Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk update blog yang dah lama ditinggalkan tanpa sebarang update. actually cerita yang nak di update banyak, cuma tak punya waktu yang cukup. ok! sila abaikan kalau ayat tetiba menjadi skema atau tunggang langgang. itu maksudnya dah lama betul tak menulis! pity me!
this time, cerita Bandung i skip dulu. 2-3 minggu yang memenatkan tanpa rehat dan kesihatan juga tak berapa ok. sabah ke kuala lumpur, ke bandung, balik ke kuala lumpur, kemudian kedah, kemudian balik ke kuala lumpur lagi, balik ke sabah dan terus lagi dengan hiking gunung kinabalu. gosh! memang penat dan tak cukup rehat. semalam after uploaded my pictures di gunung kinabalu, ramai yang tanya tetang preparation nak hiking mount kinabalu. so i try my best bagi serba sikit persediaan dan tips untuk hiking.
ok, sebelum nak memulakan pendakian, apa yang perlu uolls buat adalah kalau ada masa tu pegi la jogging ke apa ke untuk kuatkan stamina as for me really don't have time nak jogging ke apa sebab time tu full dengan program. so, 100% berserah je la dengan harapan dapat tawan low's peak, mount kinabalu. memang niat kat hati tu dah lama sangat nak tawan puncak gunung nie.
other than training untuk stamina korang, korang mestilah bersiap sedia dengan segala keperluan yang memang korang akan perlukan sangat sangat untuk hiking this mount. like seriously korang kena siap sedia segala keperluan untuk hiking mount kinabalu nie lebih dari korang hiking gunung jerai je bukit broga ke, gunung ledang ke, gunung mulu ke atau apa apa gunung je la....
oh!jangan lupa booking dulu date korang plan nak hiking yer! macam iolls, booking dari last year, this year bulan 4 baru dapat kekosongan. sebab nak hiking mount kinabalu ni ada limit berapa ramai yang boleh naik ke atas tue. so boleh deal dengan sutera sanctuary...sila la google sendiri untuk dapatkan contact number.huehuehue....untuk non-sabahan, bayaran pendakian termasuk makanan 5 kali, tempat penginapan ketika di atas dan transport untuk ke starting point tidak termasuk tiket kapal terbang dan penginapan korang sebelum pendakian, bayaran lebih kurang RM500 termasuk insuran dan permit untuk hiking gunung kinabalu, meanwhile untuk sabahan bayarannya lebih kurang RM200....nak tau lebih lanjut, contact la sutera sanctuary atau sabah park.
so, here we go! antara keperluan penting yang korang wajib sediakan....
1. Kasut
make sure korang pakai kasut yang sesuai for hiking! jangan mengada ngada pakai kasut bola for hiking! kalau budget tak lebat mana untuk beli kasut, korang boleh jer beli outdoor shoes jenama power kat kedai bata! make sure amek yang outdoor ok? sebab korang memang memerlukan kasut yang mempunyai tahap cengkaman yang paling maksima supaya korang tak jatuh tergolek masa tengah hiking! mana tau time tu hujan, so batu dan laluan yang korang kena lalu tu licin. dan laluan yang korang akan tempuhi adalah laluan berbatu, bertangga,tanah tak rata dan paling mencabar masa korang nak mendaki kepuncak laluan nya memang berbatu dan ada part korang kena lalu bahagian cenuram which is korang sedar sedar je kat tepi korang tu gaung yang dalam. kalau jenis yang gayat tu, pikir betul betul kalau nak hiking kinabalu sebab takut nanti korang dah sampai ke puncak, tapi nak turun tak dapat sebab pendakian ke puncak start around 2.30 am.so masa tu keadaan gelap and korang tak sedar pon yang korang sedang melalui curam curam yang menakutkan. time nak turun baru la korang nampak semua tu sebab time korang turun, matahari dah pon kuar....hehehehe....
belilah kasut yang mempunyai tapak yang kasar
by the way kalau korang dah rasa otai korang boleh la pakai je kasut getah crocs tu takpun yang orang panggil adidas kampung. yes! memang ada yang hiking guna je adidas kampuang a.k.a kasut orang pakai pegi menoreh getah tue. kalau berani take risk, pakai la....as for me memang tak berani sebab nanti kalau dah blister kaki alamat korang separuh jalan pon tak sampai nanti.
