I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 16, 2013

PENDAKIAN GUNUNG KINABALU - PART III

Assalamualaikum w.b.t.....

part I dengan part II laju je tangan menaip kan..... nak masuk part III nie speed makin tak laju dah...nie la penyakitnya nie....sebab tu sekarang nie tak berapa nak boleh jadi blogger tegar....apa lagi nak bersaing ngan hanis zalikha! mimpi tak sudah la kalau macam tue! ayat minta tangan nie, nak bersaing pon dengan hanis zalikha....muntah lebih skek!


ok, kita sambung pasal pendakian. entry lepas ceritanya pendakian iolls tu dah sampai ke tempat penginapan kat gunting lagadan. ok, dinner served started from 4.30 pm until 7.30 pm di laban rata yer! kat gunting lagadan no dinner unless uolls tapau makanan sendiri! so cerita makan semua dah cerita dalam entry yang lepas. citenye iolls mencuba sehabis baik nak tidur dalam kesejukkan tahap melampau, golek sana sini atas katil and thanks god iolls 1 dorm dengan encek hubby, makanya hubby pon takdenya nak boleh lelap mata tido sensorang kat katil dia. makanya lagi menempek la kami di atas 1 katil, kisahnya supaya u boleh panaskan badan i, i pon boleh curi haba badan u. tue la untung hiking dengan laki. sape nak kisah ko nak berpeluk sekali pon kan? yang orang kisah bila tak kawen, duk berpeluk tak hengat!

tik tok tik tok jam berpusing. omak aiiii!!! nak tunggu alarm 1.45 am tu punya la hazab lamanya. last last sebelum alarm bunyi iolls dah bangun. lepas tu lenggang lenggong gi toilet, cuci muka, gosok gigi dengan air yang maha sejuk tue! saboooo je la....balik ke dorm, siap siapkan diri sementara nak menunggu masa hiking ke puncak bermula. by the way, iolls semua tak rajin nak meredah kepekatan pagi dan kedinginan yang menusuk hingga ke tulang hitam untuk turun ke laban rata untuk makan. pihak sutera sanctuary lodges memang ada menyediakan makanan untuk para hikers yer sebelum hiking bermula seawal jam 2.30 pagi tue. masa makan kalau tak silap 1.30 am - 2.30 am.

bak kata hanis zalikha dalam entry pasal hiking ke gunung kinabalu nie, makan la sebanyak yang mungkin sebelum start hiking tu untuk tenaga uolls jugak ler! tapi iolls nie tue la...perut bukan boleh terima makan time time cenggitu. plus iolls rasa takde sorang pon dari group iolls yang turun untuk makan pagi tue. so bertuahlah korang yang dapat stay kat laban rata. takyah menapak jejauh nak gi makan.dan iolls pon tak boleh la nak share ngan uolls menu apa yang dorang sediakan pagi tue.

dalam pukul 2.15 am weolls semua berkumpul kat lobi dorm gunting lagadan tue sambil dengar taklimat ringkas dari guide weolls tentang pendakian yang akan dilalui sekejap lagi.masa dengar taklimat tue, jangan memain, pay attention. sebab trail lepas nie memang mencabar dan bahaya sikit sebab weolls akan melalui trail yang memerlukan weolls gunakan tali untuk mendaki batu batu yang curam. silap langkah, babai masuk gaung kalau nasib tak baik seperti mana yang menimpa sorang hiker from korea yang jatuh tergolek masa mendaki kat kawasan berbatu sehari sebelum weolls mendaki. sempat terserempak dengan hiker tersebut yang cedera parah ketika dia di usung dari puncak nak ke kaki gunung untuk di hantar ke hospital. di usung oleh porter porter kat gunung kinabalu tu menggunakan strecher je tau! takde ambulance mampu nak naik gunung tue. plus pada hari kejadian, kabus tebal, maka helicopter tak dapat nak landing kat atas tue. kisahnya hazab la ko menanggung sakit sementara nak tunggu orang usung ko dari puncak ke kaki gunung, lepas tu nak dihantar ke sepital lagi! itu la akibat bila mendaki, takmo ikut nasihat dan tunjuk ajar dari guide! so uolls yang baru nak mendaki tu, bear in mind, ikut nasihat guide uolls, jangan buat kepala sendiri!

mengikut guide weolls, kecelakaan yang berlaku akibat dari diri kita sendiri yang tak ikut garis panduan mendaki, tak ikut nasihat guide, maka segalanya di tanggung oleh diri sendiri. contohnya kalau orang cakap pegang tali masa mendaki batu tu, tapi uolls tunjuk terer tak gunakan tali yang disediakan, kalau korang terjatuh dan cedera dan kecederaan itu memerlukan uolss dikejarkan ke hospital, charge nak minta helicopter landing kat atas tu RM16k...mampu ke idok nak membayo? kalau nak suruh porter usung guna strecher dari atas ke bawah, 1km charge nya RM350. so dari puncak nak ke kaki gunung ada lebih kurang 9-9.5km macam tue, so kira sendiri berapa nak kena bayar! oleh kerana itu, sila la berhati hati semasa mendaki, dan jangan taknak dengar nasihat dan arahan dari guide!

