I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 12, 2013

PENDAKIAN GUNUNG KINABALU - PART II

Assalamualaikum .w.b.t...

Kembali menyambung kisah gunung kinabalu! still hot from the stove! hiks!maklumlah, aura gunung pon tak abes lagi, jalan pon masih macam robot, urat pon duk tegang lagi. part I i da share dengan uolls pasal serba sedikit persediaan untuk hiking termasuk segala keperluan yang wajib uolls sediakan sebelum nak hiking.

so as for this entry iolls nak story kat uolls tentang kisah pendakian iolls pulak! yes! iolls tau la ramai uolls duk plan nak hiking mount kinabalu kan?takpe, takpe...meh baca story iolls dulu... bagi meleleh air liur uolls dulu...hehehehe.....lepas tu uolls lap dulu air liur, then amek hp cepat cepat call sutera sanctuary booking date untuk hiking yer....kikikiki...

actually iolls pon tak tau la kenapa kuat bebeno semangat nie nak tawan puncak gunung kinabalu  nie! sumpah tak tau kenapa. tapi kot sebab budak environment memang cenggini gamaknya. hati tu kuat melekat dekat dengan alam kot? yer idok? tue le bila nengok gambo gunung nie rasa nak gigit gigit je gambo tue....maka dipendekkan cerita, hasrat iolls nie direalisasikan oleh big bos iolls merangkap buah hati pengarang jantung iolls...makanya join la iolls dalam misi nak menawan puncak gunung kinabalu.....

kisahnya, 8hb bertolak kami seramai lebih kurang 27 orang termasuk driver ke Kundasang, Sabah. kami bermalam ni seri kinabalu resort.pendekkan cerita pagi 9hb tue bangunnya kami semua dengan semangat yang berkobar kobar. having breakfast kat seri kinabalu dan bertolak ke sabah park lebih kurang jam 8 pagi. sampai di sabah park, big bos iolls pon pergi la menguruskan apa yang patut...


korang akan diberikan kad pendakian nie sorang satu siap dengan nama korang serta id nombor ke apa ntah tu iolls pon tak tau la...so sila pakai sepanjang pendakian.

korang juga akan dibekalkan dengan sebotol air mineral, pisang 2 biji, dan sandwiches sebagai bekal untuk lunch korang nanti.

lunch nie disediakan oleh sutera sanctuary lodges sebab termasuk dalam pakej yang kitaorang amek. selain tu korang jangan lupa bawa energy booster macam yang dah di ingatkan dalam entry yang lepas. lepas settle segala urusan kat sabah park nie, korang akan di bawa ke pondok timpohon iaitu starting point korang nak mendaki dengan bus yang telah disediakan.


bus akan turunkan korang kat depan pintu nie....and korang akan berjalan masuk ke dalam. kat dalam tu ada lagi satu tempat di panggil pondok timpohon di mana kat sana korang akan get ready, berkenalan dengan guide yang akan jaga korang, guide akan bagi sikit taklimat tentang trail yang korang akan lalui dan seterusnya korang akan tunjukkan nombor id kad korang tu kan staff yang bertugas kat pondok tue sebelum korang mulakan pendakian.

pondok timpohon


dengan lafaz bismillah dan semangat yang berkobar kobar,lebih kurang pada jam 10 pagi maka iolls pon mula melangkah meninggalkan pondok timpohon sambil membayangkan tengah landing di puncak gunung kinabalu....kemain gitew!


dek kerana iolls nie jenis tak tahan sejuk, maka iolls pakai baju 2 lapis sesiap sebelum start hiking dan iolls juga pakai jeans sebab seluar jeans tebal. so prevent iolls dari sejuk plus seluar jeans lebih tahan lasak dari track suit. sebab tu iolls memilih memakai seluar jeans....hehehehe.....


langkah demi langkah di atur dengan penuh hati hati menyelusuri trail yang macam macam rupa bentuknya...ada yang kena mendaki tangga kayu, tangga berbatu, batu besar batu kecil, tanah tidak rata, dengan ditemani flora yang memikat jiwa, ewahhh!!!!environmentalist sangat! subhanallah, menuju ke km 2.5 pada ketinggian 2350m nie dah macam macam wajah alam yang iolls tengok! speechless.....indahnya ciptaan Allah s.w.t....


kembali lagi mengatur langkah sehingga km 3.5.....lebih kurang 3km lagi untuk sampai ke laban rata. owh! uolls jangan terlampau melengahkan masa yer! sebab korang mesti sampai ke laban rata pada waktu dinner yang bermula jam 4.30 petang sehingga 7.30 malam.kalau lambat alamat keluar duit poket sendiri la untuk makan kat laban rata. dan jangan hairan harga makanan kat sana double triple mahalnya. 100 plus botol kecil harganya RM12 dan mineral water botol kecil harganya RM9. so kalau taknak bazirkan duit yang korang dah bayar untuk makanan korang, hiking lelaju sikit, jangan banyak main. unless kalau korang datang secara grouping boleh minta ahli kumpulan yang awal sampai tapaukan makanan untuk korang kalau korang rasa korang akan lambat sampai ke laban rata.

