I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 20, 2012

RAMADHAN KAREEM

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh-Nya untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh barakah, Ramadhan Kareem....syukur pada-Mu ya Allah. This year would be my first time celebrating Ramadhan without my family by my side for whole month! :\ fuh! i need to be strong enough. dulu dulu time study biasa jer sambut puasa tanpa family but hujung hujung puasa masih lagi sempat berpuasa dengan family. tapi tahun ni will be my first time sambut puasa as a wife to my husband! =) dah tentu banyak bezanya.

Seriously,i orang paling malas bersahur! this is so true! :P tiap tiap malam memang spare botol air masak letak tepi katil, then set alarm bangun sahur. alarm bunyi, bangun teguk air masak 2-3 teguk then sambung tido balik! hahahaha....serious pemalas! LOL! nanti nak bangun balik pon time sembahyang subuh jer! =.='

Tahun ni tak boleh malas malas da because my husband memang jenis wajib bersahur makan nasik! makan nasik okeh! bukan minum air teguk teguk pastu tido. padan muka haku! hahaha...sape suruh malas sangat. but it's okay! practice makes perfect! so practical i akan bermula esok pagi time sahur la. bila sebut sahur, otak dah ligat berputar pikir nak masak apa untuk sahur. i ni da la jenis perut tak boleh terima makanan time time cenggitu. alamat teman mr husband makan jer la nanti.

nak cerita pasal ramadhan, korang sendiri mesti banyak moment moment time sambut ramadhan kan? time kecik kecik puasa, tuhan jer la tau rasa nape la lambat betol nak masuk time berbuka. bila da besar sikit takde la gelojoh da macam time kecik kecik dulu. lepas tu bila da makin dewasa, suka giler plak puasa! LOL! sampai puasa sunat pon rajin jer nak sapu abes, sebab konon bila puasa, i boleh kurus! nawaitu sangat taw! :P

sekarang bila da kawen, lain plak! of course paling utama otak pikir nak masak apa untuk berbuka, untuk sahur lagi. fuhhh!!!! time ni la rasa nak google abes kuih muih tradisi atok nenek dulu, sebab fiil makan time puasa ni lain sikit dari bulan tak puasa. serba serbi rasa nak makan. semalam mr husband dah bagi list nak makan itu ini untuk berbuka la untuk bersahur la. =.=' challenging sangat u! hehehehe......takpe takpe...will do it just for you la  my dear! hiks! :D

tu belum masuk bab param! cemaner la gamaknya param kat Sandakan nie?mesti tak berapa nak sama dengan param kat Kedah nuuu....kalau kat kampung, asal serbu param, mesti nak beli ayam percik, ayam golek, satay,laici kang, murtabak, kuih muih, roti john....bla bla bla....macam semua benda pon i hangkut!hehehehe....lain tempat, lain makanannya. cenggini la hidup di perantauan. huhuhuh.....*rindu plak kat Mira dengan Aiza...kalau pegi param mesti nak bertiga!*

cakap pasal puasa, mesti nak masuk bab raya! hamboi! awal bebeno la kan? pedulik! nak cakap gak! baju raya i, 3 pasang da siap uolls! haaaa......hover kan i?1 pasang lagi tak siap jahit lagi. total harus lah jadi 4 helai baju! tailor of course nak mak juga yang jahit! takmo orang lain! kengkawan suka tanya "baju ni beli kat butik mana?"....butik mak i ler uolls! i tak pakai baju ready made! tak berapa nak kena dengan cita rasa. bagus custom made, much much better! nak ketat, nak longgar, nak labuh nak singkat, semua boleh!

kecik kecik, pakai baju raya, mesti nak pakai baju sama dengan Mira. sampai orang ingat kitaorang kembar. bila da besar, takmo baju sama da! tapi bila nak raya mesti sebok pikir design baju. pastu nanti bincang sesama! sampai ler da kawen cenggini, walau duk jauh beribu batu, baju raya, design tetap sama! hehehe....tema tahun ni tak berapa nak layan baju kurung, kurung modern, kebaya lagi ler takmo! lari sikit dari kebiasaan. apakah bajunya?tunggu hari raya baru i tunjuk! kan Mira?tolong jahit crumble kat baju i please!hehehehe.....

