I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 2, 2011

SENARAI SEMAK PERKAHWINAN

sharing is caring....ramai kawan kawan nak kawin.jum tengok senarai semak perkahwinan.boleh juga jadi panduan kita bersama :)

12 BULAN SEBELUM
  • Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua dua pihak berkenaan tarikh dan waktu bernikah.
  • Menagtur budget yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah.
  • Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel, dewan atau rumah.
  • Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau bufet.
11 BULAN SEBELUM
  • Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui oleh kedua dua pihak.
  • Mengikuti kursus kahwin.
  • Mengintai intai pakaian perkahwinan.
  • Membeli barang hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju dan lain lain.
10 BULAN SEBELUM
  • Memilih pengapit dikalangan rakan atau saudara mara.
  • Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis.
  • Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan budget.
9 BULAN SEBELUM
  • Mengumpul nama tetamu.
  • Pilih katering atau masak sendiri.Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakkan kesulitan di masa akan datang.
  • Pilih jurufoto dan juruvideo.
8 BULAN SEBELUM
  • Menempah lokasi dan tarikh majlis (khusus untuk dewan dan hotel).
  • Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir.
  • Menyelesaikan segala temu janji dengan doktor.
7 BULAN SEBELUM
  • Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori.
  • Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin.
  • Memilih jurusolek.
6 BULAN SEBELUM
  • Mula menempah kad perkahwinan.
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama islam.
  • Menjalani ujian darah/HIV jika diperlukan.
5 BULAN SEBELUM
  • Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit dan mencuba pakaian).
  • Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang, penghias majlis).
  • Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri.
4 BULAN SEBELUM
  • Pilih cincin kahwin.
  • Menyiapkan gubahan hantaran (sama ada membuat sendiri atau menempah).
3 BULAN SEBELUM
  • Memastikan kelngkapan P.A sistem lengkap seperti deejay, iringan lagu dan sebagainya.
  • Mengaturkan penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.
2 BULAN SEBELUM
  • Menulis dan mengutus kad perkahwinan kepada tetamu.
  • Bersama bakal pasangan menyedang pakaian supaya nampak anggun di hari bersejarah.
  • Hadir ke sesi cubaan menu (jikan anda mengadakan majlis di hotel atau dewan).
1 BULAN SEBELUM
  • Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu dan sauna).
  • Pastikan cincin dalam ukuran yang betul.
  • Pastikan segala tempahan pelamin, juru solek, tiket kapal terbang, bilik dan keperluan perkahwinan berjalan dengan lancar.
  • Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah, tiara dan kasut.
  • Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda. Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik.
MINGGU SEBELUM MAJLIS BERLANGSUNG
  • Bertemu dengan urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar.
  • Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis.
  • Berada dilokasi lebih awal untuk mendapatkan mood majlis.
1 MINGGU SEBELUM
  • Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urus setia jika terdapat perubahan.
  • Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
  • Hindari konflik dan tenangkan hati.
DIHARI PERKAHWINAN
  • Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan.
  • Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari.
  • Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.

2 comments:

  1. Irna..jgn lupa PM tarikh kahwin awal2..hihi.

    ReplyDelete
  2. hehehehee...ok2 :) nnt kite PM wanee kt fb :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...