I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 30, 2010

NAK PEGI HOLIDAY!

Assalamualaikum w.b.t..... *jawab jangan tak jawab*

dear bloggers, dear silent readers, dear friends, dear loved, dear X-man (apakah?), dear stalkers, dear twitters, dear nuffnangers', dear semua semua la... hi! how is your life going on? me kinda boring today! hell yeah! i'm totally bored! =.='

actually tengah bosan ni mula la nak berangan! otak macam tepu tahap gaban! start thinking for something! yeah!i need a vacation! macam lama pulak aku tak pegi holiday! last time my mum went to langkawi! adaka tinggal aku? padahal yang kau pegi  KL tu sape suroh? aish! melepas pegi langkawi! :(

mari korek korek apa yang ada dalam kepala hotak aku sekarang nie!


korang tau tak ni kat mane? haaaa.....ni namanya tanah tinggi Cameron.... last aku pegi cameron masa aku tengah study kat UKM dulu...tu pon masa aku 2nd years...retreat JAKSA! walaweehhh....rindu doe! ish! hengat lagi encek boyfriend beli bunga! over plak tue! segala jenis bunga dia angkut! bukan setakat roses jer! dah tue, roses colorful bagai! memang terbaik la!aku ni pulak type yang geram gila bila tengok bunga bunga hidup nie! kalau bole semua bunga aku nak angkut! sebab tue bercita cita kalau kaya nak buat rumah sebijik kat mana mana tanah tinggi! boleh tanam bunga banyak banyak...pastu ari ari aku hias rumah dengan bunga hidup! at that time sapa sapa nak kawin dengan tema bunga hidup, no hal la aku sponsor bape lori ko nak! ;p

ish!ni nak begging sape nie nak ajak gi cameron nie! ^_^

next destination..... once again! still tanah tinggi jugak jadi pilihan!
aku dan tanah tinggi memang tak dapat dipisahkan lah! so sape sape rasa nak bagi hadiah berupa pakej percutian, sila bagi pakej bercuti ke tanah tinggi yer! atau pulau! pulau pon aku terima sebab aku suka laut! :) LOL!


adake sape sape yang tak tau tempat nie kat mane? ok! aku tau...mesti ada yang tak tau! apa juga la yang ko tau nie! semua menda aku nak kena bagitau! ish! oklah! ni kat bukit tinggi, pahang yer! bukan bukit tinggi, indonesia!by the way, aku tak penah sampai lagi bukit tinggi nie sebab asal jer nak pegi bukit tinggi mesti termelencong naik genting highlands! boleh pulak kan camtue! ahakz! ;p 

harap harap hujung tahun nie tercapai hajat nak pegi bukit tinggi! jum sape sape nak bawa aku! sila la bawa! serious doe aku nak pegi bukit tinggi kali nie! tak dapat stay sana pon takpe...janji aku dapat round round kat sana snap pictures barang 4-5 ratus keping, kira ok la tue! pueh ati doh! hahahahaah..... yet aku dan camera memang tak dapat dipisahkan juga even though aku sedar diri posing aku sangat kaku macam statue kat depan camera! ada aku kesah????

x    o    x    o

zassssssssssss!!!!!!!!!!

It Is A Must! - Part I -

it is a MUST for me to do all these things everyday.....

1. house cleaning
since aku tengah jobless nie mak aku da ada bibik for free....sukanya la dia sebab boleh concentrates menjahit baju tanpa pening memikirkan pasal house cleaning! everyday mesti vacuum the whole house...termasuklah apa apa jenis bilik yang ada inside my house except for bilik air! lepas tu cuci pinggan mangkuk yang mak aku confirm left in the sink! =.=' then sidai baju itu juga mesti....but sometimes mak aku baik hati, dia tolong sidaikan...ngeeee...thank you mak! ;p

2. detox 
the most important thing! compulsory! detox everyday in the MORNING okay! timing tak boleh lari! aku heran because i know ada certain people yang detox once a week and ada juga yang twice a week pon susah! i wonder mane korang simpan bahan buangan tue ek? and i salute certain people yang detox 2-3 times daily! tapi kira bersyukur la aku detox sekali sehari rather than once in a week or in 2 weeks!

