I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 12, 2012

DURIAN CREPE VERSI SAYA! ;)

Assalamualaikum w.b.t....

Penangan durian tak abes lagi nie sebab last week on the way back to hubby's hometown, kat tepi jalan ni bersepah sepah durian...and the best thing is tahun ni durian murah murah giler compared to last year punya musim...siap boleh dapat sekilo RM2! fuhhh!!!!and lagi terbeliak bijik mata when one of our auntie told that we can buy durian at sipitang with the cheapest price i think! sebiji RM1! fuhhh!!!!!gilos!

ok, last week on the way back to KK, singgah tepi jalan dekat Luanti pajak durian. nak balik ke rumah pon pajak lagi durian kat tempat yang sama. lepas tu dek kerana minggu ni is a hectic week, makanya durian yang dibeli tu tak tersempat pon nak makan. makanya lagi, i pon buka la durian tu semua, amek isinya simpan dalam container, simpan lagi dalam peti sejuk.tadi tengah hari keluar la pegi bakery sebab nak beli whipping topping dengan niat nak kerjakan isi isi durian tu untuk buat durian crepe yang famous amous di abad ini.

so bermula la langkah nak buat crepe. resepi dah di goolge awal awal..so i would like to share with you ladies and gentlemen, the simplest durian crepe recipe.dek kerana konsentrasi yang teramatlah tinggi time buat crepe tadi, maka takde la gambar yang di snap ketika proses pembuatan crepe.so, meh nak kongsi recipe dengan uolls out there!

Bahan-bahannya crepe:
50gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 biji telur
3 sudu teh butter yang dicairkan
160ml air
40ml susu cair/susu segar
2 sudu besar gula castor
esen vanilla
pewarna kuning


cara-caranya:
1.campur dan ayakkan tepung gandum dan tepung ubi kayu.
2.masukkan gula castor.
3.tuang susu cair/susu segar, kacau rata guna whisker je.
4.kemudian,masukkan telur yang di pukul manja guna garfu je, tak payah pukul sampai kembang.
5.masukkan pula esen vanilla, kacau rata lagi.
6.masukkan air, kacau lagi.
7.masukkan butter yang telah dicairkan, kaaaccaaauuuu lagi.
8.last but not least,masukkan pewarna yang korang suka. nak letak kaler hijau ke, merah ke purple ke ikut suka ati korang la.
9.adunan tapi haruslah ditapis tlebih dulu sebelum korang nak masak.

cara nak masak pulak...
-guna senduk, ceduk adunan dan ratakan atas non-stick pan korang.
-.guna bontot senduk tu je untuk kasi crepe korang bentuk bulat, walaupon tak berapa nak bulat, kira ok la tue....
-agak agak dah masak, jangan terbalikkan crepe tue, sebaliknya terus terlangkup kan ke atas pinggan. *faham ke nie?*
-buat sampai abes adunan.
*bahagian crepe yang licin tu akan jadi permukaan luar crepe, yang bahagian bawah tu akan jadi bahagian dalam crepe.

next, kita pegi plak step untuk buat inti dia...
-watak utama haruslah isi durian yang dah dibuang bijinya.
-kemudian, fresh cream atau boleh juga guna whip topping.
- i guna whip topping je, pukul sampai kental guna mixer, tak payah susah payah nak tambah gula lagi sebab whip topping ni dah manis.

lepas dah kental boleh la ke proses nak balut crepe.disebabkan i takde amek gambar time membalut crepe tu, makanya i bagi link blog yang uolls boleh tengok cara nak lipat crepe nie. actually recipe crepe ni pon i amek dari blog nie....

Makanya terhasillah crepe durian gabak, versi i...bhuahahaha.....montok,mantop, dan kembung macam bantal gitu....makan sebiji crepe i ibarat macam makan 2-3 biji crepe durian yang uolls beli kat midvalley...heaven sangat!



so orang Sandakan, nak tempah crepe durian, boleh la pm i kat SINI, atau boleh sms/whatsapp di 019 5464635.....terus bussines you! :P hehehe..standard price for crepe durian RM10/5 pcs....tapi size crepe i lagi gabak dari size crepe yang kat luar sana tu yer....you won't regret belanjakan RM10 untuk crepe giant camnie....heheheehe...

x    o     x     o

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...