I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 9, 2011

SHARING IS CARING

Ini hanyalah sekadar niat untuk berkongsi.apa guna bagi tips untuk couple.lagi bagus bagi tips untuk sebuah perhubungan yang segalanya adalah halal... :)

10 cara SUAMI melayan ISTERI


  • suami perlu menjadi pemimpin yang baik dan role model kepada isteri dan anak anak. iman dan taqwa adalah kunci kebahagiaan keluarga.
  • jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. buangkan ego anda dan minta maaf jika suami bersalah dan pujuklah dengan mesra.
  • tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga makan minum dan anak anak anda di rumah.
  • jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. jangan sesekali memukul isteri.
  • ambil berat akan kesihatan isteri anda. sekiranya serius, bawalah ke klinik.
  • isteri tidak suka anda membandingkan dia dengan perempuan lain/ ibu mertua baik dari segi rupa, masakkan dan sebagainya.
  • sentiasa meringankan kerja dan membantu isteri membuat kerja di rumah.
  • pulanglah awal sekiranya anda keluar dengan kawan kawan terutamanya pada waktu malam. ingat tanggungjawab dan keluarga anda dirumah.
  • jagalah maruah dan aib isteri sebagaimana isteri anda menjaganya.
  • bersama sama menjaga kebersihan diri dan rumah anda. sekiranya anda merokok, elakkan merokok di depan isteri dan anak anak anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...