I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 22, 2010

P H O T O S H O O T @ USM PENANG

yesterday i went to USM Penang for my first photoshoot session.... :) my first experience...but i've learn a lot of things from all the sifu there..

i wanna take this opportunity to thanks my friend, azim shafie that give me this opportunity to be the model for this session. and also a very big thank you to all the photographer, sifu iznan, sifu onn, sifu azim and sifu azira...pictures yang all of you snap cantik2... :) i loike!

come!lets the pictures create the story! ^_^

candid by sifu onn ~~


i think sifu azim did this ~ candid picture by him


again ~ candid by sifu onn


model of the day ~ from left fina, shiela, irna


x o x o

actually enough until here..

still got a lot of pica from all the photographers..

will update later..

still waiting for the pica from sifu iznan


Sunday, August 15, 2010

PHYSICAL TEST IMMIGRATION KP41



tadi..search2 pasal physical test immigration, i found this...even this is for customs, tapi surat nye sama sebijik jer ngan immigration....huuhuhhuuh.....cmne nie?bole lulus tak......waaaaaa........risaw... :((((

nampaknye kena makan lebih sikit...sebab BMI i ngam2 19 before nie...sekarang tak taw plak berapa..hope bulan puasa ni berat tak turun la...huhuhh...sbb kalaw BMI i 18.9999 sekali pon tetap out! :( mak cakap makan nasi banyak sikit ari2.... :(


http://dunia-hipokrit.blogspot.com/2008/08/pengalaman-temuduga-kastam-diraja.html by TedunG

Monday, August 11, 2008


Pengalaman Temuduga Kastam Diraja Malaysia
Catergory: Kerjaya, Temuduga


Disini Tedung nak kongsi pengalaman dengan rakan-rakan di luar yang telah mengikuti temuduga Kastam sama ada jawatan Pembantu Penguatkuasa Kastam,Penolong Pegawai Kastam mahu pun Penguasa Kastam.

Kini Kastam memperkenalkan sistem baru iaitu Pemeriksaan Fizikal sebelum di temuduga oleh Pegawai Kastam.Ini juga di gunakan untuk melakukan penapisan calon yang ramai memohon jawatan ini di samping untuk melahirkan Pegawai Kastam yang cergas dan cerdas.Oleh itu marilah ikuti pengalaman Tedung dalam mengikuti temuduga ini.

Minggu lepas Tedung telah mengikuti temuduga ini di salah sebuah temuduga Kastam di Sarawak.Terlebih dahulu Tedung ucapkan ribuan terima kasih atas ketelusan dan ketelitian yang di buat oleh pegawai-pegawai kastam yang melakukan pemeriksaan fizikal ke atas Tedung.Tedung berasa amat selesa tanpa rasa gementar serta mereka mampu berbual dengan tedung ibarat dah kenal 10 tahun.Pendek kata there are "friendly" Officer.Walaupun Tedung kecundangan atau gagal atas sebab pemeriksaan fizikal tetapi Tedung berasa puas hati dengan proses temuduga yang di jalankan kerana sebelum ini tedung pernah mengikuti temuduga untuk Pembantu Penguatkuasa JPJ tetapi pegawai yang memeriksa Tedung itu nampaknya tak mesra mahupun agak bersikap agak kasar kepada calon.Di sini Tedung sertakan:

PANDUAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA

ARAHAN KEPADA CALON

1. Pada hari ujian calon hendaklah membawa perkara berikut:-
i) Surat Penggilan Pemeriksaan Fizikal Dan Pancaindera.
ii) Dokumen Pengenalan Diri.
iii) Kemeja T.
iv) Kasut Sukan
vi) Seluar Sukan ( Track Suit).

2. Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji

Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal 15 minit sebelum pemeriksaan di mulakan.

KANDUNGAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA

1.Perkara-perkara yang diuji:-

a) Pemeriksaan Ukuran Badan

i) Ketinggian (1.57 meter/157 cm ke atas)
ii) Berat Badan
iii)Body Mass Index (BMI) 19-26 (Calon KPSL BMI 19-29.9)
iv) Ukuran Dada (biasa & tarik nafas) ( Calon wanita dikecualikan)

cool.gif Pemeriksaan Penglihatan (calon KPSL di kecualikan)

i) Jarak Penglihatan "Visual Acuity" 6/9 ( Tanpa memakai cermin mata atau kanta lenkap (contact lense")
ii) Pengecaman Warna.


c) Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan

i) Jari,tangan,kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik
ii)Berkawad

Okay dah abis baca bahagian di atas,kini tedung akan huraikan satu persatu pada bahagian berkenaan agar ianya jelas bagi calon yang mungkin esok,hari ini atau lusa yang akan mengikuti temuduga kastam ini.Tedung akan huraikan pada bahagian pemeriksaan fizikal ini.

1) Pada hari temuduga tersebut, Tedung sarankan lelaki dan perempuan memakai pakaian sukan daripada memakai pakaian formal.Ini kerana calon akan menjalankan sesi pemeriksaan fizikal terlebih dahulu sebelum menjalankan sesi temuduga oleh Pegawai-Pegawai Kastam.Apabila calon lulus ujian pemeriksaan fizikal barulah calon di kehendaki memakai pakaian formal.Jangan lupa membawa pakaian formal calon juga ketika pergi temuduga pada hari tersebut.

Ketinggian

Jika Ketinggian calon di bawah 1.57 meter or 157 cm.Terus terang Tedung katakan baik calon tak usah pergi ke menghadiri temuduga tersebut. Ini kerana walaupun tinggi calon contohnya 1.56 meter ke, 156.99 ke tetap juga akan di tolak. Jika calon capai tahap ketinggian ini,maka sia-sia sajalah pergi temuduga tersebut. Calon mesti sewajibnya tinggi adalah 157 cm atau 1.57 meter ke atas. Jika calon lulus melepasi tahap pemeriksaan ini calon akan pergi ke peringkat pemeriksaan Berat Badan.

Berat Badan
Berat minimum yang di perlukan untuk lelaki adalah 48 kg dan 46 kg bagi perempuan. Setelah nilai berat dan tinggi calon di catatkan. Maka proses pengiraan BMI akan di buat.
Untuk Kiraan BMI Klik Sini

BMI yang di tetapkan adalah 19-26 sama ada lelaki mahu pun perempuan.

Jika BMI calon mendapat seperti 18.99 ke,26.12 ke,26.01 ke calon tetap akan di tolak. Di sini tiada kompromi untuk nilai ini.Calon mesti berada dalam kalangan BMI 19-26.Jika calon dah tau nilai BMI so Tedung sarankan tak usahlah pergi temuduga buang masa sahaja. Jika nak pengalaman Tedung galakan pergi tetapi calon tetap akan tersingkir pada masa pemeriksaan tersebut.Tak lepas pemeriksaan "NO Temuduga". Jika calon lulus bahagian ini calon akan pergi ke peringkat ukuran dada.

Ukuran Dada
Pada bahagian ini calon wanita di kecualikan.Hanya untuk lelaki sahaja.Nilai untuk ukuran dada yang di tetapkan adalah:

Berkeadaan Baik = 79
Semasa Tarik Nafas = 84

Jika calon berkeadaan biasa adalah 78.99 ke,78.90 ke dan semasa menarik nafas 84.99 ke,84.90 ke tetap akan di tolak.Nilai yang di perlukan mestilah atas 79 berkeadaan baik dan 84 ke atas semasa menarik nafas.Jika calon lulus bahagian ini calon akan di di periksa pada bahagian penglihatan mata.

Pemeriksaan Mata
Jika calon menggunakan kanta lengkap or contact lense atau bercermin mata tak usahlah pergi mengikuti temuduga itu kerana jika anda menyebut huruf yang salah bermakna calon punya mata yang rabun. Jika mata dah tahu rabun tak usahlah menghadiri temuduga.Begitu juga dengan pengencaman warna di jalankan setelah selesai jarak penglihatan diperiksa.Jika calon lulus pada bahagian ini calon akan pergi ke peringkat pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan.

Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan
Jika calon rasa jari,tangan,kaki cacat,bengkok ke atau kaki ada besi ke lebih baik calon maklumkan kepada pegawai pemeriksa terlebih dahulu.Pada bahagian ini calon akan dilihat dari segala aspek seperti jari jangan bengkok,tangan tu jangan kelihatan bengkok dan sebagainya. Jika pemeriksaan ini lulus calon akan di kehendaki melakukan Kawad. Jika kawad di buat dengan betul calon akan berjaya jika tak di buat dengan betul calon akan di tolak juga.

Jika calon lulus pada semua peringkat ini TAHNIAH TEDUNG UCAPKAN calon akan pergi ke peringkat temuduga oleh Pegawai-Pegawai Kastam.Oleh itu bersedialah anda dengan pakaian formal setelah tadi memakai pakaian sukan untuk melakukan pemeriksaan fizikal.

Di sini Tedung harap carilah info tentang Kastam ini dan soalan yang di tanya bergantung kepada pegawai penemuduga tersebut.Kekadang mereka tak bertanya tentang Kastam tetapi perkara lain seperti :

Bagaimana meningkatkan ekonomi negara?
Bagaimana membenteras penyeludupan?
dan banyak lagi.

Oleh itu siapkan diri calon dengan pelbagai info.

SELAMAT BERJAYA DAN TAHNIAH TEDUNG UCAPKAN KEPADA CALON YANG MENGHADIRI TEMUDUGA INI.

Surprise! ^_^

yesterday noon, i went out with my cousin, mira..YB turun padang buat tinjauan tengok kawasan banjir....hehehehehe..... ^_*



lepas puas buat tinjauan and snap a few pictures, balik rumah. then sampai rumah, eh3..ada abang postman! hurmmm...registered parcel! of course for me :) senyum sampai ke telinga!da tau sape pengirim...of course la my dear! besides dapat beberapa keping surat lagi (eh!betol ke keping untuk surat? bedal jer la....BM fail!hahahaha)

terus masuk rumah, menuju ke bilik..dengan rakusnya koyakkan wrappers nak tengok isi kat dalam...(punyala nak tunjuk betapa excitednya kan? ;p) da koyak wrappers, eh! sweetnyeeee....ade kotak bear brown color! chumil2....hahahah...ngade la plak kan?


ok....buka je penutup kotak..OMG! apakah ini? my dear ni suke taw buat surprise2 cenggini!meh tengok ape my dear buat.....



nampak tak tue....sampah sarap yang merupakan kertas2 kaler putih....punya la selak2, maw sekilo juga sampah sarap tue....hehehehe...punya selak sampai berterabur sampah sarap atas carpet dalam my room....


setelah mensettlekan sampah sarap tue, tengok isi dalam yang betol2 isi....wow!!!!!!! pura2 excited..padahal da tau kan nak dapat ape... ;p sebab my dear da mengkantoikan dirinya...hehehehe...so da taw dari awal my dear ada kirim something for me... ;p


my lovely novel...my dear belikan new moon...i loike it! :) thank you so much...ily!mwah3...saya sangat suka baca novel twilight...

ok..mesti ade yang cakap 'eleh...kecoh la pompuan nie..ketinggalan!orang da tengok eclipse da pon!'


oke!saya tinggal kat kampung...tempat saya takde cinema...so paling dekat nak tengok wayang SP @ Penang....tapi nak tengok twilight kena ke Penang....kesian kan?so tak kuasa mak nak gi Penang semata2 nak tengok wayang!hihihihi...


by the way, saya da beli novel twilight..da baca and baru tengok movie!memang superb!tapi for new moon novel terlambat sikit....tengok movie dulu, baru sekarang dapat novel...huhuuhhu....x kisah la...

aritu da ke Popular Bookstore, survey2...nak beli siries twilight ade 4 novel..twilight, new moon, eclipse and breaking down.so untuk 1 set, RM188...ooppss....out of budget!lagipon da ade twilight..so rugi la kalau beli yang 1 set...tak pe la...now da ade 2..twilight and new moon...


next time will grab eclipse and breaking down....tapi 1st of all make sure baca new moon abes dulu... :)


apepon, thank you so much to my dear sebab hadiahkan new moon :) tau aje my dear ni ape saya suke! ;p patot la aritu beria2 tak kasi saya beli new moon..sebab rupa2nya my dear da belikan...cuma tak de masa nak pos the novel....


