampak simbol misteri....sampai kat traffic light along bukit bintang simbol misteri tue muncul kan? ada foreigners from canada da rakam simbol tue yang tetiba muncul a few seconds masa traffic light tue tengah merah....then ada yang nampak masa dalam monorail.....waahhh...kecoh kecoh....simbol apa tue?

see....nampak tak simbol yang kat atas simen tue?pernah nampak tak sebelom nie? people keep on wondering what symbol is that?

simbol tue tetiba muncul masa budak nie tengah main game....cuba compare simbol yang ada dalam video nie dengan simbol yang ada dalam video yang dirakam dari monorail tadi.....

nak show off kat korang video yang dirakam oleh tourist from canada tue..it happened at traffic light along KL road....tapi i don't know what happen, video tue tak dapat nak diupload....huhuhuhu.....so tunjuk gambar je la kat korang...


simbol tue appears few second masa lampu merah...
then hilang sebelom lampu tukar kepada hijau.

perasan tak simbol tue appears dalam picture nie?
in between the wires tue ada simbol pelik tue....




simbol tue juga muncul dalam newspaper the star.....


korang pernah jumpe tak masa baca newspaper?

simbol nie juga dilihat di utara malaysia....cuba tengok video nie....dirakam ketika penerbangan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur....






so, ape korang rasa?adakah tanda tanda dunia akhir zaman?atau apa?ramai yang da nampak simbol nie tetiba appears kat 8tv..kat tv3 pon tetiba muncul..waaahhh...gempar!!!!! apa tue?

x    o    x    o
dup dap dup dap....
misteri misteri....

Saturday, April 9, 2011

E.M.O.T.I.O.N.A.L. BREAKDOWN

*big sighs* malam malam cenggini aku nak layan emo aku sat!hurrmmm....selalu kalau pompuan emo mesti nak cakap 'dia nak datang bulan la tue'....tue je kan yang hampa semua tau?hellloooo...pompuan pon manusia taw?sometime mood swing tu tak tentu hala juga! bulan tak mengambang pon mood boleh swing! swing sampai ke negara China pon boleh tau!see...aku da mula emo! :\

so aku sekarang nie tengah duk swing swing jugak la nie! bukan sebab bulan mengambang okeh!mula mula mood kacau bilau bila aku rasa penat....sumpah penat boleh buat aku bad mood...and bila aku cakap penat, its really true...i'm exhausted!bila da penat memang la kan rasa macam nak marah orang, nak tempeleng muka orang...segala benda rasa nak buat! so bila da macam tu sila jangan tambah burukkan mood aku lagi! bak kata pepatah melayu 'sarang tebuan jangan dijolok!' nak sakit kau jolok la!

normally keadaan macam nie akan beransur pulih bila letih tu hilang.....tapi ianya akan jadi parah bila dimangkinkan dengan hal hal yang buat aku sakit hati dan berkecil hati! contohnya bila aku mood tak baik, masa tue la korang cuba nak buat benda benda yang aku tak suka! so hasil yang akan diperolehi ialah mood aku akan lebih bergelora macam laut yang dilanda ombak besar!

lepas tue mood tak baik yang disebabkan oleh penat tue akan lebih bertambah buruk terus bertukar menjadi hulk yang hijau bila korang buat aku macam toys! bila nak korang amik aku and bila tanak korang biarkan aku!atau bila ada orang lain time tue la korang nak campak aku kat sebelah......bila korang rasa perlu je korang akan cari aku! owh!itu sangat menyakitkan hati aku sebenarnya!

atau lebih buat aku rasa macam nak tukar jadi huricane pastu gulung gulung korang kat tengah tengah tue bila korang lonely korang cari la aku.....luah itu ini...pastu aku nie plak jadi la pendengar setia korang! tapi bila korang happy atau ada orang lain disisi korang, korang buang je aku....biar je aku terkontang kanting sensorang! owh!damn!common la...aku pon manusia...ada masa mood aku pon terganggu....jangan la pikir diri sendiri je....lain la kalau aku dapat switch jadi robot...masa tu da jadi robot kompem da takde perasaan...so takkan ada masalah mood nak swing sana sini.....so jangan pikir yang mood korang je yang boleh nak swing!get it? 