2. Baju sejuk/tebal
Baju sejuk/tebal memang korang sangat sangat perlukan especially time korang di laban rata dan juga time mendaki ke puncak sebab suhu kat atas tue memang sangat sangat sejuk sampai mencecah negative! kena nasib korang hiking musim hujan, air kat atas tu pon boleh jadi ais. so imagine sendiri la betapa sejuknya cuaca kat puncak gunung tue. baju nie bukan yang nipis yang macam korang pakai time gi jogging pepagi tu ke tak pon yang korang pakai time nak merempit tue.....no no no....baju nie mestilah betul betul tebal macam baju korang nak gi main salji gitew....last trip ke bandung, i sempat grab baju nie time kat rumah mode. bagus lagi kalau korang boleh dapat yang waterproof...
3. Baju panas
highly recommended bawa baju panas sekali. alaaa...baju panas nie macam baju yang kait dengan benang tu ke...supaya korang boleh panaskan badan. dalam gambar kat atas tu macam baju i warna merah tue....kan lelaki pon ade juga baju camtu...tak terlalu tebal, tapi boleh panaskan badan.kalau rasa kulit tu kebal dengan sejuk tak payah la bawa. baju panas ni pon i sempat grab time kat outlet oasis, bandung.masa da sampai laban rata, tukar pakai t-shirt, lepas tu pakai baju panas merah tu and pakai baju tebal yang waterproof.
4. Stoking tebal
Sediakan stoking yang tebal bagi mengelakkan kaki korang kesejukkan dan juga bagi melindungi kaki korang masa korang pakai kasut. kalau pakai stoking tebal at least time hiking takde la kaki nak blister ke ape kan?dan dapat mengelakkan kaki korang dari kesejukkan juga. jangan lupa bawa extra stoking. macam i pakai sepasang, and bawa lagi extra 1 pasang sebab takut stoking basah masa hiking dari timpohon gate ke laban rata. kalau stoking basah, korang jangan berangan nak keringkan stoking masa kat laban rata tu yer? sebab kompem takkan kering kat tempat yang sejuk mengalahkan ice box tue! dan kalau stoking basah, believe me, korang takkan mampu nak sarung lagi stoking tue....beku la kaki korang nanti. so kat sini pentingnya bawa extra stoking untuk kegunaan korang.
5. Rain ponchos
Sila beli ponchos yang mahal sikit. bukan apa, sebab yang mahal sikit tu tebal dan tahan lebih lama. macam kitaorang aritu main rembat je beli, harga dalam RM3. main beli je, takde check pon. sekali rupanya ponchos tu nipis dan cepat koyak serta kecik. on the way nak ke laban rata, hujan turun. ponchos mampu tutup bag pack je..bahagian depan badan memang kena hujan. kenapa pentingnya korang bawa ponchos? sebab manatau nanti hujan kat tengah jalan, confirm korang akan kesejukkan sebab basah dan for sure bag pack yang korang guna untuk bawa keperluan korang juga akan basah! apa yang penting sekali selamatkan bag pack korang dari basah sebab kalau dah basah, korang takde lagi baju dan seluar yang kering untuk dipakai time kat laban rata nanti.
6. Gloves
Ada 2 jenis gloves yang korang wajib bawa untuk kegunaan korang!
gloves macam kat gambar di atas nie wajib bawa! sebab korang akan memerlukan gloves ni masa korang nak hiking dari laban rata ke puncak! laluan ke puncak adalah laluan berbatu yang curam. so korang akan gunakan tali untuk panjat ke atas. jadi gloves ni diperlukan bagi mengelakkan tapak tangan korang tercedera masa mendaki menggunakan tali dari bawah nak ke atas tue. highly recommended korang beli gloves yang macam gloves hitam tu sebab kat bahagian tapak tangan dan jari jemari adalah waterproof. kalau macam yang biru tu bahagian waterproof dia hanya ibu jari dan tapak tangan. bahagian jari jemari lain tak waterproof! kenapa mesti waterproof? sebab takut masa korang hiking menggunakan tali, tali tue basah dan seterusnya air akan menyerap ke dalam gloves korang. maka, jari jemari korang akan kesejukkan. bagi yang tak tahan rasa la sakitnya jari jemari bila sejuk.
ini adalah gloves yang dibuat daripada benang dan tak waterproof. digunakan ketika korang bermalam di laban rata/gunting lagadan sementara menunggu waktu untuk teruskan hiking. ingat! kat laban rata cuaca sangat sejuk! me tido dengan pakai t-shirt, baju panas,baju tebal, stoking, gloves dan siap bawa pashmina balut bahagian hidung ke leher. serious sejuk yang teramat! kemungkinan juga korang akan perlukan gloves nie masa korang hiking dr timpohon gate ke laban rata sebab ada tempat yang memang sejuk dan korang memang akan pakai gloves!