x o x o

suke sangat...ari2 berkepit ngan new moon...

nak lagi bulan puasa ni tak de mende nak buat....

layan novel jer la... :)


really appreciate it!

tq my dear...ily so much!muaxxxx!!!

owh!saya rindu dia.....bila la nak dapat jumpe nie? :(

G U M B I R A ^_^

YEAY!!!! serious happy bangat nie! today dapat surat dari SPA....tapi bukan surat panggilan exam lagi taw! this time a bit different! dapat surat panggilan PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA MEMASUKI PERKHIDMATAN PENGUASA IMIGRESEN KP41~ alhamdulillah...thanx God...da lama tunggu this opportunitiy...finally... :)


meh tengok suratnya.....



zoom dekat sikit...


perhaps saya lulus test nie...ketinggian dan BMI da lulus....kawad insyaallah......takda masalah....ujian lain tak sure...sebab tak tau ujian ape lagi yang dorang akan buat....huhhhuh....


takot nak letak harapan yang tinggi....sebab takut kecewa macam saya kecewa bila tak dapat KPLI.... :( huhuhuhu....

ape pon, tetap hati berbunga2 sebab dapat panggilan nie...1st time dapat panggilan untuk 2nd stage immigration....and idk kenapa nak sangat jadi penguasa imigresen....doakan saya berjaya.....

semoga tuhan permudahkan urusan saya nanti...owh!test nie akan dijalankan kat jabatan imigresen alor setar...sapa2 penah pegi test nie sudilah berkongsi tips macam mane nak lulus test nie yer....

Thursday, August 12, 2010

7 DANGEROUS ACTS AFTER MEAL!

1.DON'T SMOKE!


experiments from experts proves that smoking a cigarette after a meal is comparable to smoking 10 cigarettes!(chances of cancer is higher!)

2.DON'T EAT FRUITS IMMEDIATELY!

immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air.Therefore take fruits after 1-2 hours after meal or 1 hour before meal.

3.DON'T DRINK TEA!

tea leaves contain a high content of acid. this substance will cause the protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest.

4.DON'T LOOSEN YOUR BELT!

loosening the belt after meal will easily cause the intestine to be twisted and blocked.

5.DONT' BATH!

bathing after meal will cause the increase of blood flow to the hands, legs and body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. this will weaken the digestive system in our stomach.

6.DON'T WALK ABOUT!

people always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. in actual fact, this is not true. walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.

7.DON'T SLEEP IMMEDIATELY!

the food we intake will not be able to digest properly. thus will lead to gastric and infection in our intestine.


Sunday, August 8, 2010

Saat PALING B.A.H.A.Y.A Bagi AKAL

tertarik bila terbaca tentang artikel ini.....saat paling bahaya bagi akal....tahukah anda bilakah saat yang paling bahaya bagi akal?jawapannya adalah saat di mana seseorang itu sedang M.E.N.G.A.N.G.G.U.R!and its me!i'm the one that is jobless and unemployed!makanya, saya sedang menghadapi saat yang begitu getir bagi akal....waduhh....ngapa in cara omongan kamu bertukar kok gini?hehehhee...tershasul pulak!blogging sambil nonton drama indon! ;p


ok!back to the track!di dalam artikel itu mengatakan bahawa 'orang yang menganggur ini biasanya akan menjadi bahan gosip dan desas-desus yang tidak bermanfaat! macam betul la...i already experience this!especially part menjadi bahan gosip!terkadang rasa diri popular dan glamour mengalahkan artis!hurmmm.....


menurut penulis lagi, jika anda mendapati diri anda menganggur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih, gundah dan cemas! kerana, dalam kekosongan itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana dari mengingat kegelapan masa lalu, menyesali kesialan masa kini hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang belum tentu anda alami...


keadaan ini bakal membuat fikiran anda tidak terkendali dan mudah terlepas dari kawalan.membiarkan diri dalam kekosongan itu sama seperti anda membunuh diri dan merosak tubuh dengan dadah!wow!!!!!dahsyatnya...sampai mcm tue sekali...tapi i kind of agree with this statement...somehow i think i'm dying when i didn't do anything!the emptiness of my life is killing me slowly!and its really sucks!


