I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 2, 2013

COLLAGEN ASLI - PART II

Assalamualaikum w.b.t....

okeh!jangan buang masa, buang angin, buang sampah ke hape...mari kita teruskan kesinambungan dari entri yang lepas...entri yang lepas kite citer pasal pure marine collagen gred AA which is yang kaler putih/kuning. so entri kali ni kite citer pasal pure marine collagen gred AAA kaler purple....kenapa gred AAA lebih bagus, baik dan mahal sedikit dari pure marine collagen gred AA?

ianya adalah kerana pure marine collagen gred AAA memiliki kandungan ANTIOKSIDA yang tinggi dan kesan yang diperolehi lebih cepat berbanding dengan pure marine collagen gred AA.

gred AAA yang telah di rendam


APAKAH FUNGSI ANTIOKSIDA?
# Tubuh lebih tahan serangan penyakit - kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa
# Mendapat kembali keanjalan dan kelembutan kulit - ia mempercepatkan penggantian sel sel kulit yang mati dengan sel yang baru selain melindungi dari sinaran ultra violet
# Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang - sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima
# mengatasi masalah penyakit degeneratif dan malsah usia lanjut - antioksida semulajadi dalam rumpai laut adalah penghambat pembentukan radikal bebas

BAGAIMANA CARA PENGAMBILAN PURE MARINE COLLAGEN?
  • ambil 2-3 sudu besar collagen yang disimpan selepas dimasak semsa bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik collagen diserap tubuh ketika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam)
  • boleh dimakan begitu sahaja atai dicampur dengan jus buah/cordial untuk memberikan perisa yang enak/lazat
  • elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, collagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita
  • perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan collagen oleh badan
  • untuk kesan lebih cepat dan bagus, boleh diambil bersama tablet vitamin C
BAGAIMANAKAH MENYEDIAKAN PURE MARINE COLLAGEN?


1. collagen mentah perlu dibasuh beberapa kali (seperti mencuci beras) sebelum direndam semalaman.
2. selepas semalaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau kotoran melekat  dan toskan.
3. sekiranya masih berbau hanyir, boleh rendam 2-3 jam dengan air perahan limau (seperti mencuci ikan). sama ada nak hilangkan bau hanyir dengan ramas dengan tepung gandum pun boleh, dengan cuka pon boleh, dengan air beras pon boleh.
4. kemudian rebus bersama 2.5 liter air sehingga mendidih selama 15-20 minit.
5. sejukkan ia dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk.
6. rupa ia apabila sejuk seperti jeli/agar agar. ambil beberapa sudu setiap hidangan pada masa pengambilan yang disarankan.


x    o    x    o
selamat mencuba! sihat dan cantik bersama pure marine collagen!
nantikan resepi menarik dengan PMC!
untuk tempahan atau belian borong boleh pm di sini atau sms/whatsapp 019 5464635



1 comment:

  1. baru lepas masak , jap g nak masukkan dlm bekas n simpan dlm peti ais , hehe :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...