3. brush teeth 
brush your teeth every morning is normal! and of course it is a must unless kau nie jenis yang boleh hidup tak gosok gigi! kalau aku minta mahap la! tapi aku nie bukan cakap every morning i'll brush my teeth, tapi every time aku mandi mesti gosok gigi! 10 kali aku mandi sehari, 10 kali la aku akan gosok gigi aku! boleh blah tak camtu? ini tak tipu! ini fantasi realiti!so aku cakap kat korang kalau korang dengar dengar la aku nak gi menumpang kat rumah korang, korang cepat cepat la remind aku cakap 'irna, ko jangan lupa bawa toothpaste ek nanti!'. hahahahaha....aku tak kisah..ini bagi mengelakkan korang terpaksa berbelanja lebih untuk beli toothpaste extra letak kat rumah korang sebab toothpaste yang sedia ada aku da abihkan! giler kedekut kan kalau camtu!takpe...korang jangan risau, aku masih sedar diri! da guna harta benda orang takkan la aku nak buat cam harta benda sendiri kan?



3. shampoo
ada orang shampoo rambut seminggu sekali! aku tak boleh la! wajib aku shampoo rambut lepas tue letak conditioner lepas shampoo rambut! ini pon aku buat setiap hari! tak bole hidop kalau aku nak amalkan shampoo seminggu sekali! sebab tue rambut aku lembut, bebas segala kutu tak kira la kutu babi ke kutu anjing ke atau kutu kutu yang sekutu dengannya juga bebas kelemumur yer! *tak sedo diri memuji diri sendiri!* lantak haku! sekian lama aku tetap setia menjadi pengguna PANTENE hair fall control! PANTENE lepas nie sila taja shampoo dan conditioner untuk aku sepanjang hayat! sebab aku da jadi pengguna tegar PANTENE! wakakakaka...

4. shower cream
of course bila mandi confirm la nak sabun...takkan ko nak mandi kerbau tak bersabun! cuma aku prefer shower cream rather than soap sebab kalau 1 family ada 10 orang, pastu 10 orang tu juga la yang guna a soap tue, kena pulak yang ada kurap ke panau ke kat badan, ko nak tempek sekali ke kat badan ko? so adalah lebih hygiene guna la shower cream sebab sekali ko pump ko tepek  kat badan ko sorang jer!

5. blow dry 
after shower, da shampoo bagai of course rambut basah kan! ade ke ko mandi pakai air, tapi tak basah! kalau ade aku nak tau juga air jenis ape ko pakai! aku guna air yang bile kena tubuh badan aku sah sah basah! so kena guna towel lap kering. then for my hair aku tak suka guna hair dryer sebab hair dryer  if ko guna daily rambut akan rosak! so the way aku keringkan rambut aku guna kipas! sama ada kipas siling, kipas meja aku kipas satey sekali pon, selagi dinamakan kipas dan selagi ianya adalah reasonable, boleh diterima pakai! pantang aku keluar dari bilik dengan rambut yang basah! rimas la!

6. night cream
sebelum tido, lepas gosok gigi, cuci muka bagai, mesti tepek night cream kat muka! almaklumlah, perempuan kan lebih concern pasal skin care  ni semua! tapi aku bukan type yang over jaga skin oke! siang, muka aku bebas sebarang alat cosmetic kecuali kalau aku keluar rumah dalam tempoh yang lama, foundation with SPF is a must!so bila siang aku let my skin free from any cream, malam la aku cover sikit...nak segarkan muka bagai...so tepek night cream.itu aje....da kenapa nak concern jaga aku punya skin nie adalah kerana penah mengalami zaman kehodohan kulit muka yang agak kritikal! kira sampai tahap kalau cermin tengok muka aku, retak seribu la cermin tue! hahhahha.....hodoh tak hodoh camtu la! ;p since sekarang kulit da tak bape nak hodoh even belum la mencapai tahap kecantikan macam kulit zizie izette ke kan yang mulus, putih gebu sampai bung mokhtar terpikat tue, tapi sangat sangat bersyukur sebab acne scars da tak mungkin korang berjaya kesan kat kulit aku lagi dah! waaahhhh giteww!!!! bebas scar sudah! rahsia nya???? tak mau bagitau! da nama pon rahsia! giler kedekut kan! *sila korek rahsia ini kalau korang rasa envy dengan kejelitaan kulitku ini!* muahahahahahaha ;p