oleh itu, bunuhlah waktu kosong dengan pisau kesibukan!apa yang boleh kita lakukan?pelbagai aktiviti boleh kita lakukan untuk membunuh kekosongan itu seperti baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemas rumah, bilik tidur atau apa sahaja yang bermanfaat!


begitu berbahaya menjadi penganggur...saya akui, bila menganggur hidup terasa kosong...bila kosong, kita akan mula berfikir...menyesali akan perkara yang lepas dan mula merisaui perkara yang belum berlaku....hurmmmm....


saya cuba memperbaiki diri untuk menjadi lebih positif...saya cuba untuk melatih diri menjadi setenang mungkin...saya ingin mengukir senyum di saat orang sekeliling cuba menjatuhkan saya...cuba memecah belah dan menkucar kacirkan kehidupan saya...ya!saya berazam...Ya Allah..bantulah hamba-Mu ini...saya ingin menjadi lebih baik!lebih positif!


x o x o

semoga segalanya dapat saya hadapi dengan senyuman!

kalau boleh saya taknak menangis lagi!

DON'T BE SAD

yesterday, after karok-ing, eating, i and cik fini, ijoi and amar went to CS...window shopping kat CS then i pegi bookstore together....pegi popular....


niat di hati nak membeli novel twilight new moon and eclipse...sekali budget tak mengizinkan....huhuhuhu....2 buah novel tue it will cost me almost hundred!wuwuwuwu...setelah membuat perkiraan, out of budget plak!kalaw nak beli full set for twilight series, it will costs almost RM200....huhuhhu....ok! close your eyes! don't buy it!


jalan2 usha lagi buku...suddenly tengok si amar kusyuk membaca satu buku nie...tajuknya LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH @ DON'T BE SAD..baca preview buku...fikir2 macam sesuai untuk diri saya yang sering bersedih sejak kebelakangan nie...tanya my dear...my dear cakap beli la...tujuan supaya dengan membaca buku nie dapat juga memotivasikan diri sendiri yang L.O.W S.E.L.F E.S.T.E.E.M!



x o x o

nie la rupa buku tue...

jarang2 juga saya membeli buku motivasi nie...

selalunya beli novel jer...

perhaps this book can help me...

owh! by the way, buku nie best seller book taw!

so, go and grab it today!

^_^ mood nak membaca DON'T BE SAD


Saturday, August 7, 2010

I H.A.T.E T.H.I.S!

OK!enuf irna!stop crying....

ok!i'm crying again and again...and i'm so stress!everything messed me up!

dun want to talk about what already passed! malas nak fikir! eh!wait!nape nanges?ok!let me tell u...actually i already set my mind, tomorrow i'll meet my GEMS' buddies at Village Mall, SP..its already in my mind..

nak di jadikan cite, when my dad arrived home this evening, my mom told me the car broke down! damn it! kenapa la kau nak rosak when i want to use it? this is really s**t taw!


i asked my mom, 'then how come i wanna go to SP tomorrow?'..my mom answered 'what to do....we never plan that car nak rosak'... then when i heard that, i don't know i feel so sad and i start to cry....i feel like shouting, screaming and ape lagi...mcm2 la...


actually, i feel so stress!get 'trapped' in the house everyday....such a f*****g life style...can i said so?hurrmmm....did anyone can understand me?????i can't stand anymore....undergo such the same activity every seconds, every minutes and everyday! i hate being unemployed! :'(


OMG! i feel so tired...keep on looking, searching and hunting for a better job! but nothing i get until now! what's wrong actually huh? look at other people, they have and they get everything they want! how bout me?unlucky all the time?am i???????


mom and dad...i wanna go out so that i can find some air, some space for me to breath.....u may look at my face, smile all the time....laughing, talking, etc all the time...but nobody knows what's inside!i'm crying, sighing, all the time!


the main point is i feel damn bored with my life! i've no money, i can't get what ever i want....i need to ask for the money from both of u!this is so stupid!i'm already 24 years old! should not begging for the money...supposedly.. this is so ridiculous, nonsense and i feel damn USELESS at all! :'(


really need some changes in my life!pls...plss...plss.....i really need a job so that i won't feel so useless! :'( i betol2 tak tahan dengan my life yang nothing nie....its really make me -----> L.O.W S.E.L.F E.S.T.E.E.M!!!!!


