I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 4, 2012

NAK KULIT CANTIK BERSERI, GLOWING, MULUS, CERAH, TIDAK KUSAM, BEBAS PARUT DAN JERAWAT?

Assalamualaikum w.b.t....

Salam Ramadhan Kareem. Sudah 2 minggu kan kita berpuasa?aiyark! cepat betul masa berlalu....alhamdulillah, bulan ramadhan ni betul betul bulan yang penuh barakah, dimana Allah s.w.t memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada diri i. syukur alhamdulillah....setiap hari yang busy menyebabkan i tak punya masa pon nak jengah apatah lagi nak update blog. sekarang balik kampung, jadi masa untuk merehatkan diri yag dah penat bekerja siang dan malam. so nak curi juga masa rehat untuk share dengan korang on how to get radiant, smooth, fair skin especially on hari raya yang bakal menjelma ;)

first of all, perasan tak korang walaupon sesetengah orang tu kulit dia putih, tapi still kusam? kan? tak menarik bukan? mesti ramai yang idamkan kulit yang glowing glowing gitu, cerah, bebas parut dan jerawat, pinky gitu, gebu gebas you!ok, macam macam collagen yang korang boleh dapatkan kat pasaran. whether it is good and work on you or not je kan?

so sekarang buat korang korang yang nak cantik dan masih mencari cari lagi collagen yang bagus, this is the answer!

mahu capai kesempurnaan kulit dalam 30 hari?

alhamdulillah, testimoni sendiri, baru consume dalam 10 days dah nampak perubahan. kulit makin cerah dan tidak kering. since i takde masalah jerawat or parut, so tak tau la macam mana....basically, orang yang dah pernah consume glutacol nie rata rata bagi feedback within 2 weeks dah dapat kesan yang sangat ohsem! ;) 

sedikit info tentang Glutacol Glutathione + Collagen Drink...

Glutacol diformulasikan dari kombinasi Glutathione dan Kolagen. Glutathione memiliki manfaat positif bagi lebih daripada 68 penyakit yang berbeza. Hal ini penting dalam memberikan pertahanan dari radikal bebas, tekanan oksidatif, racun dan penyakit. Kolagen adalah anti penuaan yang kuat.
Kolagen memainkan peranan penting dalam membuat kulit anda bersinar, cerah dan kulit lebih muda. Produ
k ini juga membantu tubuh anda untuk membakar lemak. Namun, kerana faktor-faktor seperti proses penuaan, pengeluaran kolagen alami di dalam tubuh kita berkurang dari masa ke masa, mengambil suplemen kolagen sangat diperlukan untuk merangsang pengeluaran kolagen tubuh sendiri.


Apakah kandungan Glutacol?
Glutacol mengandungi Glutathione 500 MG, Collagen 1000 MG, Astaxanthin, Aloe Vera, Blackcurrant extract, Tomato Extract, dan Probiotics.


Apa bentuk glutacol dan bagaimana cara penggunaanya?
Glutacol berbentuk serbuk. Dalam 1 kotak ada 20 sachets. Ia boleh diminum terus ke dalam mulut, atau di bancuh dengan air suam 60 ml untuk setiap sachet. Untuk hasil yang Glutacol terbaik harus dimakan terakhir pada waktu malam sebelum tidur kerana waktu puncak untuk pembaikan dan pertumbuhan semula dalam tempoh dua jam pertama tidur - dikenali sebagai kitaran alfa.


Apa yang boleh menghadkan keberkesanan glutation dalam proses pemutihan kulit?
Keberkesanan glutation dalam pemutihan dalam seseorang individu boleh dihadkan oleh tabiat tertentu seperti penggunaan rokok dan alkohol diketahui akan mengurangkan tahap glutathione dalam badan. Perokok mungkin tidak mencapai keputusan yang sama dalam proses pemutihan kulit sebagai bukan perokok. Ini bermakna perokok tidak boleh mencapai keputusan yang lebih cepat daripada bukan perokok. Yang kedua ialah penggunaan alkohol. Penggunaan alkohol boleh menjejaskan keberkesanan glutation dalam pemutihan kulit. Pendek kata, untuk mencapai keputusan yang lebih cepat kulit mencerahkan, kami menasihati pengguna untuk berhenti merokok dan mengelakkan alkohol.