x    o    x    o

akan disambung ada Part II soon...
apa yang korang nak tau pasal aku atau ape yang korang nak aku bebelkan kat blog nie, sebarang cadangan adalah di alu alu kan...leave your suggestion or comment oke!
kot kot nak atau ape make up aku pakai, kasut aku beli mane, handbag aku jenama ape or what so ever, sila inform! :)))
kalau stalkers di luar sana ada menda nak tau pasal aku pon aku tak kesah...sila lah kemukaan pertanyaan anda dengan cara yang berhemah! tak yah nak sorok sorok oke! ;p
adiosssss!!!!!!

Friday, October 29, 2010

Less Than A Year, Divorced???



today i watched tv, rancangan 'Apa Kata Wanita'....topik menarik jugak! pasal kawin!Asal benda berkait dengan kawen jer ko cakap menarik kan! memang gatai! *suke hati la!* muahahahahaha....tu tandanya 'seru' nak kawin da sampai...tapi orang masuk minang tadak lagi! aish! =.=' ada sape sape nak minang aku tak? ;p sila jangan angkat tangan! nanti ade orang makan ati! ;p toink...toink...toink.....kikikikiki....

ok...back to the track...untuk isu arini, JAKIM punya kajian menunjukkan peratus orang Islam yang kawin nowadays meningkat sangat tau kes perceraian! owh! apa sudah jadi tue?

mengikut tetamu jemputan tadi, Puan Suzana yang banyak mengendalikan kes kes rumah tangga nie, dia cakap 1-5 tahun tempoh perkahwinan tu ikutkan adalah masa suami isteri tue mengenali hati budi masing masing....tapi kes kes yang banyak berlaku sekarang yang didaftarkan kat JAKIM (divorced cases) meningkat dengan jumlah peratus kes yang agak membimbangkan la... banyak kes perceraian yang didaftarkan tue usia perkahwinan kurang dari setahun!

adeh!!!!!apa puncanya tue?

oke!kalau korang tengok kes kes yang menyebabkan perceraian tue korang sendiri akan cakap 'bodoh ke dorang tue? macam budak kecik! hal camtu pon bole bercerai!'

meh nak citer sikit ape kes yang bagi aku agak tak masuk akal tue!tapi ini adalah realiti....kes dari fail mahkamah syariah sendiri tau!

KES 1
si suami asal balik keje terus tido kat sofa....isteri kejut suruh bangun makan, suami buat dek...tido je....akhirnya si isteri bungkus kain baju, kuo dari umah sebab bosan ngan sikap suami yang asik tido.... *tiada perkelahian berlaku yer!* sebabkan kes tu dorang divorced!
*masuk akal tak?macma tak dapat nak bawa bincang kan?*

KES 2
kes ubat gigi!nak tanya jap!korang guna toothpaste korang nak tekan kuo kan toothpaste tue korang tekan kat atas ke bawah ke tengah ke atau camne?aku suka suka je aku nak tekan mane mane...asal kuo dan aku bole gosok gigi aku nie! oke! this couple kan hubby dia marah wifey sebab wifey guna toothpaste tekan kat atas while hubby pulak guna tooothpaste tekan kat bawah! disebabkan wifey dia guna toothpaste tekan kat atas dan bukan kat bawah, hubby sangat marah! bole pulak kan? benda kecik dibesarkan! pastu dorang gaduh yet wifey say sorry la sebab dia guna toothpaste tu tekan kat atas bukan kat bawah cam hubby dia nak! tapi hubby tu tetap marah then terus lafaz talak! * satu lagi kes remeh temeh yang tak gunakan akal fikiran yang waras*

