I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 25, 2011

KISAH GORENG PISANG

Assalamualaikum w.b.t....

walaupon doktor cakap goreng pisang tu kolestrolnya tinggi, i tetap juga suka makan goreng pisang walau dalam apa jua keadaan....hehehehe....semalam time pegi pasar, nampak orang jual pisang.mula mula pikir nak beli pisang, so nanti boleh balik goreng sendiri.tapi bila dipikirkan just i dengan husband je ade kat rumah, tak berbaloi plak nak beli pisang sampai sesikat!tak kan pulak nak minta kat makcik tue 'makcik, saya nak beli pisang 4 bijik!' kang tak pasal pasal makcik tue cakap i gila!setakat nak makan berdua, beli aje la kat gerai tepi jalan.beli RM3 pon da cukup kenyang kan?

so lepas brunch tadi, keluar pegi beli barang dekat giant dekat dengan rumah...since today is Xmas, husband pon cuti,plus weekend kompem cuti *walaupon dalam musim hujan, kebarangkalian husband dipanggil untuk membantu bagi kaunseling kepada mangsa banjir yang trauma* kitaorang keluar la pegi beli barang bersama sama....walaupon sebenarnya belom lagi pernah i pegi  beli barang sorang sorang! :P sebab i'm still new here...jalan pon tak faham faham lagi....

alkisah, kat luar giant tu ade makcik jual goreng pisang panas.so teringin nak makan..da cakap dengan husband, 'sebelom balik nanti kita beli goreng pisang dulu ek?'...nak lagi time time hujan cenggini, sedap makan goreng pisang panas nie....so lepas shopping kat giant, seperti yang dijanjikan, before balik beli goreng pisang dulu.i tanya husband i, 'berapa ringgit nak beli nie?'

husband dengan confident cakap 'beli RM2 la'..i pon ingat dia da biasa kat situ kan...so i pon dengan confidentnya la 'bagi goreng pisang RM2'!'....sekali i budget RM2 goreng pisang tue lebih kurang macam kat Kedah, kat KL....RM1 dapat la dalam 4-5 keping pisang...sampai da 10 keping, dia tak stop lagi isi dalam plastik!dalam hati i terdetik juga la 'aku minta RM2 je..dia ni salah dengar ke?'

last last, hambek kau!RM2 goreng pisang kat sini, penuh 1 plastik...mau terbeliak bijik mata i!i tengok husband i...dia duk tersenyum senyum!lepas bayar, kitaorang jalan nak pegi kat kereta!sekali husband cakap 'banyak giler pisang dia! hahahhahha'.....ok!fine!rupanya dia pon tak tau RM2 goreng pisang kat situ, bapak punya banyak kitaorang dapat!balik rumah, gigih nak abeskan goreng pisang tu sebab sayang nak buang!memang makan goreng pisang sampai malam la jawabnya!i rasa muka i macam da kembang sebesen duk kunyah pisang nie....huhuhuhu

finally, 2-2 give up!kenyang giler!separuh plastik lagi tak abes!RM2 goreng pisang kat sini boleh makan 4-5 orang! huhuhuhhu...so moral of the story, tanya dulu sebelom beli! =.='

x      o     x     o
mabuk goreng pisang! 
hohohohoho!!!!!
malam ni nak gi makan seafood pulak dengan sista and the brothers!
hancus lagi diet ku! T__T

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...