Bahan-Bahan:
Bahan A
500gm isi ayam5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu teh gula
1/2 cawan air
2 biji tomato (dipotong baji)
3 biji cili merah (dipotong serong)
3 biji cili hijau (dipotong serong)
Minyak untuk goreng ayam
1/2 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
Bahan B (Dikisar)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan C (sebagai hiasan)
Kacang pis
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak (jangan bagi garing sebab tanak ayam tue nanti keras)
2. Angkat ayam, tos minyak. Tinggalkan sedikit minyak untuk tumis bahan kisar.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
4. Masukkan cili merah, cili hijau, capsicum, air, sos tomato, sos cili, dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan ayam dan tomato.kacau rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan kacang pis.
No comments:
Post a Comment