7. Head lamp
headlamp juga adalah barang wajib bawa! bila gunanya headlamp nie? harus di ingat, korang akan mula hiking pada waktu pagi dalam jam 10 pagi dari timpohon gate ke laban rata. kalau korang laju, boleh awal sampai ke laban rata sebelum hari gelap. kalau korang jenis slow, silap hari bulan korang akan sampai laban rata masa hari dah gelap. so for sure u need this. ok, takpe, ade yang cakap boleh guna torch light! never mind! sebelum meneruskan hiking ke puncak, korang kena rehatkan diri di laban rata atau di gunting lagadan atau di mana mana tempat yang korang dapat dalam pakej korang tue.macam i aritu sampai di laban rata untuk dinner dalam pukul 4.30 petang. then, lepas dinner teruskan lagi perjalanan menuju ke dorm kami dalam 100m dari laban rata. kami tinggal di gunting lagadan. masa kat gunting lagadan tu korang cuba la tido dan rehatkan diri sebab korang kena bangun dan bersiap untuk teruskan hiking pada pukul 2.30 pagi which is time tu memang gelap gelita! so di sini la korang memerlukan head lamp! torchlight is not so recommended sebab trail dari sini memerlukan korang gunakan kedua tangan untuk pegang tali untuk mendaki. so kalau korang bawa torchlight agak susah pergerakkan korang. dan jangan lupa isi bateri baru ke dalam head lamp nie!
8. Headcap/face mask
Headcap/face mask diperlukan ketika korang menuju ke puncak. aritu i berlagak sikit takmo beli head cap. tak cun la perempuan pakai head cap kan? lepas tu padan muka haku la! running nose non stop, susah nak bernafas, hidung sakit sebab terlampau sejuk. nasib baik ada bawa pashmina, so i just used my pashmina untuk belit belit tutup hidung. then baru ok sikit....huhuhuh...pengajaran!
9. Wet tissue/face towel
Bawa la wet tissue dan juga face towel untuk kegunaan korang. tak payah rajin sangat nak bawa towel mandi sebab akan menambahkan berat bag pack korang dan percaya la korang takkan berani mandi punye kat atas tue sebab air kat atas tue sejuk tahap gaban! dan takde heater yer! nak gosok gigi pon ya rabbi, merana kemain sejuknya! so untuk korang yang mempunyai gigi sensitif tue, pepandai la korang masak air ke ape untuk korang guna kumur time korang gosok gigi dan nak cuci muka. dan guna la wet tissue untuk lap je badan korang. kalau rasa kulit tu tahan sejuk, boleh la korang mandi sebab ada shower disediakan.
10. Toiletries
Bawa toiletries seperti ubat gigi, berus gigi, pencuci muka untuk kegunaan korang. tak payah susah payah nak angkut shower cream atau shampoo rambut sebab korang memang takkan sanggup mandi punya dan kalau nak mandi memang dorang sediakan kat dalam shower tue...
11. Selipar
Bawa selipar untuk kegunaan korang. yerla...takkan time korang rehat kat dorm pon nak pakai kasut 24 jam kan? sebab selipar nak ke toilet takde disediakan yer....
12. Energy booster
jangan lupa bawa makanan yang boleh bagi korang tenaga seperti energy bar, kurma, chocolates. bawa makanan yang ringan ringan sahaja yer? takyah mengada nak tapau nasi lemak, nasi goreng, roti canai, teh tarik bagai! sebab kalau itu yang korang bawa, alamat memang korang takkan sampai ke destinasi.....yer la, perut da berat, dah kenyang...memang semput nak mendaki. gula gula, chocolates, energy bar atau kurma is just enough. jangan risau! korang takkan mati kelaparan di tengah jalan.
