Assalamualaikum w.b.t....
Ok, hari ni kita sambung cerita trip to Bandung. flight take off from LCCT Sepang around 10.10 pm...and touched down Bandung around 11.10 pm. eh! giler dekat KL-Bandung took only 1 hour? ok! mak jemah tertipu! mati mati iolls ingat betul betul la took 1 hour journey. rupanya 11.10pm tu waktu kat Bandung which is kat sana masanya lewat 1 jam from Malaysia. so ikut masa Malaysia iolls touched down Bandung dah pukul 12 tengah malam cenggitu! patut la mengantuk kemain! huhuhuhu...
Ok, dalam entry lepas dah pesan sila bawa sebatang pen di dalam handbag uolls sebab masa dalam kapal, steward/stewardess akan bagi 2 forms untuk uolls isi before touch down Bandung. tapi iolls aritu formnye abes, dapat isi 1 form je...yang 1 lg tu isi masa dah touch down kat Bandung. masyaallah, airport bandung kecik ghupenye....masa sampai kemain la 1 kapal punya passangers duk bersesak nak masuk ke bangunan terminal, dengan kat situ la nak isi borangnya, kat situ la nak queue imigresennya, kat situ la nak tunggu luggage nya...ya allah....tension mak nokkkk!!!!!
lepas dah settled tu kemain la cepat cepat je nak keluar dari bangunan terminal tue, dengan panas dan sesak, tuhan je la yang tau.dah keluar tu punya la syok! sedut udara tengah malam kat bandung. sejuk babe wa cakap lu! siap berkabus kabus lagi malam tue.iolls ni dah siap gigil gigil. nasib la dah pakai sweater time tu. tak tunggu lama dah, terus menuju ke tempat taxi taxi duk menunggu penumpang. terus sewa 1 taxi suruh hantar ke hotel. masa tu tak peduli la berapa nak charge, charge je la..janji sampai hotel nak tido dengan lenanya....check in hotel dalam pukul 1 pagi...
amaris hotel cihampelas, bandung
hotel nie not bad...semua in good condition cuma bilik sempit sikit la. kalau yang ada anak tu tak berapa ok tinggal kat sini. iolls solat pon atas katil sebab space dia too little....oh! by the way, breakfast provided sekali dengan pakej bilik tue...so every morning memang brekafast je kat cafe kat bawah tue...
disebabkan sampai Bandung pon dah tengah malam, mane nak cari tempat shopping kan?so agendanya merehatkan diri dan tido je la...the next day, bangun kemain awal nak shopping. sekali tengok jam baru 8.30 pagi which is kat Bandung baru 7.30 pagi! homaiiii!!!!mana ada orang shopping 7.30 pagi mak jemah! so gi la mandi and lepas tu baring balik kat katil sambil layan tv citer indonesia....layan gak la tengok iklan dorang! hikhikhik.....
lepas tu dalam pukul 10 pagi waktu indonesia, weolls pon siap siap and turun gi cafe untuk breakfast. breakfast available until 11 am only.
pagi tu iolls layan porridge je kat hotel. porridge memang menu wajib kat amaris beserta nasi goreng, nasi putih dan lauk pauk, white bread, eggs, juice and coffee.cuma fried rice tiap tiap hari dia akan tukar la...iolls tak ingat apa nama nasi goreng dorang tu ha...macam kat malaysia la ada nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng padprik, nasi goreng pataya....sama gak la ngan dorang. cuma nama dorang and cara masakan dan rasa tue lain.
lepas breakfast tu weolls pon get ready la nak shopping. agendanya hari pertama nie nak round outlets sepanjang jalan cihampelas, jalan riau dan sekitarnya la.act like a tourist, weolls jalan kaki je dengan berpandukan map dekat tablet. husband iolls confident jer cakap jalan riau tu dekat uolls...iolls pon ikut ler....sekali boleh tahan jauh jugak....memang exercise berabis la....semput doe!!!!
antara outlets popular dan lokasi memang dekat dengan amaris hotel. jalan kaki jer....tak jauh pon....
overall, kalau outlets kat area jalan cihampelas banyak jual jeans. harga memang murah. so, kalau giler jeans boleh la borong borong kat sini. tapi bukan yang original la...but kualiti still not bad... kat sini weolls takde la shopping mende sangat sebab banyak yang tak berkenan dari yang berkenan....so jalan jalan cuci mata jer kat sini...
jalan jalan kat bandung memang all the time macet (jammed) memanjang. first day kat sana iolls fobia nak melintas jalan. sebab rasa macam takde ruang untuk melintas. kereta sentiasa bergerak laju dan jalan yang 2 lanes kat sana siap boleh jadi 4 lanes.ok! sumpah tak berani driving kat sana. pening kepala tengok lalu lintas kat sana. sebab tu jugak la weolls decided jalan kaki jer pegi outlets kat jalan riau. sekali, hambek kau! kemain jauh jugak tapi unbelievable weolls boleh sampai kat sana and sambung shopping! wakakakakaka...