me and mira

pagi raya tahun ni pasti menyedihkan sebab di pagi raya tak dapat nak ziarah kubur arwah tok dengan arwah tokwan macam sebelum sebelum ni :'( i miss them so much! selalunya lepas sembahyang raya, mesti pegi ziarah kubur sama sama dengan mak, mira, aiza, makjang...kadang kadang auntie dengan alia join sekali. ataupon abah dengan pakjang ikut juga pegi sama sama. huhuhuh.... "Aiza, tahun lepas hang nangis sebab tak dapat pi kuboq tok dengan tokwan, tahun ni kak ena la plak yang nangis".. :'(


batu nisan ni saja la mampu di tatap tiap tiap tahun :'(
al fatihah...semoga tok dengan tokwan damai di sana :'((((

sob sob sob.... :'( mula la nak emo nie T__T mak abah, please meh raya kat sini boleh tak? huhuhuu....nanti pagi raya, sape la nak tolong mak siapkan juadah? huhuhu...selalunya memang tugas i la hidangkan juadah atas meja sebelum tetamu datang. sebab kat rumah tiap tiap tahun memang tak menang tangan! raya pertama tu da kira open house kitaorang sebab ramai sedara mara datang tak putus putus.memang happening sangat! selalunya kalau raya pertama tu sempat beraya kat rumah makjang kat sebelah rumah dengan rumah auntie kat belakang rumah. nak gi rumah orang lain memang tak sempat sebab sebok melayan tetamu yang datang ke rumah.nak lagi dahsyat sampai ke malam tetamu datang berkunjung! fuh! masa tu rasa letih nak terbongkang je atas katil. eh eh! over plak terflash back cerita raya plak! padahal puasanye belum lagi pon! stop dulu! nanti i emo! :\

cerita pasal ramadhan nie, i nak siap sediakan diri untuk sambut ramadhan jauh dari keluarga. tapi takpe, i bukannya sorang diri terkontang kanting kat sini! i still have my loved one kat sini :') nanti confirm dalam pertengahan atau hujung puasa akan balik KK untuk iftar *orang Sabah cakap bersungkai* dengan family mertua. masih lagi boleh meriah bersama sama =) oh! by the way, waktu berbuka kat Sandakan awal okeh! so nanti, i dah berbuka puasa, korang korang kat semenanjung tu sabar je la menahan nafsu! hehehehe.....i tak kesah pon kalau waktu sahur kat sini lagi awal sebab bagi i awal ke lambat ke waktu sahur tu tak bagi kesan pon dengan orang macam i yang susah beno nak bersahur nie! ;)

nah...banyak pula melalut! :P macam banyak betol masa i nak buang buang gitu aje kan? padahal banyak lagi keje nak buat! so enough till here la....sempena nak puasa nie, i nak minta ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri i, yang ada terasa ati dengan i, yang i terguris ati korang tanpa disedari. semoga puasa kita ni diterima Allah dengan sebaik baiknya. sempena nak puasa nie, jangan la nak dengki dengki, busuk ati dengan orang lain, nak cari gaduh cari pasal, nak umpat keji orang, dan yang paling PENTING sekali, jangan la duk busy busykan diri korang sebar FITNAH sana sini. sebab Allah tu maha adil. walaupon kita fitnah sana sini, kita ingat orang yang difitnah tu tak tau, kita kena ingat! Allah tu segala galanya. dengan kehendak-Nya , yang tak tau jadi tau... :) semoga disucikan hati hati yang hitam dan kotor.

it's so easy, just let them bark! 

bulan ramadhan nie, bulan dimana kita nak berkejar kumpul pahala. bukan mencari dosa. jadi, marilah kita berlumba lumba mengumpul pahala. dari masa abes dibuang dengan kutuk orang sana sini, jaja cerita here and there, bagus kita berselawat ke, baca al quran ke..ye idok? meh ler kita muhasabah diri sama sama....jum sama sama kita perbaiki diri untuk menjadi mukmin yang sejati! jadikan bulan ramadhan yang penuh barakah ni sebagai bulan yang memberi penuh rahmat kepada kita semua. aminnnnn.....semoga diperkenankan oleh-Nya. 


so, malam ni jangan lupa niat puasa yer....esok da 1 Ramadhan....kalau gamak gamak dah lupa niat puasa camne, inilah niat yang patut korang niatkan nanti....


till then, jumpa dalam next entree....SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN untuk semua....

x    o    x    o





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...