hormone manusia anytime je boleh berubah....so pepandai la adapt!jangan bila nampak orang lain mood swing korang nak marah plak dia! sebab dia pon sebenarnya tanak mood dia jadi kacau bilau!sebab i'm sure semua orang pon kalau boleh nak hidup dia tenang je...senyum memanjang!tanak la moody moody nie! jiwa kacau babe!tapi masalah hormone dan tekanan nie adalah sesuatu yang kadang kala sukar nak di handle! melainkan korang happy kan orang yang moody tue..then it will be ok.... :)


x    o    x    o
sila jangan amik serious sebab mood aku memang tak stabil...
terkecik hati sikit! :\
ok..bai!

Friday, April 8, 2011

PENDENGKI lebih RENDAH dari yang DIDENGKI

assalamualaikum w.b.t...

eheemmm..ehemmm....sempena hari jumaat yang mulia nie, orang sebok baca khutbah dekat masjid, saya pon nak sebok juga la...sebok nak bagi tazkirah jumaat.....hahahaha....ada ke?lantak!ade aku kesah??? eh!kesah kesah! ;p LOL!

even ada hadis yang menyatakan 'sampaikanlah olehmu walaupun sepotong ayat'.....dan penah kan dengar 'sharing is caring'? kalau tak tau cepat pegi google!

apa yang nak disampaikan adalah sekadar peringatan kepada anda semua dan diri saya sendiri dan kepada yang merasakan diri mereka sebegini supaya tak jauh terpesong...cepat cepat la sedar diri dan balik ke pangkal jalan.dan ini adalah pengalaman hidup yang saya lalui sendiri dan saya alami sendiri.sebenarnya tertarik dengan ceramah agama dari seorang ustaz! ;))))


ececece..mesti ade yang cakap 'minah nie dengar ceramah agama juga ke?'.....eh!hello!!!!kau ingat perut je nak makan?rohani pon nak kena bagi makan juga tau!tapi rohani takde la makan KFC ke McD ke atau nasi ayam yang sedap (?) erk?ok....makanan rohani kita nie yang nie la..ceramah ceramah agama, bacaan al quran...benda yang kau tak nampak! rohani nie kau kena kasi makan juga.bila da bagi makan kena la digest! tak jadi juga kalau kau bagi makan tapi kau tak digest! haaa.....kan da kena sekolah dengan saya! ;p


i'm pretty sure dalam hidup korang mesti penah berhadapan dengan orang yang dengki atau dengan kata lain hasad dengan kesenangan dan kebahagiaan korang kan?manusia spesies nie kat mana mana pon korang boleh jumpa! cuma antara kronik atau masih boleh dikawal perasaan dengki tue!


manusia spesies nie yang jenis bila tengok kau dapat masuk universiti la contohnya....mak kau pon cakap la...


'anak i dapat masuk U** je....alhamdulillah la...dapat juga la dia masuk universiti'.....


'eh!anak i dapat pegi overseas! hurrmmm..i nie tak suke la anak i study kat local university nie..takde kelas la....'


padahal macam kita tak tau, anak dia masuk polytechnic je...tue maksudnya dia hasad tak boleh tengok kejayaan orang lain!asyik dia aje la yang nak paling bagus! kelentong pon sanggup, janji aku la yang paling ngetop!


contoh lain....


'anak saya keje kat company tutttt....keje biasa je....' *padahal anak dia pegawai besar..almaklumlah...ade degree...*


'anak aku tue keje kat company tuttttt tue.....dia la bos kat bahagian tue...semua benda staff kena minta sain die la!dia bos besar tu kat situ!' *padahal anak dia SPM je pon...tapi dia punya auta macam anak ada masters!*


ini pon contoh orang yang perangai hasad + dengki!dia punya kelentong, sumpah putaq alam!kadang kadang sampai tak masuk akal!


nie satu lagi contoh...