Kebaikan Glutacol :


Anti-oksidan
Mengatur berat badan
Mencerahkan kulit
Memastikan sel anda berjalan lancar
Anti penuaan
Mencegah kerosakan sel badan kita
Muda dan kulit bercahaya
Membantu memulihkan kekeringan dan kerapuhan rambut
Meningkatkan elastiktasi dan kelembutan kulit
Membantu meringankan bisul,
masalah pencernaan dan ginjal
Mengurangkan garis dan kedutan
Membantu untuk kesihatan gigi anda
Membantu kulit anda menjadi lebih putih dan halus
Membantu membakar lemak
Meningkatkan kemampuan kulit untuk melembapkan sendiri,
membantu dalam penghapusan sel-sel kulit mati
Membantu dalam cancer chemoprotection dan rawatan kanser


CARA PENGAMBILAN GLUTACOL UNTUK KESAN TERBAIK DAN CEPAT.


Glutacol berbentuk serbuk. Dalam 1 kotak ada 20 sachets. Ia boleh diminum terus ke dalam mulut, atau di bancuh dengan air suam 60 ml untuk setiap sachet. Untuk hasil yang Glutacol terbaik harus dimakan terakhir pada waktu malam sebelum tidur kerana waktu puncak untuk pembaikan dan pertumbuhan semula dalam tempoh dua jam pertama tidur - dikenali sebagai kitaran alfa.



1 kotak glutacol mengandungi 20 sachets yang chumel chumel dan sedap! ^__^ harga sekotak RM70. untuk anda yang ingin mencuba glutacol boleh dapatkan di sini!




x    o    x    o

inginkan transformasi kulit seperti gambar di bawah ini?nantikan entry yang seterusnya....product terhebat dan terpanas di pasaran!oh!jangan risau, product ini sumbernya dari doctor pakar yer sayang...selamat juga untuk ibu mengandung yang menyusu... 





Friday, July 20, 2012

RAMADHAN KAREEM

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh-Nya untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh barakah, Ramadhan Kareem....syukur pada-Mu ya Allah. This year would be my first time celebrating Ramadhan without my family by my side for whole month! :\ fuh! i need to be strong enough. dulu dulu time study biasa jer sambut puasa tanpa family but hujung hujung puasa masih lagi sempat berpuasa dengan family. tapi tahun ni will be my first time sambut puasa as a wife to my husband! =) dah tentu banyak bezanya.

Seriously,i orang paling malas bersahur! this is so true! :P tiap tiap malam memang spare botol air masak letak tepi katil, then set alarm bangun sahur. alarm bunyi, bangun teguk air masak 2-3 teguk then sambung tido balik! hahahaha....serious pemalas! LOL! nanti nak bangun balik pon time sembahyang subuh jer! =.='

Tahun ni tak boleh malas malas da because my husband memang jenis wajib bersahur makan nasik! makan nasik okeh! bukan minum air teguk teguk pastu tido. padan muka haku! hahaha...sape suruh malas sangat. but it's okay! practice makes perfect! so practical i akan bermula esok pagi time sahur la. bila sebut sahur, otak dah ligat berputar pikir nak masak apa untuk sahur. i ni da la jenis perut tak boleh terima makanan time time cenggitu. alamat teman mr husband makan jer la nanti.

nak cerita pasal ramadhan, korang sendiri mesti banyak moment moment time sambut ramadhan kan? time kecik kecik puasa, tuhan jer la tau rasa nape la lambat betol nak masuk time berbuka. bila da besar sikit takde la gelojoh da macam time kecik kecik dulu. lepas tu bila da makin dewasa, suka giler plak puasa! LOL! sampai puasa sunat pon rajin jer nak sapu abes, sebab konon bila puasa, i boleh kurus! nawaitu sangat taw! :P

sekarang bila da kawen, lain plak! of course paling utama otak pikir nak masak apa untuk berbuka, untuk sahur lagi. fuhhh!!!! time ni la rasa nak google abes kuih muih tradisi atok nenek dulu, sebab fiil makan time puasa ni lain sikit dari bulan tak puasa. serba serbi rasa nak makan. semalam mr husband dah bagi list nak makan itu ini untuk berbuka la untuk bersahur la. =.=' challenging sangat u! hehehehe......takpe takpe...will do it just for you la  my dear! hiks! :D

tu belum masuk bab param! cemaner la gamaknya param kat Sandakan nie?mesti tak berapa nak sama dengan param kat Kedah nuuu....kalau kat kampung, asal serbu param, mesti nak beli ayam percik, ayam golek, satay,laici kang, murtabak, kuih muih, roti john....bla bla bla....macam semua benda pon i hangkut!hehehehe....lain tempat, lain makanannya. cenggini la hidup di perantauan. huhuhuh.....*rindu plak kat Mira dengan Aiza...kalau pegi param mesti nak bertiga!*

cakap pasal puasa, mesti nak masuk bab raya! hamboi! awal bebeno la kan? pedulik! nak cakap gak! baju raya i, 3 pasang da siap uolls! haaaa......hover kan i?1 pasang lagi tak siap jahit lagi. total harus lah jadi 4 helai baju! tailor of course nak mak juga yang jahit! takmo orang lain! kengkawan suka tanya "baju ni beli kat butik mana?"....butik mak i ler uolls! i tak pakai baju ready made! tak berapa nak kena dengan cita rasa. bagus custom made, much much better! nak ketat, nak longgar, nak labuh nak singkat, semua boleh!

