I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 15, 2010

PHYSICAL TEST IMMIGRATION KP41



tadi..search2 pasal physical test immigration, i found this...even this is for customs, tapi surat nye sama sebijik jer ngan immigration....huuhuhhuuh.....cmne nie?bole lulus tak......waaaaaa........risaw... :((((

nampaknye kena makan lebih sikit...sebab BMI i ngam2 19 before nie...sekarang tak taw plak berapa..hope bulan puasa ni berat tak turun la...huhuhh...sbb kalaw BMI i 18.9999 sekali pon tetap out! :( mak cakap makan nasi banyak sikit ari2.... :(


http://dunia-hipokrit.blogspot.com/2008/08/pengalaman-temuduga-kastam-diraja.html by TedunG

Monday, August 11, 2008


Pengalaman Temuduga Kastam Diraja Malaysia
Catergory: Kerjaya, Temuduga


Disini Tedung nak kongsi pengalaman dengan rakan-rakan di luar yang telah mengikuti temuduga Kastam sama ada jawatan Pembantu Penguatkuasa Kastam,Penolong Pegawai Kastam mahu pun Penguasa Kastam.

Kini Kastam memperkenalkan sistem baru iaitu Pemeriksaan Fizikal sebelum di temuduga oleh Pegawai Kastam.Ini juga di gunakan untuk melakukan penapisan calon yang ramai memohon jawatan ini di samping untuk melahirkan Pegawai Kastam yang cergas dan cerdas.Oleh itu marilah ikuti pengalaman Tedung dalam mengikuti temuduga ini.

Minggu lepas Tedung telah mengikuti temuduga ini di salah sebuah temuduga Kastam di Sarawak.Terlebih dahulu Tedung ucapkan ribuan terima kasih atas ketelusan dan ketelitian yang di buat oleh pegawai-pegawai kastam yang melakukan pemeriksaan fizikal ke atas Tedung.Tedung berasa amat selesa tanpa rasa gementar serta mereka mampu berbual dengan tedung ibarat dah kenal 10 tahun.Pendek kata there are "friendly" Officer.Walaupun Tedung kecundangan atau gagal atas sebab pemeriksaan fizikal tetapi Tedung berasa puas hati dengan proses temuduga yang di jalankan kerana sebelum ini tedung pernah mengikuti temuduga untuk Pembantu Penguatkuasa JPJ tetapi pegawai yang memeriksa Tedung itu nampaknya tak mesra mahupun agak bersikap agak kasar kepada calon.Di sini Tedung sertakan:

PANDUAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA

ARAHAN KEPADA CALON

1. Pada hari ujian calon hendaklah membawa perkara berikut:-
i) Surat Penggilan Pemeriksaan Fizikal Dan Pancaindera.
ii) Dokumen Pengenalan Diri.
iii) Kemeja T.
iv) Kasut Sukan
vi) Seluar Sukan ( Track Suit).

2. Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji

Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal 15 minit sebelum pemeriksaan di mulakan.

KANDUNGAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA

1.Perkara-perkara yang diuji:-

a) Pemeriksaan Ukuran Badan

i) Ketinggian (1.57 meter/157 cm ke atas)
ii) Berat Badan
iii)Body Mass Index (BMI) 19-26 (Calon KPSL BMI 19-29.9)
iv) Ukuran Dada (biasa & tarik nafas) ( Calon wanita dikecualikan)

cool.gif Pemeriksaan Penglihatan (calon KPSL di kecualikan)

i) Jarak Penglihatan "Visual Acuity" 6/9 ( Tanpa memakai cermin mata atau kanta lenkap (contact lense")
ii) Pengecaman Warna.


c) Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan

i) Jari,tangan,kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik
ii)Berkawad

Okay dah abis baca bahagian di atas,kini tedung akan huraikan satu persatu pada bahagian berkenaan agar ianya jelas bagi calon yang mungkin esok,hari ini atau lusa yang akan mengikuti temuduga kastam ini.Tedung akan huraikan pada bahagian pemeriksaan fizikal ini.

1) Pada hari temuduga tersebut, Tedung sarankan lelaki dan perempuan memakai pakaian sukan daripada memakai pakaian formal.Ini kerana calon akan menjalankan sesi pemeriksaan fizikal terlebih dahulu sebelum menjalankan sesi temuduga oleh Pegawai-Pegawai Kastam.Apabila calon lulus ujian pemeriksaan fizikal barulah calon di kehendaki memakai pakaian formal.Jangan lupa membawa pakaian formal calon juga ketika pergi temuduga pada hari tersebut.

