I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 23, 2011

PRAY FOR HIM

haish!!!!lamanya tak dapat nak bermanja manja dengan blog kesayangan! :( sekarang nie my life is really hectic! rasa macam nak pegi bercuti! penat otak dan badan! banyak betol cerita tak terupdate hingga kini! :( sedih lagi! sorry yer readers! i'm extremely busy!

sekarang mencuri masa untuk update news buat keluarga yang jauh tentang perkembangan our uncle, Cik Din yang accident 2 minggu lepas. pagi kelmarin mencuri curi masa juga untuk melawat Cik Din after almost 2 weeks tak melawat beliau hospital. sebab hari tue busy dengan persiapan majlis tunang dan hal hal lain lagi. so kelmarin da batalkan kelas tuisyen the whole day. pukul 11 pagi ikut mak, abah pegi hospital seberang jaya. wad dibuka pukul 12.30 tengah hari. terus kitaorang masuk wad pukul 12.30 tue.

headed to wad 7. selak selak langsir sekali da tukar orang!aik? terus pegi tanya nurse. nurse cakap da kena pindah pegi wad 3, wad patah! so bergegas ke wad 3. cik din ada kat situ atas katil tengah rehat. no more wires yang berselirat kat tubuh badan dia. cuma luka operation kat perut masih berbalut dan tangan kiri juga disimen dan dibalut. tapi alhamdulillah, cik din da bole cakap walaupon suara dia agak perlahan.

lepak dalam wad sampai pukul 2 petang. masa melawat tamat! kena keluar. pukul 5 petang baru dibuka semula.so lepak kat kantin hospital with mak and tok som. lunch kat kantin sambil tunggu abah.3 jam menunggu itu sesuatu yang menyeksakan. damn sleepy time tue! asyik makan minum makan minum sebab nak hilangkan ngantok! lepas tu tukar tempat pegi lepak kat pondok menunggu depan hospital sambil baca magazine.


first day cik din dihantar ke hospital seberang jaya nie, terus dia kena tolak masuk dewan bedah immediately! lepas selesai operation terus masuk ICU. lepas tue masuk wad 7. sekarang kat wad 3 pulak!


discussion among them!

pukul 5 naik ke wad balik. cik mah, his wife and their daughter, Aishah is waiting for us! bad news from doctor! cik din kena masuk dewan bedah lagi esok untuk masukkan besi dalam lengan kiri dia yang patah. bad news nya ialah doctor akan try bius bahagian lengan kiri sahaja time operation. tapi kalau tak boleh, dorang kena bius 1 badan cik din.apa yang tak baiknya ialah doctor cakap kalau dibius 1 badan, ada risiko yang tinggi terhadap cik din sebab paru paru dan jantung dia yang lemah. dan wad ICU pulak sekarang memang da penuh! oh my! kesiannya cik din!

so, cik mah, mak, abah berdiskusi bersama.finally they decided kalau doctor terpaksa bius 1 badan, dorang nak minta hold dulu operation tue sampai wad ICU ada kekosongan.

wajah cik din yang the latest. muka dia seriously cekung!
takde selera nak makan sebab usus kena potong!
tapi sempat cik din jeling jeling tengok camera! ;p

jari yang kena potong aritu is getting better.luka pembedahan masa potong jari tue pon da macam nak ok.perhaps takde la any infection kat luka kat jari dan perut! kesian tengok cik din! gigi pon hilang sebatang!

berita terbaru semalam ialah accident tue berlaku disebabkan lori yang kat depan tue masuk parking secara tiba tiba menyebabkan cik din tak dapat nak kawal moto dia lalu melanggar belakang lori! hurrmmm...apa pon sama sama la kita doakan agar semuanya baik baik saja.....

x    o    x    o
update yang tergesa gesa! sangat tak best! :(
ok!apa apa news akan di update lagi nanti!
bye!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...