KES 3
this couple balik kampung.so bile kat kampung time malam tue tengah tido kat bilik banyak nyamuk....then masing masing tengah tido tue tangan duk puk pap puk pap tampo nyamuk! then tetiba suami bangun sebab banyak nyamuk. dia kejutkan isteri dia, minta peluk! >.< isteri pulak cakap, tanak la..panas la...guna je la selimut tue..tak yah nak peluk peluk... pastu sempat bertekak sekejap kes nak peluk. isteri berkeras tanak peluk suami, suami pulak asyik duk berkeras nak isteri peluk dia...bengang punya pasal isteri tanak peluk dia, terus dia cakap 'aku cerai kau dengan talak !' *masuk akal tak?*

so korang yang baru kawin, yang akan berkahwin tak lama lagi dan juga yang masih tak tau lagi bila  nak kawin tue, nasihat aku da kawin nanti apa apa masalah banyak banyak lah bawa bersabar dan berbincang.... ececece...bagi nasihat macam aku da kawin 20 tahun! ;p 

ok lah..tanak nasihat panjang panjang....nanti ada orang cakap 'hak tuih! cakap macam ko dah berlaki!'

'oke!mak diam je la nok!ko pandai pandai la fikir sendiri mana baik mana buruk untuk rumah tangga ko nanti!'

x    o    x    o

moga tuhan kurniakan aku dan pasangan ku kesabaran dan keimanan yang tinggi dalam melayari kehidupan berumah tangga kelak!
moga dia la jodoh aku yang satu satu nya hingga ke akhir hayat.....aminnnn......

Wednesday, October 27, 2010

WisH Me Luck Ok?

10112010
its the date...
hope i can do my best...
hope i will be among the successful candidate....
hope i will success in this last stages!

Oh My Lord!
please help me....
i really need your help....
its been 2 years i keep on waiting....

dear buddies...
pray for me please...

Tuesday, October 26, 2010

Click Click!!!

tengah layan layan facebook, mak aku kat luar rumah jerit panggil aku... aku pon keluar la...ingatkan mendenya la kan..kot kot ada emergency ke... sekali mak aku suruh snap pictures bunga bunga yang dia tanam...punyala dia exicted sebab bunga yang dia tanam tengah galak berbunga....adehhhh!!!!! =.='

'baiklah!'

aku pun amek la 'dslr' aku yang serba canggih tu pehtu snap la pictures flowers tu semua yang aku sendiri pon tak tau apa species flowers nie...layan juga la...terasa macam duduk kat cameron highlands sekejap! ;p

actually banyak lagi jenis bunga bunga yang berkembang mekar kat taman bunga mak aku nie...tapi malas pulak nak snap....nak lagi snap di tengah panas, feeling itu adalah sedikit terganggu...malas nak berpeluh peluh bagai di tengah panas.... hohohohohoho....so jum la tengok pictures yang aku snapped tadi...

  
pandai kan aku edit? ;p


 geram kan tengok bunga nie.....padan la mak aku excited giler!


macam rupa bunga yang banyak kat cameron...tapi tak tau ape nama bunga tue....kembang 3 bulan ke kalau tak silap!


yang nie tak abes lagi dia kembang


i loike this one...pinky! :)


ada talent tak guna "dslr" ;p


 sape tak tau nama bunga nie? sekeh mau? ni la bunga taik ayam! ni pun mak aku bole suka nak tanam....ini dorang beli oke! bukan main amek kat tepi rumah nie....ada banyk kaler..tapi malas nak snap... ;p



x    o    x    o

sekian dahulu untuk entry kali ini....
chowwwww!!!!

SHooT!!!!!