X O X O

mood sgt caca merba dengan mcm2 hal yang berlaku

perhaps i can go out and have fun with my buddies

really miss 'em so much!

Monday, August 2, 2010

A.J.A.L Telah Memisahkan


dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali....


walau seutuh dan seteguh mana pon hubungan itu cuba dipertahankan, kuasa Allah s.w.t mengatasi segala yang ada di langit dan Bumi......A.J.A.L telah memisahkan mereka....innalillah....semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman...


hurrmmm.....kisah yang menyentak perasaan dan hati saya tatkala mendengar....berdoa moga dipanjangkan umur saya dan orang2 disekeliling saya...memang manusia hanya merancang dan tuhan yang menetukan segalanya...tapi tak ada manusia yang inginkan perjalanan hidup sebegitu....


utuhnya cinta sang lelaki ini terhadap sang kekasihnya yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini...walaupon setelah bertahun sang kekasih pergi, sang lelaki masih tetap setia...tak pernah terbuka hatinya kepada mana2 perempuan lagi....Maha Agung tuhan itu mengurniakan perasaan yang begitu tulus...


sang lelaki seolah masih lagi sukar nak menerima pemergian sang kekasih hati...manakan mungkin, bila mana pelbagai perancangan, pertunangan dan menghampiri ke gerbang perkahwinan telah dilaksana dan diatur.....


pada awal pemergian sang kekasih, sang lelaki seolah hilang arah tujuan...lemah tak berdaya...sukarnya menerima berita pemergian sang kekasih...sehinggakan bila dikhabarkan akan perkhabaran ini, sang lelaki sukar untuk mempercayainya sehinggakan sang lelaki menuding jari kepada si pemberitahu menyatakan yang mereka sengaja mereka cerita demi memisahkan dirinya dengan sand kekasih...hanya tuhan yang mengetahui bgaimana perasaan sang lelaki itu.....sungguh tulus hatinya menyayangi dan mencintai sang kekasih....


masih segar di ingatan, di saat terakhir sang kekasih di sisi, di dalam sebuah majlis telah sang kekasih mendedikasikan 2 buah lagu~ andaiku tahu dan sampai menutup mata kepada sang lelaki....tak terlintas sang lelaki itu lah isyarat sang kekasih akan pergi selamanya......kebahgiaannya seolah direntap dalam sekelip mata....nauzubillah......sakitnya jiwa dia...merintih hiba hatinya...menangis airmata darah sekali pon itulah hakikat yang perlu dia terima...


pada awalnya, sang lelaki seolah hilang pedoman...sehingga dia mempersoalkan apakah hikmah disebalik yang terjadi?????kenyataan itu terlalu menyakitkan.....apa pon sang lelaki harus kuat...kuat dan tabah untuk hadapi dugaan yang maha besar ini.....

kini, setelah beberapa tahun telah berlalu, sang lelaki makin dapat menerima kenyataan hidupnya....tapi, hatinya masih milik sang kekasih....


x o x o

kisah benar...

nama dan segala yang berkaitan perlu dirahsiakan..

kisah sedih, tetiba ayat pon terskema... ;p

apapon, diharapkan sang lelaki tabah....

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.....

al-fatihah~~~~


p/s:masih lagi tersenyum simpul sorg diri bila teringatkan entri sebelum ini....orang lain yang nak kawin, saya pulak yang menerima ucap tahniah....hehehehehe...

