I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 30, 2012

ADAKAH INI KARMA?

Kenyit mata sikit kat readers kesayangan! ^_*

Assalamualaikum w.b.t....

Pepagi ni i teremo sikit disebabkan kejadian yang berlaku. huhuhuh :( will story mory bout it later. hurmmm...bulan ramadhan yang lepas bukan hanya setakat bulan di mana kita dianjurkan untuk berlumba lumba nak kumpul pahala, tapi juga merupakan bulan di mana rezeki melimpah ruah! yer tak? especially untuk orang orang yang gigih berusaha la....termasuk la i! ;) boleh dapat extra income. business bulan ramadhan, alhamdulillah memberangsangkan. syukur rezeki nak bagi extra duit raya untuk mak abah tercapai. happy sangat bila call mak abah bagitau duit raya da bank in kat account. bila i bagitau jumlah, they were so shocked! out of their expectation! sampai dorang cakap, 'eh!kenapa banyak sangat ni?nanti kakak takde duit plak nak pakai....tak payah la bagi.guna jer untuk diri sendiri'.

time tu rasa senyum sampai ke telinga jer.... :)))) sebab deep in my heart rasa dorang sangat happy. this is one way nak happykan dorang sebab anak dorang tahun ni tak beraya dengan dorang. huhuhuh....tahun ni la rasanya duit raya paling banyak i pernah bagi kat dorang.tapi takpe...as long as they are happy. biarlah la kena kerja keras selama sebulan, tak cukup tidur, tak cukup rehat.time tu tak pikir da semua tue. nawaitu, nak dapatkan extra money, so boleh bagi extra duit raya untuk my parent terlaksana juga akhirnya. alhamdulillah, thanks Allah! :')

dalam hidup ni setiap apa yang berlaku pasti ada pros and cons nya....sekarang ni baru la terasa. but actually dah terasa di hujung hujung ramadhan aritu.....huhuhuh....badan kita ni pon macam machine. machine kalau guna non stop pon silap hari bulan berasap. same goes to our body la. need some rest, some refreshment, etc. time hujung hujung ramadhan tu actually mind set nak rehatkan badan dah. takmo lagi kerja teruk. but syukur, dekat dekat kita nak menyambut syawal tu, allah kurniakan rezeki yang makin melimpah ruah. sampai ada yang kena reject order sebab rasa tak mampu nak terima da.even hari terakhir di rumah, sebelum bertolak balik kampung, i'm still working. petang nak balik kampung, tengah hari baru kelam kabut packing barang. everything buat sepantas kilat.

kesan yang diterima badan bila kita fatigue ni berbeza untuk setiap orang. apa yang i realized is about when i set alarm, even 1 hp set alarm 3 waktu yang berbeza dan setiap kali alarm berbunyi it will repeat every 5 minutes, makanya akan melalak la hp tu setiap kali tiba masanya. DAN bukan set alarm kat 1 hp je tau, kat 3 hp! TIGA okeh! still, i tak sedar diri! this is really what we called as TIDO MATI! sumpah memang i tak terbangun! sebab langsung tak sedar masa alarm berbunyi :( teruknya rasa. sebab sebelum ni i jenis yang alarm bunyi tak sampai 10 seconds confirm akan terbangun.first time jadi macam nie.huhuhuh...