kecik kecik, pakai baju raya, mesti nak pakai baju sama dengan Mira. sampai orang ingat kitaorang kembar. bila da besar, takmo baju sama da! tapi bila nak raya mesti sebok pikir design baju. pastu nanti bincang sesama! sampai ler da kawen cenggini, walau duk jauh beribu batu, baju raya, design tetap sama! hehehe....tema tahun ni tak berapa nak layan baju kurung, kurung modern, kebaya lagi ler takmo! lari sikit dari kebiasaan. apakah bajunya?tunggu hari raya baru i tunjuk! kan Mira?tolong jahit crumble kat baju i please!hehehehe.....

me and mira

pagi raya tahun ni pasti menyedihkan sebab di pagi raya tak dapat nak ziarah kubur arwah tok dengan arwah tokwan macam sebelum sebelum ni :'( i miss them so much! selalunya lepas sembahyang raya, mesti pegi ziarah kubur sama sama dengan mak, mira, aiza, makjang...kadang kadang auntie dengan alia join sekali. ataupon abah dengan pakjang ikut juga pegi sama sama. huhuhuh.... "Aiza, tahun lepas hang nangis sebab tak dapat pi kuboq tok dengan tokwan, tahun ni kak ena la plak yang nangis".. :'(


batu nisan ni saja la mampu di tatap tiap tiap tahun :'(
al fatihah...semoga tok dengan tokwan damai di sana :'((((

sob sob sob.... :'( mula la nak emo nie T__T mak abah, please meh raya kat sini boleh tak? huhuhuu....nanti pagi raya, sape la nak tolong mak siapkan juadah? huhuhu...selalunya memang tugas i la hidangkan juadah atas meja sebelum tetamu datang. sebab kat rumah tiap tiap tahun memang tak menang tangan! raya pertama tu da kira open house kitaorang sebab ramai sedara mara datang tak putus putus.memang happening sangat! selalunya kalau raya pertama tu sempat beraya kat rumah makjang kat sebelah rumah dengan rumah auntie kat belakang rumah. nak gi rumah orang lain memang tak sempat sebab sebok melayan tetamu yang datang ke rumah.nak lagi dahsyat sampai ke malam tetamu datang berkunjung! fuh! masa tu rasa letih nak terbongkang je atas katil. eh eh! over plak terflash back cerita raya plak! padahal puasanye belum lagi pon! stop dulu! nanti i emo! :\

cerita pasal ramadhan nie, i nak siap sediakan diri untuk sambut ramadhan jauh dari keluarga. tapi takpe, i bukannya sorang diri terkontang kanting kat sini! i still have my loved one kat sini :') nanti confirm dalam pertengahan atau hujung puasa akan balik KK untuk iftar *orang Sabah cakap bersungkai* dengan family mertua. masih lagi boleh meriah bersama sama =) oh! by the way, waktu berbuka kat Sandakan awal okeh! so nanti, i dah berbuka puasa, korang korang kat semenanjung tu sabar je la menahan nafsu! hehehehe.....i tak kesah pon kalau waktu sahur kat sini lagi awal sebab bagi i awal ke lambat ke waktu sahur tu tak bagi kesan pon dengan orang macam i yang susah beno nak bersahur nie! ;)

nah...banyak pula melalut! :P macam banyak betol masa i nak buang buang gitu aje kan? padahal banyak lagi keje nak buat! so enough till here la....sempena nak puasa nie, i nak minta ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri i, yang ada terasa ati dengan i, yang i terguris ati korang tanpa disedari. semoga puasa kita ni diterima Allah dengan sebaik baiknya. sempena nak puasa nie, jangan la nak dengki dengki, busuk ati dengan orang lain, nak cari gaduh cari pasal, nak umpat keji orang, dan yang paling PENTING sekali, jangan la duk busy busykan diri korang sebar FITNAH sana sini. sebab Allah tu maha adil. walaupon kita fitnah sana sini, kita ingat orang yang difitnah tu tak tau, kita kena ingat! Allah tu segala galanya. dengan kehendak-Nya , yang tak tau jadi tau... :) semoga disucikan hati hati yang hitam dan kotor.