'aku dengar anak dia tue nak kawin anak datuk! huh! buat ape kawin anak datuk! menyusahkan aje! kita pulak nanti nak kena menyembah dorang!'.... *padahal dia kenal datuk dan family datuk tu pon tak!main hentam keje nak mengutuk!sambil sambil cicah pelam dengan garam belacan, duduk bawah pokok, waktu petang!* meletop gitu!siap saya bagi scene lagi! hahahaha...


ok! enough la kan contoh contoh yang diberikan. sekadar intro kat korang.so korang mesti pernah je jumpa manusia manusia yang spesies macam nie kan?sebenarnya, banyak je lagi contoh yang boleh saya bagi. tapi cukup la setakat nie! sebab contoh yang ada terlalu banyak!takut nanti ada plak yang kata 'eleh!macam aku tak tau dia nak kata kat aku la tue!'...padahal saya cakap secara roughly! jadi sape yang makan cili, as usual la..kau la yang terasa pedas!jangan la plak nanti kau sebok nak buat serangan bom sana sini macam America!






D.E.N.G.K.I...apa itu dengki?dengki itu macam makanan masin yang sentiasa merapuhkan tulang atau seperti penyakit kronik yang selalu merosakkan tubuh secara perlahan lahan sehingga membusuk! eeeuuuwwww!!!! ngeri tak? ngeri kan? haaa..tu baru sikit!kalau barah hati, kita boleh jumpa doktor, buat kimoterapi ke apa ke...tapi kalau dengki nie ia adalah penyakit hati yang doktor pon tak boleh bagi ubat melainkan kesedaran diri sendiri untuk terima qada dan qadar Allah s.w.t.


bila kita dengki dengan orang lain, ia samalah macam kita bagi makanan kesedihan kepada daging daging kita dan bagi minuman kegelisahan kepada darah kita. seorang pendengki itu ibarat orang yang menyalakan pemanggang roti, dan bila dah panas, dia masukkan dirinya sendiri ke dalam pemanggang tue! bodoh tak? memang sangat bodoh kan? saya kesian dengan orang yang bersikap pendengki nie! 


dengki nie ada penyakit yang dilahirkan olehnya.apa penyakit nya?ok..keresahan, kecemasan dan kegelisahan hidup.itulah penyakit nya.cuba kita tengok orang yang jenis pendengki! ada tak hidup dia tenang?TIDAK! pendengki nie akan sentiasa resah, cemas dan gelisah! sebab dia akan sentiasa berfikir macam mana dia nak buat bila dia tengok orang lain hidup lebih senang dari dia, lebih bahagia dari dia! dia akan sentiasa berfikir macam mana dia nak dapatkan lebih dari orang lain dan the worst part is dia akan fikir macam mana nak jatuhkan orang tue! sebab dia tak dapat terima kenyataan bila nampak orang lain dapat lebih dari dia! pity u la pendengki! please la..wake up! apa yang orang lain dapat tue telah ditentukan oleh Allah s.w.t....so please...jangan over sangat nak dengki dengan kehidupan orang lain!seorang pendengki akan sentiasa merasa panas bila melihat orang lain dapat kenikmatan dan kelebihan!


so adik adik...sis nak cakap nie...jangan dengki dengki yer....tak baik....tuhan marah! orang yang suka dengki dengki nie hati dia hitam tau! eeee...suka ke ati adik adik hitam? tak suke kan?haaaaa....jadi jangan dengki dengki! faham?bila nampak orang lain lagi senang dari adik adik, jangan la nak kutuk kutuk dia pulak! lagi teruk kalau pegi jaja cerita sana sini cakap 'eleh..tak heran la hidup dia senang..sebab bapak dia tue makan asyik makan rasuah'.....padahal bapak dia keje siang malam membanting tulang! dah la dengki dengan orang, lepas tue buat fitnah lagi....double sins tue taw adik adik....haaa.....dapat dosa lagi! tak mau tak mau...jangan buat jahat macam tue! ^_^


apa yang patut adik adik buat bila nampak kawan kawan adik adik lebih senang dari adik adik....lebih bahagia dari adik adik? tumpang la bergembira dengan kesenangan dan kebahagiaan kawan adik adik tue...dan jangan lupa ucapkan ALHAMDULILLAH dengan seikhlas hati yer..jangan la nanti mulut je cakap syukur, tapi dalam hati punyalah sakit hati kan tengok kawan kawan lagi happy dan senang dari adik adik! tak baik tau....


