I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 30, 2010

CELOTEH



mood nak berblogging tika ini meluap-luap..tapi takde plak isu specific yang nak di omelkan disini...oh!tiba-tiba bahasa saya juga berubah bunyi...skema sedikit nampaknya...hurmm...di saat ini berkumandang lagu raya di corong radio dirumah saya yang boleh dikategorikan radio antik..antik ke?atau radio lapok!apa pon tetap menjadi kesayangan mak saya. ngeee~~~


eh! da nak raya ke?mood raya tak berkunjung tiba pon!atau perlu saya tinggal diperantauan baru nak naik mood raya itu?ceh!bosannya....atau kena main bunga api sampai berasap segala baru timbul mood raya?apa pon saya sedar yang saya sekarang ni lebih kepada mood 'kawin'! hah??? apakah? sape nak kawin dengan kau? eh!suka ati la...saya berangan tak payah bayar oke! lagipon ini blog saya...suka hati la nak tulis apa pon...


ini penangan mek nawal..kawan saya yang bakal mendirikan rumahtangga selepas hari raya aidil fitri nanti...pm saya kat FB pagi tadi demi mendapatkan confirmation saya akan menghadirkan diri atau tidak ketika majlisnya...tetiba merayap2 pulak di blog mek nawal....waaa....pandai betol yer nawal....baca blog dia terus buat saya rasa tak sabar nak kawin....aura dia kuat betol...ciss!!!macam saya menyelam bersama ke dalam perasaannya sekarang!adoii!!!!ayat saya mula terbelit!abaikan..tak faham pun buat2 la faham!


orang cakap perkahwinan ini ibarat sebuah perjudian..hurmm...kenapa kawin tu di ibaratkan dengn judi? judi itu kan haram...kawin itu pula halal...ade ke patut?kata orang lagi..bukan saya yang kata yer...kenapa perkahwinan itu ibarat perjudian..sebab perkahwinan ni juga bergantung pada nasib..untung sambut timbul..kalaw nasib seseorang itu baik, maka kukuhlah rumah tangga yang dibina..ibarat main judi nasib baik menang besar...wang besarrrrrr!!!!!hahahahah....bengong sekejap! ;p dan begitulah sebaliknya...betul ke perkahwinan ini bergantung kepada nasib semata2?saya tidak setuju!!!!saya tidak akn sekali2 jadikan perkahwinan itu sebagai satu pertaruhan dalam hidup!tidak sekali2...never!


saya memohon kepada Yang Maha Esa agar perkahwinan saya kelak dilindungi dari anasir2 tidak baik yang boleh meretakkan hubungan suami isteri....adeh!kau bercakap macam esok lusa kau da nak kawin! =.='
suka ati la! choiiii!!!!!potong tau! tak salah kan nak berdoa untuk sesuatu yang baik?moga rumah tangga saya nanti dipelihara oleh-Nya dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat walaupon saya tak tau ntah kurun ke berapa saya akan melangkahkan kaki ke gerbang perkahwinan..sekarang ni tumpang gumbira dulu tengok kawan2 kawin.... ^_^


x o x o


ni la kawan saya yang bakal kawin lepas raya nie...

mek..sori i curi pic u letak kat blog i...

promote u yang comey lote tu kejap...

semoga mereka berbahagia melayari bahtera hidup berumah tangga kelak....aminnnn...



nawal....bikin panas la tengok pic u tue... "We're ready, are you?" panas dan tercabar!wakakaakakaka...provoke2.... ;p

2 comments:

  1. kwn kau ke?
    huhuhu.
    blog die best.

    ReplyDelete
  2. a'ah..kawan aku..
    time aku jd jaksa dia la nydp...
    ko bace ke blog die?
    aku pon suke baca blog die..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...