it's so easy, just let them bark! 

bulan ramadhan nie, bulan dimana kita nak berkejar kumpul pahala. bukan mencari dosa. jadi, marilah kita berlumba lumba mengumpul pahala. dari masa abes dibuang dengan kutuk orang sana sini, jaja cerita here and there, bagus kita berselawat ke, baca al quran ke..ye idok? meh ler kita muhasabah diri sama sama....jum sama sama kita perbaiki diri untuk menjadi mukmin yang sejati! jadikan bulan ramadhan yang penuh barakah ni sebagai bulan yang memberi penuh rahmat kepada kita semua. aminnnnn.....semoga diperkenankan oleh-Nya. 


so, malam ni jangan lupa niat puasa yer....esok da 1 Ramadhan....kalau gamak gamak dah lupa niat puasa camne, inilah niat yang patut korang niatkan nanti....


till then, jumpa dalam next entree....SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN untuk semua....

x    o    x    o





Thursday, July 19, 2012

LET FLY FLY AWAY! =)

Assalamualaikum w.b.t....


another fly fly away trip.....another honeymoon trip! =) yeayyy!!! thank you hubby.muah muah muah!!!!! "kau hado???" *to those who it may concern*

ok bai!


x    o    x    o

Wednesday, July 11, 2012

IT'S THE TIME! YEAYYY!!!!!


Assalamualaikum w.b.t.....

Alhamdulillah, diberikan lagi kesempatan nak jengah blog nie.....seriously busy sangat sekarang. dua ari lepas bertungkus lumus menyiapakan crust cheese tarts lebih kurang dalam 100 pieces order dari customer. penat ler juga...tapi itulah rezeki i yang Allah s.w.t bagi....syukur alhamdulillah. sejak Dawina Homemade Cookies and Cakes (Sandakan) dilancarkan secara tak rasminya, memang tak menang tangan i dibuatnya. order tak putus putus dari customer. insyaallah, orang orang Sandakan dah bagi kepercayaan yang besar kepada Dawina Homemade Cookies and Cakes (Sandakan) =) thank you semua!

pagi ni tak busy macam sebelum sebelum nie plus tak payah nak kelam kabut masak for lunch sebab mr hubby outstation arini. dia tak balik lunch kat rumah. so, bila i sensorang, cenggini la. makan je ape yang ada depan mata. bread sapu butter pon jalan jer...heheheh....tengah hari nanti baru nak start siapkan order jiran sebelah rumah. sekarang ni nak bersenang lenang jap sambil hadap blog yang makin terbiar sepi, but then still takmo la biar dia sepi camtu jer! so bile ada masa, cuba la menghupdate blog nie.

so far, order untuk biskut raya dah makin mencurah curah masuk ordernya. alhamdulillah!and this year will be my first year tak menyambut ramadhan dengan family sendiri! huk huk huk! sedeynye... =( yang happynya this is my first time nak berpuasa bersama sama suami terchenta. merasala nak bersahur sama sama, bersungkai (itu bahasa sabah, kite cakap berbuka) sama sama....=) harap i tabah and tak nangis sebab jauh dari family. huhuhuh....miz my family yang jauh nun di utara sana....huhuhuhu.....

hurmmm...puasanya belum, baju raya 3 pasang dah siap. tinggal baju tema belum siap duk kat Kedah lagi....hehehehe....tahun ni beading baju sepasang je. tu pon beading yang simple simple. aritu duk berangan nak buat crumble, sekali da busy cenggini, jangan harap la nak bercrumble mumble.... :P 


dah berapa minggu bawa balik baju nie, ini jer yang baru siap. adeh! ntah dapat siap ke tak pon tak tau la.simplest beading ever la ni, pon tak tersiap! achaner tue? bila masuk puasa nanti sibuk nak siapkan order orang plak, tak puasa pon duk siapkan order. baju letak tepi dulu. alih alih nanti pakai baju beading separuh jalan...hehehee...