sepanjang pendakian dari starting point sampai ke puncak, line hp is soooo great! boleh buat live update dari puncak gunung kalau nak! hehehehe....untuk first 3km iolls hiking sorang sorang je...tinggalkan big bos kat belakang. maklumlah semangat berkobar kobar la katakan! the best thing is walaupon hiking sorang sorang kat gunung tue, iolls tak rasa takut ke seram ke...cuma yang tak syoknya bila hiking sensorang takde orang nak tolong amek gambo! tue je la...makanya iolls pon last last mengaku kalah la...iolls pon tunggu la big bos and hiking sesama....lepas tu sepanjang hiking nak ke laban rata tu banyak la koleksi gambo iolls...

so uolls boleh la layankan je gambar iolls sepanjang nak menuju ke laban rata....trail yang macam macam jenis nie takde la masalah sangat pon kalau uolls berhati hati dan tak terlalu ghairah. jangan terlebih senda gurau sampai lupa nak jaga keselamatan diri sudah lah.....dan sepanjang perjalanan juga iolls pasti akan terserempak dengan pelancong asing dan juga pelancong dalam negara yang mendaki gunung tue sama sama...ada juga yang sedang turun ke kaki gunung. tu kiranya yang dah tamat pendakian la dorang dah turun tue..yang uniknya uolls akan perasan kebanyakkan orang yang uolls terserempak tu sangat sangat lah friendly termasuk la mat salleh dan minah salleh...perkataan hi, hello, good luck, thank you memang akan sentiasa meniti di bibir uolls! percaya la! so buat yang nak hiking nanti jangan sombong sombong. senyum dan bertegur sapa la...pastinya uolls takkan rasa keseorangan walaupon time tu uolls hiking sorang sorang!


buah buah yang tumbuh meliar di kawasan pergunungan 


semakin tinggi mendaki, cuaca akan bertambah sejuk! dan pastinya kabus akan menjadi peneman uolls sepanjang pendakian. see....iolls dah start pakai gloves sebab tangan dah start sejuk! bagi mengelakkan jari jemari sakit sebab sejuk, so iolls cepat cepat pakai gloves.

kabus


inilah energy booster iolls.....chocolates...untuk tambahkan tenaga.tak perlu susah payah tapau nasi lemak, roti canai atau pon teh tarik! cukup dengan chocolate, kurma atau energy bar untuk bagi tenaga kepada uolls sepanjang pendakian.sepanjang pendakian ada check point dan pondok pondok untuk uolls berhenti rehat. so masa uolls berhenti rehat tue boleh la enjoy makan chocolates nie....jangan risau, chocolates uolls akan maintain tak cair sebab suhu kat sini sejuk.

untuk minuman plak, tak payah nak susahkan diri pikul bag berat berkilo kilo sebab nak bawa air berbotol botol! cukup dengan 1 botol mineral water yang kecil. nanti di setiap check point uolls boleh refill air. ada untreated water which is punca dari air gunung. kalau takut nak minum untrated water, boleh pergi farmasi beli pil untuk letak dalam untreated water tue.


dek sebab iolls tak mampu nak angkut 100 plus berbotol botol, maka rahsianya iolls beli glukos nie and iolls packing dalam plastik kecil. 1 plastik lebih kurang 3 sudu besar glukos. so 1 pack cukup untuk 1 botol air mineral. setiap kali sampai check point iolls akan refill air dan masukkan 1 pack serbuk glukos nie. kan senang? dapat tenaga segara melalui air glukos!


pendakian iolls teruskan lagi sampai kat sini trail boleh tahan mencabar sebab kena daki batu yang ala ala tangga nie...boleh tahan semput juga sebab mencacak je tinggi tangganya. masa nie ada yang tak kuat semangat mesti nak give up! ini cerita benar! so masa nie la uolls kena banyak bersabar, bagi support kat diri sendiri, yakinkan diri uolls boleh buat, kentalkan semangat dan sentiasa positive thinking.


rehatkan diri, tarik nafas, ambil gambar dulu....then mulakan lagi pendakian!
chaiyok!chaiyok!

antara trail yang mencabar kesabaran diri! penat wooooo.....


makin tinggi makin sejuk...tadi pakai glove, sekarang dah balut dengan pashmina.

pada ketinggian nie pokok pokok yang iolls jumpa makin cantik dan tak terdapat kat bawah sana. maka, iolls nie pon berebut rebut la masuk kat celah celah pokok bergambar dengan pokok pokok yang super cute nie!

sebenarnya makin ke depan trail pendakian pon makin macam macam gayanya. tapi nie antara gambar gambar terakhir yang iolls dapat snap sebab lepas tu hujan turun. so masing masing kelam kabut keluarkan ponchos. so hp dan camera semua disimpan dalam bag pack bagi mengelakkan basah kena hujan. tiada gambar di ambil sehingga kami semua sampai ke laban rata.