" mak, bulan depan ummu hani anak mat janggut kawin..."
"kawin ngan orang mana?"
"kl kot kalau tak silap! "
"kawan sama sama belajaq dulu la kot? "
"ya la kot..x pasti pulak!....hurrmmmm.....pastu nur ain anak pakcik sha'ari TNB pon kawin bulan depan jugak!"
"oooo....yaka...dengan sapa?"
"tak tau! tak kenai....tunang dia belajaq kat mesir kalau tak silap...jadi cikgu sekarang nie.. "
"hmmmmmm" 
aik! pendek plak respon mak aku!
"mak, nasirah pun kawin jugak! bulan 12 nanti!"
"amboiiiiiiiii!!!!! ramainya kawan kakak kawin! KAKAK BILA PULAK??????"

bengggggg!!!!!! kena tembak dengan M16.....terus aku diam!

oke! angkat bendera putih dan terus berlalu pergi....taknak report apa apa lagi kat mak...nanti kena tembak lagi!

Monday, October 25, 2010

MOOD ZERO AT ALL!!!!

sumpah tak de mood nak berblogging! padahal ko menaip juga kat sini! oke! takde mood nak berblogging dengan entri entri yang lebih ilmiah, penuh emosi atau ape ape yang lebih bermakna!

feelingless betul! sakit hati pun yer jugak! benci dengan hidup bila setiap kali aku nak gapai cita cita aku dengan peluang yang mendatang, tak kesah la peluang tue giler bapak sangat kebagusannye atau takde la sehebat mane! tapi setiap kali tu juga aku akan kalah dengan kekangan kekangan yang memang itu juga la kekangan yang akan timbul setiap kali aku mendapat peluang untuk aku grabbed! dan until now aku memang serius mati akal tak tau la sampai bila menda ni akan menghantui hidup aku dan terus membiarkan aku menjadi manusia yang sangat useless dan tetap menjadi beban kepada manusia manusia yang macam nak menggalas beban yang tak sepatutnya!

* aku mula da nak bebel!*

as usual la, blog aku...so ada aku kesah aku nak cakap apa pon suka hati la! like i care????!!!!!

harshness! the most i hate! don't be too harsh especially when i'm in bad mood, in trouble, stress, tension, mood swings etc..... because at that moment aku akan jadi lebih keras than a diamond! keras tak keras macam diamond la! stone pon tak keras cam diamond! so please....jangan keraskan hati aku! kekerasan takkan melembutkan hati aku tapi akan merobek, meluka dan menyakitkan hati aku lagi!

by the way, banyak je aku nak review dalam blog aku nie...but because of aku memang feelingless...mood zero at all, so later la will update for the next entri..cerita cerita when i grounded myself in my bro room, tak keluar keluar...ada orang boleh mati kutu kalau buat camtu....tak keluar berhari hari......aku oke jerk! padahal frustrated juga sebab gathering RTTian North Region pada sabtu lepas dibatalkan...kalau tak boleh gak aku keluar pegi me'release' tension bersama RTTian.... =.=' *sighs*

cerita Bandung pon tak terupdate lagi...mood menunggu lace tak berapa nak membuak buak sudah...tunggu je la nanti...aku pakai lace tu buat kain selimut jer...ada harapan ke nak pakai kain tu untuk event event yang tak tentu lagi jadi ke tak....malas nak fikir!baik buat kaftan di raya haji ni pon meletop jugak! *tetap nak vogue walaupon poket kering!*




x    o    x    o

tetap berdoa semoga apa yang aku inginkan dapat ku miliki.....
semoga dilembutkan tuhan hati manusia manusia itu...
fahami lah, jangan dikurung hidup aku sebegini sebab aku takkan maju kalau terus camnie...
lama lama expired juga....takda da orang nak hire aku lagi! :((((((






Saturday, October 23, 2010

Down.....Down.....Down....