orang yang suka dengki dengki nie kita jangan buat kawan! sebab pendengki nie umpama musuh dalam selimut! normally pendengki nie dia akan memulakan persahabatan tapi dia akan mengakhiri dengan pembunuhan! ish ish ish...hina sungguh pendengki nie! ada ungkapan yang mengatakan pendengki nie umpama ular hitam berbisa yang tak akan pernah diam sebelum menyemburkan bisanya pada tubuh yang tidak berdosa!haaa...see....jahat kan pendengki nie! so jauhi orang yang suka dengki dengki dengan kesenangan dan kelebihan serta kebahagiaan kita!


x    o    x    o
elakkan dengki, peliharalah ukhwah

kalau asyik nak dengk dengan orang lain, ada ke yang nak sayang???
blugghhhhh!!!!!! :D


Wednesday, April 6, 2011

SAYA CEPAT JEMU (?)

Petang petang nie mood nak discuss pasal business meluap luap pulak! hurrmm...business kecil kecilan aje.. :) bole la kumpul kumpul buat duit kawin! ahaks! ;p as you all know la kan, sekarang nie saya jual korean lens secara online.lepas tue few days back terjumpa satu product baru. boleh dikatakan alat untuk menguruskan badan. dalam rumah je guna. so takyah la you all gadis gadis la especially nak keluar rumah pegi jogging kat luar semata mata nak bakar lemak yang da menimbun dalam body you all tue! nak lagi yang da menjadi tunangan orang. banyak betol mulut yang nak mengata! manusia la katakan....so everything from top to toe kau kena amek kisah!

sebelom nie kau pegi jog gedik sorang sorang pon orang tak kisah! tapi sejak menjadi tunangan orang nie, ada aje mulut mulut puaka yang nak mengutuk mengata! pendek kata apa aje kau buat, apa aje kau pakai, ape aje kau makan dan cakap sekali pon, ada aje manusia manusia yang akan mengkiritik perbuatan kau sampai kau rasa 'wah!!!!mak rasa pemes gitu!'...jadi kau persetankan je manusia manusia yang spesies begitu! sebab bila kau melayan manusia spesies tue, kau pon sama bodoh macam dia! :D

okeh!berbalik kepada business discussion. saya ada product baru!baru je order..belom sampai..so i'll test it first.kalau ok baru saya akan adakan promotion besar besaran.sape nak boleh beli online dengan saya! :) apa pon tunggu saya try test barang tue dulu...hehehehe...nanti da test saya akan review dalam blog kesayangan nie yer?

hurrmmm....discuss punya discuss, almaklumlah...nak try product baru mesti la nak tau from A to Z kan?so saya tanya la macam macam soalan kat bisness partner to be saya nie sampai la satu pertanyaan saya tue telah membuatkan saya cakap 'i nie cepat jemu/bosan.nak tukar tukar' *maksudnya tanak la benda yang sama je..need something new la!*

then my partner tue jawab 'iyer ker?macam tak cepat jemu pon. 5 tahun dengan orang yang sama... :P hehehe...gurau jer'.... %^&*(#@ ish minah nie!orang cakap pasal barang dia cakap pasal my love pulak! ;p and saya jawab 'haip!chenta itu istimewa..tak boleh ditukar ganti!' ......hahahaha...barang saya boleh tukar, tapi bukan CHENTA! dia la CHENTA hati saya lebih dari 5 tahun! hanyalah dia yang ada dalam hati saya!aisehhh!!!! mood jiwang dipetang yang suram! LOL! :D

tiba tiba mood nak mengampu dan kipas bontot Encek Tunang! (?) erk?nie nak minta belikan iphone ke?ke ipad? takpon galaxy tab? haaaaaa...bole blah!kan selalu da cakap! saya bukan jenis nak merayu menggoda orang yang saya sayang untuk kepentingan diri sendiri! saya lagi rela kerah keringat ikat perut tak makan pon takpe.janji apa yang saya nak saya beli dengan duit saya sendiri!bukan buat ayat manis, tak pon pura pura manja macam kucing kurap tepi jalan yang datang gesel gesel kepala kat kaki orang yang lalu lalang minta makan!owh! syukur saya tak pernah dididik oleh mak abah saya untuk jadi sebegitu rupa!emak abah didik saya usaha dengan gigih, cari duit sendiri kalau nak beli apa apa pon! dan itulah saya sejak dari dulu!

