Assalamualaikum w.b.t...
ada orang setiap masa dia gila, itu namanya orang gila. ada orang yang tiba tiba jadi lebih dari orang gila, mungkin dia meroyan? ada orang yang datang kegilaan pada waktu waktu tertentu, itu dipanggil kegilaan bermusim. macam sekarang musim durian! maka i gila dengan durian crepe! eh! boleh ke cenggitu?
rugi korang yang tak pernah makan durian crepe lagi! serious! sebab bagi i yang menggemari durian, durian crepe berjaya mengatasi kesedapan durian fresh! nyum...nyum..nyum....certain people tak panggil durian crepe as durian crepe...ada yang panggil durian pancake.actually crepe or pancake same je rupanya. isi durian fresh di campur dengan fresh cream dibalut dengan crepe, bila makan, masuk dalam mulut, nikmat macam dalam syurga!hahaaha...over!
ini adalah my first durian crepe. first time makan da jatuh cinta tahap dewa kesatria kesepuluh! 6 biji durian crepe ni lepas makan macam lekat kat celah gigi je! serious tak cukup! yang ni beli kat midvalley,KL. kalau uolls nak cari boleh cari kat ground floor,midvalley dekat dengan big apple. 6 biji durian crepe ni harganya RM10. yup! memang a bit mahal sebab size dia yang cenonet je...sebiji tu ngap je masuk mulut, terus abes! tapi kalau dah malas, reda je walaupon 6 biji RM10. yang penting sedap.
second time beli lagi durian crepe dekat plaza sungai wang. juga kat ground floor dekat dekat yang orang jual kuih kuih tradisional macam onde onde, buah melaka,kuih lapis, karipap, donut and so on. durian crepe ni kat sebelah gerai yang jual kuih tue. pembuat durian crepe ni kat sungai wang plaza ni sama dengan yang dekat midvalley.lupa nak snap gambar sticker yang dilekat kat luar bungkusan durian crepe nie.exactly the same.rasa pon maintain sedap! masa makan durian crepe ni dah tak peduli nak gemuk ke ape, yang penting lepas makan kelam kabut cari inch loss lotion sapu cepat cepat! hahahaha...
yang ni pulak durian crepe versi KK. yang tadi versi KL. ni baru makan last week time balik KK. untuk uolls yang kat KK, boleh dapatkan durian crepe ni kat Lucy's Kitchen area Kepayan. durian crepe versi KK ni lebih montok, yang membawa maksud filling durian dan cream nya lebih banyak sikit dari versi KL. dan harga juga lebih mahal dari yang di KL. 3 biji durian crepe untuk RM8.90. size crepe durian nie lebih kurang 2 ruas jari je panjangnya. memang setakat sebijik tu boleh je ngap terus masuk dalam mulut kalau uolls ni jenis tak pandai control macho dan ayu la....muahahaha....macam i control ayu, harus makan sikit sikit, tapi sebenarnya bukan sebab control ayu, ia adalah supaya i boleh menikmati crepe durian tu secara perlahan lahan. kalau murah, harus da ngap ngap sebijik sebijik je terus.tapi sebab mahal sikit, kena la makan secara berhemah! hahahaha.....
dek kerana sekarang ni musim durian, encek suami suggest 'mari kita buat durian crepe di rumah'...oh! tipu!suami i takde la seskema nie.tapi serious berkobar kobar nak buat durian crepe di rumah sebab ada pemangkin semangat! :P LOL! lepas ni boleh ngap sebijik sebijik durian crepe ni masuk dalam mulut tanpa rasa bersalah.nantikan durian crepe my version pulak!
oh! 1 lagi kegilaan i sekarang adalah kegilaan terhadap peplum! oh my! baru ada 3 peplum!i need more peplum!gosh!!!gosh!!!gosh!!!kegilaan yang sukar dibendung!
this is my most stunning, pretty peplum i ever had. sebab mak i yang superb hebat yang jahit! i love you mak!mak saya memang hebat! ok bai!
x o x o