*sigh* starting entry is too bad! hell yeah! i know it! 2-3 days back was a very miserable days! everything is likes dumping me to the ground! oke! and as usuall, i'm crying! damn u, so weak! semua benda aku rasa tak kena! and the worse part is when i feel like i need to face all this things alone!

i went here and there...i try to find the solution! but things happened buat aku rasa macam nak terjun je bangunan 80 tingkat! * rasa je la * tapi alahamdulillah iman masih kuat dalam dada cuma aku kecewa dengan apa yang berlaku sekarang nie! dan to be honest aku benci entry emo tahap gaban macam nie! :'( *nak nangis lagi!*

i was like thinking of something for my future life.... i keep on waiting until suddenly an unexpected chance appears and i wanna grabbed it but i can't! shoot! totally looser! to be honest again, i really unsatisfied with what i have! i need more than this! i need a career, a job and sure money....at least for myself so that i won't be the biggest BURDEN to 'those people'! *those people that i can't mentioned the name here....and i want 'those people' to know that i feel damn useless everyday!yes! its everyday feelings that i never mentioned to you! *

aarrgghhh!!!!! basically its hard for me to explain everything, to express the feeling, to tell what had happened from A to Z....kalau aku citer pon tak tentu korang dapat faham apa yang aku rasa!

its difficult to change the mentality of people...outdated mentality at all! kalau mampu aku pegi mengemis kat tepi jalan, aku buat je!kalau aku anak jutawan, duit melimpah ruah, tak payah aku nak tempuhi semua nie...i can do everything i want! senang senang je aku kick out all these obstacles!


x    o    x    o

Ya Allah Ya Tuhanku....
bantulah hamba-Mu ini...
Permudahkanlah segala urusanku....
lembutkan lah hati hati yang keras itu....
logikkan lah pemikiran pemikiran mereka.....

Friday, October 22, 2010

Its Hard and Its Hurts!


this was a very tough for me! i'm tired to be a puppet! i can't even make a decision for myself! i don't know what to do! i don't have any idea! aku hanya sorang! korang amek la parang ke kapak ke meh belah aku, pastu amek sorang satu bahagian! i'm tired to face all these thing! aku da tak tau cam mane nak penuhi semua kehendak orang lain! aku kalau boleh nak je semua orang happy pastu tunaikan dan buat je ape semua orang yang aku sayang nak aku buat dan nak aku jadi! tapi aku sendiri tak mampu!

sedangkan aku sendiri terkedu, terkaku untuk buat keputusan untuk diri sendiri! its like i'm a looser when there is such a great opportunity for me and its all about my future, then there is a lot of obstacles that i don't know how to overcome it! then i feel like shouting "crap!"... 

"are you goin to grounded me here?"

hell yeah! i hate myself! i hate to be what i am! i hate myself because i'm useless! totally useless! i can't make my own decision yet i can't do nothing!

he said 'go for it!'

the other said 'don't do if u cannot do it!'

and she turned to 'on' and 'off'! shoot!

and finally i need to shut my mouth up! be the stupidest ever! i can't even decide for my future! OMG! its already passed 2 years! and i still got nothing in my life! and the biggest thing...

"AKU DAH JADI BEBAN KEPADA ORANG LAIN!"

damn it! LOOSER!


seriously aku buntu dan serba salah....if i didn't go for this one, that one didn't promise anything yet! but if i'm waiting for that, tak pasti lagi aku boleh dapat! but if i wanna grab this opportunity, there is alot of obstacles and i really need 'those people' to help me out! but those people tak nak sacrife for me! ya Allah! macam mana nie???? 

'those people' je yang aku boleh minta tolong because of 'responsibilites'... yeah! their responsibilities...i can't never and ever berharap dari orang lain except from 'those people'.....unluckily...they never understand me! :'(

nak cakap tentang obstacles itu terlalu lah banyaknya....dan sangat menyakitkan hati aku! da tak reti cam mane nak express apa yang aku rasa right now! ape la naseb aku nie! *sigh* *sigh* *sigh* *sigh*


x    o    x    o

---> i wanna go to work <------
---> i need a job <------
----> i really need 'your' help <----
----> please do understand me <------
----> i'm tired and hurts! <-----
----> AKU TAKNAK JADI BEBAN KEPADA ORANG TU LAGI!!!!!!!!! <-------










Thursday, October 21, 2010

I'm A Churper! ^_^

Aloha amigoska!
hello there!
Churper is in the house!!!!!!!

i'm a nuffnanger and...
i'm a churper!
how about u, bloggers?
lets join me, hurry up!
lets together join churp churp!
and be a churper!!!!!! :))))



register yourself here!