Ketinggian

Jika Ketinggian calon di bawah 1.57 meter or 157 cm.Terus terang Tedung katakan baik calon tak usah pergi ke menghadiri temuduga tersebut. Ini kerana walaupun tinggi calon contohnya 1.56 meter ke, 156.99 ke tetap juga akan di tolak. Jika calon capai tahap ketinggian ini,maka sia-sia sajalah pergi temuduga tersebut. Calon mesti sewajibnya tinggi adalah 157 cm atau 1.57 meter ke atas. Jika calon lulus melepasi tahap pemeriksaan ini calon akan pergi ke peringkat pemeriksaan Berat Badan.

Berat Badan
Berat minimum yang di perlukan untuk lelaki adalah 48 kg dan 46 kg bagi perempuan. Setelah nilai berat dan tinggi calon di catatkan. Maka proses pengiraan BMI akan di buat.
Untuk Kiraan BMI Klik Sini

BMI yang di tetapkan adalah 19-26 sama ada lelaki mahu pun perempuan.

Jika BMI calon mendapat seperti 18.99 ke,26.12 ke,26.01 ke calon tetap akan di tolak. Di sini tiada kompromi untuk nilai ini.Calon mesti berada dalam kalangan BMI 19-26.Jika calon dah tau nilai BMI so Tedung sarankan tak usahlah pergi temuduga buang masa sahaja. Jika nak pengalaman Tedung galakan pergi tetapi calon tetap akan tersingkir pada masa pemeriksaan tersebut.Tak lepas pemeriksaan "NO Temuduga". Jika calon lulus bahagian ini calon akan pergi ke peringkat ukuran dada.

Ukuran Dada
Pada bahagian ini calon wanita di kecualikan.Hanya untuk lelaki sahaja.Nilai untuk ukuran dada yang di tetapkan adalah:

Berkeadaan Baik = 79
Semasa Tarik Nafas = 84

Jika calon berkeadaan biasa adalah 78.99 ke,78.90 ke dan semasa menarik nafas 84.99 ke,84.90 ke tetap akan di tolak.Nilai yang di perlukan mestilah atas 79 berkeadaan baik dan 84 ke atas semasa menarik nafas.Jika calon lulus bahagian ini calon akan di di periksa pada bahagian penglihatan mata.

Pemeriksaan Mata
Jika calon menggunakan kanta lengkap or contact lense atau bercermin mata tak usahlah pergi mengikuti temuduga itu kerana jika anda menyebut huruf yang salah bermakna calon punya mata yang rabun. Jika mata dah tahu rabun tak usahlah menghadiri temuduga.Begitu juga dengan pengencaman warna di jalankan setelah selesai jarak penglihatan diperiksa.Jika calon lulus pada bahagian ini calon akan pergi ke peringkat pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan.

Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan
Jika calon rasa jari,tangan,kaki cacat,bengkok ke atau kaki ada besi ke lebih baik calon maklumkan kepada pegawai pemeriksa terlebih dahulu.Pada bahagian ini calon akan dilihat dari segala aspek seperti jari jangan bengkok,tangan tu jangan kelihatan bengkok dan sebagainya. Jika pemeriksaan ini lulus calon akan di kehendaki melakukan Kawad. Jika kawad di buat dengan betul calon akan berjaya jika tak di buat dengan betul calon akan di tolak juga.

Jika calon lulus pada semua peringkat ini TAHNIAH TEDUNG UCAPKAN calon akan pergi ke peringkat temuduga oleh Pegawai-Pegawai Kastam.Oleh itu bersedialah anda dengan pakaian formal setelah tadi memakai pakaian sukan untuk melakukan pemeriksaan fizikal.

Di sini Tedung harap carilah info tentang Kastam ini dan soalan yang di tanya bergantung kepada pegawai penemuduga tersebut.Kekadang mereka tak bertanya tentang Kastam tetapi perkara lain seperti :

Bagaimana meningkatkan ekonomi negara?
Bagaimana membenteras penyeludupan?
dan banyak lagi.

Oleh itu siapkan diri calon dengan pelbagai info.

SELAMAT BERJAYA DAN TAHNIAH TEDUNG UCAPKAN KEPADA CALON YANG MENGHADIRI TEMUDUGA INI.

2 comments:

  1. by the way, physical test x susah as long ape yg dorg nak x lebih dan tak kurang.....kalau nak susah pon mbe kat part interview

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...