dalam sebok dengan tempahan, sempat lagi petang petang wajib keluar depan umah untuk aktiviti gardening! :P aritu dekat 3 minggu tinggalkan rumah, takde orang nak tolong siram pokok, abes semua pokok bunga mati :( sakit ati, sakit mata tengok pokok semua mati kering, beli lagi pokok baru! hikhikhik....ade satu jenis tu da start berbunga! suke suke suke! :D


i siap pegi Olive Garden, cakap dengan uncle tue, 'uncle, i mau pokok bunga yang tahan panas! letak tengah panas pon ok, takda masalah!'. hehehe....malas nak beli pokok pokok manja yang tak tahan lasak, tak tahan panas! kena panas sikit da start nak layu. banyak betul pokok yang uncle tu suggestkan. salah satu yang i beli yang berbunga comel tu. punya i rajin angkut pokok dari nursery uncle tu sampai uncle tu pon da kenal muka i. siap bagi murah murah lagi. sampai dia cakap dengan mr. hubby, 'ini amoi i bagi dia murah murah saja. ini amoi selalu beli pokok di sini'....hehehe...sonang koje den! bodek bodek sikit uncle tu terus dapat murah!kikikiki...

dalam satu minggu ni dah start tukar pokok pokok baru depan rumah. mr. hubby plak dengan project clearkan semak samun belakang rumah, sebab dia semangat nak menanam kat belakang rumah, and buang rumput rampai depan rumah juga sebab dia cakap nak tanam rumput carpet.i bahagian pokok pokok hiasan depan rumah.petang petang kalau tak hujan, confirm la i akan ade kat depan rumah tu bergardening. proses tukar pokok pokok lama kepada pokok pokok baru sedang dijalankan secara berperingkat.owh! heaven sangat tau! naseb baik mr. hubby menyokong. he said as long as i happy dengan apa yang i buat, buat ler....hehehee...thank you mr hubby!love you!

sekarang mr. hubby sebok duk cari anak pokok melawaring (betol ke ejaan dan nama pokok nie?) nak tanam kat depan rumah. aritu ada pegi cari kat Olive Garden, tapi siap dalam pasu and pokok pon da tinggi melangit! ntah berapa ratus dah harga dia.i google lagi nama pokok tu, ada orang panggil dia pokok pinang merah.


inilah pokoknya. tak tau la sama species ke tak, tapi lebih kurang gini la pokoknya

budget nak buat landscaping bagai...hehehe...

hurmmm, ikut ati banyak je lagi project tak terjalan jalan ni. nak tanam rosell pon duk terbengkalai lagi. takpe la, buat pelan pelan. ok la, nanti i sambung blogging lagi. nak start buat koje da nie. salam sayang uolls!

x    o    x    o


Monday, July 9, 2012

REZEKI TUE TUHAN NAK BAGI DARI PELBAGAI CARA

Assalamualaikum w.b.t....

Rezeki untuk setiap hamba-Nya memang telah ditentukan oleh-Nya....tak semestinya tak dapat masuk keje government 'oh!tuhan tak bagi aku rezeki!'....tak semestinya tak keje dengan swasta 'tuhan tak bagi aku rezeki lagi'.....rezeki tu allah kurniakan tak semestinya dengan kerja dengan government atau swasta baru allah nak bagi rezeki.allah tu maha adil lagi saksama...asal rajin berusaha, kat mana mana pun ada rezeki....kan cacing dalam tanah pun boleh hidup?

jangan ingat bila dah dapat kerja ngan government ke swasta ke, senang senang nak pandang orang yang tak keje makan gaji dengan sebelah mata!bear in mind babe!kuasa allah tue besar!even though i tak makan gaji dengan mana mana pihak pon, usaha gigih i nak cari duit sendiri tetap ada... at least i tak perlu nak minta duit kat mak bapak, kat laki ke ke kat sape sape la...cari duit sendiri, saving duit, nak shopping bagai at least dari titik peluh.

this is my precious, sumber rezeki i yang bagi income untuk i hari hari. tak banyak, sikit pon mesti dapat. alhamdulillah...inilah rezeki. see, i tak keje  ngan government pon, i tak keje ngan swasta pon, tapi i tetap dapat rezeki dari Allah s.w.t....look!jangan nak bongkak sombong kalau keje ngan swasta mahupon government. orang yang tak keja ngan swasta mahupon government pon masih mampu nak cari duit poket sendiri.yang penting usaha.




alhamdulillah, syukur dengan rezeki dari-Nya. promo sikit untuk orang orang Sabah especially yang tinggal di Sandakan dan KK, jum LIKE our page kat sini. any inquiry or order boleh pm di page kami atau sms ke 019 5464635.



x    o    x    o

Saturday, July 7, 2012

MARI MENJAMU MATA, TINGKATKAN NAFSU

Assalamualaikum w.b.t....