teringat dulu sebelum kawin, encek suami kerja kat Sarawak. so i memang akan jadi 'alarm' dia setiap pagi kejutkan dia bangun untuk pergi kerja. nak lagi duduk berjauhan, hp je la yang boleh dijadikan penghubung nak kejutkan dia bangun pepagi selain alarm dia yang kejutkan dia. so nak jadi cerita, ada satu ketika  ni encek suami memang banyak sangat work loads dia, sampai bawa balik ke rumah, lewat tidur, banyak berfikir. sampai satu pagi tu i called nak kejutkan dia bangun pegi keja, i call dari pukul 6.30 pagi, non stop call sampai 7.30 pagi...sambung lagi call sampai pukul 9 pagi....dia tak terbangun sedangkan hp dia letak tepi telinga. time tu i da nak nanges dan menggelabah tak tentu arah, dalam fikiran ni 'eh!apa da jadi dengan dia? pengsan ke? sakit ke?'.... tuhan je tau duk tahan air mata nak jatuh plus hati dan jantung ni dah kemain berdegup kencang macam nak pecah dada. i kat rumah da ke hulur ke hilir tak tau nak buat apa. nak lagi time tu dia menyewa pon sorang sorang. kepala otak ligat duk pikir nak minta tolong siapa kawan kawan dia yang boleh pegi jenguk kat rumah dia, tengok apa dah jadi.tapi apakan daya. time tu  kenal kawan kawan dia hanya pada nama. contact number semua takda....ya Allah...tuhan je la tau.dan benda tu bukan hanya berlaku sekali....ianya berulang ulang sampai berminggu juga.

Sampai satu ketika tu i tak boleh tahan dah and paksa dia buat medical check up! encek suami ni pon sebenarnya liat juga nak jumpa doctor! terpaksa mengayat dan psyco dia dengan pelbagai cara sampai la dia jumpa doktor.lepas buat check up, dapat la keputusannya. doctor cakap benda tu terjadi disebabkan oleh fatigue, badan tidak cukup rehat, stress dan banyak berfikir. memang doctor ada bagi pil untuk kurangkan stress, tapi itu tak cukup membantu. doctor sarankan supaya encek suami banyakkan rehat dan kurangkan stress dan mesti juga pergi bersenam sebab itu salah satu cara untuk release tension. otherwise, kalau dibiarkan ada tendency untuk kena strok! OMG!!!!! dahsyatkan? masa tu i marah marahkan dia sebab kurang rehat la, terlampau kuat kerja la, itu la ini la....bukan apa....sebab bila doctor cakap kalau dibiar boleh menyebabkan strok tu rasa gerun dan seram semacam, sumpah risau sesangat! sebab paling penting i jauh dari dia, dan time tu dia pon tinggal sorang diri. strok bukan benda main main.masa tu la paksa suruh dia bersenam, membebel itu ini macam mak nenek! =.='

And now benda tu da jadi kat i pulak! :( adakah ini yang dikatakan karma?lately, dari hujung hujung puasa aritu sampai sekarang i selalu tak sedar bila alarm berbunyi. padahal dah letak tepi telinga.the worst part time kat KK aritu, ada satu malam tu i dengan my sis in law buat kuih sampai dekat jam 3 pagi. lepas tu siangnya sibuk beraya. malam sambung lagi buat preparation untuk open house the next day.malam tu i, encek suami dengan one of my sis in law buat kerja sampai 3 lebih juga kalau tak silap. then lepas tu i naik tidur.i da set alarm untuk bangun subuh jam 5 pagi. dengan niat lepas subuh terus turun pegi dapur dan masak.sekali, berlaku lagi di mana i tido mati and langsung tak sedar alarm berbunyi sampai la my sis in law datang kejutkan dengan ketuk pintu bilik. tu pon actually i tak sedar. encek suami yang sedar pintu bilik diketuk. then dia kejutkan i suruh bangun. masa tu barulah terkial kial macam terkejut bangun. tengok jam, dan pukul 6 lebih. melompat bangun, terus pegi dapur sebab nak siapkan my dish untuk open house aritu! macam nak nangis pon ade sebab da plan nak bangun awal. masa tu da maki maki diri sendiri.

