I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 7, 2010

MASA BERKUALITI atau MASA BERBAKI?

Dalam entri yg lepas pernah saya bincangkan tentang MASA BERKUALITI dalam sesebuah hubungan. flash back sikit....review kembali apa yang dikatakan tentang masa yang berkualiti?


disebabkan saya belum berkahwin dan masih memegang status single, jadi adalah lebih baik kiranya jika saya mengupas isu ini dari sudut hubungan percintaan. apapun, yang mana yang boleh dijadikan panduan kepada pasangan yang telah berkahwin, sila lah ambil yang mana yang bersesuaian..mana tau mungkin bole digunapakai di dalam kehidupan berumah tangga. :) *terasa ayat sungguh skema*


di dalam melayari sesebuah perhubungan, terutama sekali yang melibatkan long distance relationship, masa berkualiti adalah sangat penting!MASA BERKUALITI adalah masa yang diperuntukkan dan diluangkan untuk bersama pasangan masing2 tanpa ada gangguan2 dari faktor2 luaran such as tengah tgk tv ke, lepak dengan kawan2 ke, tgh buat keje ke, tgh surf internet ke..or ape2 je la...so pendek kata mesti berada dalam keadaan tenang dan FOKUS! 

kenapa pentingnya MASA BERKUALITI tue? pentingnya di dalam sesebuah hubungan itu adalah pada ketika itu lah masing2 akan dapat meluangkan masa, berkongsi cerita, meluahkan apa2 yang terbuku di hati dan sbgnya. dengan ini, keintiman itu bakal bertambah kerana masing2 akan menerima dalam keadaan yang rasional, berbincang dan akan memperbaiki kekurangan dan kelemahan demi membaik pulih hubungan.

tapi, apa yang terjadi sekarang? jarang2 atau tiada istilah MASA BERKUALITI yang wujud di dalam hubungan..malah yang tinggal hanyalah MASA BERBAKI!


apa itu MASA BERBAKI? masa berbaki yang dimaksudkan disini ialah, masa2 yang tinggal di penghujung hari. apakah?

ok!fikirkan, sehari suntuk 8 a.m until 5 p.m is working hours. so takkan nak mengada2 berbincang tentang hubungan time2 mcm tu kan? after 5 p.m..owh!masa untuk melepak bersama colleagues selepas waktu kerja...minum petang!lepak punya lepak, pukul 6 lebih atau 7p.m baru sampai ke rumah.


rehat sebentar, mandi dan solat...jam 8 p.m keluar dinner bersama housemates atau pon bersama officemates! almaklumlah...orang bujang..... :) dinner dari jam 8 p.m sampai 10-1030 p.m baru balik rumah....sampai rumah...owh! tengok tv jap! lepak di depan tv bersama housemate...message2 je la dengan si dia....


then masuk bilik plg2 da jam 11 p.m... alamak! da ngantuk la pulak! badan pun da penat2....call si dia kejap la...karang merajuk pulak!


borak kejap je, mata da mula stim...fokus da hilang...abes mana datangnye nak meluang masa bersama? nak berdiskusi bagai? alamatnya ada yang makan hati...senyum di luar menangis di dalam....sabar la hati....

kadang2 dek kerana nak sangat di beri perhatian, diluangkan masa...si dia terpaksa memberontak...tunjuk tak puas hati...merajuk bagai nak rak..baru la dapat sikit perhatian yang di damba....tapi apa la makna?mood pon da spoil...

masa tu spend masa pon da tak guna...2-2 da tak rasional....maklumlah...hangin da naik satu badan...alih2 bergaduh!ish!paling tak suka!

so fikir2kan lah...macam mana nak wujudkan MASA BERKUALITI dalam hubungan anda! :)


by the way, MASA BERKUALITI  tidak dikira sekiranya menghubungi pasangan mungkin pada waktu lunch misalnya bertanya da makan belum?ataw sebagainya...itu sama sekali tidak dikira sebagai MASA BERKUALITI!sila amik faham tentang ini yer...sila review balik apakah itu MASA BERKUALITI....dan tolong fahami sedalam2nya apakah MASA BERKUALITI...



jangan selalu dibiarkan pasangan anda menjamah MASA BERBAKI anda....sebab banyak impak negatif yang bakal merosakkan hubungan.......


fungsi pasangan itu terlalu meluas....bukan dicari bila perlu...dibiar sepi bila anda lebih sibuk dengan agenda lain...bukan dicari bila anda menangis, bila anda dirundung masalah..tetapi sedih, gembira, sendu, pilu, bahagia harus dikongsi bersama.... HAPPILY EVER AFTER! ^_^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...