takyah la kau nak cakap  'eh..tengok...boyfriend i belikan i hp canggih nie tau?boyfriend i sayang kat i' *dengan lenggok gedik buat orang yang tengok nak muntah sebaldi!* padahal macam la tak tau..tiap tiap malam kau buat ayat manis goda boyfriend kau suruh belikan kau hp baru sebab hp yang kau ade tue da bole buat baling anjing!atau pon hp kau tue tak cukup canggih macam hp best friend kau (?) bluugghhh!!!!! menyampah tahap gaban pompuan species macam nie! pesanan untuk kaum lelaki, lu pikir la sendiri kalau girlfriend lu type yang macam nie!

eh eh! tetiba membebel ntah pape kan? erk?ade yang makan cili ke?kalau pedas pegi la terjun sungai ke lombong ke eh?hahahhaa....ada aku kesah??? ;D

okeh!back to the track again!walaupon saya cepat jemu *jemu dengan barang atau lagu atau mainan atau makan atau minuman atau apa saja*, tapi tidak sesekali saya jemu dengan CHENTA hati saya! first (?) and last insyaallah....hanyalah dia, Nourhazwan Awang Zaini! :)


saya sayang kamu! kamu sayang saya tak? 
ecececece.....saje je kan nak trip cute! ;p

tetiba nak buat pledge kat sini kan....suka ati la!blog saya kan?saya hanya ada kamu! bukan orang lain! takde orang lain! saya sayang kamu je! tapi saya tetap sayang family saya....saya pon sayang family kamu!saya sayang family saya, kamu, dan family kamu! boleh tak camtue? ;)

saya juga hanya akan setia pada kamu. jadi kamu pon kena sayang dan setia kat saya, boleh tak? oh!da tau!mesti la boleh kan? sebab tu kita ambil keputusan untuk bertunang! sebab hati kita masing masing da tetap dan kukuh!kamu sayang saya...saya sayang kamu...tapi mestilah saya sayang kamu lebih dari kamu sayang saya! hehehehe....


saya sentiasa berdoa semoga tuhan panjangkan jodoh kita. semoga kita tetap kekal bersama, bahagia bersama, sedih dan gembira bersama, susah dan senang pon bersama...everything together gether la.....walaupon saya tau ada orang yang jeles dengan kebahagiaan kita, ada orang cuba nak musnahkan (?) hubungan kita dan ada orang yang doakan benda yang tak baik untuk kita! persetankan orang orang camtue sebab saya yakin tuhan sentiasa bersama orang yang hati dan nawaitu nya bersih dan suci! saya sayang kamu sebab kamu adalah pilihan saya yang terbaik! kamu la pembimbing saya dimasa depan, kamu la bakal bapa kepada anak anak saya.kamu lah hidup saya dunia akhirat selain family saya....


erk?apa yang saya merepek nie?eh eh! tetiba rasa nak blushing....kenapa saya begitu jiwang? atau meroyan? erk?tak tak tak...meroyan tue orang gila! ok...sebelom lebih meraban tak tentu hala, nak cakap lagi sekali.... Nourhazwan Ag. Zaini, saya sayang kamu la!dan saya rindu kamu! ;p ok!bye! ;ppp


x     o    x    o
makin hari makin bahagia!
yeah! sila jelous!
terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagian saya dan Encek Tunang....saya sayang kamu semua!muahs!


Monday, April 4, 2011

PANDUAN JIMAT BELANJA ~ WEDDING

nak kawin nie banyak benda nak pikir...banyak belanja nak kena keluar! so untuk mengelakkan lepas kawin, anda dibebani hutang, apa kata tengok tengok 'Panduan Jimat Belanja' nie..moga moga dapat tolong anda untuk berjimat! :)