Sunday, August 1, 2010

" N.I.K.A.H Tahun Depan"

NIKAH TAHUN DEPAN!

begitulah tajuk entri kali ini...yeaayyyy!!!!!!nikah tahun depan setelah bertahun2 menyulam cinta....ngeh3....happy bangat la tu kan?mesti la happy kan?sekurang2nya da ada plan ke arah itu..... akhirnya dapat juga buat keputusan!walaupun tahun depan itu masih dikira lambat lagi....tapi xpe...yang penting da ada perancangan dan pasti bakal dilaksanakan!


panas2...cerita panas....kontroversi gitew!hehehehe...tapi gumbira...dan pasti ada yang frust menonggeng juga!bakal menikahi pilihan hati yang berasal dari kota kinabalu dan pernah menuntut di Australia!

eh! irna tipu! boyfriend engkau study kat UKM jer dulu...mana penah study kat Australia!tipu...tipu...tipu!!!!


hahahaha...bawa bertenang!sape cakap saya yang nak kawin?kahkahkahkah!!!!this is so funny! ;P i'm not talking about myself guys! *peace* saje jer tu nak buat kontroversi! ;p


actually just now saya terbaca di Harian Metro, Farish Aziz (alaaaaa...pengacara yang hencem kat Astro tue) dah keluarkan kenyataan nak nikah tahun depan!Farish bakal bernikah dengan pilihan hatinya, yang juga orang senegeri iaitu Kota Kinabalu la..tapi buah hatinya seorang peguam di Kota Kinabalu, dulu study kat Australia and diaorang dah bercinta sejak dari Form 1 lagi...peerrrgghhh!!!!! gile lama kan?



sape2 x kenal, nie la Farish Aziz!

encem kan?
tapi encem lagi my dear!hehehehehe

respect la ngan dorang sebab bertahan sekian lama..pulak tue berjauhan lagi....Farish kat Semenanjung dan buah hati plak kat Australia, time study la..sekarang buah hati da kat Kota Kinabalu....


Actually, Farish nie senior my dear kat sekolah, and kawan my dear punya sista...kalau x silap classmate sista dia kot...da lupa da..saya penah jumpa Farish dulu...tapi kat KL..time tu saya ngan my dear jalan2 kat Midvalley..and last year kalaw x silap saya juga ngan my dear jumpa buah hati Farish kat Bukit Bintang..time tu buah hati Farish tengah jalan2 dengan mom nya....


eh3!sudah2...kau da mula nak merepek!back to the track!Farish nak kawin ke hape saya tak kisah bcoz im not his big fans at all!tapi ape yang menarik perhatian saya kesetiaan kedua2 nya menjaga perhubungan mereka...almaklumlah, lihat sahaja pada tempoh perhubungan mereka yang bertahan cukup lama....sudah pasti pelbagai dugaan dan rintangan yang mereka telah tempuhi....kan?


saya ngan my dear yang berkapel baru 4 years +++ nie pon rasa kadang2 macam haper jer nak hadapi dugaan dan rintangan selama berkapel nie...ape pon alhamdulillah sebab saya dan my dear masih tetap bersama... =) tapi tu la...nak dibandingkan kami dengan Farish dan buah atinya..dahsyat lagi dorang...yerla...saya ngan my dear 2-2 masih lagi dalam Malaysia...senang cakap masih lagi senegara..tapi Farish? dah lain2 negara tue mereka terpisah!tapi tetap kukuh dan utuh hubungan mereka.....waaaaaaa.....giler la..saya memang respect mereka!


respect, respect juga...tapi taknak la kapel selama macam tue..takut juga...lagipon orang cakap tak baik kapel lama2...padahal, lama juga la saya dengan my dear pon....tahun depan cukup 5 tahun!tak lama ke tue?lama la juga kan?


eh!nape taknak lama?mesti ade yang tertanya2 soalan mcm tue kan?hurrmmm...nnt la saya akan jawab di entri lain...ada cerita tragis...takut pulak kalaw saya dan my dear kena hadapi situasi mcm tue...sebab tu taknak lama2...nnt menyesal tak sudah!


ceh!xnak lama la konon!abes kau da ade perancangan bile tahun nak kawin ke?hahahhahaha....ok!angkat bendera putih!saya xde jawapan! ;p doa2kan la yer....


apepon, saya doakan Farish dan bauh hati berjaya mengekalkan hubungan sehingga ke jinjang pelamin seterusnya ke anak cucu sampai ke akhir hayat terus la...hehehehhe


x o x o

bile turn saya plak?

asyik duk amek berkat je nie....

x cukup lagi kot...

xpe...lepas nie nak offer diri jadi pengapit plak!

manetaw berkat jadi pengapit lagi kuat ke????

hahahhaha..ok!stop mengarut!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...