back to the track, pukul 2.30 am weolls pon memulakan pendakian menuju puncak! masa nie la segala head lamp, gloves, baju tebal, baju panas, dan sebagainya diperlukan. highly recommended uolls menggunakan head lamps. kalau guna torch light macam tak berapa nak sesuai sebab ada bahagian yang memerlukan uolls menggunakan kedua belah tangan untuk memegang tali semasa pendakian. masa nie gelap gelita, so uolls memang takkan sedar apa yang ada di kiri kanan uolls selain uolls nampak batuan dan tali untuk mendaki. dan tiada juga sebarang gambar di captured ketika nie sebab sangat gelap dengan rentak pendakian yang memerlukan iolls sangat berhati hati. tapi dalam berhati hati sempat lagi iolls landing, baring terus atas batu kalau dah semput sangat. kebetulan masa awal pendakian, memang angin sangat kuat. so bertambah la sejuknya time tue siap rasa nak terbang masa kena tiup dengan angin. so caranya supaya tak terbang, bongkokkan badan sedikit.iolls siap pegang batu lagi. dan masa nie juga la segala kulit muka, pipi, bibir rasa tegang. so cecepat sapu vaselin sebelum bibir terkoyak dan berdarah.

basically, pendakian menuju puncak nie uolss akan melalui 1 check point kalau tak silap namanya layang layang. kat sini uolls kena tunjukkan id number pada kad korang tu pada staff yang bertugas. kalau boleh dari awal pendakian tu jangan lengahkan masa. sebab kalau uolls sampai di check point nie selepas dari pukul 4.30 am, biasanya uolls takkan lagi dibenarkan meneruskan pendakian ke puncak!  biasanya kalau sampai kat check point nie dah pukul 5 am ke, uolls memang akan disuruh pusing balik dan turun la ke dorm uolls balik. sebab kalau uolls lewat sampai ke check point nie, dan kalau uolls dibenarkan meneruskan pendakian sekali pon, uolls takkan dapat sampai ke puncak sebelum sunrise! dan biasanya paling lewat pukul 7 am uolls dah kena start turun dari puncak sebab uolls kena check out dari dorm tak lewat dari jam 10 am. kalau lewat check out, bayar la charge yang dikenakan. untuk setiap 1 jam chargenya RM100.

iolls berada di kawasan puncak lebih kurang dekat dekat jam 7 pagi. subhanallah, memang cantik view kat atas tue. ada few peaks kat atas tue yang uolls boleh tengok. suhu tak yah cakap la....kemain punya sejuk. iolls silap pakai double gloves sebab tak tahan sejuk. jari jemari dah start sakit. iolls juga guna pashmina lilit lilit macam purdah sebab hidung pon dah start sakit and a bit susah nak nafas sebab terlalu sejuk. dalam 1-2km nak sampai puncak, kat sini la dugaan makin kuat.

dugaan apakah? uolls nampak tempat yang uolls nak tuju tu da dekat sesangat ngan uolls.....tapi makin uolls jalan, tak juga sampai sampai...lepas tu uolls akan mula start rasa nak give up! rasa penat tu takyah cakap la...iolls masa dekat nak sampai kawasan puncak tue ntah berapa puluh kali terbaring atas batu batu kat situ. rasa macam nak merangkak je ke puncak tue! plus masa tu kepala iolls dah start pening, makin susah bernafas dan paling tak boleh blah rasa nak muntah sesangat. and ada masa pandangan jadi gelap. sikit je lagi iolls nak give up tapi nasib baik ada encek hubby yang sentiasa push i suruh keep on hiking to the peak! sempat lagi i marah dia...hihihihi....bukan ape, i marah sebab masa tu i rasa susah betul nak bernafas dan rasa macam nak muntah, tapi encek hubby keep on pushing me....sebab tinggal tak berapa jauh je lagi kan?takkan dia nak biar i give up!of course NO la jawapannya.....

masa  nak sampai kat puncak nie seriously i tell u guys, kena kuat semangat, sentiasa positive thinking dan bagus kalau ada partner yang sentiasa support uolls....macam iolls la....kalau tak dah lama iolls pusing turun balik ke bawah. tak kuasa iolls nak naik sampai atas tue! but then kalau dah sampai atas tu lain pulak kepuasaannya. oh! by the way gambar gambar iolls kat atas nie semua encek hubby yang beria snapped! hehehehe....masa tu dalam kepala otak iolls kira nak turunn je cecepat dari situ dek kerana kepala duk spin sakan dengan nak muntahnya...sabo je la....apa pon, terima kasih encek hubby...kalau tak kerana dirimu memaksa diriku bergambar, mesti iolls dah takde gambar kat atas gunung nie....sob..sob....sob....bukan ape..kan ke time tu iolls duk mabuk kepayang rasa cam nak pitam je pening punya pasal, lepas tu iolls tambah pening pikir kot kalau duk spin juga kepala nie achaner la nak turun dari gunung tue? nak suruh encek hubby gendong?memang tak la kan.....silap hari bulan 2-2 tergolek jatuh curam! tak ke jadi berita sensasi?yer la...masa naik, uolls mendaki curam, masa nak turun, ingat senang ke nak menuruni curam curam gunung tue?

