Assalamualaikum w.b.t....
2012 bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa jam sahaja lagi. tatkala mengenangkan betapa pantasnya 2012 berlalu, terasa sebak di hati. masih terasa di lubuk hati paling dalam, belum puas hidup di tahun 2012. apa pon, masa tetap akan berlalu....lets welcome 2013 dengan keazaman untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. alhamdulillah, untuk rezeki 2012 yang Allah kurniakan. lebih kurang 1 tahun tempoh hidup berumah tangga, target nak complete kan rumah yang mulanya kosong, sekarang dah penuh berisi. itu antara target kami suami isteri setelah berpindah masuk ke rumah, jauh dari keluarga masing masing. sekejap saja masa berlalu. alhamdulillah juga, semua aset hasil titik peluh suami mencari nafkah, dibantu serba sedikit dari hasil pendapatan business yang i jalankan.prinsip biar kami hidup susah jangan nak susahkan mak bapak! dalam setahun, rumah dah penuh dengan segala kelengkapan dan keperluan. alhamdulillah juga, parent dapat tumpang sama merasa. tak banyak, sikit pon dah berjaya happy kan mereka.
tahun 2013, banyak planning yang harus dilaksanakan.salah satunya, semoga dipermudahkan allah s.w.t untuk kami suami isteri buka company kami sendiri. masih dalam proses.insyaallah, ini target untuk 2013. semoga rezeki kami dimurahkan lagi oleh Nya. holiday plan 2013 dah direncanakan sejak 2012. dari january sehingga mei dah siap dengan plan. memang hobi kami suami isteri, dua dua kuat berjalan. so, senang nak buat planning. :)
alhamdulillah... penutup untuk 2012.... "buku merah, jangan lupa bawa, moga belum tamat tempoh....lalalalala..."
kami tutup perjalanan hidup 2012 dengan buku merah nie :)
sepatutnya dah penuh dengan cop sejak bergelar pengantin baru dulu, tapi apakan daya. masa tu banyak lagi komitmen lain yang lebih penting, so kami hold dulu. this is unplanned trip actually. tapi ini juga yang dikatakan qada dan qadar dari Nya. alhamdulillah....
we are welcoming 2013 dengan holiday trip start dari january sampai may. insyaallah....menunggu tiba masanya sahaja. :) rezeki kami, tahun 2013 tiap tiap bulan ada holiday trip kami. fuhhh!!!! kena gigih lagi kumpul duit sebab kalau dah namanya holiday, mesti ada shopping di situ...ngeee~~~ :D semoga dipermudahkan lagi oleh Nya....aminnnn....
2012 bakal tinggal menjadi kenangan. yang indah tetap melekap di jiwa. yang menyakitkan hati, tak mungkin mudah untuk dilupa. yang telah melepasi batas kesabaran diri ini, semoga Allah membalasnya nanti biar di dunia, mahupon di alam sana.dan semoga ianya menjadi pengajaran untuk yang masih hidup, bahawasanya kita ini hanya manusia biasa. biar tinggi pangkat atau kaya setara mana pon, tiada hak untuk kita menidakkan apa yang Allah katakan tidak dan jangan. dosa kepada Allah, mohon ampun kepada Allah. tapi kalau dosa sesama manusia, minta ampun sesama manusia. hidup kita bukan nak menongkat langit. ego dan bodoh sombong itulah yang akan humban kau ke neraka jahanam. kita manusia biasa dan bukannya nabi.
semoga 2013 akan lebih memberikan kebahagiaan kepada kami suami isteri, keluarga serta adik beradik dan saudara kami. semoga lebih dimurahkan rezeki kami semua, semoga dipermudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat, semoga kami semua menjadi lebih baik dari sebelum ini dan semoga kami sentiasa mendapat rahmat dari Mu....aminnnn.....
happy new year 2013 dari tuan tanah ;)
x o x o
will wrap up about holiday trip soon....
No comments:
Post a Comment