My Wishlists

hye buddies! hye bloggers! hye silent readers! hye enemies! aiyark! enemies are totally restricted! no enemies are allowed to be here! sebab haku tak suke nak musuh musuh dengan umat manusia! unless kalau ada juga umat manusia yang rasa nak bermusuh dengan aku tue aku tak tau la ape masalah manusia tue! tak sebab umat manusia tu mental dia mesti dengki dengan aku yang takde pape nie!

ok...hari nie terasa nak mengupdate tentang wishlists aku yang da lama terpendam dekat dekat nak jadi ikan pekasam da nie sebab da lama aku peram! lantak! keadaan tak mengizinkan lagi...da nak buat cam mane!

aku meletakkan target untuk aku berjaya mendapatkan apa yang ada dalam wishlists aku buat masa nie dalam 3-4 tahun la aku berangan angan aku akan dapat mende alah nie semua! ok tak?

kira ok la...memandangkan aku pon jobless sekarang...so witihin 3-4 years aku target aku da bekerjaya time tue....pastu pok pak pok pak nak kumpul duit bagai, dalam 3-4 tahun la kot baru aku dapat tunaikan apa yang aku kepingin nie....so apa yang aku kepingin dan sampai sekarang masih tak tertunai ialah seperti berikut:





Blackberry Storm



i Phone Pro


Nikon D90 yang asyik ade je halangan bile aku nak beli....Aish! =.='

ingin ditegaskan di sini bahawa semua wishlist ni akan aku dapatkan dengan usaha dan titik peluh aku yer!

i'm not that type of person yang ngade ngade nak main minta jer....

" yang...yang...i nak tukar hp baru la...i nak pakai blackberry storm...u belikan i yer...please...." sambil merengek rengek mengada kat boyfriend!

ataupun....

"abah....kakak nak beli dslr nie....abah belikan yer...nak D90 dengan lens yang panjanggggg tue (sambil muncung kan mulut da macam gaya muncung tikus mondok)..tak mahal pon..harga lens tu dalam 2-3 ribu je...murah kan?"

pastu bila abah tanak bagi merajuk tak makan 2 minggu!

i'm so sorry! type aku nak apa apa je especially something that is consider as keinginan bukan keperluan, aku akan dapatkan melalui usaha aku sendiri... da kata usaha tue maksud aku kerja and cari duit sendiri oke! bukan usaha menggoda sape sape untuk belikan ape yang aku nak! 

hangin aku tau jenis nak main goda sana sini nak dapatkan something yang ko nak! usaha sendiri tu kan lebih afdal! aku lagi puas hati kalau aku yang usaha sendiri, cari duit sendiri dan beli untuk diri sendiri! perrrgghhh!!!! kenikmatan yang tak terhingga lah!caya  la luuuuu......hahhahhahaa


x    o    x    o


harap harap tercapai hajat aku!

6 bulan sebagai guru kontrak da berjaya beli nokia E71 cost me around RM1.4k+++ sebab termasuk cost aku upgrade hp tue bagai.....

dan beli portable Samsung PL10 yang menjadi kesayangan ku buat masa nie costs me around RM1k kalau tak silap...mencapai tahap kepuasan yang maxima sebab pakai duit sendiri! yeeeppppiiiii!!!!!!