antara outlets popular sepanjang jalan riau
uolls jangan risau kalau pasal nak gerak dari satu outlet ke satu outlet kat jalan riau nie sebab biasanya outlets ni semua terletak bersebelahan je antara satu sama lain. kalau tak bersebelahan, mesti terletak bertentangan kat seberang jalan je...so aktiviti kat sini just keluar masuk dari satu outlet ke satu outlet. cuci mata....dan cuci duit sekali kalau ada yang berkenan di hati...huahuahua...
outlets kat sini kebanyakkan menjual baju baju branded tapi harga murah dari kat malaysia! serious tak tipu! especially office attire! memang banyak! disebabkan iolls nie tak payah pon pegi office, maka tak ada juga baju yang iolls shooping kat sini. highly recommended pegi outlet the secret sebab kat dalam outlet tu ada landscape yang sangat cantik! hihihihi....ala ala dalam taman outlet nya...penat bershopping, boleh rehat rehat, makan makan dulu.
kat jalan riau juga ada terminal tas. terminal tas nie menjual tas tas tangan (handbag) branded. nak gucci ke, coach ke boleh la cari kat sini. kasut kulit pon hado jual. iolls nie jenis tak la layan handbag skema dan kewanitaan sangat. so memang takde la hanguskan duit kat terminal tas beli handbag. sebab handbag hantaran masa bertunang dan masa kawen dulu pon tak terpakai. hiks! tak berapa nak kena ngan jiwa la pakai handbag yang too ladies nie....hehehhe....
cendol de keraton memang terbaik!
kalau shopping kat the secret outlet, jangan lupa try cendol de keraton. memang terbaik! harga dalam rp 8000. penat berjalan, tekak pon kering, layan cendol. memang layan habes....nie cendol biasa, kalau nak yang luar biasa boleh try cendol kacang merah atau cendol durian.
jalan punya jalan, sedar sedar dah pon petang. perut dah berkeroncong sebab belum lunch. maka misi mencari restoran untuk isi perut. oh ya! kat sini uolls memang akan jumpa banyak gerai gerai tepi jalan. kalau berani nak take risk, masuk dan makanlah. sebab biasanya kebersihan gerai gerai tepi jalan di ragui sikit. perut orang malaysia ni ada yang manja, macam perut iolls...hehehehehe...salah makan sikit confirm cerry berry, muntah muntah, pening kepala...so sebab tanak amek risiko terkena food poisoning, husband pilih restaurant apa ntah namanya located next to terminal tas. kat sini ada pelbagai lauk pauk masakan minang which is memang favorite husband and iolls pon memang layan gak la masakan minang especially sambal dia memang superb menjilat jari! sodap....
simple tapi sedap....dan murah...
lepas dah isi perut, sambung balik jalan jalan kat sekitar jalan riau....singgah kat outlet oasis sebab kat depan tu ada kedai jual perfume....banyak giler jenis perfume, name it! mesti dapat. harga memang murah...dorang memang bancuh perfume tu kat situ jugak and lepas tu isi dalam botol....boleh pilih perfume ape kita nak, nak botol berapa ml...biasanya dorang provided 3 sizes. 40ml, 60ml and 100ml. if not mistaken 60ml perfume apa apa jenis pon harganya around rp 50 000 camtu.memang berbaloi...
alang alang dah jalan jalan kat bandung, nak juga merasa makanan yang takde kat malaysia nie....sebelum fly to bandung, bila google pasal bandung, mesti ramai yang suggest mesti try makan ice cream durian yang banyak di jual di tepi tepi jalan. tak susah nak cari...asal nampak gerai yang bergantung buah durian tu mesti dia jual ice cream durian nie.
me like it! sedap...tapi husband tak berapa nak layan. dia cakap sedap lagi makan durian...maklumlah, husband memang hantu durian! okeh! apa yang bestnya kat dalam tu memang dia letak seulas durian sekali dengan biji durian, lepas tu dia letak ice cream kat atas and simbah dengan chocolate dekat atas ice cream tue. uolls juga boleh request untuk letak pulut hitam. tapi masa beli tu husband takmo pulut hitam tu so weolls beli ice cream durian yang basic je, letak durian, ice cream and chocolate. harga around rp 9000.
hari dah makin petang, so weolls memulakan langkah berjalan kaki lagi balik ke hotel.on the way back, menyinggah lagi kat outlet jalan cihampelas.hasil tangkapan hari pertama kurang memberangsangkan sebab banyak yang tak berkenan.
nie je la hasil untuk hari pertama di bandung. sebotol perfume untuk husband, sebotol perfume untuk diri sendiri, seluar guess ciplak tu beli kat outlet jalan cihampelas sebab kebetulan my jeans kotor and iolls dah takde extra jeans....huhuhuh.....lepas tu grab t-shirt bandung satu untuk husband and satu for myself.lepas tu balik hotel sebab kaki rasa macam nak tercabut dah sebab banyak sangat berjalan. aktiviti waktu malam takde menda sangat, just keluar makan dekat ciwalk lepas tu balik tidur...
sekian dulu untuk aktiviti hari pertama di bandung..hari kedua akan disambung pada entry yang berikutnya...stay tune!
x o x o