Sambungan dari entry yang lepas...entry yang dah lama menunggu disambung al kisahnya.....kesinambungan yang dah lama tergantung tak tersambung sambung...jadi di pagi yang sepi ni marilah kita sambung story dari entry yang lepas....

eh!sebelum tu hye uolls....how are you?hope you guys are doing fine! i'm super duper busy, seriously and this is sooooo true! no cheating no lying at all! this morning tergerak ati nak check this blog yang dah lama dibiar sepi tanpa sebarang entry baru....tetiba terbaca shout kat chat box from one of my blog's reader yang katanya duk tunggu i update entry baru...cian die....datang blog i je cite basi, takde cite baru.... *pity you gurl!i'm sorry*....

so dipendekkan cite, lepas baca luahan rasa that reader, terus laju laju i bersemangat nak update blog! LOL! hehehehe....thank you, thank you thank you la you sebab menaikkan semangat i....seriously, susah betul nak curi masa nak update blog sekarang.huhuhuh...i thought kerja dari rumah is so easy compared to uolls yang kerja kat opis! but tell you what! kerja dari rumah takde fix time okeh! masuk opis pukul 8 balik pukul 5 takde yer...datang time i busy gilos i started my work dari subuh sampai ke malam! nah....lepas tu da penat, no blogging blogging la...facebook-ing pon sebab nak check page kalau ade order. naseb la husband hadiahkan henpon canggih...so online kat hp je...nak harap on lappy takde maknanye dah le....tunggu la nak kena kumpul duit beli tab plak pasni! :P LOL!

ok lah....merapu meraban dah nie....actually di pepagi hari yang indah ni i saje saje je nak jamu mata uolls, supaya naikkan nafsu uolls biar bergelodak bergelora! wakakakaka....takde la nafsu ape pon..nafsu makan je pong! :D okehlah! untuk entry kali ni i nak jamu mata uolls tengok tengok hasil tangan i. tempahan sentiasa dibuka.sebarang penutupan tempahan silalah merujuk kat page i di sini ok? so meh jamu mata uolls....

kita mulakan dengan rangkaian warna warni apam polka dottttttttttt!!!!!!!!!!!!









sodap ni makan petang petang...bekpes pon boley....lepas tu meh jamu lagi mata korang dengan rangkaian blueberry dan strawberry cheese tarts yang yummylicious!







seterusnya lagi, egg tarts!








simplest cupcakes!





dan akhir sekali chocolate moist cake...bayangkan kek coklat yang dilimpahi topping coklat yang ummmppphhhhh!!!!!!tak tau nak cakap! okeh! lap dulu air liur korang! sebab air liur korang dah berjejeh jejeh da, i jamu mata uolls sampai sini dulu!hehehehe.....



so cukup la sampai sini dulu update express dari i....nanti jumpa lagi pada episod yang akan datang...waaahh....gitew....macam pengacara kat tv plak! hehehehe...ok lah...babai!!!!! muah muah muah!!!!

x    o    x    o





Wednesday, June 6, 2012

LAUNCHED!

Assalamualaikum w.b.t...

Dari sehari ke sehari i makin kesuntukkan masa untuk diluangkan bersama blog pujaan hati....but take it positive! penat pulak sekarang nie...tapi ni je la masa yang ada untuk update blog....this is just a short entree....i'm getting busy day by day with my new activity...it has been launched because of my interest...


Logo pun tak sempat nak design lagi....kena minta tolong mr husband untuk tolong buatkan.....heheheh....later i akan story lagi pasal my new interest...alhamdulillah since launched da banyak order yang masuk....alhamdulillah, rezeki di bumi Sandakan nie =) home based business, walaupon masih lagi kecil kecilan, tapi cukup untuk dapat duit poket sendiri disamping duit mr husband bagi. lagi puas hati bila dapat cari duit sendiri plus tak payah keluar bekerja di luar rumah....duduk dalam rumah, klik klik FB, boleh dapat duit....nak urus rumah tangga, makan minum mr husband pun senang...semua boleh buat.....tak macam keja kat luar....ok lah....nak menyeru rakan rakan bloggers, visitors, FB's friend etc jum LIKE page i sebagai tanda sokongan! =) LIKE KAT SINI!

untuk anda di luar sana yang berada di Sandakan, meh ler order ngan i...kami menawarkan free delivery untuk order anda yang berada di sekitar Batu 4,5,6, dan 7, Sandakan..do pm me ok for order or more info =)

x    o    x    o

Sunday, May 27, 2012

MY PRECIOUS BIRTHDAY CELEBRATION, MY PRECIOUS BIRTHDAY PRESENT

Assalamualaikum w.b.t.....

Tak tau nak cakap camne sebab kalau type mesti typical sentences yang selalu ada pada permulaan entry =.=' 

"lamanya tak update my blog kesayangan nie...."