5-6 bijik hp yang aku penah pakai before nie pon semua dibeli dengan duit sendiri...even ade salah satu yang dibeli dengan menggunakan duit ptptn itu consider duit sendiri sebab hutang ptptn aku yang kena bayar sendiri!hahahaaahah...aci tak? ;p








Tuesday, October 19, 2010

Crunchy Popia

hye bloggers kesayangans, silent readers yang dikasihi....banyak sangat ke yang baca blog kau! femes sangat ke DeLiCiOuSTaStYDeLiCiA nie?


yesterday, i baked the cupcakes! mood memasak 2-3 hari ni meningkat secara mendadak! toink! toink! toink! today i'm gonna share a new recipe from me, named as Crunchy Popia! suka hati bagi nama! kahkahkah!


ok! lets start! ingredients as follow:




garlics, chopped it


button mushrooms, potong nipis nipis yer sebab nanti korang nak gulung die dalam kulit popiah!



chillies, chopped juga..nak letak berapa banyak ikut suka hati korang!
sorry pictures kurang jelas memandangkan snapped guna camera handphone...huhuhuhuhu


mixed vegetables, sebanyak yang korang nak..suka hati jugak!nak letak sekilo pun aku tak kesah! kuikuikui... sila la guna logik akal fikiran yer!



ini namanya black paper yang aku da tumbuk guna lesung batu sehingga agak halus...tapi suka hati jugak la kalau korang nak tumbuk halus ke, tumbuk kasar ke, tanak tumbuk ke....sebab korang yang nak makan nanti....mak tak kesah!


and this is the main ingredients...daging kisar! actually this one aku guna daging burger je sebab kat tempat aku ni aku tak tau kat mane nak cari daging kisar!wakakakaaka..giler siot! tempat sendiri tue!nampak sangat tak suka merayap! ;p
ok!back to the track, daging burger tu aku potong potong dadu....mesti korang tak nampak cam dadu kan? imagine sudeyyyyy.....


bile nak masak step mula ape???? panaskan minyak.....pandaiiiii....letak minyak jangan ler banyak banyak....agak agak la untuk korang tumis bawang...jangan korang gi deep fry la garlics tue yer!

da agak agak naik bau, masukkan black paper yang da ditumbuk halus tue...

lepas tu masukkan daging..kacau rata, agak daging da cam masak sikit, masukkan button mushrooms, diikuti red chillies, mixed vege...

jangan lupa tambah perasa yer..sedikit garam, gula and kiub ayam...and kalau rasa nak tambah bawang besar yang dipotong bulat pon boleh...

kalaw rasa nak tambah black paper sos pon ok jer...pastu masak la sampai initi untuk popiah tu masak...


finally, nie la rupanya inti popiah yang siap dimasak tue.....colourfull of LUNA kan? ;p

lepas masak, sejukkan inti tue dulu. kalau rasa jari jemari korang tue rintang haba, sila la tersukan ke langkah seterusnya.... disebabkan jari jemari aku nie punya la chumil kan, kena la tunggu inti tu sejuk dulu... lepas sejuk sikit baru la aku melangkah ke step yang seterusnya....


kulit popia, beli je kat kedai...sonang cite! kalau rajian sangat boleh lah buat sendiri....mak busy la..tak kuasa nak buat! XD


tepung gandum yang dibancuh dengan air untuk jadi pelekat kulit popia nanti...kalau rasa nak letak gam UHU pon boleh, tue pon kalau da rasa lama sangat la korang hidup kat dunia nie!


letakkan sebanyak mana pun yang korang suka inti yang korang da masak tadi tu di penjuru kulit popia tue...


then mula la menggulung kulit popia tue....


da siap gulung, gamkan hujung tue dengan bancuhan tepung gandum tadi...


taaaaaaarrrrrraaaaaaaaa..... finally, 50 bijik Crunchy Popia done by me....simpan dalam tuppaware elok elok...and bole simpan dalam freezer...tahan la beberapa hari ke beberapa minggu....so bila rasa nak makan keluarkan je from your freezer and deep fry la popia nie..


sungguh enak dimakan begitu sajaaaaaaa..... (nyanyi ala ala iklan Gardenia yer!)





x    o    x    o

sekian sahaja recipe dari aku untuk entri kali nie..

selamat mecuba yer!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...