1 Menyewa pakaian dan bukan membeli

2 Meninjau adakah pakaian yang kita gemari boleh dibuat dalam belanja yang murah

3 Jika ingin membeli pakaian, pastikan ia boleh digayakan di kemudian hari

4 Beli kasut yang boleh dipakai untuk majlis lain

5 Buat majlis perkahwinan di rumah daripada di hotel

6 Beli bunga pegang yang murah tetapi cantik

7 Meminta jasa baik rakan untuk menjadi pengacara majlis

8 Minta jasa baik rakan terdekat untuk menjaga muzik

9 Minta rakan yang mahir dalam bidang photografi untuk mengambil gambar

10 Tinjau harga yang paling murah untuk mendapatkan khidmat juruvideo

11 Dapatkan tawaran harga pakej perkahwinan yang paling rendah

12 Dapatkan harga pakej catering dengan meninjau harga yang ditawarkan

13 Jika ingin menggunakan khidmat jurusolek, dapatkan harga pakej mereka

14 Ilhamkan sendiri hantaran anda atau minta buah fikiran rakan terdekat dan keluarga dengan membuatnya beramai rama. Ini lebih menjimatkan!

15 Beli barang hantaran sendiri daripada dibeli oleh pasangan kerana ditakuti jika anda tidak menyukainya ia akan jadi satu pembaziran!

x    o    x    o
banyak benda nak kena fikir!

Saturday, April 2, 2011

SENARAI SEMAK PERKAHWINAN

sharing is caring....ramai kawan kawan nak kawin.jum tengok senarai semak perkahwinan.boleh juga jadi panduan kita bersama :)

12 BULAN SEBELUM
  • Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua dua pihak berkenaan tarikh dan waktu bernikah.
  • Menagtur budget yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah.
  • Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel, dewan atau rumah.
  • Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau bufet.
11 BULAN SEBELUM
  • Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui oleh kedua dua pihak.
  • Mengikuti kursus kahwin.
  • Mengintai intai pakaian perkahwinan.
  • Membeli barang hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju dan lain lain.
10 BULAN SEBELUM
  • Memilih pengapit dikalangan rakan atau saudara mara.
  • Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis.
  • Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan budget.
9 BULAN SEBELUM
  • Mengumpul nama tetamu.
  • Pilih katering atau masak sendiri.Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakkan kesulitan di masa akan datang.
  • Pilih jurufoto dan juruvideo.
8 BULAN SEBELUM
  • Menempah lokasi dan tarikh majlis (khusus untuk dewan dan hotel).
  • Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir.
  • Menyelesaikan segala temu janji dengan doktor.
7 BULAN SEBELUM
  • Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori.
  • Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin.
  • Memilih jurusolek.
6 BULAN SEBELUM
  • Mula menempah kad perkahwinan.
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama islam.
  • Menjalani ujian darah/HIV jika diperlukan.
5 BULAN SEBELUM
  • Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit dan mencuba pakaian).
  • Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang, penghias majlis).
  • Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri.
4 BULAN SEBELUM
  • Pilih cincin kahwin.
  • Menyiapkan gubahan hantaran (sama ada membuat sendiri atau menempah).
3 BULAN SEBELUM
  • Memastikan kelngkapan P.A sistem lengkap seperti deejay, iringan lagu dan sebagainya.
  • Mengaturkan penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.
2 BULAN SEBELUM
  • Menulis dan mengutus kad perkahwinan kepada tetamu.
  • Bersama bakal pasangan menyedang pakaian supaya nampak anggun di hari bersejarah.
  • Hadir ke sesi cubaan menu (jikan anda mengadakan majlis di hotel atau dewan).
1 BULAN SEBELUM
  • Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu dan sauna).
  • Pastikan cincin dalam ukuran yang betul.
  • Pastikan segala tempahan pelamin, juru solek, tiket kapal terbang, bilik dan keperluan perkahwinan berjalan dengan lancar.
  • Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah, tiara dan kasut.
  • Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda. Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik.
MINGGU SEBELUM MAJLIS BERLANGSUNG
  • Bertemu dengan urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar.
  • Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis.
  • Berada dilokasi lebih awal untuk mendapatkan mood majlis.
1 MINGGU SEBELUM
  • Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urus setia jika terdapat perubahan.
  • Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
  • Hindari konflik dan tenangkan hati.
DIHARI PERKAHWINAN
  • Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan.
  • Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari.
  • Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.