perkara yang sama berlanjutan lagi untuk ari ari yang seterusnya. dengan tak malu i mengaku berapa kali terlepas sembahyang subuh. dah tak tau nak buat macam mana. bila set alarm sampai 4-5 kali untuk 1 hp...then set lagi alarm dengan hp yg lagi satu. tapi masih 'pengsan' tak sedarkan diri bila hp melalak tepi telinga!:'( masa tu rasa any supplement pon tak boleh membantu kecuali i need rest! sampai satu malam tu lepas mandi dalam jam9 malam terus tertido tapi terbangun jam 3 pagi dan tak dapat tido. sambung tido balik lepas subuh dan kejadian yang sama berulang, lambat bangun sebab tak sedar alarm berbunyi! rasa sangat teruk okeh! tuhan je tau :(

lepas beraya di KK, balik semula ke rumah. mind set nak dapatkan rehat secukup cukupnya.tapi rupanya belum dapat rehat.ada agenda agenda yang harus diselesaikan menyebabkan badan yang really need rest ni belum pon dapat direhatkan. huhuhuhu.....sampai la pagi ni telah menyebabkan encek suami terlambat pegi opis gara gara i tak sedar alarm melalak. dan encek suami juga  pengsan tidak sedarkan diri sampai staff di opis call tertalu talu. nak lagi tadi pagi encek suami ada jamuan raya di opis. all the staff menunggu lebih dari satu jam nak mulakan jamuan. encek suami muka da serba salah sebab lewat sangat p opis. i ni ape la lagi? rasa bersalah sesangat menyebabkan encek suami jadi macam tue. dalam hati ni tuhan je la tau bila i nak back to normal. bila la simptom tidur mati ni nak berlalu? :'( rimas rasanya.....sedangkan sebelum ni i'm not that type. i la orang paling senang bangun.dah tak tau cara apa lagi nak buat. oh! help me! sape sape ade tips untuk selesaikan masalah i nie? 

harap harap i'll recover soon. back to normal. alarm baru berbunyi less than 10 seconds i da terbangun. sekarang i plak yang takut nak jumpa doctor. apa la masalahnya nie.serious rasa tak normal menjadi diri yang sekarang. untuk customer kesayangan, buat masa ni kalau i tak terima order korang, mohon ampun dan maaf sesangat. sebab i really need rest. i'm trying back to normal me.memang rasa fatigue. so i assumed i pon jadi macam encek suami. masalah fatigue dan stress. and my body my mind my everything need enough rest. perhaps i'll be back to normal soon.

my dear hubby, i'm sorry for what had happened this morning. and thank you for always there, by my side. the only u knows what happened. apa orang nak cakap, just let them.penat, letih, nangis, stress, tension i, cuma u je yang tau.orang boleh cakap apa saja yang dorang nak, dorang boleh jatuhkan hukum tentang apa saja yang dorang fikir tanpa tau keadaan dan sebab kenapa seseorang tu jadi macam tue.i'm strong enough because i have u. nak kutuk, nak sindir, nak apa saja, silakan. malaikat kiri kanan siap sedia nak mencatit. dan yang paling penting Allah tu ada. jauh beribu batu, selindung macam mana pun, kalau Allah nak kita tau, dengan apa cara sekali pon kita akan tau. thank you Allah.wallahu alam....

He is my very best friend, my ohsem counselor and my beloved hubby ever!
love you! hugs and kisses!

x    o    x    o



Tuesday, August 28, 2012

SALAM LEBARAN DARI PERANTAUAN


Assalamualaikum w.b.t.....

whoaaaa.....dah 9 hari rupanya kita menyambut syawal....fuh! pejam celik pejam celik, puasa 6-nye belum lagi! =.=' jangan cakap puasa 6, entry hari raya pon belum sempat update!padahal dah 9 hari raya doe!*sighs* bz memanjang! :(

tapi takpe, raya kan sebulan. selagi belum habes sebulan, selagi tu ler boleh wish raya, yer dop? tahun ni tahun pertama raya di perantauan, jauh dari family terchenta. sob sob sob....memang sodey! tapi naseb baik ade encek suami, kalau tak alamat mau menangis berjejeh jejeh di pagi raya... *hiks!padahal malam raya aku da bantai nanges time tepon mak abah*


