I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 9, 2010

~ KuKuhKaN PeRHuBuNgaN ~

  • Berkongsi masalah dengan si dia dan cuba dengar pendapatnya. Sekurang-kurangnya dia akan berasa dirinya penting dan diperlukan.
  • Jangan pandang remeh perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya melakukan kejutan untuk orang yang disayangi.
  • Jangan kedekut memberi pujian kerana mereka berhak memperolehnya.
  • Jangan gunakan kuasa mutlak dalam membuat keputusan. Cuba fahami keinginan dan kemahuannya. Ada wanita tidak suka menyatakan secara terus terang apa yang mereka ingini. Mereka adakalanya gemar berkias dan memberi contoh cerita orang lain. Oleh itu, harus peka dan gunakan kepakaran anda untuk memenangi hati mereka.
  • Sebagai lelaki, tunjukkan sifat keprihatinan dan kasih sayang yang tiada nilainya pada si dia. Jika dia terhibur dan bahagia, mereka akan menjadi pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai, ITULAH WANITA.
  • Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada pada zaman ini. Sering menelefon, SMS, atau menghantar email untuk bertanyakan khabar. Paling minimum, ucapkan salam untuk menunjukkan dia sering di hati anda. Bagi wanita, walaupun satu ungkapan atau ayat, ia sesuatu yang sangat beharga dan begitu bahagia menerimanya.
  • Elakkan perselisihan faham antara anda dan si dia atau memperkatakan sesuatu yang tidak disukainya.
  • JAGA & PERTAHANKAN maruahnya serta hormati dirinya seadanya.
Perkara utama bermula daripada diri untuk muncul sebagai kekasih, isteri atau suami yang paling disayangi dan dihormati.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...