I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 30, 2012

ADAKAH INI KARMA?

Kenyit mata sikit kat readers kesayangan! ^_*

Assalamualaikum w.b.t....

Pepagi ni i teremo sikit disebabkan kejadian yang berlaku. huhuhuh :( will story mory bout it later. hurmmm...bulan ramadhan yang lepas bukan hanya setakat bulan di mana kita dianjurkan untuk berlumba lumba nak kumpul pahala, tapi juga merupakan bulan di mana rezeki melimpah ruah! yer tak? especially untuk orang orang yang gigih berusaha la....termasuk la i! ;) boleh dapat extra income. business bulan ramadhan, alhamdulillah memberangsangkan. syukur rezeki nak bagi extra duit raya untuk mak abah tercapai. happy sangat bila call mak abah bagitau duit raya da bank in kat account. bila i bagitau jumlah, they were so shocked! out of their expectation! sampai dorang cakap, 'eh!kenapa banyak sangat ni?nanti kakak takde duit plak nak pakai....tak payah la bagi.guna jer untuk diri sendiri'.

time tu rasa senyum sampai ke telinga jer.... :)))) sebab deep in my heart rasa dorang sangat happy. this is one way nak happykan dorang sebab anak dorang tahun ni tak beraya dengan dorang. huhuhuh....tahun ni la rasanya duit raya paling banyak i pernah bagi kat dorang.tapi takpe...as long as they are happy. biarlah la kena kerja keras selama sebulan, tak cukup tidur, tak cukup rehat.time tu tak pikir da semua tue. nawaitu, nak dapatkan extra money, so boleh bagi extra duit raya untuk my parent terlaksana juga akhirnya. alhamdulillah, thanks Allah! :')

dalam hidup ni setiap apa yang berlaku pasti ada pros and cons nya....sekarang ni baru la terasa. but actually dah terasa di hujung hujung ramadhan aritu.....huhuhuh....badan kita ni pon macam machine. machine kalau guna non stop pon silap hari bulan berasap. same goes to our body la. need some rest, some refreshment, etc. time hujung hujung ramadhan tu actually mind set nak rehatkan badan dah. takmo lagi kerja teruk. but syukur, dekat dekat kita nak menyambut syawal tu, allah kurniakan rezeki yang makin melimpah ruah. sampai ada yang kena reject order sebab rasa tak mampu nak terima da.even hari terakhir di rumah, sebelum bertolak balik kampung, i'm still working. petang nak balik kampung, tengah hari baru kelam kabut packing barang. everything buat sepantas kilat.

kesan yang diterima badan bila kita fatigue ni berbeza untuk setiap orang. apa yang i realized is about when i set alarm, even 1 hp set alarm 3 waktu yang berbeza dan setiap kali alarm berbunyi it will repeat every 5 minutes, makanya akan melalak la hp tu setiap kali tiba masanya. DAN bukan set alarm kat 1 hp je tau, kat 3 hp! TIGA okeh! still, i tak sedar diri! this is really what we called as TIDO MATI! sumpah memang i tak terbangun! sebab langsung tak sedar masa alarm berbunyi :( teruknya rasa. sebab sebelum ni i jenis yang alarm bunyi tak sampai 10 seconds confirm akan terbangun.first time jadi macam nie.huhuhuh...

teringat dulu sebelum kawin, encek suami kerja kat Sarawak. so i memang akan jadi 'alarm' dia setiap pagi kejutkan dia bangun untuk pergi kerja. nak lagi duduk berjauhan, hp je la yang boleh dijadikan penghubung nak kejutkan dia bangun pepagi selain alarm dia yang kejutkan dia. so nak jadi cerita, ada satu ketika  ni encek suami memang banyak sangat work loads dia, sampai bawa balik ke rumah, lewat tidur, banyak berfikir. sampai satu pagi tu i called nak kejutkan dia bangun pegi keja, i call dari pukul 6.30 pagi, non stop call sampai 7.30 pagi...sambung lagi call sampai pukul 9 pagi....dia tak terbangun sedangkan hp dia letak tepi telinga. time tu i da nak nanges dan menggelabah tak tentu arah, dalam fikiran ni 'eh!apa da jadi dengan dia? pengsan ke? sakit ke?'.... tuhan je tau duk tahan air mata nak jatuh plus hati dan jantung ni dah kemain berdegup kencang macam nak pecah dada. i kat rumah da ke hulur ke hilir tak tau nak buat apa. nak lagi time tu dia menyewa pon sorang sorang. kepala otak ligat duk pikir nak minta tolong siapa kawan kawan dia yang boleh pegi jenguk kat rumah dia, tengok apa dah jadi.tapi apakan daya. time tu  kenal kawan kawan dia hanya pada nama. contact number semua takda....ya Allah...tuhan je la tau.dan benda tu bukan hanya berlaku sekali....ianya berulang ulang sampai berminggu juga.