okies! dikesempatan yang ada ni, i dan encek suami ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat kedua ibu bapa kami, adik beradik kami, saudara mara kami jauh dan dekat, sahabat handai, dan rakan taulan serta semua yang mengenali diri kami. tahun ni i nanges, encek suami senyum lebar. tunggu tahun depan, i plak nak senyum lebar lebar, pastu nyanyi lagu air mata syawal kat telinga dia. wakakakaka..... :D *gelak jahat*

challenging jugak tahun ni beraya kat tempat orang. first time ni babe.... dari utara, bawa diri ke borneo...adat, budaya confirm la ade bezanya. makanan pon ade yang lainnya.masa pon lain.kat semenanjung time duk menonggeng kat atas katil lagi sedap layan mata, orang kat sini da siap gi masjid sembahyang raya.ko baru kelam kabut bangun nak sembahyang subuh, orang kat sini dah balik dari sembahyang sunat hari raya dah pon....see...awal kan?mau tak ting tong aku rasa. blur semacam jer! pity me.... =.=' sabo jer la...belajar dari pengalaman kan....nak lagi yang first time macam i, kalau tak perfect tu harap maaf la...tapi macam encek suami cakap, mane la ade orang yang perfect dalam dunia nie...yer jugak kan?hurmmm....

kalau kat rumah, tiap tiap tahun memang last day puasa, i dengan my mum akan sebok kat dapur siapkan juadah untuk berbuka sekali dengan juadah untuk open house keesokkannya....so takyah tanya bila kitorang akan buat open house, korang terjah je dipagi raya confirm rumah memang terbuka untuk korang dengan menu wajib special dari my mum ;) 

dan tiap tiap tahun juga last day puasa, time berbuka confirm akan makan lemang dengan rendang daging atau ayam, takpun lemang cecah dengan kari ayam atau kari daging.lemang plak panas lagi woooo.....terbaiklah! tahun ni gigit jari jer sebab mak aiiii....orang sini tak layan lemang babe! huhuhu....kalau kat kampung i, terjah je la rumah sesape pon, lemang dengan ketupat confirm terhidang atas meja. tapi kat sini takde wooo... kalau ko terjah rumah sesape, tetiba ade lemang atas meja tu, rasa cam heaven giler! terjah lemang dengan sesungguh hati! macam jumpa berlian wa cakap lu! see, betapa rare nya nak dapat lemang kat rumah yang dikunjungi....ketupat daun palas lagi la jangan menyimpan harapan menggunung....kelak kecewa merana! wuahahaha....kesian den...dapat lemang pon tak complete sebab partner cecahnya macam rendang daging takde.kat sini lemang makan dengan kuah kacang. rare tak?as for me memang rasa pelik la. tapi sebab susah juga nak dapat lemang, hentam jer la labu walaupon dengan kuah kacang!

time time ni la rasa cam nak terbang balik, dapat melantak ketupat lemang dan mihun sup special mak, baru balik raya kat sini balik. hehehehe....oh! by the way, bila da jejauh cenggini selera makan tu kemain lagi meningkatnya...padahal kalau benda da ada depan mata, main cuit cuit hujung jari je. takdenya nak makan melahap sangat pon! tebiat sangat! gigih lagi tu order rendang tok dengan rendang hitam. diterbangkan khas oleh member time study kat U dulu.gigih kan?nanti i promote rendang dia. memang sedap. terbaik dari kawah nenek dia, sebab dorang memang dapat tempahan yang banyak setiap tahun...i love rendang hitam the most! tunggu next entry baru cerita pasal rendang.

ok, nothing much nak cerita pasal sambutan syawal kat sini. selain sebok buat kuih, gotong royong memasak untuk open house dan yang paling penting pegi penuhkan perut kat open house sedara mara mahupun kengkawan.so, layan jer la pictures yang ade dalam hp yang sempat i snapped di pagi syawal.









