I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 2, 2012

NAK CARI MAKANAN EKSOTIK? BERANI KE MAKAN?

Assalamualaikum w.b.t.....


suddenly husband kena suruh pergi kursus kat KL. i ape lagi? berdesup ikut husband, tapi husband kursus i balik kampung! yeay!!! husband sangat sayangkan wife dia ni. tak mo tinggalkan wife dia sensorang kat rumah! hiks! i lebiu darling! :)

maka, program jalan jalan cari makan bersama family terchenta harus dijalankan...at first plan nak terjah lagi my favorite tom yam kat Hot Mas Restaurant. memandangkan my bro minta cuti on Wednesday, and Hot Mas plak tutup on Wednesday, my bro cakap tukar tempat makan. ok! tak salah sekali sekala nak tukar selera, tapi salah juga bagi i kalau tukar selera kat restoran yang menyajikan makanan eksotik! yucks!eksotik? macam aku selera sangat nak makan! hiks! :P naseb baik kat situ ada juga yang tak eksotik. yang eksotik confirm tak order sebab takut nanti takde sape yang nak makan yang eksotik itu!.


jum kita makan kat Puncak Mutiara Cafe. located at Kampung Pelet, Penanti, Pulau Pinang. jalan nak masuk ke tempat ni weird sikit sebab dari jalan besar, kena drive masuk ikut jalan kampung. mula mula pelik juga! cakap tempat ni famous sangat, tapi jauh kemain masuk kat dalam kampung. tapi bile sampai, pergghh!!!! cantik sangat! kawasan dia sangat luas. i love that place!


masuk je kawasan cafe nie, banyak gazebo gazebo yang ada all around the cafe. pilih je nak duduk kat gazebo mana. nak yang ada kerusi, nak yang bersila kat lantai macam jepun, nak duduk tepi kolam...name it! choose it! abah cakap nak duduk bersila. best sikit makan! so kitaorang pilih gazebo di bawah, dekat dengan kolam ikan. 

mai kita tengok sikit menu dia....



Everyday is their business hours except for Hari Raya Puasa and Hari Raya Haji. tak kira la raya india, raya cina tetap dorang beroperasi. bermula dari jam 10 pagi sampai 2 pagi. boleh makan puas puas dari pagi sampai ke pagi esoknya!hiks!


ni royal beriani station. ada macam macam jenis beriani...sape suka boleh cuba.


cowboy valley pon ada macam macam menu.more to western menu.


lepas tu ada Asian Cuisine. selalu makan ayam masak merah. apakata lepas ni try arnab masak merah plak! gamak gamak da jemu, muak makan ayam masak pedas, kita tukar plak ostrich masak pedas! yummilicious jugak tu? lepas tu ada satay arnab, satay ayam, satay daging, satay macam macam lagi. pegi jer order kat Puncak Mutiara Cafe.


ni bahagian beverages and ice cream. kalau suka minum susu kambing, boleh cuba kelapa muda with susu kambing. atau juga Roselle juice? segelas jus roselle cost you RM8. owh! i tak minum jus roselle RM8 sebab my mum tanam roselle belakang rumah, so i buat jus roselle sendiri.hihihi....bukan setakat jus roselle, i buat roselle shake dan juga roselle jam! hebat sangat!puiiiiihhh!!!! :P


kalau tetiba tak hingin makan nasi asian cuisine atau western cuisine, boleh cuba makan roti...ada macam macam jenis roti dengan lauk yang menduga keimanan pemakan pemakan makanan eksotik!owh!ada telur ostrich kalau nak rasa....kenyang seminggu makan telur ostrich! :P LOL!


selain beverages yang dipertontonkan tadi, ada banyak lagi pilihan lain. sila pilih mengikut hawa nafsu serakah anda! muahahaha....


kat sini juga ada bilik berhawa dingin. kot kot takmo makan ditemani angin sepoi sepoi bahasa, nak duduk kat tempat sejuk sebab nak feeling duduk kat negara sejuk, boleh sewa bilik berhawa dingin. nak berkaraoke pon boleh, sila sewa secara peribadi sebab takkan ada orang orang yang akan mengganggu anda serta kaum kerabat anda nak menyumbangkan suara. lepas tu kat sini nak beli baja organik pon boleh tau! confirm subur tanaman korang sebab baja kat sini baja fresh! apakah?memandai ja buat statement! :P Puncak Mutiara Cafe ni juga ada dorang punya nursery sendiri. so segala daging kambing yang korang makan memang diternak oleh mereka sendiri di bawah Mutiara Kristal Nursery.macam macam jenis baka yang ada. nak yang mana satu, pilih jer! dorang juga menerima tempahan catering. kalau terpikir nak buat kenduri kambing golek, cepat cepat terjah dorang ni sebab dorang menyediakan tempahan kambing golek!

disebabkan takde di antara i dan family i yang lain berani nak makan yang eksotik, so kita order yang tak eksotik punya.


yang atas dalam mangkuk tu kita order tom yam campur, yang nampak kotak separuh tu adalah cendawan goreng mutiara, yang kat bawah dari kiri, telur bungkus, kailan ikan masin, grilled chicken, daging masak merah. rupa grilled chicken tu takde la buruk cenggitu. tu kitaorang dah mamam dia. baki yang tinggal je tue.

grilled chicken sebelum kena ngap!

cendawan mutiara sedap!

not bad those food. lain kali boleh try yang eksotik, itu pon kalau rasa diri dah bersedia untuk jamah yang eksotik. serious i penggeli! bau daging kambing pon tak boleh blah! huhuhuh....

ma bro....terima kasih tolong bawa makan kat sini.lain kali boleh belanja pulak! :P

kesayangan hati hamba....

sayang mereka semua sampai bila bila... :')

x    o    x    o








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...