Sampai satu ketika tu i tak boleh tahan dah and paksa dia buat medical check up! encek suami ni pon sebenarnya liat juga nak jumpa doctor! terpaksa mengayat dan psyco dia dengan pelbagai cara sampai la dia jumpa doktor.lepas buat check up, dapat la keputusannya. doctor cakap benda tu terjadi disebabkan oleh fatigue, badan tidak cukup rehat, stress dan banyak berfikir. memang doctor ada bagi pil untuk kurangkan stress, tapi itu tak cukup membantu. doctor sarankan supaya encek suami banyakkan rehat dan kurangkan stress dan mesti juga pergi bersenam sebab itu salah satu cara untuk release tension. otherwise, kalau dibiarkan ada tendency untuk kena strok! OMG!!!!! dahsyatkan? masa tu i marah marahkan dia sebab kurang rehat la, terlampau kuat kerja la, itu la ini la....bukan apa....sebab bila doctor cakap kalau dibiar boleh menyebabkan strok tu rasa gerun dan seram semacam, sumpah risau sesangat! sebab paling penting i jauh dari dia, dan time tu dia pon tinggal sorang diri. strok bukan benda main main.masa tu la paksa suruh dia bersenam, membebel itu ini macam mak nenek! =.='

And now benda tu da jadi kat i pulak! :( adakah ini yang dikatakan karma?lately, dari hujung hujung puasa aritu sampai sekarang i selalu tak sedar bila alarm berbunyi. padahal dah letak tepi telinga.the worst part time kat KK aritu, ada satu malam tu i dengan my sis in law buat kuih sampai dekat jam 3 pagi. lepas tu siangnya sibuk beraya. malam sambung lagi buat preparation untuk open house the next day.malam tu i, encek suami dengan one of my sis in law buat kerja sampai 3 lebih juga kalau tak silap. then lepas tu i naik tidur.i da set alarm untuk bangun subuh jam 5 pagi. dengan niat lepas subuh terus turun pegi dapur dan masak.sekali, berlaku lagi di mana i tido mati and langsung tak sedar alarm berbunyi sampai la my sis in law datang kejutkan dengan ketuk pintu bilik. tu pon actually i tak sedar. encek suami yang sedar pintu bilik diketuk. then dia kejutkan i suruh bangun. masa tu barulah terkial kial macam terkejut bangun. tengok jam, dan pukul 6 lebih. melompat bangun, terus pegi dapur sebab nak siapkan my dish untuk open house aritu! macam nak nangis pon ade sebab da plan nak bangun awal. masa tu da maki maki diri sendiri.

perkara yang sama berlanjutan lagi untuk ari ari yang seterusnya. dengan tak malu i mengaku berapa kali terlepas sembahyang subuh. dah tak tau nak buat macam mana. bila set alarm sampai 4-5 kali untuk 1 hp...then set lagi alarm dengan hp yg lagi satu. tapi masih 'pengsan' tak sedarkan diri bila hp melalak tepi telinga!:'( masa tu rasa any supplement pon tak boleh membantu kecuali i need rest! sampai satu malam tu lepas mandi dalam jam9 malam terus tertido tapi terbangun jam 3 pagi dan tak dapat tido. sambung tido balik lepas subuh dan kejadian yang sama berulang, lambat bangun sebab tak sedar alarm berbunyi! rasa sangat teruk okeh! tuhan je tau :(

lepas beraya di KK, balik semula ke rumah. mind set nak dapatkan rehat secukup cukupnya.tapi rupanya belum dapat rehat.ada agenda agenda yang harus diselesaikan menyebabkan badan yang really need rest ni belum pon dapat direhatkan. huhuhuhu.....sampai la pagi ni telah menyebabkan encek suami terlambat pegi opis gara gara i tak sedar alarm melalak. dan encek suami juga  pengsan tidak sedarkan diri sampai staff di opis call tertalu talu. nak lagi tadi pagi encek suami ada jamuan raya di opis. all the staff menunggu lebih dari satu jam nak mulakan jamuan. encek suami muka da serba salah sebab lewat sangat p opis. i ni ape la lagi? rasa bersalah sesangat menyebabkan encek suami jadi macam tue. dalam hati ni tuhan je la tau bila i nak back to normal. bila la simptom tidur mati ni nak berlalu? :'( rimas rasanya.....sedangkan sebelum ni i'm not that type. i la orang paling senang bangun.dah tak tau cara apa lagi nak buat. oh! help me! sape sape ade tips untuk selesaikan masalah i nie? 

harap harap i'll recover soon. back to normal. alarm baru berbunyi less than 10 seconds i da terbangun. sekarang i plak yang takut nak jumpa doctor. apa la masalahnya nie.serious rasa tak normal menjadi diri yang sekarang. untuk customer kesayangan, buat masa ni kalau i tak terima order korang, mohon ampun dan maaf sesangat. sebab i really need rest. i'm trying back to normal me.memang rasa fatigue. so i assumed i pon jadi macam encek suami. masalah fatigue dan stress. and my body my mind my everything need enough rest. perhaps i'll be back to normal soon.

my dear hubby, i'm sorry for what had happened this morning. and thank you for always there, by my side. the only u knows what happened. apa orang nak cakap, just let them.penat, letih, nangis, stress, tension i, cuma u je yang tau.orang boleh cakap apa saja yang dorang nak, dorang boleh jatuhkan hukum tentang apa saja yang dorang fikir tanpa tau keadaan dan sebab kenapa seseorang tu jadi macam tue.i'm strong enough because i have u. nak kutuk, nak sindir, nak apa saja, silakan. malaikat kiri kanan siap sedia nak mencatit. dan yang paling penting Allah tu ada. jauh beribu batu, selindung macam mana pun, kalau Allah nak kita tau, dengan apa cara sekali pon kita akan tau. thank you Allah.wallahu alam....

He is my very best friend, my ohsem counselor and my beloved hubby ever!
love you! hugs and kisses!

x    o    x    o



1 comment:

  1. ala kesian ko....mebi kerana terlalu penat tu yg jadi camtu...xpe hopefullly lepas ni ko oke kembali normal...yg pntg tido cukup....tido la yg pntg...klau xteratur bawak penyakit...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...