gambar gambar lain tak tau kat hp siapa sebab sekarang semua nak snap gambo pakai hp, lepas tu terus upload kat instagram ngan facebook.ni je la yang ade dalam my hp.gambar ramai ramai tak tau ade ngan sape....takpe, ni pon kira ok....yang penting kenangan tetap tersemat dalam ingatan ;)

apapon, sempena syawal yang mulia ni moh ler kita bermaaf maafan sesama kita. jangan duk pikir aku je baik, yang jahat semua engkau! suci macam mane pon diri tue, ingat lah, kita ni manusia yang serba kekurangan. tetap ade juga terbuat salah dan silap secara sengaja mahupon tidak. dosa sesama manusia, kena la minta maaf dengan manusia yang kita baut salah tue. tak kira la tua atau muda.yang muda pon ade juga salah dan dosa dengan yang tua, yang tua pon cenggitu juga. jangan ler pikir mementang ko tua, boleh sesedap mulut nak cakap bantai orang itu ini dengan alasan aku tua dari kau....dosa tetap dosa babe!macam tu juga la konsep hormat menghormati.yang muda kena hormat yang tua, yang tua pon kena hormat yang muda. baru ngam! ;) ini bila yang tua tak gheti nak hormat yang muda, pastu bising orang muda tak reti nak hormat yang tua.achaner tue?lu pikir la sendiri bak kata nabil...jadi moh ler kita bermaafan maafan sesama kita di bulan yang mulia nie....dan harus juga di ingat, jangan ler arini bermaaf maafan, esok dah cari pasal cari gaduh....takmo...takmo...takmo..... :) 

so, untuk semua, mari lah kita muhasabah diri, buang yang keruh ambil yang jernih. sucikan diri dari segala dosa.SALAM AIDIL FITRI dari diriku yang jauh di perantauan! ecewah!maaf zahir dan batin.


x    o    x    o

Saturday, August 4, 2012

NAK KULIT CANTIK BERSERI, GLOWING, MULUS, CERAH, TIDAK KUSAM, BEBAS PARUT DAN JERAWAT?

Assalamualaikum w.b.t....

Salam Ramadhan Kareem. Sudah 2 minggu kan kita berpuasa?aiyark! cepat betul masa berlalu....alhamdulillah, bulan ramadhan ni betul betul bulan yang penuh barakah, dimana Allah s.w.t memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada diri i. syukur alhamdulillah....setiap hari yang busy menyebabkan i tak punya masa pon nak jengah apatah lagi nak update blog. sekarang balik kampung, jadi masa untuk merehatkan diri yag dah penat bekerja siang dan malam. so nak curi juga masa rehat untuk share dengan korang on how to get radiant, smooth, fair skin especially on hari raya yang bakal menjelma ;)

first of all, perasan tak korang walaupon sesetengah orang tu kulit dia putih, tapi still kusam? kan? tak menarik bukan? mesti ramai yang idamkan kulit yang glowing glowing gitu, cerah, bebas parut dan jerawat, pinky gitu, gebu gebas you!ok, macam macam collagen yang korang boleh dapatkan kat pasaran. whether it is good and work on you or not je kan?

so sekarang buat korang korang yang nak cantik dan masih mencari cari lagi collagen yang bagus, this is the answer!

mahu capai kesempurnaan kulit dalam 30 hari?

alhamdulillah, testimoni sendiri, baru consume dalam 10 days dah nampak perubahan. kulit makin cerah dan tidak kering. since i takde masalah jerawat or parut, so tak tau la macam mana....basically, orang yang dah pernah consume glutacol nie rata rata bagi feedback within 2 weeks dah dapat kesan yang sangat ohsem! ;) 

sedikit info tentang Glutacol Glutathione + Collagen Drink...