Friday, April 1, 2011

IT'S BEEN 5 YEARS????

bergaduh, bertumbuk *ini tipu*, merajuk, ketawa, menangis, bahagia,break off *tak pernah!*, sedih semua da rasa! alhamdulillah! we made it! officially 5 years since saya dan kamu bersama melayari bahtera percintaan! *aiseh!geli ketiak pulak buat ayat jiwang camnie! ;p*

believe it or not, it's reality.oh!by the way we know each other more than 5 years..tapi officially menjadi sepasang kekasih *muntah lagi! ;p* da 5 tahun! ;) so suka duka, sedih pilu, bahagia sengsara, dan segala obstacles banyak yang da kami rasa dan berjaya tempuhi....apa yang menjadi teras dalam hubungan nie ialah kepercayaan terhadap diri masing masing memandangkan kami undergone PJJ dan yang penting kejujuran dalam hubungan. tiada rahsia antara kami. alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah!semoga ikatan di antara kami diperkukuhkan dari hari ke hari...amin.....


so HAPPY ANNIVERSARY (2nd April 2011) MY FIANCE! :) I LOVE YOU MORE THAN YOU KNOW! *wink wink* da 5 tahun rupanya..... ^_^

gambar berdua yang pertama kalinya diambil kat The Mines.
time nie baru 1st year kat UKM ;)
kalau tak silap masa nie new year tahun 2007..
belom officially couple! LOL! :D

2008

2009

2010

2010

until 13 March 2011...hadiah anniversary yang sangat berharga....

bukan cincin ini yang istimewa tapi ikatan disebalik cincin ini....
2 hati kini telah di ikat....simbolik cinta kami...
cincin pon ade 2 hati....walawehhh!!!pandainye cari cincin! LOL! :D

introduce to you guys, my fiance, Mr. Nourhazwan B. Awang Zaini :) 

gadis diluar, sila berpatah hati okeh! he's mine! ;D





I LOVE YOU SO MUCH DARL! :)

semoga tuhan memelihara hubungan kami sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya sehingga ke akhir hayat kami! dan semoga kami dijauhkan dari manusia manusia yang iri hati dengan kebahagiaan dan kegembiraan kami....aminnnnn.....

my dear, thank you so much sebab selalu ada disisi saya setiap masa walaupon hakikatnya kita jauh!thank you so much atas sokongan yang diberikan dalam melalui ups and downs dalam hidup nie!sentiasa menjadi pendengar yang setia bila saya ada masalah, sentiasa gembirakan saya bila saya bersedih....sentiasa menenangkan saya bila saya gundah!dan sentiasa membuatkan saya bahagia bila bersama kamu! :))))

and thank you so much to our family yang sentiasa merestui kami....love all of you! muahs!

x    o    x    o
5 tahun dengan pelbagai obstacles sentiasa mematangkan kami!
*mata mengantuk....sila abaikan kesalahan ejaan mahupon grammar di dalam entri ini...*












SERTAI MALAYSIA AIRLINES!

kenal dengan logo nie???






for those yang interested nak jadi cabin crew Malaysia Airlines atau lebih dikenali sebagai MAS...bole la join walk in interview MAS...details as follow:





selain menjadi cabin crew, vacancy yang ada lagi dan dibuka untuk permohonan ialah type rated pilot (direct intake), cadet pilot (direct intake) and also licensed aircraft engineer....so sape sape yang berminat boleh click sini untuk maklumat lanjut. gud luck!!! ;)

x    o    x    o
erk?rasa nak mencuba untuk kali kedua....
perlu ke? Encek Tunang, apa kata kamu? ;p


Wednesday, March 30, 2011

RUNDINGAN BORNEO - UTARA 13032011

As i promised, nak story pasal my E-Day yang berlangsung pada 13 Mac 2011 yang lepas. ouch! lambat update story sebab tunggu gambar dari my OP! :) sorry.....sebelom mula cerita, belanja satu gambar kat korang! ;p