"blog dah berhabuk bersawang takde masa nak jengah..."...bla bla bla...ok! korang pun da bosan.....yes! seriously sejak started new business memang sangat sangat busy. sumpah tak tipu! tapi busy itu tandanya Allah kurniakan rezeki yang tak putus.....alhamdulillah....syukur sangat :) tapi kos lepas la, busy dengan business so takde masa nak update blog. nak update pasal my new business pun still tak sempat. but what ever it is alhamdulillah malam ni diberi kesempatan, masa yang sedikit terluang untuk hadap blog yang lama giler tak terupdate....so mesti bijak pikir nak update story mana satu....maklum saja la bila lama tak update, makanya story menimbun tapi tak terpublish malah tak terluah pun di dada blog i nie.....pity me...but what to do, my new business memberikan income yang lebih masyuk dari blogging! :P hehehehe......

last entry yang dipublish di blog i adalah update entry birthday mr husband....birthday tak belated, yang belatednya adalah entry yang dikeluarkan...dekat 1 minggu after birthday mr husband, baru la terkeluar all those story, entry and those pictures la etc...same goes to my birthday entry. belated entry not belated birthday celebration......

birthday mr. husband on 5th may, mine is 21st may....so kami celebrate birthday dalam bulan yang sama.... =) aritu time birthday mr. husband, celebrate his birthday kat Secret Recipe.....for my birthday, mr. husband belanja makan steamboat....wah!!!! i love seafood! ^__^ lepas maghrib terus mr. husband bawa pegi restaurant ocean steamboat kat bandar..... first time i pegi sana...tak pernah pegi pun sebelum nie....

can u imagine makan steamboat berdua aje? no more diet...put diet aside, yang penting makan sepuas mungkin!hahahaha....melantak aje la malam tue....first round makan semangat lagi nak snap gambar, masuk second round, third round, say goodbye to camera! LOL! so ini aje la gambar yang sempat diambil sebelum say goodbye to camera! :DDD




damn so fresh prawns and crabs! yummylicious!


then i say goodbye to my digicam....it's makan time! so, concentration is highly needed! :P we were really enjoyed makan steamboat damn so much! nak lagi time tu heavy rain outside....cuaca sejuk, sambil layan makan steamboat yang tengah berasap! perrgghhhh!!!! terbaik dari ladang!then bila perut da moncet, baru hengat nak stop makan, tapi takde la stop mana sebab sambung makan buah and ice cream...

thank you mr. husband sebab belanja makan seafood...

i don't care takde cake birthday on my birthday sebab i da giler kenyang layan steamboat. kuikuikui.......so cake is not the main subject!

menikmati my favorite honeydew ice cream....nikmat sangat!

lepas da puas memuaskan nafsu makan, baru la bergerak balik ke rumah. sebab bila da kenyang, masing masing da jadi cam ular sawa yang kekenyangan....hehehehe....

to mr. husband, thank you so much for the steamboat, thank you for always remember my birthday, thank you for let me be your wife, thank you for accepting the good and bad me, thank your for everything. :')

and not to forget, thank you for this year birthday present :) you really surprised me! :') thank you, thank you, thank you sooooo much for the Galaxy S II..... he said to me, since your business makin maju, you need this smartphone! hehehehe.....ada ada je kan... :P 

my Samsung Galaxy S II....really love it!

yours and mine!

why this is so precious birthday for me? sebab dapat celebrate birthday sebagai suami isteri. best sangat! hanya orang dah kawen je tau perasaan tu....oh! by the way, bila lama tak update blog,i thought takde orang pun yang kisah...rupanya masih ada yang ikuti perkembangan blog i nie :) siap time wish birthday kat i, request sekali suruh i update blog...hehehehe...terharu sangat.....to my readers, i'll try to update my blog sekerap mungkin....ok? :) thank you so much sebab walaupun i jarang update blog, tapi rupanya i ada readers yang sangat loyal yang selalu ikuti perkembangan blog i....hehehehe...thank you so much to those who it may concern... ^__*

untuk semua yang wish i kat FB, thank you so much! takde apa yang mampu i ucapkan selain dari thank you so much untuk korang! heart all of you....untuk ahli keluarga, untuk my parent, my parent in law, siblings, cousins,  and semua la, terima kasih for the wish, for the present etc...sayang korang semua...untuk mr. husband, i love you so much! thank you to u too for everything yang u da buat and bagi pada i... :')

untuk readers blog i yang selalu jengah blog i, sori sebab sekarang i betul betul busy takde masa nak update blog sekerap macam dulu...tapi i akan cuba sedaya mungkin untuk tak biarkan blog ni sepi macam tu aje....thank you untuk sokongan yang korang bagi....

x    o    x    o

Thursday, May 17, 2012

HAPPY BIRTHDAY MR. HUSBAND *birthday tak belated, entry yang belated*

Assalamualaikum w.b.t....