tapi walau apapon dugaan dan halangan, hasil support encek hubby di sisi, ewahhhh....maka hasilnyaaaaa....


taraaaa....gambar disnapped oleh encek hubby.....

iolls masa nie dah tak peduli dah pasal camera ke gambar ke...yang iolls tau ikut hati nak golek golek je atas batu tue tak mo jalan lagi dah....1 hal lagi iolls duk pikir camne la gamaknya iolls nak turun dari gunung nie? rasa dah tak mampu plak nak mengharungi perjalanan nak turun dari gunung...hukhukhuk!!!!!apa pon uolls layankan je la dulu gambar paksa senyum iolls nie....muka je nampak senyum, padahal fake je semua tue sebab duk menahan nak muntah akibat perbezaan tekanan yang di alami....


masa ni punya la ramai umat manusia kat puncak paling tinggi yang lebih dikenali sebagai Low's Peak tue....iolls memang tak kuasa dah la kan nak bergambar kat tempat cenggitu...sampai nak kena tunggu turn plak nak bergambar. puncak tue pon tak mampu nak menampung betapa ramai umat manusia yang berjaya sampai ke puncak kinabalu on that day....makanya iolls lebih banyak snapped gambar kat bahagian bawah sikit dari puncak! seriously out of my mind ramai cenggitu rupanya yang hiking dan berjaya menawan puncak gunung tue....kat belakang tu adalah puncak gunung yang paling tinggi....




masa nie iolls dah memulakan perjalanan menuruni gunung sebab nak kejar masa nak balik dorm and mesti check out before pukul 10 pagi. start mendaki pukul 2.30 am, mula turun dari puncak dalam pukul 7 am....


time time kat depan tengah 'traffic jam' sebab ramai sangat tengah gunakan tali untuk turun, weolls ambik peluang bergambar sesaat  dua....masa nie la kinabalu saksi cinta kami! ewaahhhhhh!!!!  tinggal lupa ukir nama kat batu gunung tu je....aisehhh!!!!! :P

salah satu puncak yang ada....


antara bahagian gunung yang curam yang harus di lalui...da siang, dah cerah baru nampak segala curam kat tepi gunung....masa ni tau la lutut nak menggigil...masa mendaki, gelap, iolls siap landing, baring baring atas batu.....dah nampak curam, baru tau nak bersumpah takmo baring lagi dah atas batu.....

weolls sampai kat dorm pukul 9.45 am...bergegas packing semua barang dan terus turun ke laban rata untuk urusan check out....alhamdulillah masih sempat isi perut yang dah mula berkeroncong. masa breakfast bermula jam 7.30 am sehingga 10.30 am if not mistaken. so sape yang awal turun dari puncak boleh la terus ke laban rata untuk sarapan pagi. actually iolls punya perut dah start berkeroncong masa kat puncak! maklumlah memang takde isi pape....cuma mengharapkan minum glukos sepanjang mendaki dan menuruni gunung dan juga alas perut dengan kit kat....tue je la...

time kat laban rata, sambil makan, sambil rehatkan juga diri. sebab mane sempat iolls berehat lepas turun dari puncak. sampai je dorm, terus packing dan turun ke laban rata. so makan la weolls slowly sambil tue rehatkan kejap kaki sebab lepas nie weolls ada lebih kurang 6.5km lagi nak turun ke bawah.....omgeeeeee!!!!!! so lepas makan semua, lebih kurang jam 11 am weolls start gerak turun....the best thing is masa turun laju kemain!ada trail yang rata sikit weolls berlari lari lagi.....sampia KM 3, kaki encek hubby dah start sakit....lutut pon dah macam longgar je....makanya weolls jalan slowly....finally sampai kat kaki gunung jam 3 lebih ke 4 camtu...so terus pegi lunch kat Blossom Restaurant kat Sabah Park tue...

overall, alhamdulillah gembira dengan activity kali nie...almaklumlah, dah lama kemain duk memendam hasrat nak tawan gunung kinabalu....alhamdulillah, syukur sangat dibagi peluang oleh Nya....terima kasih encek hubby yang merealisasikan hasrat wifey mu ini...i lebiu la! hiks!


dan yang paling penting, sijil ni yang paling mahal! wewiittt!!!!kau hado?takdo kan?so poie la panjat dulu gunung tu baru boleh nak show off! setakat panjat gunung jerai nak gebang besaq, mai awai sikit! hehehehe..... yahuuuu!!!!yahuu!!!!! yahuuuu!!!!! encek hubby cakap lepas nie kita tawan tembok besar china pulak! weeeeee~~~~~ cabaran disahut!!!!! :P okbai! sekian dahulu cerita iolls....


x     o    x    o
kinabalu di hatiku!











1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...