I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 21, 2010

Sape cakap PEREMPUAN kahwin sebab nak LELAKI tanggung hidup dia?????



tetba saya terfikir akan persoalan ini...bukankah menjadi tanggungjawab seorang lelaki itu untuk memenuhi keperluaan nafkah zahir dan batin isterinya apabila sang lelaki berkahwin kelak?


nowadays saya seperti tersedar akan sesuatu..maklumlah,mungkin da terkena pada batang hidung sendiri.baru la terasa nak berfikir!itulah manusia, mudah alpa dan mudah lalai!manusia itu lemah..hakikatnya memang begitu, tidak pernah sempurna.


apakah sesuatu yang saya tersedar itu?hmmm...makin kita meningkat dewasa makin banyak perkara yang perlu difikirkan secara terperinci.sehinggakan kata2 manusia sekeliling seringkali memaksa saya untuk terus berfikir.


statement 'ada keja bole la kawin..kalaw xde keje mcm mane nak kawin?' sering menghantui fikiran saya.bukannya apa..saya juga bakal melalui stage kehidupan itu!hurrmm...berbalik kepada statement itu, bole tak kalaw saya katakan statement tu bole diguna pakai untuk sang lelaki sahaja?tidak sesuai untuk sang perempuan?eh!saya tau ada yang tidak setuju!


mari kita fikirkan...bukankah tanggungjawab sang suami untuk menyara sang isteri pabila sang lelaki telah sah di ijabkabul bersama sang perempuan?fitrah dan hukumnya memang begitu kan?tapi apa yang saya nampak pada hari ini sudah menjadi lain...


apa pula yang lain?disinilah yang lainnya...sang perempuan seolah diletakkan syarat WAJIB bekerjaya sebelum kawin.apakah?i'm trying to find a dalil that state a woman should have a good career before they get married but i couldnt find it!islam tidak pernah meletakkan syarat yang seorang perempuan itu WAJIB bekerja sebelum berkahwin!TETAPI, sekiranya sang perempuan itu punya kerjaya sebelum dia berkahwin, itu adalah satu bonus kepada sang lelaki.kerana sang isteri yang bkerjaya bole membantu sang suami dengan pendapatan yang diperolehinya itu.


tetapi, ini bukanlah menjadi satu reason untuk sang lelaki menolak tanggungjawabnya sebagai sang suami yang seharusnya menyara kehidupan dan melengkapkan keperluan nafkah zahir dan batin sang isteri.bukankah tanggungjawab sang isteri itu hanya melayan kehendak sang suami asalkan tidak melanggar syarak?


cukup saya katakan disini bukanlah maksud saya nak menyangkal apa2 yang berlaku pada zaman yang kian canggih ini.saya juga tidak langsung berniat untuk mengatakan yang perempuan tidak perlu bkerja untuk berkahwin!saya juga sebagai perempuan, yang telah 3 tahun memerah keringat memerah otak study di universiti, sudah tentu mengharapkan punya kerjaya yang stabil,dan memperoleh pendapatan yang sekurang2 nya mampu saya gunakan untuk menyara diri sendiri.sedikit sebanyak saya mampu meringankan beban sang suami bila saya bkahwin kelak!


tapi umum tahu, untuk mendapat pekerjaan pada masa kini bukanlah semudah zaman dahulu yang mana kerja itu yang mencari graduasi universiti...ini adalah pengalaman yang saya perolehi dari orang2 yang telah berjaya yang berada disekeliling saya.mereka sendiri mengakui yang zaman kini, graduasi itu sendiri yang harus mcari pekerjaan, bukan lagi zaman kerja yang mcari graduasi kini.


"ada kerja baru bole kawin,takde kerja x bole kawin"...errkk!!!!!kenapa saya ulang lg statement itu?owh!itu bukan statement dari ibu bapa saya..tp ia adalah statement dari orang2 disekeliling saya.


adakah saya mampu utk predict bila saya akan mendapat pekerjaan yang tetap serta memperolehi pdapatan bulanan yang mampu saya gunakan untuk menyara diri saya sendiri???alangkah bagus kalaw saya adalah ahli nujum yang mampu membaca takdir yang tuhan telah tetapkan kepada saya!dan kemudian boleh la saya katakan kepada si dia ''daripada pengamatan saya, tuhan telah tetapkan pada 12.12.2012 saya akan dapat kerja...jadi saya rasa eloklah kiranya kita kawin selepas tarikh itu.sebab lepas dari tarikh itu saya sudah ada kerja...jadi saya dapat bantu awak!''