Glutacol diformulasikan dari kombinasi Glutathione dan Kolagen. Glutathione memiliki manfaat positif bagi lebih daripada 68 penyakit yang berbeza. Hal ini penting dalam memberikan pertahanan dari radikal bebas, tekanan oksidatif, racun dan penyakit. Kolagen adalah anti penuaan yang kuat.
Kolagen memainkan peranan penting dalam membuat kulit anda bersinar, cerah dan kulit lebih muda. Produ
k ini juga membantu tubuh anda untuk membakar lemak. Namun, kerana faktor-faktor seperti proses penuaan, pengeluaran kolagen alami di dalam tubuh kita berkurang dari masa ke masa, mengambil suplemen kolagen sangat diperlukan untuk merangsang pengeluaran kolagen tubuh sendiri.


Apakah kandungan Glutacol?
Glutacol mengandungi Glutathione 500 MG, Collagen 1000 MG, Astaxanthin, Aloe Vera, Blackcurrant extract, Tomato Extract, dan Probiotics.


Apa bentuk glutacol dan bagaimana cara penggunaanya?
Glutacol berbentuk serbuk. Dalam 1 kotak ada 20 sachets. Ia boleh diminum terus ke dalam mulut, atau di bancuh dengan air suam 60 ml untuk setiap sachet. Untuk hasil yang Glutacol terbaik harus dimakan terakhir pada waktu malam sebelum tidur kerana waktu puncak untuk pembaikan dan pertumbuhan semula dalam tempoh dua jam pertama tidur - dikenali sebagai kitaran alfa.


Apa yang boleh menghadkan keberkesanan glutation dalam proses pemutihan kulit?
Keberkesanan glutation dalam pemutihan dalam seseorang individu boleh dihadkan oleh tabiat tertentu seperti penggunaan rokok dan alkohol diketahui akan mengurangkan tahap glutathione dalam badan. Perokok mungkin tidak mencapai keputusan yang sama dalam proses pemutihan kulit sebagai bukan perokok. Ini bermakna perokok tidak boleh mencapai keputusan yang lebih cepat daripada bukan perokok. Yang kedua ialah penggunaan alkohol. Penggunaan alkohol boleh menjejaskan keberkesanan glutation dalam pemutihan kulit. Pendek kata, untuk mencapai keputusan yang lebih cepat kulit mencerahkan, kami menasihati pengguna untuk berhenti merokok dan mengelakkan alkohol.


Kebaikan Glutacol :


Anti-oksidan
Mengatur berat badan
Mencerahkan kulit
Memastikan sel anda berjalan lancar
Anti penuaan
Mencegah kerosakan sel badan kita
Muda dan kulit bercahaya
Membantu memulihkan kekeringan dan kerapuhan rambut
Meningkatkan elastiktasi dan kelembutan kulit
Membantu meringankan bisul,
masalah pencernaan dan ginjal
Mengurangkan garis dan kedutan
Membantu untuk kesihatan gigi anda
Membantu kulit anda menjadi lebih putih dan halus
Membantu membakar lemak
Meningkatkan kemampuan kulit untuk melembapkan sendiri,
membantu dalam penghapusan sel-sel kulit mati
Membantu dalam cancer chemoprotection dan rawatan kanser


CARA PENGAMBILAN GLUTACOL UNTUK KESAN TERBAIK DAN CEPAT.


Glutacol berbentuk serbuk. Dalam 1 kotak ada 20 sachets. Ia boleh diminum terus ke dalam mulut, atau di bancuh dengan air suam 60 ml untuk setiap sachet. Untuk hasil yang Glutacol terbaik harus dimakan terakhir pada waktu malam sebelum tidur kerana waktu puncak untuk pembaikan dan pertumbuhan semula dalam tempoh dua jam pertama tidur - dikenali sebagai kitaran alfa.



1 kotak glutacol mengandungi 20 sachets yang chumel chumel dan sedap! ^__^ harga sekotak RM70. untuk anda yang ingin mencuba glutacol boleh dapatkan di sini!




x    o    x    o

inginkan transformasi kulit seperti gambar di bawah ini?nantikan entry yang seterusnya....product terhebat dan terpanas di pasaran!oh!jangan risau, product ini sumbernya dari doctor pakar yer sayang...selamat juga untuk ibu mengandung yang menyusu... 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...