iolls semua tiba di laban rata lebih kurang pukul 4.30 petang. sepatutnya iolls boleh sampai awal dari tue, tapi dek kerana hujan, iolls semua stranded di 2 check point sebab nak menunggu hujan reda sikit. bukan apa, sebab nak mengelakkan kasut dari basah jer tu pointnya. sebab kalau kasut basah, makanya silap hari bulan pendakian menuju ke puncak terpaksa dibatalkan. uolls pastinya tak mampu nak menyarung kasut yang basah naik ke puncak. silap silap buka kasut kaki dah beku jadi ais.

so ngam ngam sampai laban rata waktu dinner bermula....so apa lagi? semua pon tengah kelaparan di tahap gaban....nak lagi sebab kesejukkan dek kerana hujan...laju je terjah makanan yang masih panas baru lepas kena masak!



muka muka kepenatan,kesejukkan dan kelaparan!

selepas mengenyangkan perut masing masing, maka kena la lagi kumpul tenaga untuk mendaki ke dorm tempat iolls nak rehatkan diri dan tido sementara menunggu masa nak menyambung kembali pendakian ke puncak gunung. iolls ditempatkan di dorm di gunting lagadan which is dalam 100m lagi mendaki dari laban rata. masa ni tenaga macam dah nyawa  nyawa ikan....fuh!memang penat!

dorm di gunting lagadan

sampai dorm, niat di hati nak bersihkan diri dan nak tido sepuas puasnya. sekali pegi toilet, alamak!takde heater! air pulak omak aiiiiii!!!!!sojuknyaaaaaa.....memang tak mandi ler jawabnya! tapi time tue nak tunjuk hebat konon, masuk kat shower nie tengok ada shampoo disediakan. ok, takpela, nak mandi sejuk, cuci rambut je la....maklumlah dah berpeluh peluh kepala nie masa mendaki. badan ok la boleh lap guna wet tissue. rambut takkan nak main lap jugak kot?

so dengan confidentnya iolls pon tundukkan kepala, buka paip shower dan basahkan rambut. dan dan once air kena kepala nie rasa nak jerit biar 1 block tu dengar! sakit wooooo kepala iolls!!!! sebab air over sejuk, rasa otak beku 5 minit! serious sakit! sape tak caya boleh la try nanti! huhuhuu....maka kelam kabut amek face towel dan cepat cepat lap kepala....hambek kau! tunjuk hebat la kan?

dengan kelam kabutnya balik ke dorm, duduk atas katil diam diam keringkan rambut seboleh yang mungkin dengan tangan, kaki dan mulut menggeletar kesejukkan dan tak lupa tukar dengan pakaian yang bersih.lepas tu sapu minyak panas di bahagian kaki bagi mengelakkan kaki sakit sebab nanti karang pukul 2.30 pagi nak start mendaki lagi. selesai bersihkan badan dan tukar pakaian semua, dalam pukul 7 petang tue iolls pon cuba la lelapkan mata sebab nak kumpul kembali tenaga. almaklumlah nak mendaki lagi nanti 2.30 pagi bagi menawan puncak kinabalu!

sesungguhnya susah giler nak tido sebab cuaca yang superb sejuk!pakai baju 2 lapis, pakai lagi baju tebal, stoking, gloves, comforter 2 lapis, pashmina belit belit tutup hidung dan mulut tetap tak boleh lelap. terbaiklah sape yang boleh tido tak ingat dunia kat sini.

oh!by the way, supper disediakan oleh pihak sutera sanctuary lodges bermula jam 1.30 pagi kalau tak silap sampai jam 2.30 pagi. so iolls yang menginap kat gunting lagadan nie kena la turun 100m ke bawah untuk ke laban rata bagi menikmati supper yang disediakan.tapi dek kerana kaki ni rasa berat je nak melangkah turun, mana lagi nak mengharungi gelap dan sejuk tahap maksima tue, maka iolls bangun jam 1.45 pagi. cuci muka gosok gigi minum air kosong sementara menunggu jam 2.30 pagi untuk memulakan hiking. lagipon perut iolls memang tak boleh nak terima makanan time time cenggitu....huhuhuh.....tapi disarankan uolls yang mampu tu makan la sebelum mendaki untuk tenaga uolls jugak...iolls nie macam biasa la....confident jer lebih....maka memang tak makan apa apa pon pagi tue....cuma bawa bekal coklat dan glukos dalam bag.....

ok, pendakian ke puncak akan disambung pada part ke III sebab iolls pon macam dah kering idea dah. so tunggu next entry which is i hope that would be my last entry about pendakian gunung kinabalu nie....so hope uolls dapat la serba sedikit gambaran sebelum uolls mendaki nanti yer.....

sepanjang pendakian uolls pasti akan berselisih dengan badang badang sabah....dengan macam macam barang dan berat yang uolls sendiri memang surrender nak angkat naik gunung


x     o    x    o






























No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...