13. Minuman
Ada orang yang suka bawa 100 plus. takde masalah...silakan bawa.cuma harus di ingat, dalam pendakian kita seboleh mungkin kita nak kurangkan berat bag sandang yang kita bawa...angkut 1 liter 100 plus sebenarnya dah buat korang rasa cukup payah dengan barang barang lain lagi korang nak kena bawa. so apa yang i buat? bawa 1 botol air mineral yang kecil....dan bawa ini....
jangan la korang angkut 1 jar glukolin nie pulak...kan menyusahkan?cara yang senang, pack glukos nie dalam plastik kecik...1 plastik tu dalam 3 sudu besar. so 1 pack tu cukup untuk 1 botol mineral yang kecik. air korang boleh refill di setiap check point yang ada sepanjang pendakian korang. buat la dalam 6-7 packs....cukup untuk perjalanan naik dan turun korang dari puncak.kalau jenis yang kuat minum, buat lebih sikit. kalau bawa 100 plus mana korang nak refill, yer idok?sepanjang pendakian takde kedai jual 100 plus yer kecuali time korang sampai di laban rata boleh beli 100 plus botol kecil dengan harga rm12 sebotol, atau air mineral botol kecil dengan harga rm9 sebotol.
14. Ubat ubatan
Untuk bekalan ubat ubatan, i cadangkan walaupon korang datang dengan group, korang bawalah bekalan ubat ubatan untuk diri korang sendiri seperti minyak panas, ubat luka, panadol, ubat sakit perut dan lain lain. sebabnya, macam i memang ikut grouping. so kitaorang ada AJK yang bawa ubat ubatan. tapi memandangkan bila sampai kat laban rata tu, ramai ahli group yang sakit kepala la demam la itu la ini la makanya bekalan ubat ubatan tak cukup. lagipon sebagai persediaan manatau AJK korang yang bawa bekalan ubat ubatan tue lambat sampai ataupon tak mampu nak teruskan pendakian. mana korang nak cekau ubat kat atas gunung tu kan?
i bawa ini masa pendakian. sampai je kat dorm tempat penginapan kat gunting lagadan, cuci muka semua...tukar baju bersih dan terus sapu minyak panas kat bahagian betis dan peha bagi mengelakkan kaki sakit sebab nanti nak sambung hiking lagi ke puncak.ingat! sapu je minyak dan jangan urut!
15. Lain lain
Korang juga di nasihatkan bawa lipbalm seperti vaseline sebab masa pendakian ke puncak, biasanya cuaca sangat sejuk dan bibir korang akan cepat kering dan boleh mengakibatkan bibir koyak dan berdarah. so, bawa vaseline untuk di sapu pada bibir bagi mengelakkan bibir korang luka.
jangan lupa bawa juga 1 helai baju, 1 helai seluar dan juga pakaian dalam yang bersih sepersalinan untuk korang tukar masa di tempat penginapan nanti dan juga untuk kegunaan korang masa bersolat. kalau rasa mampu nak pakai baju yang sama tanpa tukar tue, pakai la...tapi make sure takde orang pengsan dengan bau badan korang yang ashem tue! dan jangan lupa bawa juga perfume...maklumlah, dah memasing tak mandi, perfume la penyelamat korang masa nie!
line handphone jangan risau! line sentiasa ok dari kaki gunung sampai ke atas. gamak nak buat live update ke nak stegram kat puncak gunung ke, memang boleh sangat! :)
dan paling penting jangan lupa bawa bag pack untuk korang sumbat barang barang nie semua. takkan nak sumbat dalam bag plastik plak kot kan? heheheh...dan kalau ada yang rajin korang juga boleh bawa payung yang boleh kasi pendek dan simpan dalam bag....sebab ada trail yang tak susah, so kalau kena hujan kat trail yang tak susah boleh la guna payung. as for me, tak kuasa la nak bawa payung sebab nanti bertambah lagi barang dalam bag.....hehehehe....
kot rasa malas nak menyandang bag sampai ke atas, boleh la korang upah porter untuk angkut bag korang.....bayaran ikut kilo. 1 kilo dalam RM10 kalau tak silap atau mungkin dah lebih mahal sekarang...
so rasanya itu la serba sikit preparation yang korang boleh buat sebelum mendaki gunung kinabalu. yang penting, korang kena sentiasa positive thinking dan kuatkan semangat....kenapa?ini kita cerita dalam next entry....dugaan dan cabaran yang korang kena tempuhi sebelum menawan puncak gunung sebab ramai juga yang kecundang dipertengahan jalan.....makanya hasrat nak menawan puncak gunung tu hanya tinggal mimpi....hehehehe.....
x o x o
Nak tanya. Mana nak cari glove waterproof hitam macam awak punya tu?
ReplyDelete