owh!itu hanya daydream smata2...dan itu hanya 'kalaw'..sekarang realitinya saya tak mampu nak predict kehidupan saya, takdir saya.jadi harus bagaimana?mampu ke saya nak katakan pada si dia 'tunggu la sampai saya dapat kerja baru kita kawin'....nak 3@4 tahun lagi baru saya dapat kerja mcm mana?sedangkan umur makin meningkat?apa yang harus saya lakukan?saya benar buntu!


ada satu dalil yang berbunyi seperti ini yang bermaksud:

maksudnya: kahwinkanlah orang yang bujang daripada kalangan kamu dan yang baik daripada kalangan hamba-hamba kamu yang lelaki dan perempuan. jika mereka miskin Allah akan memberi kekayaan daripada kurniaan-Nya dan Allah Maha Luas (pengurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.

surah An-Nur : ayat 32


Allah s.w.t telah menyatakan bahawa Dia akan memberi kekayaan kepada hamba-Nya. bukanlah bermaksud Dia akan memberikan emas permata kepada hamba-Nya tetapi Dia akan mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya.harus kita faham disini rezeki yang tuhan kurniakan itu adalah di dalam pelbagai bentuk....bukan sahaja dari segi makanan tetapi mungkin melalui kenaikan pangkat, mendapat kerja, dll itu juga merupakan rezeki.



wallahualam...saya hanya hamba-Nya yang banyak kekurangan..cuma jangan dijadikan kekurangan saya ini sebagai hukuman untuk kehidupan saya.setiap saat dan tika saya tak pernah putus memohon pertolongan daripada-Nya agar dimurahkan rezeki saya dan dipermudahkan urusan saya untuk mendapat pekerjaan yang stabil dan pendapatan yang tetap.saya juga punya keinginan untuk membantu keluarga disamping membalas jasa baik kedua ibu dan bapa yang telah banyak bkorban membesarkan saya dan memberikan pendidikan yang sempurna hingga saya mampu menggenggam segulung ijazah.


x o x o

masih tak mampu nak lupakan statement seorang manusia yang lupa batasan!

"perempuan cmtulah...nak kawin sebab nak lelaki tanggung hidup dia!"

hey!awak tu lelaki!jangan ingkar dengan perintah tuhan!

tuhan da letakkan tanggungjawab awak sebagai lelaki, so kenapa perlu nak mempertikaikan apa yang tuhan da tentukan?????

awak nak perempuan pulak ke yang amek alih tanggungjawab lelaki????

fikir2kan lah...lelaki dan perempuan ade tanggungjawab masing2...

apa yang terjadi, saya tetap nak cari kerja...saya adalah wanita berwawasan yang ingin berjaya dalam hidup!


6 comments:

  1. depends jgk.. ade cm sorg yg sy knl.. dia tu assistant manager, tp suami dia tak keje.. dia slalu cte laki dia duk umah tgk tv, men fb.. sume psl umah dia bayar..sian kan.. mmg ptot laki tggung hal mkn pkai isteri dia.. tp x slh kte sbg isteri nk mmbantu.. lgpn cm mak sy ckp, kte mmg la kna kje.. utk ade bekap di ms dpn.. tp yg plg diutamakan, si laki..

    ReplyDelete
  2. depends lah.
    if parent ko ok ko tak keje bole je kawin.
    asl laki mampu tanggung.
    cm aku ni leh je tak keje nthen bole nak kawin je pasni.
    tp abah aku takut aku bosan lak kan.
    so sb tu decide slagi ade peluang tu apply jela.
    cume rezeki cepat or lmbt je.
    jgn dgr kata2 org.
    sampai bila kan?
    cheers :D

    ReplyDelete
  3. fyra:bgus jgn jd lelaki kalaw cmtue...itu da sgt2 tblk...pompuan tggung laki...da tu mana tggung jwb laki?mmg la,...akak pon nk keje dik..tp fhm2 je la..skrng keje susha nk dpt...

    ReplyDelete
  4. sha:aku setuju/...slagi ada peluang apply...tp soalnya kalaw kita taw bile rezeki kita nk dpt keje tu smpai ok gak...buatnye aku ckp kt bf aku tggu la smpai aku dpt keje bru kawin...da tu tgggu tu x taw brapa lama..cmne plak tue?itu yg aku pk...umur kita makin meningkat...mmg kdg2 mulut org ni pndai ckp...ntah la sha..dugaan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...