Fuyyyoooo!!!!!! ini serious rindu serindu rindunya towards my blog. punya lama menyepi tak terupdate blog....been busy lately sejak run new business ....yet i still tengah cari tapak yang kukuh untuk my new business. sebelum ni menjalankan online business, and new business ni pun still online business cuma amek order je secara online. tidak menggunakan mana mana syarikat courier....free delivery untuk certain area plus yang jauh boleh pick up kat my home sweet home jer =) nak tau apa business nya? meh LIKE page nie ---->https://www.facebook.com/pages/Dawina-Homemade-Cookies-and-Cakes-SANDAKAN/163519770346817

ok..even though almost two weeks dah berlalu birthday mr. husband, tapi still nak update jugok! tak pedulik! actually this is our first time celebrate the birthday as a spouse....weheeee~~~ time couple dulu, time study jer la ade chance nak celebrated birthday sesame...then kalau kena cuti sem, duduk diam diam je la...takde nak celebrate bagai sebab both pun duduk jauh jauh...then bila da keje pun sama juga....takde peluang nak date time birthday....so makan tahun juga celebrate birthday by sent the birthday wishes through sms ke, pos kad birthday kalau rasa nak old school sikit...kalau bertuah ade la posmen hantar hadiah di rumah.....hehehhee...the rest, menyepi je la...paling paling malam nak birthday, stay up gayut kat tepon....

tahun ni, alhamdulillah diberikan kesempatan untuk merasa celebrated birthday as a spouse....so, before mr. husband nye birthday, we spent alot of time kat KK..then ngam minggu birthday mr. husband, kami balik rumah. so dapatlah spent time bersama, berdua untuk celebrate birthday.tapi part yang tak best, my birthday man tak sihat la pulak time his birthday....cirit birit+muntah muntah sebab terlebih makan cili padi+buah bambangan...

sebelum birthday dia, memang dah plan nak celebrate berdua. cuma kat tempat kitaorang tinggal i tak tau sangat tempat yang best nak celebrate. sebab at first i thought we still in KK time birthday dia. so,da plan nak celebrate birthday mr. husband kat Full House, Suria Sabah. sekali, balik Sandakan. so terpaksa tukar plan...last last i decided pegi Secret Recipe jer...memandangkan birthday man sakit, i pun cakap la nak postponed dulu, tapi mr. husband tanak...nak pegi on the same day juga....


my birthday man yang sakit

a slice of banana chocolate and a candle for him

hazelnuts cheese cake for me =)

ice chocolate with whipped cream

disamping side order di atas, kami jugak order main dish sebab both belum breakfast and lunch...so terus aje brunch kat sana...

japanese soba. that's mine!

mr. husband order fish and chips

actually, kesian giler tengok mr. husband makan. maklumlah, tekak duk meloya lagi, makan pun takde selera, dipaksanya juga nak makan fish and chips tu...punya dia menahan mual nak telan fish and chips tu...muka da macam orang tercekik tulang ayam....fish and chips tu sedap, tapi sebab dia takde selera and masih mual, seksa kemain dia nak makan...pastu merungut menyesal makan kat Secret Recipe time takde selera.....kan??? dan suruh postponed tanak....takpe la...next time kita makan lagi kat sana....tunggu u sihat bebaik yer....finally, tapau je fish and chips dengan 2 slices cakes tu....ended up, i yang ngabehkan makanan tapau tu kat rumah.....orang sakit tengok makanan pun takde selera...huhuhuh...i juga yang sihat walafiat....kembang sana sini....pffttttt!!!!

by the way, birthday present lupa nak amek gambar...sempat curi masa time kat KK beli birthday present...time tu bershopping dengan kakak Atin....cessss!!!!kakak Atin pecahkan rahsia! dia bagitau paksunya *mr. husband* ''paksu, kakak tadi pegi beli hadiah birthday paksu!''...adehhhh.....kelam kabut aku auta mr. husband takut pecah rahsia...naseb baik sempat cover.....hahahahaa... LOL!

apapun, walaupun celebration tu simple, tapi sangat bermakna sebab dapat celebrate bersama....nak lagi bila ada ikatan yang sah di sisi agama nie, kita celebrate bersama suami, rasa lain.....best sangat sangat....alhamdulillah...thank you Allah....to my beloved mr. husband, HAPPY BIRTHDAY TO YOU.....sincerely from your WIFEY.....hugs and kisses!!!!!

x    o    x    o

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...