Thank you Mr. OP! ;)

ok...mulakan cerita! perkenalan saya dengan Encek Tunang selama 4 tahun 11 bulan 1 minggu 4 hari dikukuhkan lagi dengan ikatan pertunangan di antara kami pada 13 Mac 2011 yang lepas. alhamdulillah, kalau jodoh tak ke mana! dan jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan! ada sape sape berani lawan qada dan qadar Tuhan? manusia munafik serta jahil je yang bersikap sedemikian! saya bersyukur kepada Tuhan sebab dipertemukan dengan Encek Tunang!walaupon background family kami agak berbeza, tapi darjat tak menentukan apa apa! syukur sekali lagi kepadaMu ya Allah kerana dipertemukan saya dengan keluarga yang baik baik!keluarga Encek Tunang menerima family saya dengan tangan yang terbuka!thank you mom and dad, brother and sisters! :) owh!sedihnya bila ada yang fikir saya nie merahsiakan background family dari Encek Tunang! wth! its almost 5 years kami kenal each other! takde rahsia antara kami!itu la kami!susah senang hidup saya, Encek Tunang sentiasa disisi! :) i love you dear!

penah dengar 'kita hanya merancang,tapi tuhan yang menentukan'?yup!itu la realiti kehidupan!kami memang pernah merancang untuk 'mengikat' perhubungan nie lebih awal memandangkan usia perkenalan pon da agak lama! tapi as i told, kami faham akan qada dan qadar tuhan!seawal mana pon kami merancang, selagi belom tiba masanya maka apa yang dirancang takkan menjadi!sehinggalah tiba detik dan masa dimana tuhan tetapkan tanggal 13 Mac 2011, akan terpaterilah ikatan pertunangan di antara manusia yang bernama Nor Irna Sharini bt Md Yusof dengan Nourhazwan bin Awang Zaini.saya terima dengan hati yang terbuka....eh!panjangnya intro! ;p

pendekkan cerita, rombongan lelaki datang dengan 7 buah kereta tiba diperkarangan rumah saya lebih kurang jam 2 lebih dengan 9 dulang hantaran dibalas oleh pihak saya dengan 11 dulang.bertemakan hitam, putih dan silver dipihak lelaki dan putih, grey dan silver dari pihak saya!perbincangan pon tak panjang disebabkan kedua dua belah pihak memang sporting abes! :) mom cakap dalam 15 minutes je discussion! dah settle! hehehehe...masa tue saya dalam bilik sumpah nervous! so i never knew da berapa lama masa berlalu... ;p


ketibaan pihak rombongan




juru cakap pihak perempuan dan pihak lelaki :)

perbincangan sedang dijalankan


sesi memperkenalkan adik beradik pihak lelaki

sesi sarung cincin tanda 'jadi' ;p
alhamdulillah.....




thanks mummy :)


thank you so much mak! i love you! mwah!

sesi jamu selera




menu utama pada hari tue ialah nasi ayam. nasi ayam cooked by my dearest best buddy together with her mum sedap sangat!memang superb la! thank you la my dear sebab masak masakkan yang sangat sedap! naseb baik ayam we all budget untuk masak ayam tue lebih!dapat juga makan lepas abes majlis! super duper sedap!terbaik dari dapur!selain tue ada mihun sup my favorite and bubur kacang hijau, buah buahan, kuih muih, dadih dan ape lagi da tak tau.sebab tak sempat pon saya nak jengah khemah makan....extremely busy, sampai makan pon tak sempat.last last makan dekat dekat nak masuk maghrib bersama mak, abah,pakjang,makjang,mira and aiza kat bawah khemah sama sama.

menikmati ayam goreng berempah bersama sambal kicap *saya panggil sambal kicap, nama sebenar tak tau* my favorite and makan mihun sup sambil borak borak!walaupon majlis nampak simple, tapi sebenarnya banyak benda yang harus difikir dan dibuat serta disediakan sebelom majlis. sebab tue saya cukup berterima kasih kepada orang orang kuat yang menjayakan majlis pada hari itu especially to mak and abah, mak jang and pakjang, auntie, maklong dan istimewa to my cousin, Mira and not to forget Izzat and Aiza yang memang sentiasa disisi menolong dari A-Z dalam majlis nie.beberapa minggu sebelum majlis, mereka mereka inilah yang banyak membantu saya. terima kasih semua. sayang anda semua!dan tak lupa kepada my dearest best buddy, Fudzla Suria and mum, jiran jiran and kepada sesapa juga yang terlibat secara langsung atau tak langsung, yang memberi sokongan dari jauh.thank you, thank you, thank you! i love all of you!

x    o    x    o
sekian dahulu! bubbye... :D






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...