Assalamualaikum w.b.t....
Kembali menyambung trip to bandung part II yang dah tertangguh ntah berapa kurun dah! ntah kenapa ler sekarang nie meliat betul nak update blog. macam masa 24 jam tu tak cukup je....huhuhuh...nak cari masa free pon susah...mana nak handle itu nak handle ini, bisness online, business offline, catering, cahaya intelek resources and development lagi.phewwww!!!!! out station dengan mr hubby lagi here and there...urusan rumah tangga, macam macam la nak kena buat.naseb baek Allah tak bagi request. kalau tak nak request boleh minta tak sehari tu ada 60 jam? hehehehe.....
ok, sambung hari kedua di bandung. as usual breakfast wajib kat hotel sebab amaris provided breakfast for their guests.
second day just makan sohoon goreng, tambah vege and keropok, and minum juice
agenda hari kedua harus la tak sabar sabar nak abeskan duit kat pasar baru! wohoooo!!!! dari hotel naik angkutan ke pasar baru. saja je nak merasa naik angkutan. angkutan dorang ni banyak kaler, ada hijau,ada biru, ada kuning, ada ungu. laluan angkutan tu pon berbeza beza.so jangan berat mulut untuk tanya angkutan mana yang pergi ke pasar baru.
tambang naik angkutan dari cihampelas ke pasar baru costed us rp5000 for two person yer! ok, pilihan yang bijak! hehehe...dari bayar taxi mahal mahal, bagus buat duit shopping. ok! fine, kedekut di situ! kahkahkah!!!! sampai pasar baru, punya la ramai manusia. petik jari je nak jumpa orang malaysia. bersepah sepah orang malaysia. yang penting mata naik juling tengok kain lace yang superb murah! cantik! menawan! gojes! pendek kata, 'sayang, boleh kita bersanding sekali lagi? i nak buat baju sanding sendiri la!'.....hahahaha.....
sampai cakap kat diri sendiri,kalau aku tau macam ni punya murah dan cantik kalin lace, sumpah sebelum kawen tu aku datang and beli lace and buat dress pengantin sendiri. tak main ler sewa sewa dah....berbaloi sangat sangat dengan harga dia. siap boleh nak tempah sekali kat kedai kedai kain tue. nak tempah baju raya pon boleh, kot pon boleh, langsir pon boleh. pendek kata semua benda boleh. tempah hari ni, esok malam dorang hantar ke hotel. tak payah susah susah nak pegi amek kat pasar baru. giler best! harga pon murah.
i macam dah naik hantu tengok kain lace kat situ. rasa nak borong je mana yang berkenan. lepas tu duk umah hari hari pakai baju kain lace, lip lap lip lap. mesti laki i pon pikir bini aku ni da putus wayar gamaknya? aduhai....susah nak cakap macam mana boleh jadi gila tengok kecantikkan lace lace kat sana. dah la harga jauh sangat sangat murah compared to malaysia. kat pasar baru uolls boleh dapat lace yang dorang lelong dengan harga serenda rm2 semeter. rm2 semeter tu dah standard harga yang berpuluh puluh ringgit kat malaysia nie. tak ke giler punya murah?
kat sini i tak banyak snap gambar sebab sebok membeli kain dan telekung.
antara gambar yang mr husband snapped sebab bini dia tak ingat dunia dah. tengok itu nak tengok ini nak. tengok telekung pon macam nak hangkut je semua. tu belum part kain sulam yang murah giler. korang jahat ek! jual online beratus harga. padahal korang borong kat bandung tu baru bape hengget!iolls yang tak borong ni pon boleh dapat harga RM30 sepasang, apa lagi kalau yang borong. harus la lagi lagi la murah harga korang boleh dapat! sebab tu kalau iolls nampak orang jual kain sulam dari bandung, awal awal lagi takmo tengok, sebab sakit hati dengan harga korang letak! bwahahahaa.... :D
nie tak tau la dah berapa jam kat dalam pasar baru nie. mr husbad dah tersadai kat sofa. letih duk tunggu bini borong kain. hehehehe....yang bestnya kebanyakkan kedai kedai dorang nie siap ngan sofa bagai. sambil lepak kat sofa, sambil pilih kain. masa kat kedai ni mr husband dah letih. hehehe....letih berjalan dan letih angkat barang. dah terduduk je kat sofa kedai ni sambil bini sebok duk pilih kain lagi. masa ni iolls pon dah letih, memang amek kerusi, duduk kat depan kain. main tunjuk je ngan pekerja kedai tu. i nak kain itu,i nak kain ini....kelassss kau! tu tahap tak larat nak berjalan dah. cakap je kat dorang nak kain gini gini, nanti kang dorang bawa kain yang korang nak, siap persembahkan depan korang. kalau nak match pon dorang boleh buat. kat kedai ni bagusnya siap tanya nak minum apa. bagi free! mr husband minta teh botol, i demand nak fresh orange. bukan dorang peduli. dorang bagi jugak. jadi sambil duk pot pet pot pet pasal kain, basah jugak ler tekak nie dengan air dorang bagi. best kan?heheheh....
datang pasar baru nie, memang lupa dunia luar. dari pagi kat dalam nie, sampai ke petang. pasar baru pon nak tutup dah, pon tak habes shopping. oh! by the way, pasar baru jam 6 petang dah tutup tau! dorang tak buka sampai malam. ada 8 tingkat kalau tak silap. tu pon kitaorang sempat ke lantai yang menjual telekung, kain sulam, kain lace.....yang part baju ke makanan ke tak sempat nak jengah!
