Assalamualaikum w.b.t.....
yeay yeay!!!!! hari nie Teacher Irna yang sweet *amek baldi muntah jauh jauh* nie menunggu buah yang tak gugur! buah ape? buah hati! ah! tipu dan mengarut! kakakaka.... :D ok!sewel sekejap due to petang nie takyah ajar tuition sebab anak murid ponteng lagi! memang nak kena babap budak nie tau! tanak pandai ke??? ish! bebudak zaman sekarang! :P erk? terbebel pulak!standard la jadi cikgu mesti nak bebel bebel! *hampun cikgu cikgu*.
so sebab petang nie sedikit free, saya pon amek la masa untuk godek godek blog kesayangansssss *see..banyak S kan?* dan start blogwalking dan seterusnya blogjogging! ahaks! ;p so tersinggah kat blog mek klate nie yang merupakan a friend of mine.siapa dia?biarlah rahsiaaaaaaa.....
review sikit pasal the latest entri dia. ada luahan perasaan terhadap someone yang kaki kepoh.maklumlah, dalam dunia nie ada macam macam jenis manusia.salah satu spesies yang tak boleh tengok manusia lain lebih senang dari dia.so manusia spesies nie akan start create the very best story until we can give an award to that particular person. award kaki kepoh the very liar! ok tak? ouch! memang takde award yang sesuai pon untuk orang macam tue basically!
ok friend! i do understand how did you felt!coz we're in the same shoe!pernah juga ada kaki kepoh yang cuba tunjuk kepoh in my life! such a jerk! common la...luar dalam orang ke kau nak amek tau?pernah juga ada orang menjaja cerita pasal saya. cakap saya nie keje tak bagi duit kat mak bapak. i don't care about it at all!coz i know what i am doing! takkan la setiap kali bagi duit belanja bulanan kat parent saya kena buat announcement! 'heylo villagers, for this month i give RM*** to my parent! and i already spent RM*** for groceries! shopping kat TESCO tawww....saya swap card lagi!kaya tak saya????' do i need to do that guys? common la...for me biar la tangan kanan memberi, tangan kiri tak tau pon!
and perlu ke saya announce kat korang susah senang hidup saya? tell you what, saya pernah hiudp susah masa kerja kat KL! this is serious! terpaksa catu duit, catu makanan sebab masa tu gaji sikit! can you imagine dengan income less than RM1k, how can i survive in that metropolitan city? stay pulak kat kawasan segi tiga emas! sewa untuk 1 bilik yang kecik, muat la untuk 2 orang, cost us around RM390 per room! tu tak kira transportation, foods,bills dan cost cost lain yang nak ditanggung! nobody knows! but i'm proud of it! i got such a priceless experience! belajar hidup susah! mengerah tulang empat kerat! dikala hujung minggu orang lain sebok bercuti, keluar shopping, saya pegi keje...pulak tue extra hours lagi! see..saya sangat gigih! :D
and now! tuhan bukakan pintu rezeki saya.i'm starting my online business! i'm selling korean contact lens and now da tambah new product! DDR! alhamdulillah, thanks God. customer tak putus putus. yet, ada juga yang tak puas hati cakap saya tiru dia buat business nie la ape la! tell u what! perlu ke nak canang sedunia kalau saya nak buat business apa pon? tak perlu la nak pung pang pung pang cakap macam tin kosong tapi takde hasil! for me, baik usahakan sampai menjadi, then nak bagitau kat orang lain pon its up to you la! and the most important part is that i struggle myself from A to Z. nak cari supplier, nak promote, nak keluarkan modal! i do it myself without any help from anyone especially YOU!so tak perlu la nak cakap saya tiru kau because there are thousands business yang sama di alam maya dan reality nie! so u don't have any right nak cakap saya tiru kau! oh!peh-lis! nak pakai lens pon saya tak belajar dari kau! so tiru kau ke????
rezeki tu kurniaan tuhan!kau usaha lebih, kau dapat!tapi kalau asik kau nak mendengki dengan orang, memang kau tak ke mana!melainkan kau sebenarnya menunjukkan lagi kebodohan dan kejahilan diri kau! sebab? sebab kau kena sedar apa saja yang manusia tue dapat semuanya kurniaan tuhan...Allah s.w.t. jadi kenapa kau nak mempersoalkan dan mempertikaikan setiap apa yang tuhan kurniakan terhadap seseorang manusia tue? right?
"allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"
ini untuk kau! please wake up! jangan nak jadi orang bodoh dengan mengutuk menghina orang sesedap rasa! dari nak busuk hati tak tentu hala dengan rezeki yang Allah kurniakan untuk orang lain, lebih baik kau pegi usaha dan sucikan hati yang hitam tue! typical malay yang tak boleh tengok bangsa sendiri nak majukan diri!
and 1 more, setiap apa yang berlaku tue Allah s.w.t da tetapkan sejak dari loh mahfuz lagi! *tetiba saya da macam ustazah* jodoh dan pertemuan juga di tangan tuhan! takkan tu pon tak tau??? jadi apa guna kalau tetiba jodoh seseorang tu da sampai dulu, perlu ke nak caci maki sana dan sini? sekali lagi kau cuba menolak ketentuan tuhan! da satu dosa! lepas tue mencanang cerita sana sini, tabur fitnah! alhamdulillah, makbul lah dorang orang yang teraniaya tue!aminnnn.......
saya ada parent yang bukan jenis memanjakan anak anak...sejak dari sekolah menengah da start diajar cari duit sendiri untuk beli baju raya dan barang barang lain! until now da bertahun tahun my dad no need to spend money to buy me baju raya! even for a single clothe! saya cari duit sendiri! bangga la juga! :) but then baju raya tiap tiap tahun tak pernah kurang dari 2 pasang! ^__^ apa yang menghairankan, what ever i wore, ada juga manusia yang nak sakit hati! once again! common la....i never ask any single cent from my parent apa lagi dari KAU to buy even a t shirt! so i don't know why ada orang yang nak sakit hati cakap saya itu ini! hal nak melaram its up to me! saya cari duit sendiri, and i deserved what ever i want for myself! i'm not that type yang keje menadah tangan kat mak bapak ke kat boyfriend ke bila nak beli something!coz i'm almost 25 years old! and i don't think that i need to ask money from my parent anymore! kau da keje tapi kau nak menadah tangan kat mak bapak kau itu saya tak peduli! like i care????so please jangan nak dengki kalau orang lain bole dapat apa dia nak dengan usaha dia tapi kau tidak! beggar! ke pisau cukur????
sumpah saya hairan dengan manusia yang i called them manusia PENDENGKI! sepatutnya kau ucap syukur dan gembira bila tengok orang lain lebih bahagia, lebih apa saja la dari kau! dan yang paling penting tingkatkan usaha ke arah mendapatkan apa yang kau takde disamping berdoa kepada tuhan! bukan sakit hati tak tentu pasal dengan orang lain dan seterusnya kutuk, hina, caci maki dan menabur fitnah! sampai benda yang tak ada ada kau ada ada kan!
pesanan saya untuk kamu kamu dan kamu serta sesiapa sahaja sebab ini adalah pesanan khidmat masyarakat dari saya untuk anda:
1. ucap syukur bila tengok orang lain lebih segala gala dari anda.
2. jangan nak dengki tak tentu hala.ingatlah bahawa apa yang seseorang tu dapat semuanya kurniaan dari allah s.w.t...hanya Dia yang tau baik buruk sesuatu yang Dia takdirkan untuk hamba-Nya itu.
3. usaha lah dengan cara yang baik untuk menjadi lebih baik dari orang lain.
4. elakkan menabur fitnah, menghina, mengutuk serta mencaci.sebab tak ada untung yang kau dapat melainkan dosa semata mata.
5. paling penting sucikan hati anda supaya ianya tak bertukar menjadi lebih hitam dan busuk!
6. terima ketentuan dan takdir allah s.w.t dengan hati yang terbuka sebab tuhan tu tak kejam. hidup nie ada ups and downs nya....tak ada untung nak sakit hati dan dengki dengan kejayaan dan kebahagiaan serta kelebihan orang lain melainkan anda hanya menjadikan jiwa anda tidak tenteram!that's all!
x o x o
bila anda dikelilingi manusia spesies camnie, abaikan je dorang!
sebab mereka adalah manusia jahil yang tak dapat menerima takdir yang ditentukan tuhan....mereka tak tau apa itu qada dan qadar tuhan :)
pity them!semoga dibukakan hati mereka......aminnnnnn....