punya la tak ingat dunia bershopping, perut berkeroncong, tengook jam dah petang rupanya. patut la berkeroncong nak giler perut nie. so terus naik ke atas bahagian food court. makan kat situ je, malas nak keluar gi cari kedai makan kat luar. food court dia nie i rimas sikit. sebab once uolls naik je atas tu nanti mula la pekerja pekerja setiap gerai akan datang suruh makan kat kedai dorang. sampai uolls rasa nak memilih pon susah.kena kerumun dengan dorang macam semut jumpa gula. naseb ada mr husband, kalau tak dah lama lari turun bawah. huhuhuh....
last last mr husband pilih untuk makan kat satu kedai nie. sebab dah pening dengan dorang, selagi tak pilih selagi tu kena kerumun. kalau dah pilih and dah order selamat la...yang lain lain tu pon pergi la mencari mangsa baru. fuhhh!!!! pening kepala. tapi tue la, nasib tak baik. kena ketuk sikit la. sebab makanan dia mahal sikit. kitaorang amek set untuk 2 orang makan.
ni lunch kitaorang. dah lupa apa nama makanan nie.
orang cakap kalau ke bandung wajib try ikan gurame. kat kedai nie ada, cuma mr husband tak yakin nak makan gurame.dia cakap kita tak tau ikan tu datang dari mana. ok, baiklah...jangan makan ikan. makan ayam. kalau uolls tengok, set untuk 2 orang ayam dia bagi seekor tau! dengan kaki ayam kepala ayam semua ada. mr husband naik geli tekak bila nampak ada kepala ayam kat situ. terus amek kepala ayam tu sorok bawah salad. hahahah....tapi jangan terkejut. ayam dorang nie tak gemuk macam ayam kat malaysia. ayam kat sana ala ala kurus macam ayam kampung jer. so setakat sekor 2 orang makan no hal la..tolak kaki dengan kepala ayam,licin jugak la ayam tue...
sayur kangkung tak berani makan. sebab pernah terbaca ada lintah dalam kangkung. lintah tu membiak dalam perut pemakan kangkung tue. omg!!!! kejadian tu pon kat indonesia. so terus telan liur.....takut nak makan kangkung.
sedikit tips ketika di pasar baru. jangan mengada ngada nak bawa handbag sangkut kat tangan macam mak datin yer! itu cari nahas. sebab kat sana sangat sangat crowded, anytime korang boleh dicopet tanpa disedari. tukar handbag kepada sling bag. otherwise uolls boleh bawa bag pack....tapi jangan galas kat belakang, galas ke depan macam bawa baby tue. lepas tu bawa extra bag macam recycle bag yang korang boleh beli kat tesco ke giant ke untuk isi barang yang korang shopping. jadikan satu bag sebab takut kena curi atau tercicir dan bagi mengelakkan korang di paksa oleh penjaja penjaja yang menjual beg supaya beli bag dorang jual. biasanya dorang akan aim sape yang bawa plastik kiri kanan tangan tue, dorang akan dekat la ngan korang and suruh korang beli bag dorang jual untuk korang isi semua barang korang. tapi, kalau korang nak beli dengan dorang pon takde masalah. niat je la korang nak sedekah ngan dorang. sebab dorang pon nak cari makan jugak. cuma kena pandai menawar supaya korang tak kena tipu.
iolls haritu memang bawa extra bag sendiri. and mr husband menggalas bag pack. so, barang shopping memang sumbat je masuk dalam bag pack tue dengan recycle bag yang kitaorang bawa. aktiviti hari tu dari pagi ke petang just habiskan masa dan duit shopping kat pasar baru. dan yang menariknya, walaupon dekat seharian menghabiskan masa kat situ, masih belum habis bershopping. wakakaka.... nampak tak godaan pasar baru di situ? maka, sudah tentu akan ada second round ke pasar baru sebelum balik ke malaysia.... kikikiki....nantikan pada entry yang seterusnya...muahahahaah.....
hasil tangakapan di pasar baru.
sempat grab beberapa kaler and design boarder lace, kain lace, kain baju melayu, kain chiffon, magnet fridge untuk buah tangan kawan kawan dan jiran serta ahli keluarga yang lain, dan telekung dalam 5 pasang dan baju mr husband sebab masa ni mr husband dah kekurangan baju.
masa peniaga peniaga pasar baru dah sebuk nak tutup kedai, maka kitaorang pon keluar la dari pasar baru nak balik ke hotel. maklumlah, tangan semua dah penuh. balik pon tak mampu nak naik angkutan lagi. mr husband cakap naik taxi jer. so terus minta taxi hantar sampai depan hotel. balik hotel, rehat, mandi and malam tu just keluar dinner dekat chiwalk....makan kat bakso malang karapitan....
kesimpulan, makan kat bakso malang karapitan chiwalks ni tak best sebab makanan dia tak sedap...order nasi apa ntah tapi macam nasi goreng letak kicap letak telur....huhuhu....
lepas dinner, just jalan jalan cuci mata kat chiwalk, lepas tu balik hotel and tido.
untuk aktiviti third day, akan disambung pada entry berikutnya....jumpa nanti di trip ke bandung part III....
x o x o